Grab The Promo
Grab The Promo

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM

Arabic gum atau gam arab merupakan salah satu makanan yang terkenal dan dikatakan mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Ianya dikatakan mampu menyembuhkan pesakit yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM


Untuk pengetahuan, Arabic gum merupakan gam arab yang berasal daripada pokok Acacia senegal, selain itu ianya juga boleh didapati dari pokok Acacia seyal (sebelum ini dikenali sebagai Vachellia seyal). Ia merupakan pokok berduri, berbatang kecil yang selalunya tumbuh hingga ke ketinggian 15 kaki. Pokok ini adalah natif di kawasan padang pasir seperti sub-sahara afrika, Oman, Pakistan dan Pantai barat India. 


Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM
Arabic gum yang keluar daripada kulit pokok



Ketika kemarau, kulit pokok tersebut akan pecahdan  mengeluarkan lelehan getah yang berbentuk seperti titisan air dan mengeras menjadi seperti apa yang digelar gam arab.


Untuk makluman anda, Gam arab telah lama digunakan dalam dunia perubatan tradisional. Orang mesir sering menggunakan gam arab dalam minuman dan makanan. ianya juga digunakan sebagai ubatan bagi mengurangkan rasa sakit. Pengamal perubatan tradisional selalu menggunakannya untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai pelawas, melegakan cirit-birit, menghilangkan sakit gigi dan sakit kepala, malahan ianya dipercayai dapat menajamkan ingatan dan menghindar dari penyakit nyanyuk dan lupa.

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM
ARABIC GUM





Gam arab digunakan secara meluas dalam industri farmaseutikal (sebagai bahan dalam pembuatan kapsul dan ‘tablet coating’, penstabil) dan bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan makanan.

Ianya juga digunakan secara meluas dalam industri penghasilan cat dan pewarna untuk lukisan, sebagai bahan yang melindungi permukaan supaya tahan lama, salah satu bahan dalam proses ‘glazing’ bagi pembuatan seramik dan pelbagai lagi kegunaan.

Selain itu gam arab juga digunakan sebagai gel yang diletakkan di luka seperti ulser di dalam mulut yang berfungsi untuk mengurangkan sakit.

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM


Pernah ka anda mendengar prebiotik? Apakah prebiotik?
Prebiotik merupakan makanan bagi bakteria baik di dalam usus kita. Untuk pengetahuan gam arab merupakan salah satu prebiotik yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Kesemua prebiotik yang terkandung adalah fiber iaitu terdiri daripada karbohidrat kompleks yang tidak boleh diuraikan oleh sistem pencernaan manusia. Tetapi tidak semua fiber boleh bertindak seperti prebiotik.


Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM






Bakteria di dalam usus akan menjalankan proses penapaian untuk menguraikan fiber tersebut dan hasil daripada penapaian itu akan digunakan sebagai tenaga bagi bakteria di dalam usus. Penguraian fiber ini akan menggalakkan lagi pembiakkan bakteria baik di dalam usus.

Bukan itu sahaja, proses penapaian tersebut juga akan menghasilkan rantaian pendek asid lemak (Short chain fatty acid) yang sangat bermanfaat bagi tubuh manusia.
3 jenis asid lemak yang selalu dihasilkan adalah acetate, butyrate dan propionate. Salah satu fungsi asid lemak tersebut adalah ia mengurangkan pH usus besar menjadikannya lebih berkeadaan asid dan perkara tersebut akan membantu pembiakkan bakteria baik seperti bifidobacteria dan lactobacilli serta juga merencat pembiakan bakteria jahat.



Kelebihan gam arab yang bertindak sebagai prebiotik


  • Mengurangkan keradangan pada bahagian usus. Oleh itu, ia dikatakan mampu mengurangkan serangan penyakit Inflammatory bowel disease
  • Melindungi usus daripada terkena kanser usus
  • Meningkatkan kadar penyerapan garam galian seperti kalsium dan magnesium
  • Mengurangkan faktor risiko untuk kena sakit jantung dan strok
  • Menyebabkan rasa kenyang. Jadi ia boleh menyebabkan pengurangan berat badan dan boleh mengelakkan obesiti 

 

Arabic Gum di shop.madinah.com.my

Menarikkan Arabic Gum ni, Pada anda yang ingin mencuba dan masih tercari cari Arabic Gum ini anda boleh dapatkan secara online di shop.madinah.com.my atau boleh whatsapp +60 11 1111 9912⁠ untuk pembelian.

 

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM
Arabic Gum di shop.madinah.com.my

Terdapat 3 pilihan Arabic Gum di shop.madinah.com.my  iaitu 

  1. Al Baraka Land Stone Arabic Gum
  2. Arabic Gum Stone
  3. Elnasr Gum Arabic Almanna.

 

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM
Al Baraka Land Stone Arabic Gum

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM
Arabic Gum Stone

Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM
Elnasr Gum Arabic Almanna.


 

Arabic Gum dari shop.madinah.com.my ini adalah berasal dari Sudan. Ianya Diekstrak dari Gula Hashab Sudan tulen, Kaya dengan Kalsium dan serat larut semula jadi. 


MANFAAT GUM ARAB SHOP.MADINAH :

  1. Baik untuk penyakit jantung.
  2. Rawat buasir
  3. Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
  4. Makanan tambahan untuk tenaga
  5. Rawatan kulit sensitif
  6. Baik membuang air kecil
  7. Membuang toksin dalam badan
  8. Baik untuk buah pinggang
  9. Boleh membantu lemak badan
  10. Tingkatkan pengambilan serat


BAHAN BAHAN GUM ARAB SHOP.MADINAH:


Hashab Gum Arab Tulen.
100% Produk Semula jadi
Tidak ada warna tambahan atau perasa tiruan.

CARA PENGGUNAAN GUM ARAB :

  • Campurkan 1 sudu besar dalam  segelas air dan kacau rata.
  • Boleh juga ditambah dengan minuman lain.
  • Pemanis boleh ditambah mengikut citarasa


3 Cawangan Berkat Madinah sdn.bhd.

                                                            
 1. Ampang:
17&18-L1, JALAN AMPANG PUTRA 6,
TAMAN PUTRA SULIMAN, 68000 AMPANG
Selangor MALAYSIA

2. Kajang:
Ground Floor, Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, SDE

3. Shah Alam:
Berkat Madinah, Seksyen U12:
No. 46, Jln Pegaga C U12/C,
Desa Alam, Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor."    "We have two types of delivery as below:


Express Delivery (Same Day)
Kuala Lumpur and Klang valley
delivery.madinah.com.my
Please login to check if your area if available for ED


Normal Delivery (within 3-day)
All  Malaysia
shop.madinah.com.my"

Untuk Maklumat Lanjut

Instagram : @berkatmadinah 



Kekal Aktif dengan Sudio NIO

Pada zaman yang serba canggih sekarang ramai diantara kita yang telah bertukar daripada earphone biasa berwayar kepada wireless earphone.  Pengunaan wireless earphone ini jauh berganda lebih mudah dan praktikal daripada earphone berwayar biasa. Antara Wireless earphone yang boleh anda cuba adalah Sudio NIO.

Sudio merupakan  jenama yang cukup popular dari Sweden  . Hadir dalam saiznya yang begitu kecil dan kompak bersama teknologi yang hebat dan gempak.Untuk siri terbaru Sudio Nio menawarkan 4 warna menarik iaitu hijau, putih, hitam dan sand. Dan saya telah memilih warna hijau kerana warnanya agak rare dan tampak lebih klasik serta bertenaga.


Sudio NIO review
Sudio NIO and The Sudio Care Kit.Sudio

Kekal Aktif dengan Sudio NIO

Feature yang terdapat pada SUDIO NIO ni sememangnya sangat sesuai untuk anda yang bergerak aktif terutamanya. Sekiranya anda bersukan, anda tidak perlu menggunakan earphone berwayar yang akan merumitkan lagi pergerakan andatambahan lagi ianya juga water resistance.

 

Antara feature menarik Sudio NIO  :

  • Hujung sayap (wing tip) dengan 4 saiz tersedia untuk keselesaan kita
  • Jangka hayat bateri 20 jam.
  • Teknologi mikrofon dwi adaptif
  • Kawalan panel sentuh dan Pemasangan automatik (automatic pairing dekat phone)
  • Perlindungan IPX4 yang boleh dipercayai (water resistance !) 
  • Touch Panel Sudio Nio Sangat Simple Dan Mudah untuk diingati 


Sudio NIO review
Sudio NIO

 

Touch Panel Sudio Nio

Untuk Muzik:-

  • Play/Pause - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)
  • Undo - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri)
  • Next - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan)
  • Kuatkan Volume - Sentuh Tiga kali (earphone sebelah kanan)
  • Perlahankan Volume - Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri)

Sudio NIO review
Sudio NIO

Untuk Panggilan

  • Jawap Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/ kanan)
  • Tolak Panggilan - Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kanan/kiri)
  • Jawab Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)

 

The Sudio Care Kit. Sudio 


Sudio NIO review
The Sudio Care Kit.Sudio

 

Kalau  dah ada NIO Sudio wireless earphone  ni, mestilah lah perlu ada The Sudio Care Kit. Sudio Care Kit menyediakan semua alat yang kita perlukan untuk memastikan earphone kita kelihatan seperti baru sambil memanjangkan jangka hayat peranti kita. Kit penjagaan Sudio direka untuk mengekalkan earphone kita supaya kita dapat menikmati suara/irama yang menarik dari telefon kita. 


Sudio NIO review
Sudio NIO and The Sudio Care Kit.Sudio



Kit Penjagaan Sudio akan tersedia di https://www.sudio.com/my/accessories bermula pada 15 Februari 2021 dengan harga MYR 119.

Manakala sekiranya anda beli Sudio Nio, bermula 15 Feb sehingga 21 Mac, 2021 ini, anda akan mendapat 1x Sudio Earbuds Care Kit secara PERCUMA. Istimewanya lagi, penghantaran juga  PERCUMA (worldwide) dan anda juga akan mendapat tiga tahun waranti antarabangsa apabila mendaftar di Sudio SPHERE selepas pembelian.


Sudio NIO review
Sudio NIO and The Sudio Care Kit.Sudio



Sudio Nio wireless earphones review

Sejujurnya memang best guna Wireless earphones Sudio Nio ni. Sound dia best and paling penting kita bebas bergerak and blh control sound dekat phone. Wireless Earphones ni tentu lah lagi best dari wired earphone.

Kalau pakai wired earphne Berbelit2 kalau pakai kan. Kadang-kadang  phone pun boleh terjatuh.
Kalau tengah buat keje pakai earphone nak pergi toilet. Phone kita boleh terjatuh jalau lupa nk bawak phone sekali. Ini yang selalu terjadi pada cik Iena sebelum ni.


Sudio Nio Review
Sudio NIO


Bila pakai sudio neo ni nak bersukan pun senang. Cik Iena pergi kerja naik mrt pun pakai sudio neo je untuk dengar lagu, untuk tonton youtube mahupun untuk terima panggilan. Bateri Sudio Neo juga  tahan lama. Cik Iena pakai pagi masa bersiap nak pergi kerja da pakai awal-awal, memang tiada  disconnect pun dengan  phone.. Sampai malam bateri masih ade.. Cik Iena disconnect dari phone bila dah sampai rumah around 7.45 mlm. Esok tgh hari baru bateri low.

Kalau lupa charge waktu malam. Still boleh guna menjelang sampai ke pejabat pada waktu pagi. Setibanya di pejabat baru charge. Tapi biasanya Cik iena memang akan charge pada waktu malam. upaya mudah tak perlu charge dekat pejabat. Just incase lupa charge malam tu. Still boleh guna pagi tu nak pergi kerja naik mrt mesti nk dengar dengar  lagu kan. Jalan kaki sorang-sorang  tanpa muzik bosan.

 

Sudio NIO review
Sudio NIO and The Sudio Care Kit.Sudio

Miliki Sudio Nio Sekarang Dengan Harga Diskaun!


Ada berita baik yang Cik iena nak kongsi . Sekiranya anda  ingin dapatkan Sudio Nio atau semua produk Sudio yang lain, anda akan dapat diskaun eksklusif sebanyak 15%  dengan menggunakan code  IENA15

DISCOUNT CODE : IENA15


Harga asal untuk Sudio Nio adalah RM359, dan setelah menggunakan KOD DISKAUN  tersebut anda boleh mendapatkannya dengan harga RM306 sahaja semasa pembelian di website Sudio.

Beli Sudio Neo : https://www.sudio.com/my/nio-sand

 

Untuk Maklumat Lanjut :


Website: www.sudio.com/my/
Instagram: www.instagram.com/sudio
Facebook: www.facebook.com/sudiosweden


 



Shopping Vlog di Voir Malaysia Cheras Leisure Mall

Berikut Cik iena kongsikan Shopping Vlog di  Voir Malaysia Cheras Leisure Mall. Video ini bertarikh 11 Feb 2021. Masa ni still PKP 2.0 tetapi kerajaan telah umumkan Butik pakaian telah dibenarkan beroperasi namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 




Jika sebelum ini SOP nya hanya memakai face mask dan jumlah pelanggan dalam butik juga dikawal serta tidak dibenarkan mencuba baju. Sama seperti sebelumnya cuma tambahan pelanggan perlu memakai sarung tangan yang perlu disediakan oleh pihak butik.

 

Shopping Vlog di  Voir Malaysia Cheras Leisure Mall



Ini merupakan kali pertama cik ienakeluar shopping baju selepas PKP 2.0 . Sebelum ni selepas PKP 1.0 Cik iena juga ada buat vlog tapi Cik iena pun lupa ada share atau tidak. Vlog yang sama di Butik Voir Malaysia tapi di One Utama. 


Shopping Vlog di  Voir Malaysia Cheras Leisure Mall



Seperti yang dijangkakan pembukaan butik selepas PKP akan ada diskaun yang menarik. Jadi memang banyak adik Cik iena shopping .Cik iena pun shopping juga tapi lebih pada beli baju anak buah dan adik. Boleh tonton video untuk barang yang kami beli.

 

 

Shopping Vlog di  Voir Malaysia Cheras Leisure Mall

Shopping Vlog di  Voir Malaysia Cheras Leisure Mall

Shopping Vlog di  Voir Malaysia Cheras Leisure Mall

TErima kasih pekerja VOir Cheras LEisure mall yang baik  hati. Siap tolong kami ambilkan gambar lagi. Seronok rasanya bila aunty yang kerja tu cakap dia cam muka Cik iena sebab selalu datang.Kalau anda nak tau  Nak tau diskaun apa  yang iena suka sangat shopping banyak boleh tonton vlog :)

Kalau nak beli online Jenama VOir boleh klik Voir @ Zalora


#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger


Dress Cantik dari Zalia | Smocked Waist Tier Dress


Hujung minggu baru baru ini Cik iena ada berkongsi #ootd dan insta storry menggayakan sepasang dress yang simple tapi kelihatan cantik. Jadi hari ini Cik iena kongsikan tempat dimana anda boleh dapatkan Dress tersebut..


Dress Cantik dari Zalia | Smocked Waist Tier Dress 

Ianya merupakan salah satu daripada koleksi Zaliaa. Zalia sememangnya jenama pakaian yang Cik iena suka . Setiap tahun pasti Cik iena akan ada Koleksi dari Zalia. Koleksi koleksi Zalia sangat sesuai untuk muslimah kerana kebanyakan daripadanya menutup aurat.

Rekaan rekaan busana dari Zalia sangat sesuai untuk anda yang berketinggian seperti Cik iena. 165cm. Manakala jenama lain yang Cik iena gemar iaitu Lubna lebih sesuai untuk yang rendah tapi ada juga design yang sesuai untuk yang tinggi.

Kebiasaannya Cik iena memang dah cam muka dan badan model jadi Cik iena boleh agak baju tu sesuai atau tidak untuk  ketinggian Cik iena.

 

 

Dress Cantik dari Zalia | Smocked Waist Tier Dress

Berikut pula gambar dress ini bila digayakan dengan  shawl. Cik iena gayakan dengan tali pinggang yang sama warna dengan tudungbagi nampak lagi menyerlah. Sebelum ni Cik iena pernah pakai tanpa tali pinggang dan shawl bewarna purple ianya nampak lebih santai. Berbeza dengan shawl dan tali pinggang bewarna peach. Ianya lebih menyerlah.


Dress Cantik dari Zalia | Smocked Waist Tier Dress

 

Untuk Dress ini lebih sesuai digayakan dengan heels atau wedges sebab ianya labuh mengikut size international model.  

Kalau anda berminat untuk dapatkan dress dari Zalia ini boleh klik Zalia Smocked Waist Tier Dress

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

Seperti yang anda sedia maklum Vaksin Covid-19 telah pun tiba di Malaysia. Untuk orang awam pendaftaran vaksin COVID-19 ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera.

Untuk makluman, Vaksin bagi individu normal berumur di atas 18 tahun akan diedarkan dari 20 Mei hingga Februari 2022.Walaubagaimanapun anda perlu mendaftar telebih dahulu untuk mendapatkan tarikh janji temu.

Wanita hamil,  Ibu Menyusui,  Wanita yang merancang untuk hamil,  dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin buat masa ini. ..

Cara daftar vaksin covid-19

Kepada anda yang tidak mempunyai rangkaian internet untuk update di aplikasi MySejahtera anda boleh mendaftar di Klinik Kesihatan terdekat.Berikut Cik iena kongsikan Cara mendaftar Vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

 

 

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

 

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

 
Pertama sekali anda perlu update aplikasi MySejahtera terlebih dahulu kemudian anda boleh meneruskan proses pendaftaran vaksin covid-19.
 
 
Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
Buka aplikasi MySejahtera dan klik button close diatas sebelah kanan



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
Klik Covid-19 Vaccination icon



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
klik vaccine for nama anda



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
sahkan maklumat anda


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
kemudian klik NEXT



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
Click here button untuk menjawab soalan tentang diri anda yang berkaitan pengambilan vaksin, soalan kesihatan


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
submit soalan yang telah dijawab


Okay dah selesai daftar sebagai penerima Vaksin Covid-19. Seterusnya anda perlutunggu tarikh untuk temujanji yang akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera. Rujuk Langkah 2  Proses Vaksinasi Covid-19 dibawah untuk langkah seterusnya selepas anda dapat tarikh temujanji.


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
anda boleh dapatkan maklumat mengenai vaksin dengan klik covid-19 vaccine information


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera

Contoh maklumat vaksin di aplikasi MySejahtera. 


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera

Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera

Dua rajah datas adalah screenshoot dari aplikasi MySejahtera. Berikut Cik iena tulis info yang di screenshoot.


MAKLUMAT VAKSIN COVID-19 BAGI PENERIMA VAKSIN


APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VAKSIN COVID-19 PFIZER-
BIONTECH?


Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA,
lipid, gula, garam.


Perincian kandungan vaksin adalah seperti berikut: mRNA, lipids ((4-
hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis(2-hexyldecanoate), 2 [(polyethylene glycol)-
2000]-N,N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and
cholesterol), potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride, dibasic
sodium phosphate dihydrate, and sucrose.


APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN SEBELUM MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?


Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda:
• mempunyai sejarah alahan yang teruk;
• mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia,
Idiopathic Trombhocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya;
• sedang dalam rawatan ubatan pencair darah;
• sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan;
• sedang mengandung atau merancang untuk hamil;
• sedang menyusukan bayi; atau
• telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain


BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH DIBERIKAN?


Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech akan diberikan secara suntikan ke dalam otot seperti di
otot bahu. Anda akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa tiga (3)
minggu (21 hari). Anda hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan perlindungan
optima. Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang
daripada jangkitan COVID-19.


APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan

bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:
• sakit di tempat suntikan;
• penat (tiredness);
• sakit kepala;
• sakit otot;
• menggigil;
• sakit sendi;
• demam;
• pembengkakan di tempat suntikan;
• kemerahan di tempat suntikan;
• loya;
• merasa tidak sihat;
• pembengkakan kelenjar limfa; dan
• kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa ke
semasa
 

 

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh
menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam
tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19 Pfizer-
BioNTech. 


ADAKAH VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH SELAMAT PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA?


Ya, vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Jan 2021 untuk penggunaannya di
Malaysia. Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebagai langkah kecemasan untuk mencegah COVID-19
dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan
Kebenaran (EUA). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin
COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember 2020.


Ia juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah,
Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini.




Proses vaksinasi COVID-19

Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama merangkumi 18 langkah.

Bagaimanapun, bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital akan diberikan manakala penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.

Berikut adalah proses vaksinasi COVID-19:


Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

Langkah 2 : Terima tarikh janji temu

Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)

Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19

Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

Langkah 12 : Hadir ke PPV

Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)

Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan

Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)

Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan

Individu yang mengalami kesan sampingan suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com.

 

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

 

 

Sudahkan anda mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19?

Cik iena yakin ada diantara anda yang anti vaksin. Terpulang pada diri sendiri nak ambil atau tak. Tapi apa yang perlu anda tau, Vaksin ni bukan sahaja penting untuk diri sendiri tapi juga untuk orang yang kita sayangi . LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA .

 

Sumber :  https://www.vaksincovid.gov.my/

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve