Grab The Promo
Grab The Promo

RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



Homemade Biskut Ferrero Rocher adalah antara hidangan yang cukup lazat untuk hari raya mahupun  di hari biasa atau sebagai buah tangan  di majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis harijadi, majlis perasmian dan sebagainya. Semalam ada yang bertanya kepada cik iena mengenai resepi biskut ni selepas cik iena memuat naik gambar di facebook dan instagram .  Okay cik iena kongsikan resepi penuh dekat blog . Jom baca .Sempat lagi nak buat utk raya tahun nie :)





Bahan-bahan Biskut Ferrero Rocher:

  1. 250gm butter
  2. 80gm gula icing
  3. 20gm qroquant/cornfleks hancur
  4. 360gm tpg gandum
  5. 100gm almond powder
  6. 40gm tpg jagung
  7. 1/2 sdt esen vanilla
  8. almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
  9. 3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
  10. coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara membuat Biskut Ferrero Rocher

  1. Putar butter & gula sehingga sebati kemudian masukkan qroquant atau cornfleks hancur
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum,almond powder & tepung jagung.Kemudian uli sehingga sebati.
  4. Panaskan oven suhu 150c.
  5. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan di dalam dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
  6. Bakar pada suhu 150c selama 20-25 minit.
  7. Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam putih telur .kemudian golekkan di atas almond nibs.


    RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



  8. Bakar balik biskut lebih kurang 5 ke 10 minit.
  9. Cairkan coklat masakan & celupkan biskut di dalam coklat tersebut & masukkan ke dalam paper cup.biarkan sejuk sendiri atau letak dalam peti ais selama 15 minit . Cik iena tak guna coklat masakan , cik iena guna Beryl's  Chocolate.
RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER




RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER

Okay kawan-kawan Selamat mencuba (^_~)

Nota Blog : harap maaf pada yang request video cik iena tak dapat video kan cara-cara buat . Sebab tak terfikir nak update di blog so memang takde record video. Sekadar ambil gambar dua tiga keping sahaja . Bila ada yang bertanya ,  malas nak tulis banyak kali cik iena tulis dekat blog . 


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Istimewa buat penduduk Batang Kali, kini anda boleh menikmati hidangan Nasi Arab di Batang Kali . Ini merupakan Restoran Nasi Arab pertama di Batang Kali  . Set 6 Orang makan serendah  RM 95.
Terletak di Taman perniagaan Kelah , Batang Kali.
Tel : 03 60571526
 
 
Minggu lepas cik iena bersamakeluarga dan rakan-rakan seperjuangan ayah berkesempatan berbuka puasa di Syam Nasi Arab. Okay jom layan kan gambar. Terima kasih buat pemilik Nasi Arab yang layan kami dengan baik nya.
Pemilik Nasi Arab ni kawan kepada ayah cik iena . Okay maaf cik iena lupa nama pula. Kalau tak silap Pakcik Sobri . Pernah memiliki Restoran Air Buah Gelas Besar di Batang Kali . Gambar dibawah owner restoran yang sebelah kiri gambar
 
Syam Nasi Arab Batang Kali
 
 Jom tengok gambar lagi
Maaf cik iena lupa ambil gambar makanan sebab sampai lewat.

Syam Nasi Arab Batang Kali
hehe lupa nk ambik sebelum hilang isi2 nya



Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali
mak and ayah cik iena yang berbaju biru

Okay selepas berbuka, kawan abah . Pakcik Herman belanja Durian
Tu yang belakang ikut selfie tu ayah cik iena

Syam Nasi Arab Batang Kali
Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali
Syam Nasi Arab Batang Kali
adik lelaki and aten..ehemmm bakal bini kot, abah da suruh kawen haha

Syam Nasi Arab Batang Kali
adik lelaki n aweks , cik senah :)

Syam Nasi Arab Batang Kali

 Amboi kemain adik-adik bawak pasangan masing-masing.
Kakaknya Biarlah rahsia
lalalallalaaaaaaaa
susah nak cari calon suami yang memenuhi kesemua kriteria yang di tetapkan dalam Islam
(^_~)


Okay jom tengok harga

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone



Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone



Terima kasih Boat Noodle diatas penghargaan anda. Kepada anda yang ingin memiliki sampul raya ni boleh lah berbuka puasa di Boat Noodle. Boat noodle memperuntukkan 200,000 bowl percuma untuk pelanggan-pelanggan boat noodle yang dihargai. Cepat tau sebelum kehabisan .
 
 Sebenarnya selepas food review tempoh hari cik iena da banyak kali ke boat noodle time square cuma tak berkesempatan nak update cerita je sebab terlalu sibuk . 
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone

 
Terima kasih banyak-banyak Boat Noodle, cik iena sangat menghargainya walaupun hanya sampul kosong tapi yang penting belakang sampul tu ade free voucher 2 bowl  bagi setiap sampul .
Cik iena dapat 5 bungkus dimana 1 bungkus ada 5 sampul bersamaan 50 bowl
memang rezeki sangat-sangat
Cik iena memang suka makan boat noodle
hahaha tak boleh guna as sampul raya la ni
untuk kegunaan sendiri
lalalalallaaaaa



Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone


 
Banyak tu . Voucher yang Boat Noodle bagi sebelum ni pun cik iena masih tak habis guna .
Terima kasih sangat-sangat kerana menghargai hasil tulisan kami.
 
Voucher valid 17 July 2015 sehingga 30 september 2015
 
 
 
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone

Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone
 
Kepada +Bro Framestone  terima kasih tidak terhingga diatas peluang-peluang yang diberikan.
sangat senang bekerjasama dengan bro.
 
jemput baca entry tentang boat noodle
 
 www.ienaeliena.com/2015/04/boat-noodle.html
 
Okay jom berbuka puasa di Boat Noodle dan dapatkan sampul comel ini

  Okay caranya macam ni
jangan cakap cik iena tak habak naaaa
beruntung pulak jadi cik blogger dpt free
(^_~)
Alhamdulillah rezeki
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone
 
Boat Noodle mempunyai sembilan cawangan di Malaysia, yang secara strategik terletak di

  1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
  2. The School @ Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage
  3. Ikon Cheras, G Floor
  4. Publika Block C5, Level G3, Lot 30a
  5. Sutera Mall, Johor Bahru L2-550C
  6. Gamuda Walk, Setia Alam
  7. Klang Parade, 5th Floor

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Boat Noodle di Facebook

Boat Noodle
Anda juga boleh Like di Boat Noodle facebook  untuk mendapatkan maklumat terkini dan maklumat. 
 
 








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Photo By Muhd Asyraf | Yapahseng


 
Photo By Muhd Asyraf | Yapahseng
 
Assalammualaikum &  selamat pagi.
Kepada anda yang masih mencari khidmat photographer untuk majlis-majlis anda tak kira samada majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya boleh lah hubungi Acap.
Acap merupakan Fulltime photographer.

Muhd Asyraf

+60 14-735 9351
(Call/sms/whatsapp)

Nak tengok gambar lain di fanpage beliau

ShootersCam Picture's



Mimpi moon cik iena update gambar photoshoot dah lama, encik photog baru upload semalam , kebetulan lepas sahur tak tidur dan enty ni tak banyak kene fikir ayat nak taip macam entry untuk produk review, event review, food review. maka boleh lah update terus. Sebelum ni banyak gambar photoshoot pending tak update kat blog sb nak tunggu update ikut turutan konon. Sampai bile tak update kan.. Banyak sangat yang menanti di update
(^_~)

Nota Blog : kawan2 photog lain mohon jangan sentap kalau cik iena tak update gambar korang. Cik iena sibuk . Bila ada masa baru update . Yang lepas2 punye gambar banyak tak update T___T










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


10 malam terakhir Ramadan | Mencari malam Lailatul Qadar


10 malam terakhir Ramadan | Mencari malam Lailatul Qadar


Assalammualaikum, hari ini 20 Ramadhan 1436, tiba masanya kita mencari malam Lailatul Qadar.10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya


 
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal
 
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
 
SUMBER:





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve