Grab The Promo
Grab The Promo

Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja


Lebih 60% rakyat Malaysia menyatakan hasrat mereka menyimpan duit untuk Hari Raya berikutan kos sara hidup yang meningkat. 95% dan ke atas masyarakat mempunyai pandangan positif tentang membeli belah atas talian dan membeli belah atas talian telah menjadi saluran utama bagi mendapatkan tawaran hebat Raya ini. 
 
Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
 
 
Untuk pengetahuan semua, bersempena Hari Raya Aidlfitri 2016, 11 street telah menganjurkan  Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ dimana 11street menawarkan segalanya di bawah satu bumbung untuk Raya dan Ramadhan, terutama sekali buat mereka yang ingin berjimat cermat.
 

11street’s CEO, Mr. Hoseok Kim mingling with a media representative at the Ramadhan dinner
11street’s CEO, Mr. Hoseok Kim meluangkan masa makan bersama media sewaktu majlis berbuka puasa baru-baru ini
 
 
Bersama ini cik iena lampirkan Kaji Selidik oleh 11 Street tentang rakyat Malaysia mengenail online shopping  hasil dari Kajian dalam talian yang telah mereka lakukan baru baru ini.

 

Kaji Selidik Raya 11street: Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja 

 

CEO 11street, Encik Hoseok Kim menyampaikan pandangan mengenai trend perbelanjaan Raya daripada kajian 11street baru-baru ini
CEO 11street, Encik Hoseok Kim menyampaikan pandangan mengenai trend perbelanjaan Raya daripada kajian 11street baru-baru ini
 
 
Dalam usaha untuk memahami perbelanjaan rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Raya, 11street telah menerima maklum balas lebih daripada 2,000 responden melalui satu kajian dalam talian baru-baru ini. Dijalankan dari 16 Mei hingga 6 Jun,
maklum balas yang diterima dianggap sebagai suara masyarakat Malaysia lalu dianalisis dan dibahagi kepada 3 kategori penting – corak perbelanjaan, keutamaan dan pilihan platform membeli belah. 

Rakyat Malaysia akan berbelanja lebih Raya ini!


Menjelang Hari Raya, kos sara hidup yang meningkat di Malaysia ternyata dirasai oleh masyarakat, di mana 90% daripada penduduk yang dikaji menyatakan perbelanjaan ketika musim perayaan Hari Raya kemungkinan akan meningkat.

Berikutan dengan perlaksanaan GST pada tahun 2015 dan kelemahan ringgit Malaysia, rakyat Malaysia kini tercari-cari cara efektif untuk menggunakan setiap ringgit yang dibelanjakan dengan sehemah mungkin.
 
 
Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
 

“Kenaikan kos boleh juga diterjemah sebagai peningkatan perbelanjaan ketika musim perayaan, memandangkan keperluan meraikan perayaan tetap menjadi satu keutamaan,” kata Hoseok Kim, CEO 11street. “Ketika musim perayaan ini, 11street menawarkan pelbagai cara untuk mendapatkan barangan yang anda suka melalui kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’. Melalui kempen ini, kami turut menjanjikan jaminan harga terendah melalui segmen tawaran ‘Shocking Deals’ di aplikasi 11street. Ini bermaksud semua orang masih berpeluang untuk meraikan perayaan, tanpa perlu berbelanja lebih”. 
 

 

 Keperluan – Pakaian, Makanan dan Deko


lebaran luster
Selain corak perbelanjaan rakyat Malaysia, kaji selidik turut mendapati bahawa baju Raya masih wajib dibeli ketika sambutan Hari Raya kerana ia mempunyai hubungan signifikan dengan tradisi Hari Raya. 78% dari responden menyatakan mereka akan membeli Baju Raya baru terlebih dahulu sebelum membeli barangan lain seperti aksesori, kasut, dan barangan mewah yang lain. Menariknya kajian ini ialah ia menunjukkan peningkatan kesedaran jenama di kalangan lelaki apabila membeli baju Raya.

Dunia fesyen sentiasa berkembang. Lelaki masa kini lebih berminat dengan barangan berjenama dan lebih traditional, manakala wanita kini bersedia mengambil peluang untuk kelihatan lebih menonjol. Di 11street, kami melangkah dalam dunia fesyen Raya ini bersama pereka tempatan yang terkenal, membawakan kepelbagain stail ekslusif seperti batik, French chic, dan keanggunan klasik yang sesuai dengan cita rasa penggemar fesyen moden,”jelas Mr Kim.

Antara perbelanjaan lain, rakyat Malaysia turut memaklumkan bahawa keistimewaan Raya seperti kuih muih, biskut dan hiasan turut termasuk dalam senarai keperluan. Kos sara hidup yang meningkat tidak menjadi penghalang kepada sambutan, tetapi ia menunjukkan sedikit kekangan meraikan Raya kali ini dengan meriah.

Rakyat Malaysia kini lebih berhemah dan semakin bijak dalam mengurus perbelanjaan mereka. Sebagai contoh, lebih daripada 60% rakyat Malaysia melihat betapa pentingnya melibatkan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berbelanja. Oleh itu, terdapat satu trend yang semakin berkembang iaitu peralihan membeli belah atas talian, kerana ia mampu memberi peluang untuk berjimat dan pilihan yang lebih baik. 

 

Keterbukaan untuk Perbelanjaan Atas Talian!


Kaji selidik turut menunjukkan bahawa 95% rakyat Malaysia bersikap terbuka membeli-belah atas talian dan mengatakan teknologi memainkan peranan penting dalam penubuhan e-dagang. Tambah beliau, "E-dagang sekali lagi terbukti menjadi pilihan rakyat di mana ramai yang lebih senang membeli barangan atas talian. Menjelang Hari Raya, 11street menjangkakan lebih ramai orang akan bertukar ke membeli-belah atas talian kerana ia mudah dan menjimatkan masa. "

E-perdagangan akan memberi impak dalam mengubah industri beli-belah buat tahun-tahun yang akan datang di mana masyarakat kini beralih ke era celik IT. Belia di negara ini sudah mula mendigitalkan perniagaan mereka sebagai sampingan kepada perusahaan konvensional. Negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan Sarawak kini turut menyaksikan peningkatan dalam penerimaan membeli belah secara digital. 
 

Utamakan Keperluan untuk Raya


Melalui maklum balas dari kaji selidik tersebut, Kim turut menekankan, “Adalah amat penting untuk memahami pengguna terlebih dahulu, maka barulah boleh melakukan persediaan walaupun ekonomi mengekang kuasa beli pengguna. Memandangkan musim perayaan kian tiba, 11street memahami betapa pentingnya buat pengguna untuk membeli keperluan pada harga yang berpatutan.”

Kim menambah, “Dengan lebih dari 6 juta produk pada harga berpatutan ditawarkan oleh 19,000 penjual di bawah naungan 11street, kami memberikan kesempatan buat keseluruhan rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Raya tahun ini tanpa memberi bebanan lebih atas dompet mereka. Di 11street, kami komited dan sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami.”
 
 


Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
Dari kiri ke kanan– 11street’s Vice President of Marketing Communication, Ms. Wong Siew Lai; 11street’s CFO, Encik Naza Rahim; 11street’s CEO, Mr. Hoseok Kim; and 11street Senior PR Manager, Ms. Judy Wong
 

11street menawarkan Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran dengan menampung segala keperluan Hari Raya dengan penawaran diskaun sehingga 90% dan juga kupon pemberian bernilai RM10 juta bagi menyokong jenama-jenama popular seperti Tupperware, Syomirlzwa Gupta dan Nestle. Ini bagi membolehkan semua pelanggan di seluruh Malaysia, menyambut perayaan secara tradisi  mampu untuk memiliki keperluan Hari Raya meskipun ingin berbajet.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran, sila layari 11street.my atau hubungi 03-272 0000 untuk keterangan lanjut.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Fashion Show Gaya Raya 2016

Fashion Show Gaya Raya 2016

Beberapa minggu yang lepas cik iena berpeluang menghadiri Pertunjukan Fashion dari Tiga Butik yang terlibat iaitu Adonia by FJ, Maria Selenne Official dan Eeban Estilo yang di anjurkan oleh Carpe Diem . Carpe Diem merupakan Online web platform untuk designers yang bakal di rasmikan pada pertengahan Ogos 2016.

Pertunjukan fashion ini menampilkan Koleksi-koleksi untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lagi oleh tiga Butik yang berbeza konsep rekaan. 


Datin Farah selaku pemilik Adonia by FJ
Cik iena bersama Datin Farah selaku pemilik Adonia by FJ
Cik iena bersama Puan Marianny Ismail selaku Maria Selenne Official
Cik iena bersama Puan Marianny Ismail selaku Maria Selenne Official


Pada Hari tersebut cik iena di beri penghargaan untuk menggayakan salah satu Koleksi Gaya Raya 2016 oleh  Adonia by FJ. Terima Kasih di ucapkan kepada Datin Farah selaku pemilik Adonia by FJ dan Puan Marianny Ismail selaku Maria Selenne Official kerana memberi peluang ini. Bertambah Ceria lah Raya cik iena tahun ni berpeluang menggayakan koleksi pakaian dari Adonia by FJ.
  


Cik iena  menggayakan salah satu Koleksi Gaya Raya 2016 oleh  Adonia by FJ
Cik iena  menggayakan salah satu Koleksi Gaya Raya 2016 oleh  Adonia by FJ
 
 Okay jemput lihat gambar yang sempat cik iena ambil ketika pertunjukan fashion tersebut. Untuk pengetahuan ada sebahagian Koleksi yang tidak dapat cik iena rakamkan dalam bentuk gambar mahupun video sedikit masalah teknikal dari cik iena. Harap Maaf memory phone cik iena full T_____T. Agak kelam kabut semasa fashion show berlansung cik iena terpaksa delete-delete gambar lama dan dalam masa yang sama perlu ambil gambar . 

 

Gambar Fashion Show Gaya Raya 2016 

 

 

Adonia By FJ

Adonia By FJ

Adonia By FJ

Adonia By FJ

Adonia By FJ

Adonia By FJ

Adonia By FJ

Adonia By FJ


Untuk pengetahuan Adonia By FJ juga menyediakan perkhidmatan menjahit baju perkahwinan. Cik iena sendiri berpeluang melihat koleksi Baju mereka di Butik dan Koleksi-koleksi tersebut sangat cantik. Terdapat juga baju-baju untuk di sewa buat pengantin mahupun buat anda yang ingin menghadiri majlis-majlis tertentu seperti Annual Dinner dan sebagainya.



Adonia by FJ

Instagram :  @adonia.by.fj
Alamat : Lot 3.13, 2nd Floor , Wisma Central, Jln Ampang 
Handphone : 019 - 6192949 
Phone :  03 - 21816172

 

Maria Selenne Official  



Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official

Maria Selenne Official


Maria Selenne Official 

Facebook : 
Instagram :  @mariaselenne
Email : mariaselenneofficial@gmail.com

 Eeban Estilo

 


Eeban Estilo

Eeban EstiloEeban Estilo

Eeban Estilo

Eeban Estilo

Eeban Estilo

Eeban Estilo

Eeban Estilo


Eeban Estilo

Facebook : 
Instagram :  @eebanestilo




 Carpe Diem

Carpe Diem

Carpe Diem

Carpe Diem

Carpe Diem

Carpe Diem

Carpe Diem


Carpe Diem

Facebook : 
Instagram :  @carpe.diem.official
Email : carpediem.fashionstyle@gmail.com
Phone Number : +6010 888 9660 (whatsapp only)




 

 

Gambar Di Lain di Sekitar Majlis Fashion Show Gaya Raya 2016 

 


Fashion Show Gaya Raya 2016
adik2 cik iena
 
Fashion Show Gaya Raya 2016
Bersama founder Eeban Estilo


Fashion Show Gaya Raya 2016
bersama mawar rashid

Fashion Show Gaya Raya 2016
fitting baju Adonie, Awakkkkkkk melting iena.. cantik dan selesa :)

Pada yang berminat boleh hubungi mereka di Laman Sosial Mereka seperti di bawah .

Adonia by FJ

Instagram :  @adonia.by.fj
Alamat : Lot 3.13, 2nd Floor , Wisma Central, Jln Ampang 
Handphone : 019 - 6192949 
Phone :  03 - 21816172

Maria Selenne Official 

Facebook : 
Instagram :  @mariaselenne
Email : mariaselenneofficial@gmail.com

Eeban Estilo

Facebook : 
Instagram :  @eebanestilo

Carpe Diem

Facebook : 
Instagram :  @carpe.diem.official
Email : carpediem.fashionstyle@gmail.com
Phone Number : +6010 888 9660 (whatsapp only)



Untuk Pengetahuan Semua  sempena hari raya yang bakal menjelma , Adonia by FJ telah membuka Booth di Bangi GateWay (lot32) sehingga menjelang Raya . Terdapat Diskaun hebat yang akan di beri sepanjang temphoh tersebut. Selain daripada itu pembelian secara online juga turut di berikan diskaun . 



Fashion Show Gaya Raya 2016


Adonia by FJ Menganjurkan contest buat pelanggan di mana anda berpeluang memenangi duit raya dengan memuat naik #ootd anda bersama salah satu atau lebih koleksi-koleksi dari Adonia by FJ.





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Safi Memperkenalkan Masker Penjagaan Wajah


                       
Safi Memperkenalkan Masker Penjagaan Wajah

Kesihatan dan kecantikan kulit wajah adalah aset yang penting bagi wanita . Jadi, pastikan Anda merawat kulit wajah dengan baik. Untuk merawat wajah ianya tidak semestinya  mahal dan harus dilakukan di salon atau SPA ianya juga boleh di lakukan sediri di rumah dengan menggunakan Masker bagi merawat wajah .
Terdapat pelbagai jenis masker wajah yang muncul bagai cendawan tumbuh di pasaran . Antaranya adalah Masker Wajah dari SAFI . SAFI merupakan jenama unggul  Produk penjagaan diri Muslimah . SAFI telah menguasai pasaran Malaysia Selama hampir 2 dekad , maka tidak hairanlah bagi SAFI yang kini muncul sebagai peneraju utama di pasaran di dalam kategori produk penjagaan diri untuk Muslimah dan keluarga.

SAFI membawa maksud “Bersih dan Suci”, ianya disasarkan khas terutamanya buat golongan wanita Melayu yang ingin mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya tanpa berkompromi dengan nilai-nilai agama Islamnya. Ianya Disahkan HALAL oleh JAKIM (kini HDC – Halal Development Corporation),

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI  melengkapkan rangkaian produk penjagaan wajah mereka dengan memperkenalkan masker penjagaan wajah terulung buat semua wanita. Kelahiran 2 variasi masker ini mampu memberikan penyelesaian khusus buat mereka yang ingin tampil cerah sempurna atau mengembalikan keremajaan raut wajah sebelum usia.

Kelahiran anugerah buat semua wanita dari SAFI


Masa umpama emas. Menjadi lumrah dalam setiap individu untuk menghargai sesuatu yang amat tidak ternilai harganya. Bagi wanita pula, anugerah teramat indah sepanjang kehidupan semestinya memperolehi raut wajah cerah sempurna dan muda remaja. Sesibuk mana sekalipun seorang wanita menguruskan kerjaya dan keluarga, masa yang ada tidak pernah dipersia dan pastinya digunakan untuk memberikan yang terbaik agar tampil mempersona.

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI jenama halal no 1 tempatan melengkapkan rejimen penjagaan wajah anda dengan memperkenalkan masker penjagaan wajah terulung buat semua wanita. Kelahiran 2 variasi masker ini mampu memberikan penyelesaian khusus buat mereka yang ingin tampil cerah sempurna atau mengembalikan keremajaan raut wajah sebelum usia.

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA GOLD


Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold RM6.90
Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold RM6.90

Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu dan kusam, serta sentiasa  segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah.

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy RM5.90
Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy RM5.90

Manjakan kulit wajah  dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah anda terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum anda tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus dan cerah sempurna keesokan harinya!

Dapatkan Masker Keremajaan SAFI RANIA Gold 22ml pada harga RM 6.90 dan Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy 17ml pada harga RM 5.90.




Review Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold & Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy


  
Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy
Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy RM5.90

Cik iena merupakan penggemar tegar Masker wajah . Cik iena memang suka beli dan kumpul pelbagai variasi masker wajah tidak kiralah berbentuk topeng, krim dan sebagainya. Cik iena telah mencuba kedua masker wajah ini dan kedua-dua nya akan memberikan kesan awal iaitu kulit yang sangat lembut, lembap, halus serta anjal. Untuk kesan yang lebih efektif anda seharunya menggunakan masker wajah ini secara konsisten di mana ianya perlu digunakan dua kali seminggu.

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold
Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold RM6.90



Diantara kedua masker ini, Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold merupakan masker wajah yang sangat istimewa dan unik di mana ianya mempunyai bahagian untuk disangkutkan pada telinga dan juga masker nya sehingga kebahagian leher(juga boleh di sangkut pada telinga) .


A video posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Jadi ianya sangat bagus kerana risiko untuk tertanggal adalah sangat tinggi . Untuk cik iena yang agak lasak ini, Jika cik iena memakai masker topeng sehingga pagi pasti masker tersebut akan tertanggal apabila kering berbeza dengan Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold ianya akan kekal pada wajah cik iena.




Safi Memperkenalkan Masker Penjagaan Wajah


Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari

Beli Produk Safi di Shopee : Safi Shopee
Beli Produk Safi di Lazada : Safi di Lazada 
 
Facebook : www.facebook.com/safi.my
Instagram : @safimalaysia
Youtube SAFI :  www.youtube.com/safimalaysia
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve