Selari
dengan fashion dan kehendak islam mengenai fashion berpakaian wanita, terdapat
pelbagai fashion tudung labuh di pasaran sekarang. Aspek pemakaian mengikut
islam semakin menjadi pilihan oleh muslimah sekarang. Terdapat pelbagai Trend
fesyen terkini Muslimah yang sedang popular memperlihatkan kemunculan banyak
koleksi fesyen tudung labuh online terkini yang lebih moden contohnya
seperti tudung terkini.
Tudung
terbaru yang ada di pasaran adalah lebih moden daripada segi rekaan berbanding
dengan yang dahulu. Pastinya ini adalah hasil usaha para pereka fesyen Malaysia
kita yang cukup berbakatdan sentiasa
bersungguh-sungguh mahu memastikan koleksi fesyen tudung terkini wanita
diterima ramai hijabista di luar sana.
Ada
apa dengan tudung dan fesyen?
Kedua-dua
ini adalah berkait rapat antara satu sama lain ibarat irama dan muzik, seperti
aur dan tebing. Tanpa adanya fesyen, sudah pasti tidak akan wujudnya gaya
tudung terbaru. Malah tanpa adanya tudung, pasti akan suram pentas peragaan
fesyen.
Begitulah
pentingnya untuk dua perkara ini yang setiap satunya menyokong antara satu sama
lain. Koleksi tudung labuh terkini dengan gaya fesyen yang lebih segar menjadi
pilihan ramai wanita di Malaysia.
Antara
tudung labuh terkini wanita yang sangat popular buat masa ini ialah selendang
ataupun lebih dikenali sebagai shawl. Ia menjadi antara jenis tudung yang
menjadi pilihan ramai anak muda seperti remaja. Ianya boleh di suai padankan
dengan hampir apa sahaja pakaian untuk menghasilkan persalinan yang bergaya dan
sopan lagi menarik dan trendy.
Dress
Muslimah moden juga adalah antara pakaian Muslimah moden yang sesuai untuk
dipadankan bersama koleksi tudung terkini. Ianya memberikan gaya yang lebih
trendy untuk seseorang yang lebih mengutamakan untuk tampil dengan imej yang
lebih menyerlah. Anda pasti akan menjadi tumpuan ramai yang kagum akan cita
rasa fesyen anda dan cara anda bergaya
Selain
daripada tudung dan juga pakaian muslimah, aksesori juga tidak di lupakan untuk
menyerlahkan lagi penampilan sepaya lebih trendy , elegan dan bergaya namun
masih perlu beserdahana dalam pemilihan
aksesori yang sesuai agar tidak kelihatan terlalu menjolok mata. Apa yang
penting ialah anda harus tahu menyesuaipadankan aksesori yang tepat dengan
tudung pilihan anda.
Trendi Travel Mate adalah platform digital yang ditetapkan untuk merevolusikan perjalanan pada skala global. Ditubuhkan pada bulan Oktober 2015 di bawah Zuger International, Trendi memahami dan menjangka keperluan pelancong.
Trendi Traveltelah berkolaborasi dengan Dorsett Kuala Lumpur selaku rakan hotel rasmi dalam memberi keunikan ekosistem dalam dunia pelancongan di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.
Trendi Travel Mate merupakan teknologi travel elektronik bersepadu terkini yang diterapkan dalam dunia pelacongan dan hospitaliti, ianya dibangunkan di malaysia untuk pasaran dunia.
Ia juga merupakan platform pelancongan dibawah kelolaan Zuger International, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman melancong paling berharga bagi pelancong di Malaysia dan juga bagi pelancong Asia Pasifik.
Secara tidak langsung menjadikan ianya teknologi pilihan pertama yang mempu memberikan pelancong yang datang ke Malaysia mampu berhubung dengan seluruh dunia melalui teknologi IPPBX.
Teknologi IPPBX menjadikanTrendi Travel Mate sebagai aplikasi pelancongan yang terbaik, targeted mobile advertising dan juga penggunaan telefon pintar secara percuma.
Menurut Mr. ALvin Koh selaku Group CEO Trendi Travel, Zugar International,
Beliau yakin bahawa Trendi mampu memberikan pengalaman terbaik buat pelancong sewaktu melancong ke negara baru yakni yang belum pernah mereka kunjungi.
Secara tidak langsung ianya menjadi penanda aras yang mampu memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelancong, pihak hotel dan peruncit di Malaysia mahupun di negara-negara jiran.
Trendi Travel Mate
Trendi Travel Mate merupakan perkhidmatan telefon bimbit yang disediakan di hotel terpilih yang mana ianya ditawarkan secara percuma kepada pengguna.
Ianya ditawarkan bersama sambungan internet 3G tanpa had, dalam masa yang sama membolehkan pengguna membuat panggilan tempatan mahupun menghantar SMS.
Tujuan utama Trendi adalah menjadi penyelesaian bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelancong dimana telefon pintar mahupun tablet menjadi gadget penting bagi pelancong untuk mencari keperbagaian maklumat.
Ianya mampu memberi penyelesaian mudah dan senang tanpa perlu risau kepada kos penggunaan data roaming yang membebankan sehingga mampu menghilangan keseronokan kepada si pelancong tadi.
Dorsett Kuala Lumpur
Sebagai hotel peneraju teknologi hospitaliti, Dorsett Kuala Lumpur berminat menjadi rakan kongsi bersama Trendi dalam memberikan pengalaman terbaik kepada tetamu mereka dari luar negara.
Ianya merupakan perkongsian revolusi strategik yang ditubuhkan untuk memberi impak kepada industri hospitaliti.
Ia merupakan platform pelancongan dibawah kelolaan Zuger International, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman melancong paling berharga bagi pelancong di Malaysia dan Asia Pasifik.
Secara tidak langsung menjadikan ianya teknologi pilihan pertama yang mempu memberikan pelancong yang datang ke Malaysia dapat berhubung dengan seluruh dunia melalui teknologi IPPBX.
Teknologi IPPBX menjadikan Trendi Travel sebagai aplikasi pelancongan yang terbaik, targeted mobile advertising dan penggunaan telefon pintar secara percuma.
Menurut Christina Toh, Area General Manager di Dorsett Kuala Lumpur,
Kolaborasi bersama Trendi ini mempu memberikan sambungan dan capaian internet kepada tetamu sepanjang penginapan mereka, secara tidak langsung mampu menjalinkan hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pihak hotel.
Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan jenama hotelnya di Asia dengan menjadikan Dorsett Kuala Lumpur sebagai “Hotel Telefon Pintar Pertama di Malaysia” dan hotel pertama di Malaysia yang melaksanakan teknologi ini.
Trendi ingin mengembangkan perkhidmatannya di lebih 44 buah negara seluruh dunia merangkumi 66 juta ahli Trendi.
Bagi tahun 2016 ini, Trendi Travel menetapkan matlamat untuk mempunyai 18,000 telefon pintar digunakan di Asia Pasifik terutamanya di Filipina, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.
Wahh menarik kan. Kebiasaannya bila kita melancong perkara pertama kita nak cari wifi . Kalau kat airport ada wifi Alhamdulillah .Dapat lah nak google apa-apa yang patut. Kemudian perlu beli simcard untuk dapatkan access internet. Kepada yang mempunyai budget lebih boleh lah beli kan. Pada yang agak-agak budgetable biasanya akan guna wifi percuma je untuk google apa-apa yang patut atau sebelum sampai destinasi dah google siap-siap :)
Tapi kadang-kadang ada benda yang tidak di jangka yang perlu kita cari maklumat kan.
Maka dengan adanya Trendi Travel Mate ini akan memudahkan lagi percutian kita terutamanya jika berada di negara asing lagi lagi negara yang tidak pernah kita kunjungi.
Buat pertama kalinya, Peaceyall.fm radio online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ AC Mizal akan mengadakan karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia.
Pada
17 Febuari 2016 yang lepas telah berlansung Majlis sidang akhbar Dato
Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan
Skoolastik daripada Kartunis Ubi yang diadakan di Pullman Putrajaya
Lakeside.
Majlis sidang akhbar ini diadakan untuk 3 projek di bawah kelolaan Dato Ac Mizal sendiri iaitu:
1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall"
Sidang akhbar ini adalah bagi mewarwarkan kepada umum mengenai Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini.
Karnival tersebut akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.
Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi.
Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti
Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM
Permainan kanak-kanak
Persembahan menarik dari VJ dan selebriti
Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal
Lucky Draw lebih daripada RM10,000!
Konsert Kemuncak
Untuk pengetahuan anda juga, karnival 2 hari ini merupakan karnival pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi
Untuk pengetahuan anda, apa yang istimewa di Peaceyall.FM adalah dalam pemilihan lagu yang di keudarakan dimana ianya mengikut permintaan pendengar Peaceyall.FM . Bermakna lagu lagu yang di keudarakan adalah lagu-lagu kesukaan pendengar Peaceyall.FM dan bukanlah lagu pilihan Peaceyall.FM.
2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal
“DAC Peaceyall” merupakan satu aplikasi permainan baru yang diilhamkan oleh Dato Ac Mizal untuk berhubung dengan peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong karier beliau dari dahulu sehingga sekarang.
Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru yang dicipta bagi menarik minat pemain “game” tegar di mana ianya mempunyai latar belakang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri. Disamping itu, melalui aplikasi permainan ini, anda berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC Mizal disamping menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa.
“DAC Peaceyall” Bukan setakat "game" sahaja, aplikasi permainan ini juga membolehkan anda mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato AC Mizal yang sedang hangat di pasaran sekarang. Jadi anda tidak perlu risau atau rasa was-was untuk mendapatkan produk beliau ini. Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini.
Selain untuk bermain game, aplikasi ini juga membolehkan anda mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini. “DAC Peaceyall” ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.
3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi
Bagi peminat komik terutamanya komik “Ujang”, pasti akan kenal dengan kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar yang popular dengan siri kartun “Budak Hostel”, “Aku, Dia & Volkswagen” suatu ketika dahulu kini kembali dengan hasil karya komik terbaru berjudul “Skoolastik”.
Dengan corak penghasilan idea yang lebih menarik dan berbeza, komik “Skoolastic” ini diilhamkan untuk menarik minat semula peminat-peminat komik dan sebagai satu “come-back” kepada kartunis Ubi sendiri.
“Skoolastik” ini menceritakan tentang kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini. Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun ini untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.
Menurut kartunis Ubi sendiri, penghasilan komik ini adalah bertujuan untuk menaikkan semula “trending” membaca komik ini terutamanya kalangan remaja masa kini yang lebih cenderung ke arah gadjet dan teknologi sehingga komik kartun tempatan telah dilupakan.
Beliau berharap dengan terhasilnya komik “Skoolastik” ini akan membawa lebih sifat membaca di kalangan belia dan dapat mengimbas kembali nostalgia lama aktiviti-aktiviti pada masa dahulu.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang memberi sokongan kepada beliau untuk menghasilkan komik menarik ini terutamanya kepada Peaceyall.FM yang dipengerusikan oleh Dato AC Mizal sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik ini.
Komik “Skoolastik” ini yang hanya berharga RM 19.90 senaskah boleh dibeli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Untuk info lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook atau Instagram : @kartunisubi.
Okay kepada anda di luar sana jom meriahkan lagi Karnival Peaceyall.fm dan kepada peniaga peniaga terutamanya jom sertai Karnival Peaceyall.fm sebagai salah seorang peniaga :)
Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka
Hai korang jom pergi Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka . Merupakan Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini. Karnival ini akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur. Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM Permainan kanak-kanak Persembahan menarik dari VJ dan selebriti Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal Lucky Draw lebih daripada RM10,000! Konsert KemuncakUntuk pengetahuan anda juga, karnival 2 hari ini merupakan karnival pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi Telefon : +6011 2626 1656 (Daz) / +6019-279 6275 (Lieza) Email : karnivalpeaceyal@gmail.com Website : http://www.peaceyallfm.com/ Facebook : OMG FEST
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 24, 2016
Sumber dan gambar Kredit Kepada : http://www.pinkymomma.com
Cik iena tidak dapat hadir pada sidang akbar ini atas urusan kerja :)
Sogo merupakan pusat membeli belah yang menjual barangan berjenama terkenal. Sogo menjadi tumpuan ramai kerana sering mengadakan promosi jualan murah untuk barang barangan berjenama.
Kerap kali kita lihat sogo di penuhi dengan ramai orang yang membeli belah terutama sekali pada musim perayaan. Tidak kurang juga cik iena juga kerap ke sana untuk membeli belah.
Nama Sogo pasti sudah tidak asing lagi buat anda yang gemar membeli belah . Pernah kah anda mendengar Ensogo ? Pada asalnya cik iena menyangkakan Ensogo adalah portal Online untuk Sogo. Almaklumlah cik iena ni suka sangat shopping dekat sogo tapi cik iena mempunyai kekangan masa untuk keluar membeli belah . Akibat terlalu sibuk bekerja cik iena banyak membeli belah secara Online.
Terdetik nak tau Ensogo ni apa, Kalau lah online portal untuk Sogo alangkah indahnya dunia. tetapi rupanya bukan lah Portal membeli belah Sogo. Okay gelak kan cik iena laju-laju . Tapiiiiiiiiiii.. Tapi Ensogo ni berjaya jugak buat cik iena terpaut hati. Adui cik iena ni.
Canggih kan zaman sekarang ni. Dunia di hujung jari je. terdapat banyak portal online shopping untuk kita membeli belah. Salah satu antaranya adalah Ensogo.
Ensogo menawarkan pelbagai barangan dengan pelbagai jenama mahupun jenama yang biasa sehinggalah luar biasa. Terdapat pelbagai diskaun juga ditawarkan.
Setelah cik iena cuci-cuci mata cik iena terbeli lebih kurang 3 item. tetapi cik iena beli dengan cara yang berlainan. Satu cik iena beli menerusi portal , guna laptop. dan satu lagi cik iena guna Ensogoapps.
Istimewa buat pelanggan baru Ensogo anda boleh mendapatkan diskaun potongan harga sebanyak RM20 melalui Ensogo Apps . Haa sebab tu lah cik iena beli juga guna Ensogo Apps. Sebab nak diskaun tu. Siapa taknak diskaun kan :)
Terdapat pelbagai barangan yang diniagakan disini. Ada diantara barangan yang dikenekan bayaran penghantaran dan ada juga yang percuma penghantaran. Salah satunya cik iena beli yang penghantaran percuma.
Cik iena juga ada membuat pembelian barangan daripada luar negara di mana kos penghantaran dan harga barang sama. Okay itu lawak tapi berbaloi lah. Sebab harga barang yang cik iena beli tu murah. Cik iena ada beli pan untuk induction cooker RM100 ++ di AEON . Okay bila jumpa yang harga RM35 terus iena nak beli .
Apa-apa pun kita harus bijak membuat pemilihan ketika membeli belah tidak kira lah online mahu pun di kedai. tapi kadang-kadang cik iena ni terpengaruh juga dengan promosi- promosi ni ahaaaaaaa
Selain daripada diskaun yang ada, Ensogo ni juga menawarkan harga yang murah buat pelbagai barangan bayi dan juga kanak-kanak . Anda boleh berjimat dan berbelanja barangan anda di sini. Cik iena tau pun melalui rakan. Kalau lah cik iena dah kawen dah ada anak mesti banyak lagi yang cik iena beli kan (^_~)
Berikut cik iena lampirkan bagaimana pembelian melalui portal/website dan juga melalui apps untuk rujukan bersama terutama buat yang masih belum biasa dengan pembelian online .
Setelah masuk Ensogo tu cari barang yang kita nak beli. Cik iena tertarik nak beliFrying Induction Cooker Pan ni. harga agak murah pada cik iena sebab cik iena beli frying pan untuk induction cooker di AEON harga semua RM100++ . So ini kira murah lah . Cuma ianya dari luar negara. makan masa lama sikit dan kos penghantaran agak mahal tapi boleh diterima pakai lah sebab pos dari luar negara .
Frying Induction Cooker Pan klik ADD TO CART
Selepas klik add to cart, pada bahagian kanan ada icon Troli . Hala kan kursor kes situ dan akan keluar pautan checkout. Kalau nak teruskan shopping boleh shopping. Kalau nak bayar dah boleh klik checkout.
Hala kan kursor kes situ dan akan keluar pautan checkout
Selain daripada itu cik iena juga beli kettle ni. kebetulan kettle di rumah rosak . Banyak tangan pakai kan di rumah bujang. Rosak pekara biasa . So kali ni cik iena nak beli yang murah je. Beli yang mahal pun rosak dan rosak dan kene beli lagi. Ahaaa yang ni murah dan tiada kos penghantaran okay. Maka cik iena beli Pensonic Electric Kettle ni
klik add to cart
Okay nak checkout
Selepas klik checkout akan keluar page ni
Haaa macam biasa pilih lah Online banking . Kalau yang pakai card credit atau paypal buatlah pilihan pembayan anda okay.
ehhh apasal total amaount tak sama kat atas...
Ahaaa tiba-tiba total amoun tak sama kan RM45 Murahnya biar betul dua barang letrik RM45 !!!
mestilah tak betul hahahha... kan cik iena dah cakap nak cuba yg apps tu utk dapatkan diskaun RM20. Teruskan baca okay. Kenapa RM45 sebab cik iena beli kettle je dulu yang ni yang mana kettle tu berharga RM45 dan percuma penghantaran. Yang Frying pan tu cik iena nak cuba beli guna Apps.
Selepas beli keluar page ni, ade contest lah..
okay jom cuba.
Tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia tak siapa yang tahu kan
Semoga Ada tuah cik iena
lalallalalalaaaaaaaaaaa
Haaaaaaaaaa setel beli melalui web . Jom beli melalui apps pulak . Tapi kan cik iena add to cart dulu awal-awal barangan yang nak di beli supaya mudah. Jadi bila download apps dan buka. Cik iena login acc dan terus klik Troli Checkout. Ouh mudahnya kan :)
Pembelian memalui Ensogo Apps
Mula-mula dapatkan apps ini di play store seperti mana anda download pelbagai aplikasi di telefon bimbit anda. Search ENSOGO . Install dan open ok
cari, install dan open
pilih negara dan sign in guna acc yang dah ada
Diskaun yeayyyyyyyyyy
Diskaun RM20 ini hanya untuk apps dan pengguna baru. Bukan pengguna baru apps. ahaa pening bukan. Macam ni. Kalau anda pernah beli di website ensogo jadi anda tidak layak untuk diskaun ini.
Memandangkan tadi cik iena dah beli jadi cik iena dah tak layak untuk dapat diskaun tu.
Sedih.. eh tapi tak sedih. Dunia di hujung jari maaaaaaaa. Cik iena buka satu akaun lagi hahaha
Cik iena login apps guna acc yang baru. Tapi kan jangan lah setiap kali nak beli buat macam ni okay. Cik iena sebab nak cuba je (^_~)
nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog :D
Okay dah stop bebel jom sambung tengok tutorial
klik cart
Macam penat je nak taip. Paham kan tengok gambar hahaha jangan marah eyyyy
Okay step di bawah pada yang nak bayar melalui online banking jangan risau kalau tak jumpa nama bank tu pilih FPX okay
Next pilihan baru keluar nama bank bank kesayangan anda
ahaaaaaaaaaaaa
Yeayyyyyyyy dah beli
tak sabar nak masak-masak.
Dah lama tak masak kat rumah bujang.
Ada dapur biasa tapi cik housemate very the kedekut tak bagi guna. taknak share-share
Cik eina pun tak hadap lah
cik iena beli lah induction cooker, kalau beli dapur gas biasa semak pulak banyak dapur dan tong gas kan
Makanya cik iena beli induction cooker tapi tu lah
induction cooker bukan boleh pakai sebarang kuali
kene lah beli lain
Cik iena juga beli E voucher photobook.
Ouh pencita photobook memang macam ni.
melambak photobook dah tetap nak beli lagi
Ouh panjang betul cik iena membebel . Yeayyy saya dah shopping di Sogo ehhhh
di Ensogo, anda bila lagi ?
Okies malam ni cik iena nak balik kampung, sepupu nikah.
Esok pagi kembali ke Kuala Lumpur atas urusan blog tercinta ni sehinggalah hari Ahad
Alhamdulillah sempat online shopping sebelum ke Singapore jumaat depan
ahaaaaa holiday yeayyyyyy
(^_~)
New Update : Ehh laju pulak Ensogo photobook ni contact iena . terus bagi voucher code yeayyy
Terima kasih Mr. Benny . Barang lain kalau dah dapat cik iena update juga okay (^_~)
New Update : 11.40 AM 23 Feb 2016
Yeayy cik iena dah dapat kettle dah..
Now tinggal satu je barang lagi . Tapi barang dari overseas. Yang tu memang makan masa sikit lah
(^_~)
Photobook kembali membuat promosi serendah RM0 untuk produk-produk keluaran Photobook Malaysia seperti Photo Print, Photobook, name card, Poster Print dan sebagainya. Cik iena seperti biasa tidak ketinggalan untuk membeli RM0 Photobook. Tawaran ini sedang giat di promosikan di Groupon. Jom kepada sesiapa yang berminat boleh lah beli.
Untuk pengetahuan, hari ini cik iena beli 4 produk RM0 daripada photobook. Memang berbaloi-baloi sebab tarikh tamat print tu lama lagi, ada yang sampai tahun 2017. jangan lupa print sudah lah cik iena .
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com