Pra-tonton : Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa


Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan sebuah filem bergenre komedi seram arahan Hashim Rejab yang diterbitkan oleh Mangkin Prestij .

Filem ini dibintangi oleh pelawak-pelawak tempatan terdiri daripada Kumpulan Bocey, Yassin SYJ, Epy Kodiang dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia pada 14 Ogos ini.
Esok la 
(^_~)
jom pakat ramai2 pergi tengok cerita nie
Confirm Puas Hati

Yang pasti memang korang akan gelak terbahak2 la
memang lawak giler tau

cik iena pun tergelak sampai kedepan macam nak terkam org depan je kan

Okay jom baca serba sedikit tentang filem ini


Sinopsis Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

(SINOPSIS & GAMBAR KREDIT TO BLOG BROFRAMESTONE- hehe maap iena amek dr blog bro)

Ianya mengisahkan tentang kehidupan 3 orang sahabat baik – Rudy, Akhiruddin dan Remy mengharungi zaman bujang hidup bersama di rumah sewa.



Rudy (Achey) berkerja sebagai pelakon tambahan dan sering membawa watak sebagai hantu dalam setiap filem yang beliau ceburi.
Akibat nak jimatkan duit, beliau jarang mencuci make-up untuk mamastikan gaji beliau tidak dipotong untuk kos make-up oleh produksi filem. Part ini memang lawak.
Ok nak flashback kejap
bercakap pasal hantu nie
haaaaa  
nak share pic photoshoot cik iena jadi hantu jugak
hahahha pic ni tahun 2011
lame dah tp nak tunjuk gak




haha okay2 cik iena
stop2 
kite sambung balik eyhhh
(^_~)

Akhiruddin (Abam), seorang yang pekerja di stesen minyak.
Seorang yang kuat makan tetapi dalam ramai-ramai. Dia sorang sahaja yang nampak macam berduit. Asik kena pow memanjang.



Akhir sekali Remy (Fad), seorang pengilap kasut profesional di kaki lima kota raya Kuala Lumpur.
Kehidupan bujang mereka lebih kurang sama macam kebanyakan orang bujang yang hidup menyewa. Awal bulan masyuk, hujung bulan memasing ikat perut.
Bila ada duit, mula tak ingat dunia. Bila tiada duit, serdak biskus pun jadi la. Akibat cara hidup mereka bertiga begitu menyebabkan sewa bulanan mereka tertunggak 3 bulan.





Ini menyebabkan tuan rumah, Pakcik Osman (Yassin SYJ) ingin mereka menyewa dengan anak saudaranya yang merupakan mat rempit, Saipol (Epy Kodiang) bagi mencover kos beliau untuk menunaikan haji tidak lama lagi.
Sehinggakan pada satu malam.
Saipol memenangi lumba haram dan membawa sejumlah wang yang banyak hasil kemenangan beliau balik.


Malangnya Saipol terkejut lalu mati bila ternampak pocong sewaktu pulang ke rumah. Sedangkan ianya adalah Ruby yang baru pulang dari shooting filem.
Ini menyebabkan ketiga-tiga mereka panik.
1st sebab kematian mengejut si Saipol, 2nd sebab melihat sejumlah wang yang banyak. Rambang mata sat.
Akibat panik, pelbagai perkara telah berlaku untuk memastikan Saipol masih hidup dalam masa yang sama nak merahsiakan kematian Saipol dari pengetahuan Pakcik Osman.
Keadaan diluar kawalan bila mereka dapati Saipol hidup semula.





Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Saipol hidup semula untuk menuntut wangnya kembali?
Segala-galanya akan terjawab dalam filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa dipawagam bermula 14 Ogos 2014


Trailer Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

 





Okiess Jom tengok sekitar majlis pra-tonton filem ini
nie gambar dari henset cik iena je la
(^_~)

Tunjuk Pic Bersama pelakon2 filem ni dlu eyh













Selain dari pelakon2 filem ini
rakan artis yang lain juga turut sama menyokong majlis protonton filem ini

jom tgk pic yg sempat cik iena ambil
actually cik iena sampai lambat
lagi beberapa minit nk pkl 9 bru sampai
T____T
maap bro n kwn2
cik iena balik kerja mmg lewat
terus rushing pergi event nie
hehe baju pon x sempat tukar
pakai selipar je
tak sempat nak mekap chantek2
hehehe

okiess jomm layan












Eyhhh Tak lupa juga gambar rakan blogger yg sempat cik iena snap


Thanks bro for the invitation




with ayue
hehe baju kite same kale la 
(^_~)



Wokiesss
last skali pic dgn rakan2 yg laen
time nie cik iena baru je sampai
bro ajak bergambar
kalau bro tak bawak kesitu mmg xde la bergambar ramai2
lewat sgt cik iena sampai
(^_~)

tengah bergambar tibe2
baru perasan nami namia kat sebelah


haha sempat lagi ber hye hye
pic ramai2 ni kredit kat ayue


dah habis balik ler kan kan

eyh sblm balik gegedik selfie jap ngan member

Eyhh Nak bg tau
nie bukan BF
Kang GF de nampak mati iena kang
mention awal2

nie member photog
hehe dia photographer

photographer & model mmg sentiasa bersahabat 
(^_~)


Terasa pendek pulak cik iena
haha

Wokiesss
dah habis
korang2 semua ESOK dan seterusnya
JAngan Lupa Saksikan Filem

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa  

14 OGOS 2014






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


4 comments:

  1. Miza pun sampai lambat.. Tak dan nak join group bergambar.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam..pic antu iena yang first tu menyeramkanla..nie pic pernah jd antu filem ke.

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam :)
    eyh takde la
    xde masuk filem pun
    itu photoshoot je
    (^_~)

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog