Grab The Promo
Grab The Promo

HIJABERS BLOGGERS PILIHAN


Salam..today cik iena nk join segmen "HIJABERS BLOGGERS PILIHAN" oleh seorang blogger yg famous .
haa tgk header kt atas tu pn dh tau sape blogger tu kn (^_~).
14 blogger yang bertuah akan dipilih dan Mak Dara akan  promote 14 blog tersebut bermula pada 23 April hingga 13 May nanti...

So ape lagi ,jika anda blogger perempuan yang berhijab..moh ler kiter join (^_~)
KLIK SINI UTK JOIN

SYARAT SYARAT NYA



1) Buatkan satu entry bertajuk: HIJABERS BLOGGERS PILIHAN dan tepekkan header mak dara di entry itu.

2) Tepekkan gambar gambar anda/keluarga/teman anda yang mengenakan pakaian/tudung/hijab/alat aksesori ala ala Hijabers ataupun gambar makeup yang sesuai untuk para hijabers dan terangkan fesyen yang anda/keluarga/teman kenakan di gambar itu

3) Selesai. Tinggalkan link anda di kotak komen.





1 . Jubah + Inner Ayunar + Pashmina



Fashion nie sesuai untuk ke majlis kenduri kawen atau mungkin untuk g Dinner ke..heheh tu pun tgk tema dinner tu lh yer..kalau xbersesuaian xblh la..

Jubah yg dipakai dikenakan dengan inner ayunar dan pashmina yg di lilit ditambah dengan aksesori untuk menambah kelaian dan seri pada tudung
(^_~)



2. Selendang dari Rina Salleh

 Selendang nie cik iena beli kt Rina Salleh mase cik iena g kelas mekap dkt De Palma Ampang.
Mase tu Rina Salleh jadi cikgu tuk ajar style2 tudung 
(^_~)
cantik kn selendang nie ade 3 layer
Baju cik iena pakai baju lengan panjang bese tu + vest.
Pastu pakai seluar slack + short skirt yg warna nye sama dgn vest..
huhu xselesa klu nmpk punggung..
sb tu pki short skirt tu




3. Inner Ayunar + shawl ala2 ct
Inner ayunar nie ade 3 layer(3 color)
dan blh pakai dgn pelbagai gaya..
cik iena pakai inner ayunar + shawl ala2 ct..
ehh tp kene la pakai outer syia klu x nty nmpk plak leher kn ..
lepas tu cik iena pakai sedikit aksesori kt kepala..
hairben je


4. Inner Ayunar + shawl hitam
simple je..pakai inner ayunar + selendang hitam di lilit kan dan tambah siket aksesori
(^_~)
nk bg nmpk serasi dgn baju pakai belt warna hitam


5.  Inner Ayunar + selendang Kuning + Outer syria pink
cik iena pakai inner ayunar + outer syria pink..
nk kasi warna naik :) kalau pakai outer syria kuning nty tenggelam plak..
selendang kuning nie d belit je..
cik iena tak pakai aksesori sebab selendang kuning tu ade beads dh kt ats dia tu..
tp x berapa nmpk laa dlm pic nie..
hehehe


6. Hoodies
yg ni plak cik iena pakai jubah ala2 hoodies
so da xpayah nk pakai shawl lain dh..pakai inner je
(^_~)

7. Tudung Ct + kaftan
Ouchh sgt suke baju nie..
kaftan + tudung ct
simple but nice
(^_~)

8. Jubah + syria + shawl
Cik iena mengenakan jubah polkadot merah hiam dan tudung syria merah di lilit dgn shawl hitam
ditambah dengan aksesori d kepala untuk menambah kelainan..
Kwan cik iena plak pakai jeans + jaket and shawl.
(^_~)


9. Kebaya + syria

Simple je cik iena pakai kebaya hijau + kain batik dengan tudung syria.
kawan cik iena plak kebaya pepel + kain batik dengan shawl
(^_~)


10. Selendang Zulaika Butik Mama

Cik iena dan kwn cik iena
kedua2 nya pakai selendang zulaikha dari butik mama
(^_~)
opss nie tgh shoot product butik mama
menyempat je snap pic






Maaf ler pic kebanyakan nye bermekap sb pic2 diatas nie mmg cik iena kene memake up kn diri..
time gmbr2 ni diambil ade photoshoot(^_~)





haaa kalau yg suke ber mekap tu nk mekap2 xpe lorhh
tp lebey baik d kurang kn sedikit mekap nye yer kalau untuk daily..
(^_~)

Okiess sekian ...
jgn lupe join yer adek cantik manis yg berhijab :)






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Kedutan Di Muka



Bahan2:

Lobak merah, 1 sudu tepung jagung, 1biji kuning telur.

Cara2:

Parut halus sebiji lobak merah dan masukkan ke dalam mangkuk.

Campurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung dan 1 biji kuning telur.

Kacau sehingga sebati.

Sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan leher.

Biarkan selama kira-kira 20 minit atau sehingga kering.

Akhir sekali, bersihkan muka dengan air suam dan lapkan dengan kain bersih.

Amalkan selalu agar lebih berkesan.



Sumber: Majalah Pa&Ma






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Benzoyl Peroxide Dalam Tepung Gandum

Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.




Semalam agak heboh la kt fb menyatakan tepung gandum cap sauh yg slalu kite beli tu
tak boleh mkn sb mengandungi Benzoyl Peroxide.
Ramai yg share info tersebut..


So cik iena pn jmp la dr google ..search info yg berkaitan 
jumpa lah artikel dr hmetro nie


"Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg)"

cik iena tgk dkt plastik tepung gandum cap sauh tu dia tak tulis plak berapa peratus kan..
hurmm timbul ragu2 jugak tu nk mkn sb xtulis bpe peratus..
Rasenye ramai lg rakyat Malaysia yg menggunakan tepung nie.

Lepas nie kalau beli tepung kene alert sket
bace kandungan nya
sama ade beli yang tidak mengandungi Benzoyl Peroxide atau pun yang mengandungi Benzoyl Peroxide kurang daripada 50 miligram.

Tambahan : menurut rakan blogger(kak sutera kaseh)
ahad lepas kak sutera kaseh ada tgk rncgn assalamualaikum tv al hijrah, tetamu jemputan dr PPIM, kata tepung yg mengandungi benzoil tu mmg x boleh makan..walaupun sikit..ia ibarat bahan peluntur

So adalah lebih baik if kita beli tepung yg tiada kandungan Benzoyl Peroxide.

terfikir sejenak.
klu cm tu nk kuih kite kene buat sendiri lah..
sb nye kebanyakan rakyat malaysia guna tepung cap sauh.
dlu mase kecik2 pnh tlg makcik buat kuih..
dia gune tepung tu..

takkan nk beli kuih kite nk tny makcik gune tepung ape ni?
hahahaha..
cane la tu eyhh..
 

Sekian utk info kwn2
(^_~)









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Cara Pemilihan Produk Pembersih Muka




a)    Untuk kulit kombinasi atau cenderung berminyak: Pilih formula pembersih yang mampu mengangkat lebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum.

b)   Untuk jenis kulit kering dan sensitif: Gunakan pembersih dengan formula lebih ringan dan mengandungi pelembap.

Pastikan produk yang anda pilih:


a)    Bebas minyak (oil-free)
b)   Tidak menyumbat pori (non-comedogenic)
c)    Tidak menimbulkan iritasi (hypoallergenic)
d)    Tidak menimbulkan jerawat (non-acnegenic).


Bahan kimia aktif yang kebiasannya terdapat dalam produk pembersih:
a)    Alpha hydroxy acids ; Membuat wajah lebih cerah.
b)   Salicylic acid; Mencegah jerawat dan membunuh bakteria.
c)    Vitamin, mineral, glycerin, collagen; Untuk menegangkan kulit wajah.





Sumber : wanitasihat.com










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS KESIHATAN

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :-

1. Bersenam atau beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve