Grab The Promo
Grab The Promo

Ephyra Collagen Drink


Ephyra Collagen Drink
 
Ephyra Collagen Drink adalah minuman SUPPLEMENT KESIHATAN dalam kategori MAKANAN TAMBAHAN  yang dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum.

Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink

Ianya digabung dengan 9 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui struktur kulit,  Ephyra Collagen Drink mampu memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda . Ianya dapat melindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya ianya juga dapat  menyerlahkan  keserian dan kesihatan dalaman serta luaran anda . Hasilnya dari pengambilan Ephyra Collagen Drink ini secara konsisten akan membuatkan kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda.


Ephyra Collagen Drink


Ephyra Disahkan oleh KKM : Ruj (10)dlm KKM-163/s/25 Jld.172 . Selain itu ia juga diperakui HALAL oleh JAKIM. Ephyra Mempunyai sijil GMP  (Good Manufactured Product) dan Ianya juga telah dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan.




Ephyra Collagen Drink

-      Ephyra Collagen Drink sesuai diminum oleh lelaki dan perempuan di semua peringkat umur. Selain daripada itu ianya juga sesuai diamalkan oleh Ibu hamil , ibu menyusu badan & wanita dalam pantang. Kanak-kanak seawal usia 4 tahun juga boleh minum Ephyra . Rasa  segar Ephyra Collagen Drink seolah-olah jus oren ini pasti membuat anda suka akan rasanya .

ISI KANDUNGAN EPHYRA COLLAGEN DRINK


Ephyra Collagen Drink
-           
Formulasi 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida iaitu  :

  1. Kolagen Ikan Laut Dalam 
  2. Acai Beri
  3. Gam Akasia
  4. Salmon Ovari Peptida
  5.  Ekstrak Bunga Marigold
  6.   Acerolla Ceri
  7.   Serbuk Tomato
  8.   Superberi
  9.   Astaxanthin 



MANFAAT EPHYRA KEPADA BADAN 



  •     Meningkatkan system imunisasi badan
  •     Melancarkan system pencernaan dalam badan
  •      Sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksik-toksik daripada badan
  •     Menyeimbangkan hormon dalam badan kita
  •     Meningkatkan kadar metabolisme yang dapat mengawal berat badan ideal
  •     Menganjalkan kulit untuk jadi lebih halus dan cerah berseri
  •     Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  •     Memberikan tenaga yang berpanjangan
  •     Mengembalikan keremajaan kulit wajah dari kekusaman dan kelesuan








MANFAAT EPHYRA UNTUK IBU HAMIL/ MENYUSU BADAN / DALAM PANTANG 


  • -          Mempercepat penyembuhan luka bersalin dgn pantas
  • -          Memberi tenaga agar boleh melakukan rutin harian
  • -          Menambahkan susu badan
  • -          Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
  • -          Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
  • -          Bayi juga mendapat manfaat melalui penyusuan badan


-       

Ephyra Collagen Drink

Cara Pengambilan Ephyra



Bancuh kan satu sachet Ephyra Collagen drink bersama air sejuk dan goncang sehingga sebati menggunakan shaker . Anda juga boleh mencampurkan dengan minuman kegemaran anda . Seperti cik iena adakalanya cik iena akan campurkan bersama air Calpis Original Flavor



Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink  di campur bersama Calpis
  Untuk pengetahuan semua adalah dilarang  untuk membancuh EPHYRA menggunakan air panas kerana khasiatnya akan terbantut.

-          Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk mendapatkan hasil yang optimum . Selain itu anda perlu Kurangkan minum cafien, bagi anda yang sukame minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra.

Ephyra Collagen Drink
-          Adalah di galakkan untuk mengambil Ephyra ketika perut kosong  kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrient
-          Untuk pengetahuan anda juga indak balas terhadap badan adalah berbeza-beza mengikut kadar metabolisme seseorang. Anda amat digalakkan untuk meinum secara konsistenuntuk mendapatkan kesan yang baik.







Manfaat Pengambilan Ephyra Untuk Cik iena


 Dengan mengamalkan Collagen ini cik iena tidak perlu lagi memakan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar. Cik iena mengalami masalah pelawasan. Dengan mengamalkan Ephyra Collagen Drink ianya melancarkan sistem pencernaan dalam badan cik iena.

  Selain daripada membantu masalah pencernaan ianya juga sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksik-toksik daripada badan .



Ephyra Collagen Drink
Kulit lebih halus dan kurang kedutan dan kurang kusam

      Dengan pengambilan Ephyra Collagen Drink ini juga mampu menganjalkan kulit cik iena serta mengilangkan kedutan dan menjadikan ianya lebih halus dan  berseri. Untuk wajah cik iena cik iena kurang mengalami masalah jerawat jadi ianya lebih kepada melembut, melambab serta melicin kan kulit wajah. Pada yang bermasalah ianya dapat membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  

 Kenapa Amalkan Ephyra?



Ephyra Collagen Drink

Cik iena suka mengamalkan Ephyra kerana ianya merupakan jenama yang di percayai dengan ramai testimoni yang berjaya sehigga dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan.  Selain itu ia juga diperakui HALAL oleh JAKIM. Ephyra Mempunyai sijil GMP  (Good Manufactured Product) . Ianya juga telah disahkan oleh KKM. Jadi Kepada anda di luar sana anda tidak perlu ragu-ragu akan kehebatan produk ini. Yang penting anda perlu beli yang tulen seperti gambar di bawah.

Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink

Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink





Ephyra Collagen Drink







   

Untuk pengetahuan anda, EPHYRA mempunyai PREMIUM PACK iaitu untuk penggunaan selama sebulan (30sachet) beserta shaker, dan TRIAL PACK untuk penggunaan selama 10 hari sahaja (Tanpa Shaker) 




Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink


HARGA RRP: RM 197 / kotak

Cara beli / dapatkan produk :
IG : @ephyra2u
Whatsapp : 019-3999 238 / 03-4141 7889
Anda juga boleh Dapatkan melalui para pengedar, kedai-kedai jamu dan farmasi terpilih seluruh Negara.















iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi


Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi

Barangan  "PRELOVED" atau lebih dikenali barangan Bundle semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia . Terdapat banyak kedai-kedai bundle yang tumbuh bagai cendawan tetapi berbeza dengan Bandoru Store di mana ia menawarka suasana dan kemudahan membeli belah yang selesa seperti di dalam Butik-butik Jenama Terkenal.



Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Cik iena memperagakan barangan preloved dari bandoru store
Bandoru Store merupakan sebuah butik terbesar yang pertama di Malaysia berkonsepkan barangan 'preloved' berjenama antarabangsa yang dijual dengan harga mampu milik khusus kepada segenap lapisan masyarakat . Bandoru diasaskan oleh seorang anak muda tempatan bumiputera iaitu  Wafi Shari yang mempunyai pengalaman luas selama tahun dalam industri pakaian 'preloved' di Malaysia.



Produk yang dijual di Bandoru dibawa khas melalui kontena secara terus dari Jepun. Ia nya terdiri daripada pelbagai barangan termasuk pakaian. beg, seluar, aksesori tambahan termasuk barangan rare & vintage untuk pengumpul.

Bandoru Store kini mempunyai lebih daripada 150 kakitangan di sector perkilangan dan pengurusan dan menjadi pelopor pertama yang mengubah persepsi dan perspektif terhadap barangan preloved di Malaysia.



Pembukaan rasmi butik preloved terbesar di Malaysia pada 5&6 November 2016


Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama

Baru-baru ini , pada 2 November 2016 bertempat di Batu 3 Shah Alam , buat julung-julung kalinya,  Bandoru Store telah mengadakan majlis pra-pelancaran bagi memperkenalkan butik terbesar di Malaysia berasaskan barangan preloved' yang akan dibuka secara rasmi berhampiran Plaza Tol Batu 3, Shah Alam pada 5 dan 6 November 2016.

Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama




Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Cik iena memperagakan barangan preloved dari bandoru store
Secara am nya, Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan preloved berkualiti tinggi dan keaslian barangan dijamin serta dijual dengan harga mampu milik untuk semua golongan. 
Barang-barang yang dijual adalah dibawa khas dari Jepun yang mana telah menjalani proses pengasingan berperingkat bagi memastikan kualiti barangan dalam memenuhi citarasa pengguna bertepatan dengan slogan Bandoru Store: BETTER THAN NEW 
Selain itu, Bandoru Store menawarkan pelbagai segmen barangan termasuk baju-T, kemeja, jeans, kasut, sweater, beg tangan dan aksesori berjenama antarabangsa khusus buat golongan lelaki, wanita serta kanak-kanak. Tidak ketinggalan, bagi penggemar atau peminat koleksi barangan rare& vintage', juga boleh didapati di Bandoru Store dengan harga yang berpatutan. Dari segi konsep butik, Bandoru Store tampil dengan rekaan lebih moden dan terkini disamping menyediakan ruang persekitaran selesa yang dilengkapi pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan ketika membeli-belah.  semasa pembukaan rasmi pada 5 November 2 pelanggan boleh mendapatkan tawaran terhad iaitu baucer diskaun sebanyak 20 peratus dengan mengikuti cara-cara yang dimuatnaik di laman media sosial di Facebook(Bandoru), Twitter(@bandorumalaysia) dan Instagram(@bandorumalaysia)



Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama


Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Converse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton, H&M, Timberland, Dr. Martens, Levis, Edwin, Raplh Lauren, dan pelbagai pilihan jenama tempatan serta antarabangsa.

Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama



PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE PERCUMA!

Jika anda adalah pelajar atau anda mempunyai kenderaan tetapi malas untuk memandu , terdapat perkhidmatan Shuttle   di sediakan untuk anda .

.
KTM BATU 3 >> BANDORU
BANDORU >> KTM BATU 3

Perkhidmatan ini disediakan percuma untuk anda pada tarikh 5 &6 November 2016 (Sabtu dan ahad) ini. Bersempena pembukaan Bandoru.

Sila rujuk poster dibawah untuk mengetahui jadual perjalanan bas shuttle ini.

.
PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE PERCUMA!
PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE PERCUMA!

APA YANG ANDA BOLEH DAPAT DI BANDORU?











 Untuk maklumat lanjut, sila layari


BANDORU STORE
SELANGOR PT7,
FEDERAL HIGHWAY
BATU 3, 40150 SHAH ALAM





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Menang Beg LV, Macbook & iPads


Istimewa kepada anda semua, cik iena nak kongsi cara bagaimana anda boleh memenangi Beg tangan LV , Macbook dan Juga iPads .



Pembukaan Bandoru store


Sempena pembukaan Bandoru Store  pada 5 dan 6 November ini anda berpeluang untuk memenangi Beg LV, iPads & Macbook.  Apa yang anda perlu lakukan adalah

  • Kongsikan peraduan ini kepada kawan-kawan anda.
  • Setiap kali salah seorang rakan anda sign up, anda akan mendapat 20 penyertaan tambahan (Points) untuk menang.
  • Bagaimana untuk sertai , Daftar di http://bit.ly/bandoru1

Sebelum itu Untuk pengetahuan semua  Bandoru Store  merupakan kedai pakaian bundle iaitu barangan terpakai dari jenama terkenal .

Kedai pakaian “bundle” atau pakaian terpakai semakin digemari masyarakat setempat, kewujudannya umpama cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar kuala lumpur mahupun di kawasan bandar kecil .

Bandoru Store  menawarkan pelbagai jenama terkenal dengan kualiti yang baik pada harga yang berpatutan.


Nak Menang Beg LV, Macbook & iPads?

Menang Beg LV, Macbook & iPads
Menang Beg LV, Macbook & iPads

Cara bagaimana untuk memenangi peraduan ini.


Step 1 – Share di Facebook

Step 2 – Share di Twitter

Step 3 – Emailkan Kepada Kawan

Daftar di http://bit.ly/bandoru1
 
Jangan risau, hanya dua maklumat di perlukan untuk daftar iaitu email dan nama anda sahaja. Anda tidak perlu mengisi maklumat-maklumat yang banyak termasuk jawab soalan survey. Itu semua tidak perlu. Hanya daftar dengan nama dan email anda sahaja. Kemudian anda sahkan pendaftaran anda melalui pautan yang di hantar di email anda . Mudah kan.
Tingkatkan Peluang Untuk Memenangi Beg LV, Macbook & iPad Dengan SHARE Page Ini Kepada Seramai Mungkin Rakan-Rakan Anda.

Setiap Rakan Anda Yang Daftar Melalui Referral Link Dibawah Akan Menambahkan 20 Kali Peluang (Points) Anda Untuk Menang.

5 Peserta Yang Mengumpul Points Terbanyak Sebelum 5 Nov 2016 Akan Dikira Sebagai Pemenang!




Pembukaan Bandoru store


Pembukaan Bandoru store:

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
5 & 6 NOVEMBER 2016 (SABTU & AHAD)
JAM 9 PAGI -10 MALAM
BANDORU STORE
SELANGOR PT7,
FEDERAL HIGHWAY
BATU 3, 40150 SHAH ALAM




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Iklan Deepavali Petronas 2016 Mengajar Kita Untuk Tidak Berperangsaka Buruk


Iklan Deepavali Petronas 2016 Mengajar Kita Untuk Tidak Berperangsaka Buruk


Sudahkan anda menonton Video Deepavali dari Petronas tahun ini? Setiap tahun Petronas akan menyajikan Video yang  menarik dengan mesej yang penting untuk rakyat Malaysia Khususnya .

 Iklan Deepavali Petronas 2016


Apabila melihat Video terbaru dari Petronas ini ianya mengajar kita untuk tidak berperangsaka Buruk terhadap orang lain . Seringkali di kaitkan kegiatan kegiatan jahat seperti pecah rumah dan sebagainya di kaitkan dengan masyarakat India atau pun pendatang asing. 
Namun tanggapan kita itu tidak semestinya benar . Sebagai contoh kejadian baru-baru ini yang terjadi pada cik iena si pelaku adalah di kalangan Remaja lelaki Melayu . Dimana lelaki melayu terbabit mencampakkan sesuatu di jalan raya bagi tujuan supaya cik iena dan pemandu lain langgar dan kemalangan.
Raut wajah lelaki melayu berkenaan kelihatan biasa namun tingkah lakunya di luar jangkaan. Jadi jangan lah kita bersangka buruk pada masyarakat lain sedangkan kejadian-kejadian samun, pecah rumah dan sebagainya boleh jadi si pelaku dari pelbagai bangsa .

Walau apapun langkah berhati hati perlu kita utamakan cuma jangan amalkan sifat suka menyalahkan kaum lain . 
Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling menghormati perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita.Semua manusia ada hak untuk di hormati .

Perayaan Deepavali iaitu Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat  lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. Semoga cahaya menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan warga Malaysia.

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi.

Akhir kata, di kesempatan ini, cik iena ingin mengucapkan Selamat  Hari Deepavali kepada semua warga Malaysia terutama sekali kepada semua penganut beragama Hindu dan berbangsa India.














iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Naelofar Hijab dengan Harga Eksklusif RM55 dan Diskaun 11% di 11Street

Naelofar Hijab


Naelofar Hijab  merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam Industri fashion tanah air. Ianya merupakan satu jenama yang bukan sahaja dilihat berjaya di dalam industri seni tanah air namun, dalam pada masa yang sama turut gemilang dalam dunia perniagaan.
 

Baru-baru ini Naelofar Hijab telah melancarkan tudung baru keluaran nya iaitu ‘Pretty Women’

Naelofar Hijab 'Pretty Women'



Naelofar Hijab 'Pretty Women'
Koleksi terbaru Naelofar Hijab ini menampilkan rekaan mewah yang menarik dengan reka bentuk yang terlalu mudah digayakan. 
Bergerak seiring dengan Trademark Naelofar Hijab iaitu  ease-of-wear  ini , Pretty Women’ mempunyai reka bentuk scalloped yang menutupi paras dada untuk memastikan kesopanan si pemakai, namun ianya cukup bergaya untuk digayakan seharian sama ada pagi mahupun malam.  
Reka bentuk scalloped itu juga membolehkan si pemakai yang menyusukan bayi untuk menyusukan bayi mereka dengan mudah. Ianya diiperbuat daripada lycra kapas, hijab ‘Pretty Women’ ini adalah ringan lagi stretchable, menjadikannya keselesaan mutlak untuk dipakai sepanjang hari.
Koleksi ini Hadir dengan 50 Variasi warna untuk pilihan anda.

Ianya sesuai di gayakan untuk ketempat kerja mahupun untuk majlis-majlis tertentu.  Bagi Wanita bekerjaya di luar sana yang sangat sibuk dan kesuntukan masa yang ingin memakai tudung dengan gaya yang cantik anda boleh memakai koleksi ini kerana ianya sangat mudah dan cepat untuk di gayakan. Hanya sarung kan sahaja semudah A B C dan 1 2 3.








Kini Untuk pengetahuan anda semua, 11street, dan Naelofar Hijab  telah bekerjasama untuk menjual koleksi ‘Pretty Women’ ini di 11Street dengan harga eksklusif  iaitu RM55 setiap satu.

Naelofar Hijab dengan Harga  Eksklusif RM55 dan Diskaun 11%  di 11Street
Naelofar Hijab dengan Harga  Eksklusif RM55 dan Diskaun 11%  di 11Street
Jadi , buat anda peminat  Naelofar Hijab , anda boleh dapatkan koleksi terbaru ini di 11Street . Istimewa buat anda semua kini 11 Sedang mengadakan Promosi 11% untuk Koleksi ini. Anda cuma perlu Dowload Kupon Diskaun 11% untuk nikmati diskaun ini . Promosi ini Sah sehingga 31 Oktober 2016


Cik iena juga tidak melepaskan peluang untuk cuba tudung terbaru keluaran Naelofar Hijab ni




Selfie with #prettywomanbyNH Harini iena pakai tudung ni g keje.. ianya mudah di bentuk ,kain sejuk je tau dan tak kedut. Haaa sesuai sangat utk wanita bekerjaya yang tak ade bnyk masa sgt nak belit2 tudung tp nk kelihatan cantik hehe. Sarung je takyah pin.. Kalau dh lambat nk g kerja iena mmg sarung instant je..instant ni senang sebab satu muka dan kain nye strechable tak perlu pin pin.. Kepada #naelofarhijablover skrg korang blh dapat kan Koleksi #prettywomanbyNH @naelofarhijab di laman web www.11street.my . Jgn lupa tau download apps @11streetmy di phone anda, dan dapatkan koleksi terbaru, Pretty Woman skrg ekslusif di 11Street dengan harga RM55 😍😍 Terdapat 50 variasi warna untuk pilihan anda 🌸💃 Ehhh nanti dlu , jangan lupa download 11% discount coupon dan redeem ‘Pretty Women’ hijab di 11street tau.. Tawaran sah dari 24 hingga 31 October 2016 #surihatimrpilot #naelofar #naelofarhijab #MalaysianBlogger #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #sheonista #fashionista #love #fashion #igers #instadaily #beautiful #instagood #like4like
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Untuk dapatkan Koleksi ini klik http://bit.ly/Naelofar

Cepat tau, promosi Diskaun 11% tamat pada 31 Oktober 2016




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama, 10 Peserta Lawak Solo Janji Persembahan Lebih Mengancam Jumaat Ini


Menjanjikan hiburan tanpa henti kepada penontonnya, Astro Warna kini tampil dengan sebuah program komedi terbaharu iaitu Lawak Solo yang telah pun menemui penonton Jumaat lalu,  jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

 
Peserta Lawak Solo
Peserta Lawak Solo

Program pencarian bakat solo ini dihasilkan dengan tujuan untuk mencari pelapis pelawak tunggal tanah air yang mampu menjadi penyambung kegemilangan dunia komedi solo mahupun stand-up comedy di Malaysia yang semakin mendapat tempat di hati peminat dunia lawak tempatan.



Lawak Solo juga menampilkan 10 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang yang berentap di pentas mingguan Lawak Solo selama lapan minggu berturut-turut bagi merebut gelaran Juara Lawak Solo musim pertama yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 80,000.00.



Minggu lalu di aksi pembukaan Lawak Solo, tiada penyingkiran dilakukan dan sekali lagi kita akan menyaksikan 10 peserta yang bakal membuat penonton tidak kering gusi Jumaat ini menerusi tema “Kisah Aku”. Mereka adalah  DANIAL, MAD SABAH, NIZAM, AG HAFIZ, AARON, WAN GEGAU, KC NAZARI, DINN (Dengerous), FIKRY dan RIDZUAN.



Selain itu, Johan, Saiful Apek dan Dato’ AC Mizal antara pelawak popular yang turut terlibat dalam menjayakan program terbaharu Astro Warna ini. Siapakah yang akan berjaya mencuit hati penonton dan juri pada minggu kedua ini? Siapa pula yang akan meninggalkan pentas Lawak Solo? Jom sama-sama kita saksikan Jumaat ini. Juliana Evans akan turut hadir selaku juri undangan.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve