Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label 1charity. Show all posts
Showing posts with label 1charity. Show all posts

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 19 MARCH 2015



Selesai menghadiri Blogger Party dengan KFC Malaysia di Pavilion, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk cik iena meneruskan seperti biasa aktiviti kerja amal mingguan cik iena  iaitu feed the homeless programme pada setiap hari khamis dan jumaat pada pukul 10 malam bertempat di bank muamalat Jalan melaka KL.Cik iena kepenatan, tiada banyak gambar yang diambil. Menu pada hari tersebut adalah Nasi Kerabu..



FEED THE HOMELESS PROGRAMME 19 MARCH 2015


FEED THE HOMELESS PROGRAMME 19 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 19 MARCH 2015


Nota Blog : kepada yang berminat untuk menyertai kerja amal ini boleh lah hubungi cik iena yer (^_~)


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

FEED THE HOMELESS PROGRAMME - 080115


Assalammualaikum, selamat pagi salam subuh . Ceritera seminggu yang lepas ketika cik iena menghadiri charity programme untuk golongan homeless .
Program ini diadakan setiap minggu iaitu pada hari khamis dan jumaat bertempat di Bank Muamalat Masjid Jamek, belakang station LRT masjid Jamek.

Program ini dianjurkan 1Charity , pertubuhan NGO yang aktif dengan aktiviti2 sukarelawan terutama untuk golongan homeless atau pun lebih dikenali dengan nama GELANDANGAN.

Hari ini 15 Januari 2015, bersamaan hari khamis, memandangkan cik iena tiada aktiviti pada malam ini Insya Allah cik iena akan menghadirkan diri untuk turut sama membantu.
Sebelum ni cik iena selalu datang feed the homeless programme ni tapi pada lokasi berlainan dan NGO yang sama. Sebelum ini di buat di Masjid Jamek. Setelah bertukar tempat ke bank muamalat, pada 8 hb januari pertama kali cik iena menjejakkan kaki
untuk aktiviti feed the homeless programme ni.

Haaa agaknya kenapa lah cik iena tak pergi ye. Sebab utama nya cik iena tak tau tempat. Minggu lepas cik iena deal dengan salah seorang volunteer, kak nortie, dia jemput cik iena di station lrt masjid jamek. Kemudian bawa ke tempat tersebut.
Barulah cik iena tau. Sekarang dah tau tiada alasan untuk tidak pergi. Kalau ada masa and tiada aktiviti mesti pergi.
Bila lagi nak menyumbangkan tenaga kan. Nak sumbang wang ringgit cik iena tak la kaya sangat, cukup sekadar menanggung diri sendiri dan keluarga.
hihihi keluarga.. bercakap macam dah kawen je kan. Keluarga yang dimaksudkan mak abah dan adik2. Tambahan lagi dah beli rumah sendri memang besar la tanggungan, rumah sendiri kat kampung nak bayar. Rumah sewa kat KL nak bayar.
Eh stop2 jom tengok gambar yang sempat cik iena rakamkan.


hidangan untuk gelandangan

gelandangan kene beratur untuk mengambil makanan

sukarelawan yang terlibat

sukarelawan dan gelandangan

sukarelawan dan gelandangan





sukarelawan dan gelandangan

Sukarelawan

sukarelawan dan gelandangan

sukarelawan dan gelandangan


NOTA BLOG : Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh la email cik iena, nanti cik iena akan bagi contact number person in charge atau boleh je join cik iena datang sekali (^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Kursus Pra Perkahwinan @ Pusat Kursus Perkahwinan Wanis, Medan Tuanku (Day 1)

"Kamu beruntung lepas habis kursus boleh terus dapat sijil, tahun depan kene ambil exam baru dapat sijil"  Kata Ustaz.

Alhamdulillah terima kasih kak nortie sebab ajak cik iena temankan akak pergi ambil kursus kawen hari ni. Kursus harini keseluruhan ok cuma ada bahagian yang penceramahnye agak membosan kan dan membuatkan cik iena boleh update gambar dekat instagram haha.

Cik iena tak ingat nama-nama ustaz, Fail n nota-nota cik iena tinggalkan dalam kelas tadi. Sebab esok sambung lagi kan .


Penceramah pertama, okay tak boring ada lawak-lawak so tak mengantuk. Cik iena duduk baris yang pertama so memang selalu kene tanya and sebut nama. Dan Dan Dan cik iena pun rajin bertanya.
Bila tanya kak nortie dia tak faham, dan bila kak nortie tanya iena, iena tak faham. Kami berdua akan mengemukakan soalan kepada ustaz. haha Sebab tu la ustaz suka tanya kami berdua yang comel duduk di depan ni. Banyak mulut betul dua orang ni.

Makanya sebelum ustaz bertanya, kita tanya dulu supaya dia takde soalan nak tanya (^_~)


Penceramah yang kedua jugak tersangat best. Setakat hari ini dia yang paling best. Tak sedar dah habis masa untuk dia berceramah. Tiba-tiba je dia bagi tau setakat ini sahaja bla bla bla
Eh dah habis ke. Sampai tahap macam tu, best ke tak best tu hehe
Ustaz ni jugak suka sangat sebut nama cik iena. Aih duduk depan ni memang kene seru je. Kene jadi contoh perbualan. Yang lawak dia suruh cik iena baca slide show kat depan tu. Hahaha
okay nasib baik ustaz ni tak bosan. Cik iena pun baca la sambil gelak2.
Dengan ustaz ni jugak ade satu slide show untuk perkahwinan yang memerlukan kebenaran mahkamah. Bawah sekali ada tulis janda berhias. Cik iena baca part bawah sekali, janda berhias terus gelak besar.Macam pontianak la gelaknye. Teruk lah gelak tu haha. Ustaz pon gelak sama. Bila sampai nak terangkan part janda berhias, ustaz sebut nama cik iena lagi hahaaha.. sebab cik iena gelak kuat giler tadi..
Nasib baek lah tak pergi dengan bakal suami kan kan. Teruk bebenor gelaknya. Udah lah banyak tanye.

slide yg buat cik iena terketawa teruk haha ternoty pulak


Selepas ustaz kedua tadi kami berehat. Makanan di taja okay.  Selepas makan tengah hari dan selesai semua bersolat. Sambung lagu dua penceramah.

Penceramah yang ketiga , agak sedikit mengantuk tapi ustaz ni ada lawaknya juga. Cuma maybe baru lepas makan, ngantuk menguasai diri. Tapi dalam mengantuk cik iena masih boleh fokus .
Ustaz ni pun sama suka benar tanya cik iena and kak nortie. Mungkin kami yang paling menyerlah kot. Potpot potpet je. And mungkin sebab kami banyak tanya kot.
Ade je situasi yang nak ditanya kepada ustaz.  Yela nak kawen kene faham betul2 . Terutama soal wali. Wali tersangatlah penting. Tersalah memilih wali boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah dan kita dianggap berzina.

Soal hantaran and mas kawen yang di akad kan sekali tu pun cik iena tanya. Cik iena pernah menghadiri majlis pernikahan dimana hantaran dan mas kawen di sebutkan dalam satu akad .Hantaran pasanganpengantin tersebut RM5000 , manakala mas kawen mengikut negeri RM 300 . Disatukan didalam akad menjadi RM5300 . Ustaz kata tak pernah terjadi lagi . Tapi saya kata pernah. Saya pernah hadiri akad nikah yang sebegini. Sebab tu saya bertanya . Soalan nya
Adakah sah nikah pasangan itu . Jawab ustaz nikah nya adalah sah akan tetapi RM5300 yang telah disatukan disebut sebagai mas kawen itu adalah haram diguna oleh orang lain selain tuan empunya badan pengantin perempuan . Tak boleh guna untuk buat kenduri (^_~)

Okay terima kasih ustaz saya dah faham . Dan sebenarnya cik iena juga pernah bangkitkan isu ini selepas majlis berkenaan berlansung . Tapi siapalah cik iena untuk menegur. Sekurang-kurangnya cik iena dah bagi tau apa yang cik iena tau tentang mas kawen dan hantaran. Nak dengar atau tidak terpulang pada individu.

Cik iena bertanya ustaz sebab cik iena pernah membahaskan isu ini selepas majlis berkenaan. Namun telah disalah sangka oleh keluarga pengantin . Apa kefahaman cik iena sama seperti yang ustaz beri tahu. Cik iena cuma inginkan lebih kepastian. "Terfikir sejenak, adakah pengantin tersebut tidak memberi perhatian semasa kursus pra perkahwinan sedangkan perkara ini telah pun dibincangkan di dalam modul kursus pra perkahwinan."


Okay penceramah seterusnya yang ke empat. Pada awal taklimat agak membosankan yang melampau sehingga cik iena boleh pegang-pegang handset update gambar dekat instagram. Tapi setengah jam selepas tu dah mula okay, dah takde boring. Dah start buat lawak . Ustaz yang ni takde bertanya dekat peserta. Dia bercerita je. Tapi tapi dia suka jeling-jeling cik iena dengan kak nortie sebab sebelum ni cik iena sibuk pegang henset . Kak nortie pulak tidur. hahaha
Makanya walaupun tak berapa best, terpaksa beri tumpuan sebab ustaz asyik pandang kami berdua je.

tgk tu nama first, sebab duduk depan sekali haha

Okay selesai sesi taklimat, cik iena and kak nortie sempat berbual-bual dengan ustaz. Bila kedua-dua nya peramah ada je lah benda nak di borak-borak.


peserta kursus yg gegedik ambil gambar, haha org laen rilek je, haish cik blogger ni, memang tak boleh lari dr bergambar

Okay, cik iena nak tidur dulu. Esok masih ada kursus lagi. Last Day yeayyyy
Semoga cik iena tak mengantuk esok. ni dah tidur lewat ni hehehe



kak nortie syok borak ngan ustaz, candit gambo dia hehe

masa tgu kak nortie dkat lrt

cik iena with kak nortie syg, tahniah akak !!


Nota blog : Cik iena belum nak kawen lagi, sekadar teman kakak kesayangan ambil kursus kawen. Insya Allah awal tahun depan kak nortie melansungkan perkahwinannya. Tahniah akak sayang. Kak Nortie ni cik iena kenal masa cik eina buat charity "FEED THE HOMELESS PROGRAMME"
rindu rasa nya nak bercharity balik. Lama cik iena tak bercharity . Last bulan puasa baru ni tapi dengan group charity yang lain. Alhamdulillah setakat ni cik iena join dua group charity (^_~)













Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Iftar with 1charity friends


Wahh lama tak jumpa bukh n teha.Last jumpa masa dorang kawen.dah ade baby pn skrg.Pejam celik pejam celik dah lama sangat cik iena tak join team 1charity tuk program feed the homeless..rasa rindu pulak..cik iena tak pergi sebab kekangan masa.
Hurmm cik iena cik iena cubalah cari waktu terluang utk program feed the homeless program nie
rindu kawan2 1charity
agak2 dorang ingat cik iena lg x T____T
wokiess td berbuka dgn bukh n teha dkat NZ KLCC
(^_~)
Jumpa sambil bincang2 new project with enchek ahmad farhan
hope semuanya berjalan lancar
(^_~)
Okiess nie je pic yg sempat d ambil sebab kami bz bincang pasal kerja
(^_~)







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Feed the homeless programme + Majlis Kesyukuran Bday Kak Enn(18 Mei 2012)



Syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar.Pada hari ini volunteer turut sama menyertai homeless untuk makan bersama2 dan berkomunikasi dengan homeless.
Makanan sepenuhnya disediakan oleh Katering.
So hari tersebut dapur 1Charity Closed 
(^_~)

Selamat Hari Lahir Kak Enn
Semoga Usia diberkati ,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan
(^_~)

Jom Layan Video & gambar yg cik iena amek
opss sory video low quality
hihi suke2 record utk simpanan je
cik iena xreti edit
hahahah letak watermark
blh lak gerak2 watermark tu
hentam je la


































































huhu susunan gmbr lintang pukang
bnyk sgt pic
layan kn je la yer
(^_~)

Kepada Yang Berminat Nak Jadi Volunteer 
boleh email cik iena

iena@ienaeliena.com

Nak tau ape itu 1Charity

Nak tgk activity 1charity yg cik iena join
klik menu sebelah kiri blog cik iena
menu
"1Charity Activity"
lepastu scroll down & klik la page2 yg ade
mane tau anda2 berminat nak sertai aktiviti kerja amal bersama 1charity
(^_~)





♥♥ Info Menarik ♥♥











Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve