Grab The Promo
Grab The Promo

Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon



 
Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon


Dapatkan photo print percuma daripada photobook di Groupon. Selagi tawaran masih sah ye. Cik iena ni memang pantang kalau ada promosi atau voucher dari photobook sebab sememangnya cik iena pelanggan photobook. Banyak dah yang cik iena print dari photobook selain dari photobook cik iena print photo print, canvas print , print gambar besar . Auhh banyak lagi lah produk yang ada. Korang boleh tengok sendiri dekat photoobook.


Okay untuk beli poto print bercuma ni jemput klik pautan di bawah ya
 
 
http://www.groupon.my 
 
 
Cik iena tunjukkan cara- cara nak beli
(^_~)
 
 
Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon
KLIK BUY NOW






Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon
KLIK BUY yang PRICE RM0.00



Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon
kene login acc groupon dulu, cik iena prefer guna fb tapi pastikan email fb tu aktif tau




Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon
scrool ke bawah dan Isi apa yang patut, bahagian credit card biar kosong, by default mmg akan choose yg tu




Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon
selepas isi makluma, tick i certify bla bla then klik submit order




Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon
yeayy success perchase, kalau nak tau mana nak tengok voucher code selain dari email.. okay tengok gambar bawah ya




 
Photo Print Percuma Dari Photobook di Groupon
Pada bahagian atas kanan, hala kan cursor ke nama anda kemudian pilih My Groupon, nanti anda nampak seperti cik iena sertakan ni. Nampakkan voucher code tu..


nie cik iena nak mudah kan korang, cik iena bagi link nak reedem photo print tu
mesti pilih option yang betul tau kalau tak nanti tak dapat free tu

pilih 25 keping tau kawan-kawan




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Katalog Avon Kempen 22 2015



Katalog Avon Kempen 22 2015


Sertai peraduan Avon Win Big yang dianjurkan dimana terdapat RM 2 JUTA hadiah terkumpul untuk dimenangi. Hadiah utama merupakan 20 UNIT TV LED HD SHARP 40 INCI , 10 UNIT TELEFON PINTAR SAMSUNG S6,  35 UNIT TELEFON PINTAR LENOVO P90 dan banyak lagi hadiah untuk di menangi.

 

 

 
Katalog Avon Kempen 22 2015
Katalog Avon Kempen 22 2015

 

Tarikh

16-29 November 2015



Katalog Avon Kempen 22 2015
Katalog Avon Kempen 22 2015










Okay jom tengok lebih lanjut lagi

 
 Katalog AVON kempen 22 2015




 Katalog Sebelum

 Katalog AVON kempen 21 2015

Katalog Semasa Sila Klik
KATALOG ONLINE AVON






Untuk membuat Pesanan secara online
Sila hubungi adik manis

Shila

Atau boleh datang ke mana-mana butik Avon berhampiran anda mahupun dealer-dealer avon berhampiran anda
(^_~)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk


 
 Losyen Pembersih muka yang lembut serta berkesan, bebas sabun dan larut air. Mampu membersihkan kotoran persekitaran serta kesan solekan dari kulit muka dengan sempurna tanpa meninggalkan saki-baki dan menghasilkan kulit yang rasa halus dan licin bak sutera.
Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk
Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk
 
Ini adalah salah satu diantara produk cosmoderm yang cik iena dah lama guna . Cik iena juga gunakan untuk remove make up cik iena .   Pada yang make up nipis  sangat sesuai gunakan cleansing milk ni sebagai make up remover. Nak guna make up remover pun boleh. tapi biasanya cik iena guna cleansing milk je untuk remove daily make up . Kalau bermekap la. Biasanya cik iena tak make up pun pergi kerja tapi tetap guna cleansing milk ni sebab ianya sangat best. Melembut kan kulit kita macam kulit baby okay .
Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk
Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk

Cara guna dia mudah saja, sebelum korang nak cuci muka atau mandi tu, korang apply kat muka, usap-usap sampai rata. Kalau cik iena, cik iena suka massage lama-lama tapi awas ya cara massage muka harus betul supaya kulit muka tidak kendur ahaaa. Nak tau cara nya nanti cik iena tunjuk tapi yang pasti cara massage tu urutan keatas. Kemudian ambil kapas dan lap kan. Korang akan lihat daki-daki kotoran dekat kapas tersebut.



Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk
okay ni cik iena dah apply cleansing milk ni and massage, tinggal nak lap dengan kapas and cuci :)
Selepas itu boleh lah cuci muka seperti biasa. Masa ni korang akan rasa kulit korang akan lembut. Kalau cik iena pergi facial pun akak yang buat facial akan tanya macam mana kulit lembut, pakai apa. Ahhaaa nak kulit lembut kene rajin lah banyak step. Kebiasaannya produk lain takde cleansing milk ni. Currently Skin care produk cik iena memang bukan cosmoderm, almaklumlah keroje nya mereview produk :) Tapi cik iena tetap akan pakai cleansing milk sebab dia awesome sangat haha. Ntah la dari dulu suka sangat pakai (^_~) . Setakat ni cik iena tak guna lagi cleansing milk dari brand lain :)

Kulit akan lembut macam kulit baby.Kalau tak percaya boleh cuba. Tapi jangan lah cuba sekali nak terus gebus gebas. Cuba pakai sebotol dua dulu ke. Apa-apa pun kesan akan ikut kesesuaian kulit. Untuk kulit cik iena memang menggebukan kulit. Kulit lembut toing toing . Bintik-bintik hitam yang keras kat hiding tu pun hilang ;)



Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk
Cosmoderm Gentle Q10 Cleansing Milk

 

Kalau nak beli online boleh beli di www.cosmoderm.com.my
Harga RM 27.90
Boleh juga beli di farmasi

           
Hubungi Cosmoderm
 




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Berita Harian : Impak Travelling Beruang


Berita Harian : Impak Travelling Beruang
wefie bersama fafau dan my bff riana dan tak lupa cik travelling beruang cik iena :)
 
Minggu lepas terselit lah muka cik iena di berita harian keluaran 8 November 2015 di mana hari berlakunya kejadian pick pocket keatas cik iena. Gambar wefie cik iena bersama fafau dan juga elizad tu diambil dengan hp yang di curi tempoh hari. Banyak jasa HTC ONE M9+ cik iena ni tau.  Baru-baru ini dapat berita gembira menang contest gambar hasil daripada kamera hp yang hilang tu. Hadiahnya tajaan setahun ahaaa. Nanti dah dapat surat rasmi baru bagi tau ye (^_~)
Memandangkan cik iena kelam kabut dengan kes pick pocket cik iena tak sempat beli surat khabar. Dua gambar daripada yaya cendana dan satu gambar diatas ni dari makcik cik iena iaitu cik shima. Cik Shima whatsapp gambar. Hehe beruntung ada makcik yang sentiasa alert kalau anak buah keluar paper. Tempoh hari keluar majalah NUR pun makcik ambil gambar and bagi ke cik iena :)
Berita Harian : Impak Travelling Beruang
Cik iena tak dapat baca cerita kat paper tu apa yang cik iena tau ianya mengenai kempen travelling beruang yang cik iena sertai bersama air asia blogger community. 
Baru-baru ini cik iena bercuti di chiang mai dan chiang rai thailand bersama cik travelling beruang .
Untuk pengetahuan, percutian tersebut dan travelling beruang yang cik iena bawa adalah hasil titik peluh cik iena. 
Bukan  free tau. Bercuti tu untuk reward diri sendiri setelah penat bekerja. Bukan Air Asia sponsor. Mohon jangan salah sangka. Saya suka bercerita, berkongsi cerita .  (^_~) Agak ramai juga yang salah sangka yang menyangka percutian cik iena bersama travelling beruang adalah di taja air asia. Cik iena cuma menyokong air asia dan makna untuk kempen tersebut.
 Maksudnya cik iena bukan sekadar share kempen tersebut malahan cik iena turut sama membeli travelling beruang tersebut bagi menyokong kempen tersebut.  Alhamdulillah selepas pulang dari Malaysia Air Asia ada beri cik iena hadiah travelling beruang dan jemputan ke tayangan amal travelling beruang. Haa tu gambar yang keluar paper berita harian tu lah :)
Berita Harian : Impak Travelling Beruang



Gambar-gambar ini  diambil semasa TAYANGAN AMAL TELEFILEM TRAVELLING BERUANG




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Letak tangan di dada dan baca AL-Fatihah Jika RIndu seseorang


Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah .


Letak tangan di dada dan baca AL-Fatihah Jika RIndu seseorang

Ya Allah , jika _____(nama dia) ialah jodohku , kau dekatkanlah hati kami . Tetapi jika dia bukan jodohku , kau hilangkanlah perasaan ini .

Begitulah kata-kata Ustaz don yang pernah cik iena dengari . Rindu itu kan anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani pasti akan rasa rindu itu kerana ia dah jadi fitrah manusia. Tidak salah kalau kita rindukan seseorang yang jauh nun disana. Kalau cik iena ni memang susah lah nak jumpa encik buah hati sebab dia sangat sibuk orangnya. 

Kadang-kadang terdetik di hati, betul ke dia sibuk. Hurmm okay cik iena jangan dengar suara-suara syaitan tu. Yakin lah pada orang yang kamu sayang. Kalau ada jodoh ada lah. Kalau takde, redha ketentuan Illahi. Mungkin dia bukan yang terbaik. haha itu ayat nak melegakan hati kan kan..
Tapi jauh di sudut hati cik iena harap awak setia okay.

Apa-apa pun Awakkkk . kite rindu awak T______________T

Saya minta maaf kalau saya ada buat awak sakit hati atau cemburu atau apa-apalah. Awak terlalu pendiam dan pemalu, susah saya nak tau apa yang awak pendam. Kalau tak tanya memang saya tak tau. Saya harap sangat awak faham kerjaya cik blogger yang perlu banyak bersosial but dont wory awak tetap nombor satu di hati (^_~)








Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve