Grab The Promo
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Jualan Gudang alat-alat ganti Perodua


 
 
Jualan Gudang alat-alat ganti Perodua
 


Berita baik buat pengguna kereta keluaran PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) .
Perodua akan mengadakan jualan gudang alat-alat ganti Perodua
 yang bertempat di Jabatan Alat Ganti, Perodua HQ , Sg Choh , Rawang pada 24 dan 25 Januari 2015 jam 9 pagi hingga 5 Petang.
Diskaun yang ditawarkan sehingga 80 % diskaun penjimatan.

Jualan Gudang Alat Ganti Perodua 


Tarikh - 24/01/2015 - 25/01/2015 ..
Masa - 9.00 am - 5.00 pm ..
Sabtu & Ahad


Sumber : En Min  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=792321834138811&set=p.792321834138811&type=1





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Tawaran ganjaran RM20,000 tangkap ikan naga di Tasik Kenyir


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri meningkatkan habuan wang tunai menjadi RM20,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan naga yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tawaran
itu merupakan perhatian serius kerajaan negeri kerana kehadiran ikan itu boleh menyebabkan spesies ikan lain di Tasik Kenyir pupus.
Katanya, tawaran itu dibuat berikutan ganjaran RM10,000 sejak tahun 2009 itu gagal menarik ramai pemancing untuk memburu ikan itu.
“Jika usaha menangkap dilakukan sekarang tidak berhasil, kita bercadang menaikkan ganjaran. Ini bukan usaha main-main. Yang penting ikan itu dapat ditangkap hidup-hidup,” katanya kepada pemberita di Wiswa Darul Iman, di sini hari ini.
Ikan tersebut dipercayai terlepas dari kolam ternakan pengusaha chalet di Tasik Kenyir akibat banjir.


cik iena : kpd kaki2 pancing diluar sane
haha moh kite g memancing ikan naga
(^_~)
jangan g memancing x ingt nak balik umah sudah...
hihi dlu ayah cik iena kaki pancing

huh kalau dah g memancing tu
memang balik lewat sesaje
nk kene call suh balik bru nk balik
(T___T)





♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Skim Penipuan Internet – Sindiket Penipuan Parcel dan Bungkusan


Internet adalah satu wadah yang paling mudah untuk seseorang itu menipu.

Ini mungkin disebabkan banyak berita-berita manis yang berlegar mengenai internet ini
di kalangan mereka yang ingin jadi kaya.

Berikutan daripada masalah tersebut , shahabudeenjalil telah menulis pengalaman seorang rakan beliau yang telah
ditipu hampir RM 10,000 oleh kononnya seorang awek mat salleh.

Cik iena sangat berharap anda dan keluarga anda tidak akan ditimpa penipuan seperti ini.

Jadi adalah penting untuk kita mengetahui mengenainya sebelum anda juga ditipu bulat-bulat.

Sila klik di sini utk baca artikel sindiket penipuan tersebut



Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang tertipu



♥♥ Info Menarik ♥♥










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

2,500 penduduk Batang Kali terjejas banjir awal pagi 7 mei 2012





Kira-kira 2,500 penduduk membabitkan 15 kawasan sekitar daerah ini terjejas akibat banjir selepas hujan selama 2 jam dari pukul 2.30 pagi hingga 4.30 pagi.
Menurut jurucakap bomba, paras banjir setinggi kira-kira satu meter di beberapa kawasan itu turut mengakibatkan kesesakan jalan raya dari Rawang menghala Kuala Kubu Bharu.
Antara kawasan terjejas adalah

1)KG ULU KALONG,ULU YAM

2)KG GENTING MALEK,BATANG KALI

3)KG MASJID, BATANG KALI

4)LORONG HJ NORDIN,ULU YAM

5)KG BATU 30,ULU YAM LAMA

6)KG TENGAH

7)KG SG MASIN, BATANG KALI

8)KG SEKOLAH, BATANG KALI

9)KG SERI CAHAYA, BATANG KALI

10)KG ULU YAM BARU, BATANG KALI

11)JALAN KG KUANTAN, KG GENTING

12)NO 1566, JALAN BATANG KALI

13)KUARTERS PUSAT HAIWAN

14)KG SENTOSA, BATANG KALI



Gambar diambil dr fb kawan cik iena


Cik iena : Batang kali ni rumah family cik iena.Syukur alhamdulillah rumah mak tak banjir.Semalam mak ade call bg tau banjir kat btg kali.dan cik iena pun ade tgk update dari facebook kawan2 sekolah cik iena.Today pulak cik iena terbaca post dkt wall fb 1Charity tentang Mangsa banjir memerlukan bantuan pakaian.

Teruk juga banjir kali nie.Sebelum nie family cik iena tinggal dkt kampung sungai masin dimana kg nie turut terjejas banjir.Tapi da pindah da.Kalau masih duduk sana lagi mesti sekarang cik iena balik kampung & tlg mak  membersihkan rumah.Mase tinggal kt kg sg masin kerap juga banjir tapi tidak seteruk ini.Mungkin sb terlalu banyak pembanggunan dkt btg kali dan sistem perparitan yg kurang bagus  menyebabkan jd mcm nie.


okies jom tgk video yg cik iena jmp utk banjir d btg kali nie











Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Benzoyl Peroxide Dalam Tepung Gandum

Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.




Semalam agak heboh la kt fb menyatakan tepung gandum cap sauh yg slalu kite beli tu
tak boleh mkn sb mengandungi Benzoyl Peroxide.
Ramai yg share info tersebut..


So cik iena pn jmp la dr google ..search info yg berkaitan 
jumpa lah artikel dr hmetro nie


"Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg)"

cik iena tgk dkt plastik tepung gandum cap sauh tu dia tak tulis plak berapa peratus kan..
hurmm timbul ragu2 jugak tu nk mkn sb xtulis bpe peratus..
Rasenye ramai lg rakyat Malaysia yg menggunakan tepung nie.

Lepas nie kalau beli tepung kene alert sket
bace kandungan nya
sama ade beli yang tidak mengandungi Benzoyl Peroxide atau pun yang mengandungi Benzoyl Peroxide kurang daripada 50 miligram.

Tambahan : menurut rakan blogger(kak sutera kaseh)
ahad lepas kak sutera kaseh ada tgk rncgn assalamualaikum tv al hijrah, tetamu jemputan dr PPIM, kata tepung yg mengandungi benzoil tu mmg x boleh makan..walaupun sikit..ia ibarat bahan peluntur

So adalah lebih baik if kita beli tepung yg tiada kandungan Benzoyl Peroxide.

terfikir sejenak.
klu cm tu nk kuih kite kene buat sendiri lah..
sb nye kebanyakan rakyat malaysia guna tepung cap sauh.
dlu mase kecik2 pnh tlg makcik buat kuih..
dia gune tepung tu..

takkan nk beli kuih kite nk tny makcik gune tepung ape ni?
hahahaha..
cane la tu eyhh..
 

Sekian utk info kwn2
(^_~)









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Sekatan Jalanraya Buat Pelumba Haram berhampiran KTM Serdang (15 APRIL 2012 - 1.30 AM)


Deretan kereta polis memenuhi jalan di kedua2 arah jalan berhampiran KTM Serdang.
Sekatan jalanraya ini adalah untuk menahan pelumba2 haram yg sedang beraksi..
difahamkan jalan2 lain yg berkaitan juga disekat supaya mereka tidak dapat melepasi sekatan2 tersebut..


Disaat nak melelapkan mata utk tidur
ade org call..
ops encik bf daa..
dia call bg tahu ade road block besar2 an kat KTM serdang..
kebetulan dia kua g jmp mber dia kat kdai mamak area situ..
hah skrg dia tgh dok menyebok laa tu

dia ckp rugi xbwk kamera
klu x blh record 
pelumba kereta haram kene tahan..
ade yg cube lari tapi bnyk jalan di sekat..

Malam ni kan melam minggu
lumba haram la ape lg
hahahahah

hopes xde la berlaku kecelakaan
klu tgk movie..pelumba haram ni nk melepaskan diri dia redah je..
kang tak pasal2 org awam dia langgor ke kan..

hurmm x jadi cik iena nk tidur
excited en bf tu citer kat cik iena

hah dok menempek kt sane lh dia skrg nie
ape2 laaa

janji en bf jgn join lumba haram skali da la
hahahah

SELAMAT MLM SEMUA
(^_~)

ehh gambar tu gambar dr google je..








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Supermodel Shida Yaacob Meninggal Dunia


Model terkenal Malaysia di awal 90-an, Shida Yaacob telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang sudah lama dihadapinya. 

Tahap kesihatan Shida dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini dan telah menghenbuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3 pagi di rumahnya di Damansara(11 April 2012).

Arwah yang cukup terkenal di 'runaway' dan iklan komersial meninggal pada usia 41 tahun. Jenazah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas(11 April 2012). Takziah MH uncapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.


Takziah diucapkan kpd keluarga beliau dan AL-Fatihah utk beliau..semoga rohnya dicucuri rahmat...


sumber





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Gempa Bumi di Acheh 11 April 2012(gegaran dirasai di Malaysia))


United States Geological Survey (USGS) telah melaporkan pada  16:38 (waktu Malaysia) gempa bumi di luar Aceh pada kadar 8.9 magnitud, 431km barat daya Banda Aceh.
Pusat gempa kira-kira 962km barat Kuala Lumpur dan gegaran dilaporkan telah dirasai, antara lain, di Subang Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar.
Monitor AS telah mengeluarkan amaran tsunami Lautan India berikutan gempa bumi besar.


SUMBER
www.malaysiakini.com



Antara yang turut merasa gegaran adalah sepanjang negeri pantai barat semenanjung malaysia.Gegaran yang dirasai serentak itu berlaku dalam lingkungan jam 4.30 petang(waktu malaysia)
di sesetengah tempat.

Sumber memberitahu kawasan yang paling merasai paling lama adalah negeri utara tanahair.
Antaranya Perak,Kedah dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu penduduk sekitar selangor dan putrajaya juga merasai impak gegaran gempa bumi tersebut.

Hasil maklumat yang dikumpulkan gegaran dirasai sekitar 3 hingga 5 minit.

 




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH(Rabu 11 April 2012)




 Jabatan Meteorologi Malaysia : Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Rabu 11 April 2012.Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di perairan-perairan tersebut dan berbahaya kepada bot-bot kecil. 
Dikemaskini pada 11 April 2012, jam 04:50PM


AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-OLEH Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI





Bru je td tgk home FB bnyk sgt member2 post pasal gegar2 nie
cik iena pun search la kt Dr Google..
so jumpe sumber dr  website Jabatan Meteorologi Malaysia










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Rugi RM90,000-Festival Pengantin Malaysia(6-8 April)


Hasrat lebih 100 pemilik butik pengantin dan katering mencari pendapatan tambahan melalui penyertaan dalam Festival Pengantin Malaysia Ke-11 bukan saja hancur, malah mereka turut kerugian lebih RM90,000.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada kegagalan pihak penganjur festival membuat bayaran penuh kepada pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyebabkan pihak pengurusan PWTC enggan membuka pintu Dewan Tun Razak 2, di tingkat empat bangunan berkenaan.

Menceritakan kembali kejadian malang yang menimpa mereka, pengusaha butik pengantin, Edyham Hazril Zainudin, 40-an, berkata dia menerima pelawaan daripada syarikat penganjuran itu tiga bulan sebelum karnival bermula.
“Saya membuat bayaran penuh berjumlah RM4,000 bagi sebuah ruang pameran kecil sejak dua bulan lalu, namun kami hanya mengetahui mengenai muslihat sebenar syarikat itu pada hari pertama festival bermula, semalam (kelmarin).

“Pada pagi Jumaat, karnival yang sepatutnya bermula jam 10 pagi terpaksa dilewatkan ke jam 1 tengah hari apabila tiada staf mahupun pengurus syarikat itu tampil membuka pintu dewan dan hanya seorang staf mereka muncul jam 12 tengah hari untuk memaklumkan pihaknya ada masalah kewangan dengan pengurusan PWTC, namun berjanji akan menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui , semalam.

Beliau berkata, keadaan sama berulang semalam apabila pengurusan PWTC tidak membenarkan mana-mana peserta untuk memasuki dewan berkenaan kerana penganjur karnival gagal membayar sewa berjumlah RM90,000.

“Rata-rata peserta festival ini membuat bayaran penuh kepada penganjur, namun kami tidak tahu punca mereka tidak membayarnya sehingga menyebabkan kami mengalami kerugian akibat kecuaian mereka.

“Tidak cukup dengan itu, seorang peserta festival ini bermurah hati membuat bayaran berjumlah RM40,000 hari ini (semalam) bagi membolehkan kami meneruskan perniagaan, namun pengurus syarikat dan stafnya bersikap lepas tangan dalam hal ini,” katanya.
Seorang lagi peserta festival, Datuk Jamal Md Yunos berkata, meskipun pada mulanya mereka semua menghadapi masalah memasuki dewan berkenaan untuk meneruskan perniagaan, namun hasil kata sepakat, jalan penyelesaian dapat dicari.

“Kami sepakat mengumpul duit sendiri dulu dan membayar kepada pengurusan PWTC bagi menjayakan festival ini dan akan berurusan dengan penganjur festival bagi menuntut balik wang terbabit.

“Ada peserta berbelanja lebih RM50,000 untuk menyewa ruang pameran di festival ini dan jika ia ditamatkan begitu saja, kami akan rugi lebih besar,” katanya.

Beliau berkata, festival berkenaan akan diteruskan seperti biasa sehingga jam 10 malam ini dan berharap orang ramai dapat memberi sokongan padu kepada peserta karnival.

Jamal berkata, antara perkhidmatan disediakan adalah andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, kad kahwin, cenderamata, perhiasan, aksesori, dewan majlis perkahwinan, ejen perancang industri perkahwinan, pusat penjagaan kecantikan dan perkhidmatan katering.

Bagaimanapun, jam 3.30 petang semalam, beberapa peserta karnival itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berikutan rasa tidak puas hati terhadap pihak penganjur yang menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Sementara itu, usaha Metro Ahad untuk menghubungi syarikat penganjur festival itu gagal apabila talian telefon mereka ditutup.


 &



Cik iena bru lpas pergi Festival pengantin ahad bru nie
tp bukan dkt PWTC
cik iena g kt PICC
kalau tak silap PICC dianjurkan oleh www.urbanvibe.com.my
opss 
mase cik iena g pameran pengantin PICC ade teman FB sempat snap pic cik iena
cik iena xperasan pon..rase nye dia photographer(^_~)
dia ade post pic kt wall fb cik iena
hehehe mekasih ya
cik iena nmpk gemuksss


sblm g PICC cik iena suke syok sndri amek gmbr
hahaha style cik iena amek gmbr dr atas
supaye tak nmpk gemuks..



ehh berbalik pd kisah Festival pengantin malaysia PWTC tu
kalau tak silap cik iena,refer poster
organizer dia
Dirich Vision Sdn Bhd




Kesian kn kt mereka2 yg terlibat
walaubagaimanapun maybe dorang ade alasan tersendiri
hopes tak terjadi la lg cmnie
(^_~)






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

83 kereta lumba haram ditahan

JOHOR BAHRU – Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Tol Skudai di sini kecoh awal pagi semalam apabila polis melancarkan operasi membanteras kegiatan lumba kereta haram.
Sebanyak 83 buah kereta yang sedang ligat menunjukkan aksi drift berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan Unit Khas Trafik Bukit Aman serta Cawangan Trafik, Jenayah Komersial dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.







Ketua Operasi, Asisten Suprintendan Khuzir Abd. Majit berkata, pihaknya menjalankan pemantauan selama dua minggu sebelum melakukan operasi mencegah lumba haram berkenaan.
Jelasnya, ketika operasi dijalankan, beberapa pemandu cuba melarikan diri.
“Namun, mereka gagal kerana kami terlebih dahulu menutup beberapa susur keluar lain di plaza tol berkenaan.
“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, aktiviti perlumbaan haram sering diadakan pada hujung minggu di laluan lurus bermula selepas plaza tol berkenaan hingga ke susur keluar Skudai yang jaraknya kira-kira satu kilometer,” katanya selepas operasi tersebut di sini.

Sumber





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Anak Kura-Kura Berkepala Dua





BEIJING – Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China.
“Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira,” kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.


 






Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. – Agensi




sumber




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve