Pada minggu lepas 7 febuari 2016 cik iena telah di jemput ke Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh yang bertempat di Hotel Sani Kuala Lumpur. Turut serta beberapa rakan blogger yang sama-sama memeriahkan majlis ini. Kami di undang khas bagi mewakili +Hai Blogger! Official .
Jutaan terima kasih di ucapkan diatas undangan dan penghargaan terutama sekali buat founder Ilham Qaseh serta Founder Hai Blogger iaitu Halim .
Acara di mulakan dengan ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi, Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli keluarga besar Ilham Qasih yang bertungkus lumus mempromosi serta menjual tudung-tudung berjenama Ilham Qaseh sehingga ianya mendapat tempat di Hati Rakyat Malaysia Khususnya buat peminat Hijabista yang menggemarkan tudung yang trendy dan stylo.
Seterusnya turut diadakan pertunjukan fashion koleksi tudung daripada Ilham Qaseh. Majlis turut meraikan para agen dan stokies yang telah mencapai target jualan yang memberangsangkan. Selain daripada itu juga terdapat juga cabutan bertuah yang di berikan kepada para hadirin. Cik iena turut menjadi salah seorang yang bertuah pada malam tersebut.
Majlis seperti ini amat sesuai diadakan bagi meraikan usaha dan titik peluh pekerja-pekerja, agen-agen serta stokies supaya dapat membakar semangat mereka lagi bagi terus mempromosi sesuatu produk. Ianya untuk menghargai jasa dan keringat mereka diatas usaha-usaha mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang di beri kepada agen mahupun stokis yang dapat mencapai target jualan juga dapat memberikan semangat lagi buat mereka.
Memang seronok kan kalau orang hargai kita. Cik iena pun suka macam ni. Bagus Ilham Qaseh, semoga terus maju dan success di masa hadapan nanti.
GAMBAR DI SEPANJANG MAJLIS
GAMBAR DI SEPANJANG MAJLIS
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi |
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi |
cik iena brsama rakan Make up Artist , MAria |
cik iena bersama blogger Dilla |
Antara rakan blogger yang turut sama memeriah kan majlis |
Fashion & Beauty Blogger yang awesome gituh :) |
Facebook :Ilham Qaseh
Instagram : @ilhamqasehofficial
More picture : Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Nukilan,
|