Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label blogger event. Show all posts
Showing posts with label blogger event. Show all posts

Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Pada minggu lepas 7 febuari 2016 cik iena telah di jemput ke Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh yang bertempat di Hotel Sani Kuala Lumpur. Turut serta beberapa rakan blogger yang sama-sama memeriahkan majlis ini. Kami di undang khas bagi mewakili +Hai Blogger! Official .



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Jutaan terima kasih di ucapkan diatas undangan dan penghargaan terutama sekali buat founder Ilham Qaseh  serta Founder Hai Blogger iaitu Halim .






Glamnite with QisloversGlamnite with Qislovers Ilham Qaseh Ilham Qaseh
ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi

Acara di mulakan dengan ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi, Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli keluarga besar Ilham Qasih yang bertungkus lumus mempromosi serta menjual tudung-tudung berjenama Ilham Qaseh sehingga ianya mendapat tempat di Hati Rakyat Malaysia Khususnya buat peminat Hijabista yang menggemarkan tudung yang trendy dan stylo.

Seterusnya turut diadakan pertunjukan fashion koleksi tudung daripada Ilham Qaseh. Majlis turut meraikan para agen dan stokies yang telah mencapai target jualan yang memberangsangkan. Selain daripada itu juga terdapat juga cabutan bertuah yang di berikan kepada para hadirin. Cik iena turut menjadi salah seorang yang bertuah pada malam tersebut.


 
Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Cik iena dapat cabutan bertuah  lavender coconut body scrub dari

@beautyjuicebyamina

Majlis seperti ini amat sesuai diadakan bagi meraikan usaha dan titik peluh pekerja-pekerja, agen-agen serta stokies supaya dapat membakar semangat mereka lagi bagi terus mempromosi sesuatu produk. Ianya untuk menghargai jasa dan keringat mereka diatas usaha-usaha mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang di beri kepada agen mahupun stokis yang dapat mencapai target jualan juga dapat memberikan semangat lagi buat mereka.

Memang seronok kan kalau orang hargai kita. Cik iena pun suka macam ni. Bagus Ilham Qaseh, semoga terus maju dan success di masa hadapan nanti.


GAMBAR DI SEPANJANG MAJLIS



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena brsama rakan Make up Artist , MAria


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama blogger Dilla

Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Antara rakan blogger yang turut sama memeriah kan majlis


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Fashion & Beauty Blogger yang awesome gituh :)


Facebook :Ilham Qaseh
Instagram :  @ilhamqasehofficial


Kredit Gambar kepada : www.mohdzarin.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Salina'z Herbs


Salina'z Herbs


Salina'z Herbs  atau lebih dikenali dengan nama Salinaz Beauty merupakan syarikat bumi putera yang menawarkan pelbagai rangkaian produk kesihatan  dan kecantikan dalaman dan luaran untuk wanita dan lelaki. Beroperasi sejak  tahun 2017. Salina’z Herbs adalah salah satu syarikat bumiputra yang masih berdiri kukuh dalam bidang pengusahaan produk kecantikan wanita dan keluarga. 


Salina’z Herbs adalah satu satunya kedai Jamu yang telah beroperasi di Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya sejak syarikat Salina’z Herbs ditubuhkan sehinggalah ke hari ini. Walaupun ramai peniaga yang telah silih bertukar ganti, namun dari sinilah Salina’z Herbs telah berjaya membina dan mengembangkan perniagaan mereka.


K08, Lower Ground, South Area Alamanda hopping Centre
Kiosk Salina'z Herb K08, Lower Ground, South Area
Alamanda hopping Centre. Berhadapan Vincci


Bagi warga Putrajaya, kedai jamu Salina’z Beauty adalah kedai jamu yang dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari produk penjagaan dan kecantikan diri.
Antara produk produk yang mendapat sambutan yang mengalakkan dari pengguna adalah  Perfect White Slym (minuman tambahan Kolagen) Slimax White Cafe (kopi), Corong Resdung, Minyak Kelapa Dara, Mandian Mujarab serta  Pencuci Wanita.

Pelbagai rangkaian produk yang di tawarkan oleh Salina'z Herbs
Pelbagai rangkaian produk yang di tawarkan oleh Salina'z Herbs


Selain dari produk yang bermutu tinggi, harga yang ditawarkan juga adalah serendah dari RM 19.90 sehingga RM 150.00.  Produk produk keluaran Salina’z Beauty adalah produk yang dihasilkan dari ramuan semulajadi dan kaya dengan pelbagai ramuan herba asli yang dijamin halal dan selamat digunakan untuk wanita dari semua peringkat umur.


Salina'z Herbs


Salina’z Herbs sentiasa memantau dan memastikan produk keluaran syarikat mereka bermutu tinggi, selamat digunakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Pihak pengurusan juga sentiasa mengiatkan aktiviti promosi produk dari masa ke semasa melalui media cetak, media elektronik dan juga media sosial.
Bermula dengan hanya satu produk pada tahun 2007, kini Salina’z Herbs telah mempunyai lebih dari 15 produk dibawah jenama Salina’z Herbs.

Bloggers Day Bersama Salina'z Herbs


Baru-baru ini cik iena bersama rakan blogger yang lain telah di jemput untuk menyertai sesi perjumpaan bersama Salina'z Herbs . Di mana ketika ini kami di beri penerangan mengenai produk-produk yang di tawarkakn oleh Salina'z Herbs.


Bersama pengasas Salina Herbs Puan Nor Salina
Bersama pengasas Salina Herbs Puan Nor Salina, terima kasih cik iena dapat tempat kedua untuk contest bergambar bersama produk salina'z herb beserta slogan yang menarik :)

Puan Nor Salina selaku pengasas Salina'z Herb sendiri turun padang untuk sesi bersama blogger ini. Sikap Puan Nor Salina yang sangat peramah dan mudah di dekati lagi memudahkan para blogger bersoal jawab mengenai produk-produk Salina'z Herb

Puan Nor Salina  pengasas Salina'z Herb
Puan Nor Salina  pengasas Salina'z Herb



Puan Nor Salina  pengasas Salina'z Herb bersama adik dan anak lelaki beliau yang merupakan pengamal PERFECT WHITE SLIM
Puan Nor Salina  pengasas Salina'z Herb bersama adik dan anak lelaki beliau yang merupakan pengamal PERFECT WHITE SLIM


Gambar diatas merupakan gambar Puan Nor Salina bersama adik perempuan dan anak lelaki beliau yang mengamalkan Perfect White Slim . Dari pandangan mata depan-depan secara lansung gituh. Kulit adik Puan Nor Salina sangat cantik putih gebu. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia tau. Pada masa tersebut pun dia datang tanpa make up. Kulit dia memang cantik. Jeles cik iena okay.Anak lelaki Puan Nor Salina pun kulit bersih tiada jerawat. Aha jarang lelaki kulit gebus ni. Tak semestinya perempuan je perlu tampil cantik menawan. Lelaki pun perlu juga tau.  Barulah awek tengok sikit  lalalalalaaaaa.






Salina'z Herbs
ahaa belakang tu rakan blogger yg selalu dgn cik iena pergi event (Rafzan Tomomi). sebab kami berdua biasa pergi naek public transport je. Dua-dua dah paham kalau ade event akan roger-roger untuk pergi sekali. So pada yang selalu ingat cik iena sombong taknak pergi event yang korang ajak tu ke maaf banyak2. Cik iena mmg pergi mana-mana event naek public transport. So cik iena kene pilih tempat dan kalau ada kawan yang boleh pergi sekali baru cik ienaa pergi. Tapi event kali ni cik iena tumpang new blogger comel ni tau, terima kasih banyak2 dilla tumpang kan kami yg comel lagi ceria lalalallala
ehh terima kasih founder hai blogger Halim  sb arrange kan transportation untuk kami (^_~) memahami sungguh hehe





Salina'z Herbs
cik iena & new blogger comel, ehee ni lah dilla, jemput singgah ke blog dilla http://beautyssleepy.blogspot.my












Diantara Produk yang menarik perhatian cik iena adalah Perfect White Slim dan Slimax White Cafe . Dimana kedua-dua produk ini mempunyai khasiat yang pelbagai.


Perfect White Slym




Perfect White Slym
Perfect White Slym

Kelebihan Perfect White Slym :


  • Mampu mencerahkan kulit dalam masa singkat
  • Menghilangkan bekas parut dan jerawat
  • Merawat buasir dan sembelit
  • Menghapuskan rekahan pada badan
  • Mengurangkan berat badan
  • Menghapuskan toksin dalam badan
  • Menggebukan kulit serta melembabkan
  • Melambatkan proses penuaan dan mengembalikan keremajaan kulit
  • Tiada kesan sampingan yang membebankan
  • Membantu menguatkan akar rambut
  • Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita dan juga individu yang mempunyai masalah alergic.



Packaging terbaru Perfect White Slym
Packaging terbaru Perfect White Slym - PWS21


Harga RM 179.00
Harga Promosi : RM 150
Promosi Akhir Tahun 2015 : Beli Dua Percuma Satu
Untuk mengetahui lanjut tentang produk, Klik Perfect White Slym


Slimax White Cafe



slimax white cafe salina'z herb
slimax white cafe salina'z herb


Formulasi dari Garcinia Combogia yang menghalang pembentukan lemak yang berlebihan dan membuatkan fasa kenyang. Membantu melangsingkan badan, merendahkan kolesteral dan mencerahkan kulit. Habbatus Sawda dapat merawat penyakit, masalah rambut, insomnia, mengurangkan sakit-sakit otot dan sendi, juga menambahkan tenaga. 



slimax white cafe salina'z herb
slimax white cafe salina'z herb




Kelebihan Slimax White Cafe



  • Membantu melangsingkan badan
  • Membantu merendahkan kolesterol
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Membantu merawat penyakit
  • Membantu masalah rambut
  • Membantu masalah insomnia
  • Membantu mengurangkan sakit sendi & otot
  • Membantu menambah tenaga
Harga : RM 39.90 (15 Sachet)
Klik Slimax White Cafe


Nak bagi tau, Alhamdulillah semasa Bloggers day tersebut cik iena telah memenangi tempat kedua untuk contest yang dilansungkan ketika majlis berjalan. Contest bergambar bersama produk Salina'z herb beserta caption yang menarik. Dan, antara hadiah yang cik iena dapat adalah kedua-dua produk yang cik iena berminat ni (^_~)

Haa yang tu nanti dah habis makan cik iena review okay :)


Selain daripada dua produk diatas, antara produk lain yang di jual di  Salina'z Herbs adalah


Gamat Soap / Sabun gamat





Gamat Soap / Sabun gamat
Gamat Soap / Sabun gamat



Membantu mengurangkan masalah jerawat, resdung dan gatal-gatal muka.
Membersihkan kulit serta melembabkan secara semulajadi. Membersihkan kulit berminyak dan menghalus serta mencerahkan kulit.

Harga : RM 16.90


Sabun gamat ini juga ada di datangkan dengan set krim muka yang lain tau  . 
Harga satu Set RM 69.90 .  Sila klik Set Pencerahan Salina'z Herbs untuk info lanjut


Feminine Wash




Pencuci wanita yang boleh mengembalikan kewanitaan dan merapatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin. Membantu mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan berbau akibat daripada bakteria. Ia juga mengandungi bahan semulajadi seperti ekstrak akar serapat dan manjakani untuk memelihara keseimbangan pH yang memberi kesegaran dan keselesaan sepanjang hari.


feminine wash salina'z herb
feminine wash salina'z herb

 Khasiat-khasiat Feminine Wash  :


  • Mengembalikan kewanitaan
  • Merapatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin
  • Membantu mengatasi masalah keputihan
  • Membantu mengatasi masalah kegatalan
  • Membantu mengatasi masalah berbau akibat daripada bakteria
  • Memelihara keseimbangan pH
  • Memberi kesegaran & keselesaan sepanjang hari








Terdiri daripada jenis perasa iaitu Kenanga dan Strawberi.

Harga : RM 29.90
Untuk info lanjut klik Feminine Wash


Jus Kembali dara



Produk Jus Kembali Dara adalah salah satu produk terlaris dan mendapat tempat di hati wanita. Produk ini bukan sahaja dapat mengekalkan kecantikan dalaman malah juga kecantikan luaran wanita. Telah dilancarkan pada tahun 2014, kini produk Jus Kembali Dara telah dilabel dan diadun dengan teknologi dan formulasi yang terkini bagi memberi manfaat yang maksima kepada pengguna.



Jus Kembali Dara
Cakkkkk kite malu lah.. ehem Jus Kembali Dara gituw tp kite tak kawen lg



Ramuan Jus Kembali Dara ini daripada bahan-bahan asli seperti tumbuhan, daun, akar kayu, buah-buahan, bunga-bungaan asli yang mempunyai khasiat yang tersendiri. Khasiat ramuan tradisi yang terdapat dalam Jus ini  dipercayai mujarab dan berkesan untuk meningkatkan proses imunisasi badan wanita.

Selain dari dapat memberi kesan kepada intimasi wanita ianya juga dapat merawat masalah keputihan, melambatkan proses monopous dan mengurangkan senggugut.


Jus Kembali Dara
Untuk pengetahuan, anak dara pun boleh minum Jus Kembali Dara ni untuk mengtasai masalah keputihan dan juga untuk tenaga yeahhh.. Lepas minum memang akan rasa bertenaga sedikit daripada hari lain. Chewaahhh (^_~)


Kelebihan Jus Kembali Dara


  • Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur
  • Menaikan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok dan anjal
  • Menyuburkan rahim & peranakkan wanita (baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat)
  • Menegang & mencerahkan kulit
  • Melambatkan proses menopaus
  • Memberikan tenaga dalaman wanita
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan senggugut
  • Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
  • Sesuai untuk semua wanita sebelum atau selepas rumahtangga
  • Membantu mengatasi masalah keputihan
  • Mengetat dan mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
  • Menguatkan otot faraj dan mengetatkan faraj
  • Menambah kolagen dalam badan
  • Mencantikan kulit dan nenaikan seri wajah
  • Membantu menghilangkan bau badan
  • Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina
  • Membantu wanita dari dijangkiti penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan fungus dan bakteria
 Harga : RM 43.90

Klik Jus Kembali Dara




PUTRI DRINK GOLD  


Diformulasikan dari ramuan semulajadi seperti Pueraria Lobata dan Labisa Pumila (Kacip Fatimah) yang boleh meningkatkan keinginan seksual, kesuburan wanita, keseimbangan hormon dan menambahkan tenaga. Ia juga mengandungi marine Collagen bagi menghilangkan kedutan pada kulit dan mencerahkan kulit agar tampak lebih tegang, cantik dan gebu.


Putri Drink With Collagen Lobata Manjakani
Putri Drink Gold With Collagen Lobata Manjakani

Khasiat-khasiat lain yang ada pada Putri Drink Gold With Collagen Lobata Manjakani

  •  Meningkatkan keinginan seksual
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Mengimbangi hormon
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menghilangkan kedutan pada kulit
  • Membantu menegangkan kulit
  • Membantu mencantikan & menggebukan kulit
  • Membantu menambah tenaga

Harga : RM 39.90
Klik Putri Drink Gold






Kesemua produk Salina'z Herbs Boleh dibeli secara terus dari Kedai Jamu Salina’z Beauty, kedai kedai jamu terpilih dan boleh dibeli melalui talian Facebook (online).

Banyak lagi produk yang di tawarkan korang boleh tengok website  www.salinazbeauty.com


Okay Nah cik iena belanja gambar selfie selepas event.
Hari ni dah hari ke 4 cik iena minum Perfect White Slym & Slimax White Cafe
Pada sebelah pagi cik iena akan minum  Slimax White Cafe dan sebelah malam cik iena akan minum  Perfect White Slym



Salina'z Herbs
gambar di pejabat, cik iena ke pejabat memang tak make up :) okay ini lah muka tanpa mekap. masa event tempoh hari ada mekap sikit (^_~)



Kedua-duanya mengenyangkan perut tau patut lah boleh kurus . Kepada yang ingin kurus dan dalam masa yang sama ingin kulit cantik gebus gebas boleh lah cuba ya.
Tapi cik iena tak nak kurus. Oleh yang demikian cik iena mesti paksa diri untuk makan walaupun kenyang

Oh ya lupa nak bagi tau , Slimax White Cafe ni cik iena letak di pejabat sebab untuk minum pagi di pejabat manakala Perfect white Slym cik iena hari2 bawa shaker ni je. Isi dua scope PWS dalam tu dan bawa ke office.  Sebelum balik kerja cik iena akan isi air, shake dan minum yeay.
Sebabnya cara pengambilan yang tepat untuk PWS adalah ketika perut kosong atau pun 30 minit sebelum makan.
Haaaaaaa biasanya cik iena balik kerja terus makan. So maka dengan itu cik iena minum sebelum keluar dari pejabat la. 
Tambahan lagi time berjalan tu organ-organ kita bekerja dengan aktif jadi ianya akan lebih menyerap khasiat2 PWS tersebut. 
(^_~)
Ehhh jangan lupa minum air masak banyak-banyak
kalau tak memang takde makna nya makan supplement tu .



Psssssssssstttttttttttttt
cik iena nak bagi tau ni
Untuk jualan akhir tahun ni ade diskaun yang super duper special
Harga Promosi RM150
Beli dua percuma satu
Ahaa jadi nya sebotol PWS berharga RM100 je lah
Jommm beli yukkkk..
Boleh share-share dengan member yang nak cuba tu
Kalau nak beli boleh directly contact salina'z herb atau pun boleh contact cik iena juga ya
(^_~)

Cik iena pun dah beli okay, walaupun dapat haritu tapi nak beli jugak sebab diskaun yang ditawarkan tu sangat berbaloi.




untuk maklumat lanjut sila hubungi salina herbs :

Instagram :   @salinazhrb
no tel : 019-2796949
email : salinazherb@ymail.com

Cawangan Salina Herbs / Salina Beauty

shah alam

No.10 tingkat 1. Alam budiman,
seksyen U10, Shah alam.

Putrajaya

No.26A, tingkat 1, Jalan Diplomatik, Presint 15,
65025 Putrajaya. K03,
Pasar Awam, Presint 16,
Putrajaya.

K08, Lower Ground, South Area
Alamanda hopping Centre
Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Clothes Buffet Malaysia | The Secret Affair party


 The `Secret Affair’ party



Pada 5 Disember 2015 yang lepas, Cik iena di jemput ke  The `Secret Affair’ party yang dianjurkan oleh Clothes Buffet Malaysia dengan kerjasama  Elementum, Kelana Jaya sebagai Penaja tempat , Lab Vamor sebagai penaja rasmi Hairstylist and Make-up Artist  , Moiz Photography sebagai penaja photographer, Poh Kong Sebagai penaja hadiah berjumlah RM 2,000, Neesya Skin Care sebagai penaja Goodies Bag, Sothys Malaysia sebagai penaja Goodies Bag, Lily Sdn Bhd Sebagai Penaja Goodies Bag,


 The `Secret Affair’ party



Terima kasih di ucapkan diatas jemputan dan penghargaan Clothes Buffet Malaysia. Ini merupakan kali pertama cik iena menyertai Clothes Buffet Shopping. Memang agak kekok tapi cik iena telah berjaya memuatkan 8 helai baju di dalam ZIP LOCK BAG tersebut.

 The `Secret Affair’ party
8 helai baju yang cik iena berjaya muatkan dalam zip lock bag diatas ni

Insya Allah cik iena akan sertai sekali lagi walaupun kali ni perlu bayar . Cik iena tak puas ber clothes buffet shopping tempoh hari. Nak cuba sekali lagi kalau boleh nak muatkan lebih dari 8 helai baju pada  Season 3 of Clothes Buffet Malaysia  26 dan 27 March 2016 nanti.


 The `Secret Affair’ party
Antara baju-baju yang perlu di pilih semasa  The `Secret Affair’ party


Untuk pengetahuan anda, rekod terbanyak adalah 21 helai pakaian . Wahhhhhh banyak kan. Kalau dia boleh takkan kita tak boleh kan. Ahhaaa menarik sangat. Kepada penggemar shopping dan fashion jom sertai cik iena sama-sama ber buffet shopping. Baca sampai habis nanti cik iena akan kongsikan tips-tips nak ber Clothes Buffet Shopping ni. Haa ni dari pengalaman dan hasil perbincangan dengan rakan-rakan blogger yang lain.


 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
wahhh si colour block :), mcm match pulak ngan background :D


Okay cik iena nak cerita pengalaman   The `Secret Affair’ party tempoh hari, mula-mula sampai cik iena agak kebosanan sebab masih tak jumpa rakan blogger yang cik iena kenal. kebanyakan dari mereka adalah blogger-blogger cina. Hanya cik iena seorang muslimah blogger gituh. Rasa bertuah sangat sebab di jemput. Ahaa Muslimah fashionista gituh (^_~)




 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
Poh Kong diantara Penaja yang terlibat
 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

Setelah misi 15 minit  bermula barulah cik iena ternampak rakan blogger yang dikenali iaitu Syafiera Yamin. Okay ada geng. Bila dah jumpa geng memang meriah lah kan. Kami sama-sama menyumbatkan baju-baju dalam zip lock back sehingga penuh.

Salah satu tips  , perlukan seorang rakan untuk membantu menolak pakaian ke dalam sambil membuang angin yang berada dalam zip lock bag tersebut. Cik iena dan ira sama-sama cuba memuatkan pakaian-pakaian yang di pilih . Tapi kami tak berani nak sumbat banyak-banyak kalau pecah kan dah rugi. 

 The `Secret Affair’ party
Yeah kami berjaya memuatkan 8 helai baju dalam zip lock bag nie

Yang paling lawak, kami ingat ini cuma game. Haa itu lah cik iena sibuk selfie selfie tak dengar penerangan betul-betul rupa-rupanya apa yang kami pilih, baju yang kami muatkan dalam zip lock bag tersebut kami boleh bawa balik. sama seperti konsep shopping clothes buffet tu lah.

Kami di beri peluang rasa clothes buffet tu, pakaian yang kami kaut tu boleh di bawa balik. Alhamdulillah beruntung sangat. Terima kasih banyak-banyak Clothes Buffet Malaysia :)


Okay ini adalah baju yang sempat cik iena ambil dan masukkan dalam zip lock bag
 8 helai sahaja



Okay ini adalah baju yang sempat cik iena ambil dan masukkan dalam zip lock bag

 Jom tengok baju apa yang sempat cik iena ambil.
hehe sebenarnya tak tau lagi yang cik iena ambik ni bakal di bawa pulang. 
So cik iena ambil asal boleh je
Banyak lagi baju-baju yang menarik
(^_~)


 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party






Setelah Selesai sesi 15 minit memilih baju . Kami para blogger di kehendaki untuk memilih salah satu baju yang di pilih untuk di suai padankan dengan aksesori dan untuk photoshoot. Kali ini cik iena memilih blaus bewarna hitam kerana cik iena rasa warna ni je yang sesuai dengan tudung bunga-bunga cinta cik iena yang warna warni beserta seluar bewarna mustard dan inner baju bewarna pink. Ahaa so colour block lah cik iena. Okay bawah ni pakaian asal cik iena. 



 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
Si colur block yang sentiasa yakin dengan pilihan warna kontra (^_~)


Baju cik iena tu lengan tiga suku so cik iena pakai inner pink sebab match dengan tudung yang ada warna pink. Okay jom tengok setelah ber buffet shopping cik iena dah transform baju lain :)

Eh tunjuk akseori yang perlu di pilih dulu




 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
cik iena memilih gelang bewarna hitam

 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
cik iena memilih belt bewarna pink





 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
prop yang perlu di gunakan untuk photoshoot


Dan hasilnya
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa







 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party



 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party




Okay bawah ni gambar full, 
lalallala colour block betulkan
seluar mustard colour,
ada pilihan seluar tapi agak ketat so cik iena tak ambil
tak berapa sesuai so pakai je seluar cik iena ni




poh kong
Muah Poh Kong ;)





Okay sekarang cik iena nak share tips untuk dapatkan baju sebanyak mungkin . Ini kalau nak dapat banyak lah . Kalau yang tak kisah tak banyak tapi nak yang super duper cantik ke up to date ke fashionista gile ke. Yang tu ikut pada kita lah . Tapi cik iena nak banyak banyak haha

TIPS MENDAPATKAN PAKAIAN YANG BANYAK SEMASA CLOTHES BUFFET


  1. Potong kuku sebelum menyertai clothes buffet kerana kuku yang panjang boleh merosakkan plastik anda dan anda memerlukan RM20 untuk menggantikan plastik atau zip lock bag yang baru
  2. pilih sebanyak mana baju yang ada inginkan selama lebih kurang 10 minit.
  3. asingkan baju mengikut keutamaan
  4. 5 minit terakhir di gunakan untuk menyusun baju di dalam zip lock back
  5. Lipat atau gulung baju tiga atau empat helai sekali lipatan atau gulungan
  6. masuk ke dalam ziplock bag, buang udara di dalam zip lock back untuk memuatkan lipatan seterusnya
  7. setiap kali masukkan lipatan atau gulungan yang baru tekan tekan plastik untuk membuang angin di dalam plastik tersebut. Ada yang membuang angin dengan menyedut menggunakan mulut. terpulang pada anda :)
  8. Sekiranya masih ada kekosongan untuk memuatkan baju. Cari dan sumbat lagi okay, caranya buang angin dalam zip lock bag tersebut.
  9. seeloknya pergi dengan sahabat. Kalau berdua boleh tolong untuk proses memudat dan membuang angin. Maksudnya dua-dua tu kene bayar RM150 dan masuk serentak.






 Clothes Buffet Malaysia | The `Secret Affair’ party
setelah selesai the secrect affair party, ini adalah barangan yang cik iena bawa pulang. Terima kasih semua









 The `Secret Affair’ party ini telah di taja oleh


1. Elementum & Lab Vamor

  • Elementum sebagai penaja lokasi The `Secret Affair’ party
  • Lab Vamor sebagai penaja make up dan hair stylish


elementum space
elementum space

Lab Vamor

Lab Vamor




2. Poh Kong Malaysia

  • Hadiah terkumpul bernilai RM2000


poh kong malaysia
poh kong malaysia

3. Neesya Skin Care

  • Sebagai Penaja Goodies bag

Neesya Skin Care
Neesya Skin Care

Neesya Skin Care
Neesya Skin Care

4. Sothys Malaysia

  • sebagai penaja goodies bag

Sothys Malaysia
Sothys Malaysia


  • Sebagai Penaja Goodies Bag 
  • Payung ni sangat best sebab ada kipas tau . tapi rugi sangat payung cik iena dah kene kidnap. Tercicir masa topup touch n go. Datang balik dah takde T_____T


payung yang awesome dari Lily Sdn Bhd
payung yang awesome dari Lily Sdn Bhd



  • Sebagai penaja makanan

garsa kitchen
garsa kitchen


 Kepada anda di luar sana jangan lupa tau season 3 clothes buffet malaysia yang akan diadakan pada 26 & 27 March 2016 bertempat di Lot 10 Bukit Bintang
pada pukul 9.50 am hingga 9.00pm

Untuk maklumat lanjut dan pembelian pass
sila layari




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve