Grab The Promo
Grab The Promo

Salam Browser Pelayar Web Berunsur Islamik


Browser atau pelayar web adalah medium yang di gunakan untuk melayari internet. Terdapat banyak jenis browser diantara yang sering di gunakan adalah Google Chrome dan Mozilla Firefox  . Pelayar internet ini sangat penting untuk kita melayari internet tetapi seperti yang kita sedia maklum terdapat pelbagai jenis iklan yang akan muncul di pelayar web kita dan kadang kala ianya melanggar syariah islam.

Salam Browser Pelayar Web Berunsur Islamik
Salam Browser Pelayar Web Berunsur Islamik


Selaras dengan teknologi terkini yang mengikut syariat islam satu pelayar web berunsurkan syariah telah di cipta khas buat anda yang beragama Islam khususnya . Pelayar web ini dinamakan Salam Browser. Ianya berfungsi seperti pelayar web lain tetapi ditambah baik dari segi tapisan iklan-iklan yang muncul di pelayar web ketika kita melayari internet .

Pelayar web ini akan menapis iklan-iklan berunsur lucah dan juga iklan iklan yang bertentangan dengan Agama Islam. Sedikit sebanyak ianya dapat menghindari kita umat islam dari melihat iklan-iklan yang tidak sepatutnya.

Ianya sangat sesuai di gunakan untuk anda yang beragama islam terutama buat anda yang berkeluarga sebagai langkah berhati-hati dan berwaspada daripada anak-anak terlihat iklan-iklan yang tidak sepatutnya yang sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan pemikiran mereka.

Selain daripada itu untuk anda yang suka download cerita cerita korea mahupun drama melayu, terdapat iklan-iklan yang tidak senonoh untuk di lihat. Dengan menggunakan pelayar web Salam Browser, iklan-iklan sedemikian akan di tapis. 
Menarikkan, cik iena sendiri pun baru tau dan baru cuba . Bagus ada pelayar web macam ni. Takdelah kita terdedah dengan benda-benda yang tidak elok lagi-lagi buat remaja yang semakin meningkat dewasa. Pemikiran mereka cepat terpengaruh . Jadi kita sebagai Kakak, abang mahupun ibu dan ayah perlu lebih prihatin akan mereka supaya mereka tidak terpengaruh atau terjebak dengan benda yang tidak sepatutnya .
Jom download Salam Browser di https://salambrowser.com



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle

Baru-baru ini telah berlansung satu majlis memorandum bagi perlantikan hafidz roshdi sebagai duta produk Maria Miracle. Produk ini merupakan produk makanan tambahan untuk kecantikan kulit. Ianya bukan sahaja boleh diambil oleh wanita yang mementingkan kecantikan kulit malahan lelaki juga amat sesuai mengamalkannya.

Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi
Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi



Cik iena turut sama hadir semasa majlis pelantikan duta makanan tambahan kecantikan, Maria Miracle di The Garage KL. Majlis ini diadakan sekitar jam 2 petang dan turut dihadiri oleh media, blogger-blogger terkenal dan jugak rakan artis. 




Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi
Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi



Pasti anda menegenali nama yang semakin meningkat naik Hafidz Roshdi yang mana pernah menjadi hero dalam drama tundukkan playboy itu. Baru baru ini juga nama beliau melonjak naik dengan gosip perkahwinan nya yang mana ramai diantara peminat nya yang kecewa dan ada yang mengambil kesempatan mengutuk  isteri beliau.


Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi
Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi



Bagi cik iena hafidz merupakan seorang lelaki yang baik kerana tidak memilih paras rupa walaupun beliau merupakan artis yang terkenal dan berpewatakan menarik.

Setelah berjumpa dengan hafiz sendiri cik iena mula minat dengan karektar nya. Sebelum ni cik iena pun tak tonton cerita tu sebab sangat sibuk kerja. Dan memang cik iena oranya jarang menonton tv. Selepas berjumpa dengan beliau baru lah timbul rasa minat kerana karektor beliau. Beliau sangat peramah dab bersabar melayan karenah peminat yang palinh penting biarpun di kutuk di media sosial tentang isterinya beliau masih bersabar dan tidak melawan.


Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle


Bertuah tau isteri beliau. Cik iena sangat setuju beliau di lantik sebagai duta maria miracle kerana beliau peribadi yang baik pada diri beliau di samping kulit beliau yang juga sangat cantik  . Apa yang uniknya tentang kombinasi produk ini dan Hafidz? jika anda perasan, kebanyakkan produk kecantikkan pasti menampilkan duta wanita , berbeza dengan Maria Miracle. Bukan wanita sahaja yang perlu menjaga keterampilan malah lelaki pada mas akini juga mementingkan aspek kecantikan diri. Bukan sekadar cantik malah sihat dari dalam.

cik iena bersama Pengasas Maria Miracle Puan Maria Hasmin Marzuki
cik iena bersama Pengasas Maria Miracle Puan Maria Hasmin Marzuki
Pengasas Maria Miracle sendiri, Puan Maria Hasmin Marzuki berkata, inilah keunikkan yang ingin ditampilkan oleh produk ini selain dari berpendapat Hafidz merupakan role model terbaik buat anak muda masa kini. Ini kerana mengenali Hafidz, beliau merupakan seorang yang menjaga tanggungjawabnya pada agama, amanah dan ini sekaligus membuatkan beliau ikon yang mampu memikul tanggungjawab sebagai duta produk ini.


Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle

Selain itu, sebelum beliau bersetuju untuk mejadi duta, beliau juga ada mencuba selama beberapa minggu tentang keberkesanan produk ini. Lepas dah cuba dan nampak hasil, barulah beliau setuju untuk menjadi duta. Jadi inilah dia rahsia  kulit Hafidz ni halus mulus. Cik iena sendiri telah berjumpa dengan beliau dan sememangnya beliau mempunyai kulit yang cantik.

Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle


Cik iena sendiri telah cuba  serbuk kolagen ini. Cara nak makan mudah sahaja , Buka sachet tu dan kemam 1 sachet ni dalam mulut anda. Ada orang kata jika kemam di bawah lidah kesannya lebih cepat :).  Jika di amalkan pengambilan Maria Miracle secara konsisten dapat melembut, menegang dan menganjalkan struktur kulit. Pasti tiada lagi masalah kulit kusam, membantu mengecilkan liang roma dan membekalkan tenaga serta mengatasi masalah jerawat yang tegar.

Pihak Maria Miracle menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM3juta ringgit menerusi pelantikan Hafidz selaku duta dan beberapa roadshow yang akan diadakan di beberapa negeri di seluruh Malaysia. Sejak beroperasi selama 8 bulan, Maria Miracle sudah mempunyai lebih daripada 20 stokis dan mereka mengalu-alukan anda semua untuk menjadi ejen. Jika anda ingin menjana pendapatan lebih, bolehlah sertai program ejen Maria Miracle. Yang penting produk ini ada kelulusan KKM dan ianya telah di sahkan  HALAL.

Kemeriahan di majlis tidak berakhir dengan memorandum sahaja, tetapi turut diisi dengan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik khususnya buat Fan Club Hafidz Roshdi. Jom kita layan gambar-gambar yang sempat cik iena ambil semasa  di The Garage KL :
Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle




Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle

Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle

Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle


Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle

Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle


Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle


Tuah pengantin : Hafidz Roshdi Hero “Tundukkan Playboy Itu” di lantik menjadi duta Maria Miracle

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan Maria Miracle, anda semua boleh hubungi talian tertera di bawah
Telefon: 03- 416.295.90

Fax: 03- 416.295.91

Hotline: 010-522.6202

Facebook: Maria Miracle

Instagram: @mariamiracleofficial

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan



Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop


Teater Jalud  merupakan teater horor komedi oleh Tronoh Theatre Shop yang di lakonkan oleh pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dimana ianya mengisahkan tentang Amir, seorang “ventriloquist” yang telah kehilangan kerjanya. Bermulalah kisah hidup Amir yang penuh rintangan. Untuk sinopsis lanjut sila baca hingga habis ya :)


Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan




Malam tadi, cik iena dan adik beserta dua rakan blogger berkesempatan untuk menyaksikan persembahan teater yang bertajuk “Jalud” yang dipersembahkan oleh Tronoh Theatre Shop di Auditorium Komples JKKN Wilayah Persekutuan.Kebanyakan daripada tenaga produksi terdiri dari pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).



Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan



Untuk pengetahuan semua, ini merupakan tahun kedua, cik iena hadir memberi sokongan kepada mereka dimana tahun sebelum ini cik iena pernah menghadiri pementasan  Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong . Di mana, mereka telah menjayakan 2 teater dalam satu malam.

Bukan mudah untuk mereka hadir ke Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan ini. Kebiasaan nya mereka akan mengadakan pementasan teater di UTP sahaja,Walaubagaimanapun bagi memuaskan hati peminat teater di Kuala Lumpur setiap tahun pada bulan Mei mereka akan hadir ke Kuala Lumpur untuk mementaskan teater istimewa buat peminat teater di Kuala Lumpur.

Khas buat peminat teater di luar sana malam ini merupakan malam terakhir mereka mengadakan persembahan di Kuala Lumpur . Jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton teater ini tau . Kalau tak sempat nampaknya anda perlu tunggu setahun lagi la sehingga Mei tahun depan .Apa yang cik iena dapat katakan anda pesti terhibur dengan pelakon-pelakon yang cukup berbakat ini . Cik iena sendiri teruja dengan hasil lakonon mereka .


Menurut Dr. Shark (nama sebenarnya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty) selaku tenaga pengajar,  untuk mengajar dan mengasah bakat terpendam di dalam diri pelajar-pelajar kejuruteraan adalah merupakan suatu perkara yang sangat mencabar.Bukan calang calang pelajar yang melakonkan watak-watak dalam teater ini  tau. Boleh menang Award Pelakon terbaik ni . Jika mereka di beri peluang dalam industri lakonan di Malaysia ini cik iena yakin mereka dapat jadi pelakon yang hebat lagi berpendidikan tinggi :)


Aizuddin sebagai Jalud dan Hanizam sebagai Amir dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
  Hanizam sebagai Amir dengan patungnya  Jalud yang di lakonkan oleh Aizuddin dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Hanizam & Aizuddin  pernah menerajui Teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong  pada tahun lepas.
Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan

Watak sang Arnab yang di bawa oleh Aizuddin terkesan sampai sekarang tau . Cik iena cam suara Arnab tu . Kalau tahun lepas Aizuddin jadi arnab tahun ni Aizuddin jadi Patung Jalud pula. Agak-agaknya tahun depan jadi apa ya? dengar cerita mereka bakal menamatkan pembelajaran mereka. Mana lah tau tahun depan ada salah seorang antara pelakon-pelakon ni jadi pelakon dalam industri perfileman Malaysia ke kan. Amin.. mudah-mudahan ada producer yang nampak bakat yang ada dalam pelajar-pelajar UTP ni . Kurlas tau kalau jadi pelakon yang berpendidikan tinggi :)



Sinopsis Teater Jalud


Teater horor komedi yang mengisahkan Amir, seorang “ventriloquist” yang telah kehilangan kerjanya. Patungnya, Jalud yang selama ini menjadi sumber pendapatannya di dapati mula menghantui jiwa Amir. 
Bibik, orang gaji Amir juga telah terbunuh.Perhubungan Amir dengan isterinya mula renggang dengan kehadiran Zaid, kawan karibnya yang di syaki mempunyai hubungan sulit dengan Farah, isteri Amir.
Saksikan kesudahan cerita yang berunsurkan komedi thriller ini.


Gambar Pementasan Teater Jalud

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Aizuddin sebagai Jalud dan Hanizam sebagai Amir dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop


Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Aizuddin sebagai Jalud, Hanizam sebagai Amir dan Afiqah sebagai Bibik dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop


Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Aizuddin sebagai Jalud dan Hanizam sebagai Amir dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop





Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Haziq sebagai Zaid dan Leya Bahri sebagai Farah dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop





Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Pelakon-pelakon dan  krew pementasan Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop




Untuk pengetahuan semua alam ini merupakan malam terakhir persembahan mereka di Kuala Lumpur. Jadi, jangan lepaskan peluang ini, dan beri sokongan kepada adik-adik ini.

Teater Jalud

Teater Jalud
Teater Jalud


20 – 21 Mei @ Auditorium Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan

Masa : 8.30 Malam
Tiket : RM15 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak)

Boleh walk-in atau untuk tempahan, boleh hubungi Saudara Hazziq 014-588 9036



Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark dan juga Ash Si Mimer dan rakan blogger Dilla
Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark dan juga Ash Si Mimer dan rakan blogger Dilla

Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark dan juga Ash Si Mimer dan rakan blogger Dilla . Dr Shark punya persembahan memang tak dapat di nafikan memang seronok dan menjadi lakonannya tambahan lagi dengan Ash Si Mimer ni memang menarik persembahan dia tau . Nanti iena kongsikan tentang Ash Si Mimer ni tau


 Gambar Bersama pelakon-pelakon dan Krew pementasan Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop



Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
bersama dua pelakon utama Aizuddin sebagai Jalud dan Hanizam sebagai Amir dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
bersama Afiqah yang melakonkan watak sebagai Bibik, sangat berbakat tau pika ni. Iena suka sangat tengok pika berlakon, memang menjadi.

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
Bersama Lina kadir sebagai Zainab

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
bersama rakan blogger Dilla

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
bersama Aizuddin sebagai Jalud dan rakan blogger dilla

Ash Si Mimer
Ash Si Mimer yang sangat awesome persembahannya okay

Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark
Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark  dan Rakan blogger Dilla

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
ouh jalud tolong jangan bunuh iena, nanti iena buatkan milo ais tabur tak masi ya :)

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN WilayaTeater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuanh Persekutuan
Ash Si Mimer yang sangat awesome persembahannya okay


Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
bersama Afiqah yang melakonkan watak sebagai Bibik, sangat berbakat tau pika ni. Iena suka sangat tengok pika berlakon, memang menjadi.

VIDEO PEMENTASAN





















Maaf, Tak boleh tunjuk banyak-banyak tau. Nak tau kenelah tonton malam ni.



Anda semua jangan lupa datang tau malam ni 21 Mei 2016 merupakan malam terakhir mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur. Anda pasti terhibur dengan lakonan pelajar-pelajar yang cukup berbakat besar ni.

Gambar kredit kepada : www.broframestone.com


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve