Grab The Promo

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 12 November 2015

Alhamdulillah setelah sebulan tidak berkecipung dalam aktiviti kerja amal ini, cik iena sempat juga hadir . Sesibuk mana pun kita berikhtiar lah untuk terus beramal. Macam-macam kerja amal yang kita boleh buat. Cik iena memang terlibat dengan 1charity sejak tahun 2012. Bila sibuk cik iena tak datang. Kalau dah lama tak datang tu Insya Allah akan cuba selit-selit masa untuk datang (^_~)


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
sukarelawan yang sedang mengeluarkan barang dan bersedia untuk mengagihkan makanan

Malam tadi, makanan sampai lewat so kami gunakan makanan yang di beri daripada jawi untuk di beri kepada tetamu kami. Kalau nak sediakan makanan yang kami masak mungkin akan lagi lewat. Kesian pada mereka-mereka yang menunggu. Mereka lapar tau. Kebiasaannya masa dorang  makan pukul 10.30 malam. So kami terpaksa beri makanan daripada jawi tetapi kami tambah lauk pauk yang kami masak.


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
nyummy

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬


Menarik kan menu dia. Auchh sedap sangat meriah banyak lauk tau . Malam tadi cik iena kene bahan je dengan atok sebab ulang perkataan yang sama dekat setiap orang yang cik iena beri makanan. Atok siap main2 macam tekan button radio. STOP... okay PLAY... bila ada orang datang amek makanan dia sebut  PLAY..


"JEMPUT MAKAN, ADA PISANG AND KUIH KAT BELAKANG" 


haha okay rasa macam lebih 300 orang semalam. Jenuh juga bersuara tapi cik iena tak kisah sebab rasa seronok sangat bile dorang cakap terima kasih. Bayangkan semua cakap terima kasih and ada yang doa semoga murah rezeki. Aminn.. Semua tu buat hati cik iena tenang dan gembira dengan aktiviti kerja amal kat sini . Walaupun penat baru balik kerja datang sini. tapi nikmat dia lain. Hanya Allah yang mengerti. Alhamdulillah cik iena dah berkecipung dari tahun 2012 sampai sekarang. Semoga Allah merahmati kawan-kawan sukarelawan dan gelandangan cik iena :)





Malam tadi ada kejadian yang tidak di duga berlaku .

JANGAN HALAU GELANDANGAN SEKIRANYA MEREKA ADA DUIT UNTUK BAYAR


Terdapat seorang gelandangan yang mengamuk kerana di halau keluar oleh kedai mamak. Beliau berkata beliau baru sahaja duduk nak makan kemudian di halau. Tak baik tau buat orang macam tu. Kalau dia ada duit apa salahnya benarkan dia makan di situ. Kesian cik iena tengok. jangan lah memilih pelanggan. Mentang-mentang baju dia comot. Sedih tau. Cik iena dah biasa dengan gelandangan ni. Dorang ada kisah masing-masing. Korang perlu ingat tak semua kita bernasib baik. Suatu hari nanti kita pasti akan di duga cuma kita tak tau macam mana kita di duga. Macam cik iena cik iena baru di duga dengan kes seluk saku yang mana kerugian hampir 3 ribu tapi cik iena masih bersyukur cik iena selamat. Cik iena tak lah di duga seteruk kawan-kawan gelandangan kat sini.
Tolong lah jangan perkecilkan golongan gelandangan. Setiap orang ada kisahnya. Nangis kita tau. tak mau buat kawan kita macam tu okay


GAMBAR CIK IENA DAN KAWAN-KAWAN




Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
selfie dengan adik sementara tunggu makanan sampai

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
selfie dengan rakan sukarelawan- atok namanya


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
sukarelawan yang sedang mengeluarkan barang dan bersedia untuk mengagihkan makanan



Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
sukarelawan yang sedang mengeluarkan barang dan bersedia untuk mengagihkan makanan

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
tengah siapkan makanan

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
ehhh sempat selfie sambil buat kerja haha

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
nyummy


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
rakan rakan sukarelawan

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
lokasi dimana aktiviti ini di jalan kan, lorong bank muamalat jalan melaka... ehh uncle bawak makanan tu kita suka dia selalu tambah makan dua tiga kali.peramah tau





Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.

 
JOM TENGOK GAMBAR LAGI DI FB
KLIK SINI

Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.




HELP THE POOR :- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to them may be the reason Allah forgives you and enters you into Jannah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.

(Hadis Riwayat at Tirmizi)



Live Update IG







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve