Grab The Promo
Grab The Promo

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan


Ketika berpuasa pasti anda tidak dapat lari dari rasa mengantuk . Ini adalah kerana kita bangun lebih awal untuk makan sahur terutama buat golongan kaum hawa yang perlu bangun lebih awal untuk menyediakan makanan.
 
 
Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan
 
 
Berdasarkan hasil carian google cik iena, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belajar.
 

Doa Menghilangkan Ngantuk

 

 
Doa Menghilangkan rasa mengantuk


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)
 
 
Selain daripada doa ini. Anda juga boleh mencuba tips-tips di bawah bagi mengurangkan rasa mengantuk . Jika anda sudi anda juga boleh kongsikan tips anda di ruangan komen di bawah :)
 

 Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan



1. Tidur awal . 
Jangan tidur lewat kerana anda perlu bangun awal untuk bersahur . Pada yang susah tidur  awal anda mungkin boleh cuba cipta suasana yang selesa untuk tidur. Elakkan  dari gangguan bising, Jadi, jangan tidur depan telvision. Jangan tidur sebelah handphone.(Letakkan handphone jauh dari katil) Tidur di dalam bilik, tutup lampu, pada yang tidur pasang lampu,tidur pakai penutup mata supaya dapat tidur berkualiti. Lagi bagus jika anda tidur menggunakan penutup mata yang boleh di sejukkan di dalam peti ais. Okay yang itu nanti cik iena share .
 
Ini untuk cik iena .Tak semua orang boleh minum nescafe atau kopi . Cik iena merupakam peminum nescafe tegar :)  . Kebiasaannya cik iena akan mengambil Nescafe atau mocha atau lathe atau white coffee di waktu pagi di pejabat atau di waktu petang jika cik iena mengantuk . Memandangkan bulan puasa ni cik iena perlu lah tukar pada waktu sahur .
Satu lagi tips nak bagi Nescafe lagi umphh nak tahan ngantuk letakkan secubit garam masakan. Tips ini memeang cik iena guna dari zaman belajar. Cik iena kan ambil jurusan sains komputer . Belajar programming bukan mudah . Besengkang mata tak tidur malam nak ulangkaji pelajaran . Air Nescafe campur garam ni lah buat cik iena bertahan mata dan Alhamdulillah cik iena Habis belajar dengan Jaya nya dan berjaya menjadi seorang Programmer :)

3. Tidur sekejap sewaktu rehat . 
Pada yang ada waktu berehat boleh lah gunakan masa tersebut untuk tidur dalam 20 minit. Jangan tidur lama-lama tak solat pula nanti dan terlajak tidur tak sambung kerja pula nanti . Yang penting jangan lupa kunci jam tau. 
Untuk cik iena , pada bulan puasa kami tiada waktu rehat jadi cik iena tak dapat la nak melelapkan mata. Tapi kalau dah ngantuk tu lepas solat cik iena nak lelap juga 5 minit.

4.  Basuh muka
Basuh muka dengan air sejuk. Lakukan banyak kali pun tidak menjadi masalah kerana tidak membatalkan puasa .Tapi jangan pula nganga mulut semasa basuh muka . Selain basuh muka dengan air ni. Sekarang dah macam-macam produk untuk menyegarkan wajah yang boleh korang guna . 
Sebagai contoh boleh guna Bio-essence Miracle Bio Water
 

5.  Bangun berjalan-jalan setiap beberapa jam supaya hilang sedikit rasa mengantuk anda. 
Bangun jalan, tengok permandangan luar. Lagi bagus kalau dapat tengok pokok-pokok yang bewarna hijau dimana ianya boleh menenangkan minda sedikit sebanyak dapat juga menghilangkan rasa mengantuk. Kalau takde tu tengok je benda-benda bewarna hijau :)


Wokay sekian tips dari cik iena. Sebenarnya cik iena pun google je tips ni untuk cik iena . Sebab cik iena mengantuk sangat nie . Jadi alang-alang dah baca cik iena kongsi dengan anda-anda semua  okay :)

 Selamat Berpuasa Semua  (^_~)
 
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua
 

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.


KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah.  Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius.



KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA


“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.”
Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini.


KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA
 
Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra , Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar.  Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologi Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan.


Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan.

Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA
 

Semalam, baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri & nampak cantik. Tunggu review dari saya ye!

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : www.instagram.com/ephyra2u
Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Miliki Kulit Cantik Seperti Ruhainies Dengan Ruhainies Rosysecret Beauty Drink



Memiliki kulit wajah yang cantik adalah impian semua wanita. Kulit yang sihat dan bersih mencerminkan kesihatan, kebersihan serta gaya hidup yang baik. Kulit yang licin, tegang, anjal, kemerah-merahan, dan bebas daripada jerawat adalah idaman setiap wanita .
Pada masa kini wanita sangat mementingkan soal kecantikan terutama buat wanita yang berkerjaya mahupun wanita-wanita yang sudah berkahwin. Amat penting bagi seorang wanita bergelar isteri menjaga kecantikan buat suami tercinta.Malahan jika kita lihat  zaman sekarang, remaja perempuan juga sudah mula pandai menjaga kecantikan dan personaliti diri. 

Jika kita lihat pada masa kini di pasaran banyak terdapat produk kecantikan yang tumbuh bagaikan cendawan. Tapi dalam banyak-banyak produk kecantikan ini tak semuanya betul-betul berkesan untuk kulit seseorang. Setiap orang mempunyai kulit yang berlainan. Tahap kesesuaian produk kecantikan adalah berlainan bagi setiap individu. Sebagai pengguna, kita perlu bijak memilih produk yang betul-betul diyakini keberkesanannya dan juga produk yang betul-betul sesuai untuk diri kita.


Ruhainies Rosysecret Beauty Drink


Miliki Kulit Cantik Seperti Ruhainies Dengan Ruhainies Rosysecret Beauty Drink


Kali ini cik iena ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang minuman kecantikan daripada pelakon kecil molek cantik manis yang tidak asing lagi iaitu Ruhainies . Ruhainies  mula dikenali melali Drama Hello Mr Perfect. Kalau anda semua nak tau, ini lah rahsia kecantikan beliau. Beliau mengamalkan meminum Ruhainies Rosysecret Beauty Drink dengan konsisten.

Miliki Kulit Cantik Seperti Ruhainies Dengan Ruhainies Rosysecret Beauty Drink



Untuk pengetahuan semua untuk keberkesanan sesuatu produk kita perlu mengamalkan nya secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang mujarab. Selain daripada itu anda juga harus menjaga gaya pemakanan anda. Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah buahan dapat membantu proses membaiki kulit anda dengan cepat di samping itu pengambilan air masak yang banyak juga adalah sangat penting ketika anda mengamalkan suppliment atau makanan tambahan.

Ruhainies Rosysecret Beauty Drink dihasilkan  daripada bahan semulajadi seperti Strawberry, Buah Goji, Biji Anggur, Buah Delima, Madu Asli dan Serbuk Mutiara. Apa yang menarik mengenai Ruhainies Rosysecret Beauty Drink  dari sudut pandangan cik iena adalah ianya sangat mudah untuk di amalkan. Dimana anda tidak perlu membancuh supplement tersebut. Anda hanya perlu mengoyakkan sachet dan terus sedut sahaja. Haa sedut sedut dah cantik tau. Mudah sahaja cara pengambilan nya. Cik iena juga di faham kan pengambilan supplement berbentuk cecair lebih cepat bertindak balas jika di bandingkan dengan serbuk dan tablet.


Kesan Awal Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

1. Kesan seawal 3 hari
2. Tona wajah sekata..lebih cerah, mulus dan sihat
3. Anti penuaan dan menjadikan kulit lebih anjal dan gebu
4. Mengurangkan lesu dan menjadikan bahan lebih bertenaga
5. Mengurangkan jerawat, binti hitam dan lingkaran hitam bawah mata
6. Mengurangkan rasa lapar dan mengawal berat badan
7. Membaiki dan memperbaharui sel sel kulit dan organ dalaman
8. Menghilangkan lenguh pada sendi
9. Meningkatkan imunisasi dalam badan


Testimoni Ruhainies Rosysecret Beauty Drink



Miliki Kulit Cantik Seperti Ruhainies Dengan Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

Miliki Kulit Cantik Seperti Ruhainies Dengan Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

Miliki Kulit Cantik Seperti Ruhainies Dengan Ruhainies Rosysecret Beauty Drink


Review Cik iena mengenai Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

Setelah mengamalkan selama seminggu , cik iena merasakan kulit muka cik iena lebih lembab  dan gebu . Tona Kulit badan pula mula sekata. Kulit cik iena memang cepat sunburn. Jika terdedah lama dengan matahari memang akan meninggalkan kesan . Jadi setelah mengamal Ruhainies Rosysecret Beauty Drink  kan tona kulit kembali sekata dengan muka.

Jangan ingat untuk muka putih je tau. Ruhainies Rosysecret Beauty Drink  untuk satu badan. Kalau kesan pada muka cik iena, muka jadi lembab, tiada pertumbuhan jerawat yang berlaku walaupun datang bulan. Kebiasaannya cik iena akan di hantui masalah jerawat apabila datang bulan. Apabila mengambil Ruhainies Rosysecret Beauty Drink ,masalah ini tiada lagi. Bestnya kulit takde jerawat tau. Dengan kulit yang licin dan lembab bila mengenakan solekan lagi bertambah cantik.

 Kalau orang tanya putih ke tidak . Kesan pada cik iena badan putih tapi muka cik iena memang degil sikit nak putih tu mungkin perlu ambil 5 ke 6 kotak . Baru cuba 2 minggu nak putih macam mana kan. Walaubagaimanapun anda perlu tau kesan sesuatu produk terhadap seseorang adalah berbeza .
Jadi nak tau keberkesanan nya terhadap anda. Anda harus lah cuba produk ni.

Tapi kalau nak tau produk ni sangat berkesan dalam membantu cik iena membaikpulih kulit cik iena yang baru lepas buat rawatan Laser . Rawatan Laser ni ada downtime period selama seminggu tau . Downtime period tu tempoh kulit kita bertukar gituh. Kata  Lazer kan, llazer tentu kulit kita terbakar. Jadi keras-keras, Kulit mati kan. Dengar menggerunkan tapi ini adalah prosuder biasa bagi rawatan lazer. Orang kata Beauty is pain :) Jadi, Ruhainies Rosysecret Beauty Drink  membantu dalam mempercepatkan tempoh downtime tersebut. Kawan cik iena yang turut sama buat rawatan tersebut memakan masa seminggu untuk tunggu tempoh dwontime tu berbeza dengan cik iena cuma 4 hari sahaja .


Kalau berminat nak cuba sila hubungi nombor di bawah dan layari laman instagram mereka ya


Harga Semenanjung: RM120 untuk 15 sachet
Harga Sabah Sarawak: RM130 [Sabah dan Sarawak] untuk 15 sachet

WhatsApp: 019-266 3410 |  60192663410
Instagram: @ruhainies.rosysecret
Email : ruhainies.rosysecret@gmail.com





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve