Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label beauty product. Show all posts
Showing posts with label beauty product. Show all posts

WHIPPING CREAM BOLEH CERAH KAN KULIT?


Betul ke Whipping Cream Boleh cerahkan Kulit wajah? Mendengarkan namanya yang cukup unik buat cik iena tertanya-tanya produk apakah ini. Adakah ia sejenis produk masakan yang serbaguna sehingga boleh di gunakan sebagai penjagaan kulit wajah dalam seharian.
 WHITE IN WHIPPING CREAM

Sebenarnya ianya sejenis produk penjagaan wajah bukan lah produk masakan. namun namayang di berikan cukup membuat cik iena tertarik dan tertanya-tanya mengenai produk ini dan apakah keistimewaannya.
Baiklah jom cik iena ceritakan serba sedikit mengenai whipping cream ini.  




WHITE IN WHIPPING CREAM 


WHITE IN WHIPPING CREAM
Ianya merupakan produk keluaran G9 SKIN . Digunakan untuk mendapatkan kesan tona kulit lebih cerah dengan lebih pantas namun ianya akan hilang selepas di cuci . Walaubagaimanapun penggunaan yang konsisten akan mencerahkan lagi tona kulit wajah anda.



CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

  • Professional Whitening
  • Soft Whipping Cream Texture
  • Skin-Blurring Effect
  • 9 Whitening Ingredients
  • 9 Moisturizing Ingredients
  • Anti-Wrinkle Adenosine

CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM



KEBAIKAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

 CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM TEXTURE

WHITE IN WHIPPING CREAM
Ianya bertekstur lembut seperti whipping cream namun perlukan sapuan yang sekata untuk memastikan kesan yang cantik pada wajah. Sekiranya tidak sekata ianya akan kelihatan bertompok-tompok. Dinasihatkan keringkan wajah terlebih dahulu sebelum memakai whipping cream ini.

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM PACKAGING


WHITE IN WHIPPING CREAM
Pembungkusan yang cukup mencuit hati cik iena. Cik iena sememangnya penggemar pink. Konsep warna pink putih yang di gunakan sememangnya sangat comel dapat menarik perhatian umum terutama kaum hawa yang majoritinya menggemari warna pink. Tambahan lagi pembungkusan kotaknya juga sama seperti whipping cream .


G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM PRICE


Whipping Cream ini di jual pada harga RM78 .
Untuk pembelian secara online anda boleh terus klik disini

WHIPPING CREAM BOLEH CERAH KAN KULIT?


CARA PENGGUNAAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

CARA PENGGUNAAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

Ianya boleh digunakan pada waktu siang sebagai asas solekan ataupun pada yang tidak gemar bersolek ianya boleh menggantikan BB Cream anda kerana iena mempunyai fungsi kecantikan yang sama iaitu menaikkan tona kulit wajah supaya cerah berseri.

REVIEW G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

Cik iena telah menggunakan whipping cream ini selama 6 Hari . Secara keseluruhannya ianya berkesan untuk mencerahkan secara sementara tetapi penggunaan berterusan dan konsistem mampu merawat dan mencerahkan kulit wajah.





Dari segi tekstur cik iena suka kerana lembut tetapi perlu teliti ketika mengaplikasikannya kerana dari pengalaman cik iena menggunakannya ianya lambat meresap ke dalam kulit wajah.
Cik iena merupakan seorang yang terus mengenakan cream muka selepas mandi jadi di sebabkan teksturnya sukar meresap (memakan masa berbanding cream lain)  cik iena perlu memastikan kulit wajah betul-betul kerinng terlebih dahulu ataupun cik iena perlu usap krim lama-lama pada wajah bagi memastikan tona nya sekata. Namun setelah meresap hasilnya memuaskan sama seperti BB Cream yang lain.


Okay di bawah cik iena tunjukkan gambar sebelah kanan wajah tanpa whipping cream dan sebelah kiri wajah menggunakan whipping cream bagi membezakan tona kulit wajah selepas mengaplikasikan whipping cream ini.



Berikut pula kedua-dua bahagian telah diaplikasikan whipping cream

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM








G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM SESUAI UNTUK ANDA YANG..

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM



Kepada yang berminat untuk mencuba ianya boleh di beli secara online di


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari 


Website : www.vline.com.m
Facebook: @G9skinMY
Instagram: @g9skin_malaysia






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics

Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics


Face Mask atau Topeng Wajah  digunakan untuk menghalus, melembut dan mencantikkan wajah. Ianya juga digunakan untuk membersihkan dan memperbaiki liang-liang kulit. Cik iena sememangnya sangat gemar memakai Face Mask dan membeli serta mengumpul pelbagai jenis Face Mask.


3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics



Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics

 
Baru-baru ini cik iena telah mencuba Stem Cell Mask  dari Mein Cosmetics yang mana ianya didatangkan bersama dengan pembersih wajah (foaming cleanser) dan krim muka (Special Ampoule) .

Ini merupakan kali pertama cik iena jumpa Face Mask yang didatangkan sekali bersama Pembersih wajah dan krim wajah. Kebiasaannya face Mask yang cik iena beli hanya terdapat Face Mack sahaja .

Hanya dengan tiga langkah mudah sekurang-kurangnya dua hari sekali , anda akan dapat kulit yang lembut , lembab serta berseri-seri. Untuk pengetahuan cik iena mengamalkan pemakaian face mask sekurang-kurangya dua hari sekali untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Memandangkan usia cik iena dalam lingkungan 3 series cik iena sangat perlu menjaga kelambapan kulit untuk memastikan kulit kekal cantik dan tegang. Face Mask dari Mein Cosmetics ini berjaya menambat hati cik iena.

Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask  yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.



Produk jenama MEiN adalah produk Korea pertama yang mendapat kelulusan HALAL



First Halal Korean Skincare

Produk jenama MEiN adalah produk Korea pertama yang mendapat kelulusan HALAL. Selain itu ianya mempunyai kelulusan notification (NOT) dari National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah KKM. Produk ini mempunyai kualiti produk setaraf jenama ternama dunia .



First Halal Korean Skincare


First Halal Korean Skincare



Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics 




Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics





  



Jemput tonton video review cik iena ya. Bolehlah dengar cik iena membebel :)


Video Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics







Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics



Buat penggemar face mask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika membuka topeng tersebut. Kulit wajah kita akan terasa lebih licin, lembut, gebu dan flawless. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.


Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
Gambar Sebelum memakai face mask (pada hari yang sama)


Haruman dari face mask ini juga wangi dan menenangkan . Kebiasaannya jika cik iena pakai pada waktu malam cik iena akan buka pada waktu pagi semasa bangun dari tidur. Bau dari face mask ini serta rasa sejuknya sememangnya akan membuat kita tidur lena :)

Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
best giler pakai face mask ni wangi dan sejuk semestinya




Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
Gambar selepas memakai face mask (pada hari yang sama)


Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask  yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.

Tips Solekan flawless



Untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik dan flawless  cik iena cadangkan anda menggunakan face mask ini sebelum mengenakan solekan iaitu ketika waktu malam sebelum bersolek atau seeloknya lebih cantik sejam sebelum mengenakan solekan.

Untuk Hasil Solekan boleh lihat Video Review cik iena di atas ye. Yang video ni  hasil solekan tu memang beberapa minit sebelum bersolek cik iena pakai face mask ni (^_~)





Untuk Maklumat Lanjut :

Instagram : https://www.instagram.com/meincosmetics/
Website : http://aimkbeauty.com.my/
whatsapp : +60 14 672 2279
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless




Hai semua Hari ni cik iena nak kongsi Oxygenating mask dari Bliv yang cik iena cuba . Oxygenating mask ni di panggil O2 Bubbly Bright Facemask .



Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Oxygenating mask




Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Bliv O2 Bubbly Bright Facemask merupakan Oxygenating mask yang menggabungkan gelembung oksigen dan tepung beras untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit. Dengan pemakaian Bliv O2 Bubbly Bright Facemask anda akan rasakan krim tersebut berubah menjadi buih lembut yang berfungsi untuk merendam kekotoran sementara manik lembut merah secara perlahan akan cair bagi tujuan mengelupas lembut kulit anda dan seterusnya  apabila di cuci  kulit anda akan terasa lembut, licin dan bercahaya.

Kebaikan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

purifying + brightening +exfoliating 


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask ini mampu membersihkan wajah secara mendalam  untuk menanggalkan sisa-sisa kotoran degil khususnya dan seterusnya ianya juga akan mengelupaskan sisa-sisa kulit mati yang tidak diperlukan pada wajah dan hasilnya kulit wajah akan lebih cerah dari biasa.

Penggunaan yang berterusan akan membuatkan wajah anda semakin cerah dan berseri :)


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Bahan-bahan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

O2 Bubble (Purifying)

  • Bubble ini akan terus menembusi kulit untuk membasuh lubang-menyumbat, kekotoran, serpihan dan minyak yang berlebihan

 Rice Powder/Serbuk beras (Brightening)

  • Ia membantu melembapkan dan mencerahkan; Meninggalkan kulit cerah, lembut dan penuh dengan kilau.

Red Soft Beads (Exfoliating)

  • Manik selulosa merah yang mencairkan untuk mengelupas permukaan kulit yang mati, menyebabkan kulit lembut, licin dan bercahaya. 



Cara Penggunaan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask





1. Sapukan sedikit ke muka dan urut perlahan-lahan. Bubbles akan terbentuk.
2. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Urut sekali lagi untuk pembersihan yang lebih mendalam.
4. Bilas dengan air suam dan teruskan dengan langkah-langkah penjagaan kulit yang tinggal.

 Review Bliv O2 Bubbly Bright Facemask


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Buat penggemar facemask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika ianya menghasilkan buih. terasa lah seperti ada kerja-kerja pembersihan di lakukan. Selepas cuci muka memang kulit akan lebih licin. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.

Tips Kulit flawwless

Jadi cik iena cadangkan sebelum nak mengenakan solekan. Untuk hasil yang terbaik pakai facemask ni dulu untuk mendapatkan kulit licin, halus dan mulus bagi menghasilkan solekan yang flawless :)

Harga Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

 

Harga : RM 99

Pada yang berminat untuk cuba jom dapatkan di website mereka . Sila Klik http://bit.ly/bubbly-mask


Untuk maklumat lanjut layari










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Shopping Raya di ALTHEA KOREA dan Percuma FREE GIFT limited edition


Hari raya menjelang tiba pastinya kaum hawa di luar sana tidak lupa juga untuk membeli barangan kecantikan serta Make Up.  Nak raya mestilah nak kelihatan Cantik . Jadi di sini cik iena nak kongsi di mana anda semua boleh dapatkan barangan kecantikan dan sake up secara dalam talian atau online iaitu Althea Korea.

Laman web ALTHEA KOREA menyediakan pelbagai produk jenama Korea yang semestinya authentic dan ianya di pos terus dari korea .


 Shopping Raya di ALTHEA KOREA



Bersempena Aidilfitri yang bakal  tiba, setiap kali anda membeli belah dengan Althea Korea, anda akan menerima barangan anda di dalam Althea's Limited Edition Raya Box seperti diatas.






Raya Giveaway Festival
Raya Giveaway Festival



Apa yang menarik lagi Althea Korea juga sedang mengadakan giveaway untuk K-Beauty lovers. Sempena nak raya ni, ALTHEA ada buat promosi. Kalau anda beli barangan di sini, anda akan dapat satu FREE GIFT limited edition Althea Raya Box dari website ALTHEA..

Menarik bukan . Jom Shopping :)


LAMAN WEB 

INSTAGRAM

FACEBOOK PAGE


Kulit flawless dan glowing dengan Produk Kecantikan berasaskan Kayu Cendana | Merolz Beauty Skincare


Pasti ramai yang tidak mengetahui khasiat kayu cendana untuk kecantikan kulit. Ianya jarang didengari namun ianya merupakan bahan semulajadi yang berkesan untuk penjagaan kecantikan kulit terutama buat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat. Di Indonesia ianya sudah biasa digunakan di dalam kandungan produk kecantikan. Tidak hairanlah kulit mereka cantik.


Merolz Beauty Skincare
Merolz Beauty Skincare
Kini di Malaysia anda boleh dapatkan produk kecantikan berasaskan kayu cendana dengan rangkaian produk kecantikan dari Merolz Beauty Skincare. Sebelum cik iena bercerita lebih lanjut tentang Merolz Beauty Skincare, mari cik iena ceritakan tentang fungsi kayu cendana dalam industri kecantikan.
 

Manfaat Kayu Cendana Untuk Kulit

Manfaat utama Kayu Cendana adalah Untuk Kulit Bebas Jerawat . Pohon cendana berasal dari India dan ia merupakan sejenis kayu dengan harga yang cukup tinggi. Kayu cendana mempunyai aroma yang harum maka tidak hairan jika kayu cendana diaplikasikan sebagai bahan campuran dari pembuatan kosmetik hingga parfum. 




Manfaat Kayu Cendana Untuk Kulit
Di  negara Indonesia khususnya, kayu cendana diguna sebagai media ukiran yang sangat bernilai tinggi.  Kayu cendana juga merupakan bahan semulajadi yang mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit. Kayu cendana sudah mula di gunakan sebagai penjagaan kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Ia digunakan oleh putri dan ratu sebagai bahan  rawatan  semulajadi kecantikan kulit.

 Kulit flawless dan glowing dengan Produk Kecantikan berasaskan Kayu Cendana | Merolz Beauty Skincare
Kayu cendana tidak hanya hadir dengan bentuk serbuk saja tetapi ianya juga hadir dalam bentuk minyak malahan kini ianya telah di hasilkan dalam bentuk krim, penyegar dan pencuci untuk industri kecantikan.

Buat anda yang ingin mendapatkan kulit cantik bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak , anda boleh mencuba penjagaan kulit menggunakan skincare yang mempunyai kandungan kayu cendana .


Kayu cendana merupakan bahan semulajadiyang sangat popular dalam pelbagai produk kecantikan. Mempunyai beberapa manfaat istimewa dalam penjagaan kulit. Kayu cendana sendiri banyak di dapati pada pelbagai produk seperti sabun, krim, pakej rawatan wajah, hingga pencuci tangan. 
Keistimewaan lain kayu cendana mempunyai aroma harum yang menenangkan maka tidak hairan jika kayu cendana juga banyak di aplikasikan sebagai bahan alami dari pembuatan aromaterapi sampai parfum.

Menggunakan kayu cendana sebagai rawatan kulit secara semula jadi lebih disyorkan untuk mendapatkan manfaat yang lebih maksimum. Penjagaan kulit dengan menggunakan kayu cendana yang di buat sendiri dinilai akan lebih selamat kerana tidak mengandungi bahan campuran kimia . Kayu cendana mempunyai sifat antimikrobial yang berkhasiat untuk merawat pelbagai masalah kulit. Kayu cendana juga boleh merawat gatal, luka bakar, bekas luka, juga biang keringat.




Beberapa manfaat kayu cendana untuk kecantikan kulit


  • Mengatasi kulit berminyak
  • Mengatasi Masalah Penuaan
  • Mengatasi masalah jerawat
  • Mencerahkan kulit

Okay Untuk pengetahuan semua, sudah sebulan lebih cik iena menggunakan produk kecantikan berasaskan kayu cendana ini. Hasil yang memuaskan kerana kulit cik iena menjadi semakin licin dan flawless.



manfaat kayu cendana untuk kecantikan kulit


Kebiasaannya di bahagian hidung walaupun nampak bersih teapi akan ada blackhead dan whitehead. Dengan mata kasar nampak rata tapi apabila di rasa dengan sentuhan akan terasa permukaan kulit yang keras kerana blackhead dan whitehead tersebut. Dengan mengamalkan Merolz skincare kini cik iena tiada lagi masalah tersebut.



Kulit flawless dan glowing dengan Produk Kecantikan berasaskan Kayu Cendana | Merolz Beauty Skincare


Okay baiklah mari cik iena kongsikan serba sedikit mengenai produk kecantikan berasaskan kayu cendana yang telah cik iena cuba ini yang manay ianya dikenali dengan nama Merolz Beauty Skincare.


Merolz Beauty SkinCare


Merolz Beauty SkinCare

Merolz Beauty SkinCare


Di asaskan oleh Puan Nor Syariza Othman berusia 42 tahun yang merupakan seorang usahawan wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan . Beliau berpengalaman  dalam menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ketika mengikut suami bertugas di luar negara dan dengan itu beliau memanfaatkan pengalaman tersebut ssebaik mungkin dengan  menghasilkan produk kecantikan keluaran sendiri. 

Langkah-Langkah Penggunaan Merolz Skin Care



Langkah 1: Cleanser Merolz SkinCare (Pencuci Muka) 



Cleanser Merolz SkinCare (Pencuci Muka)
Cleanser Merolz SkinCare (Pencuci Muka)
Langkah pertama adalah dengan menggunakan Cleanser. Apa yang menarik hati cik iena adalah cleanser ini berbau seperti coconut shake. Keharumannya membuat cik iena terasa seperti nak makan je pencuci muka ni. Bau-bau harum manis cocunut shake. Struktur warna Cleanser ini berwarna  jernih dan ianya tidak mempunyai banyak buih .


Ianya sangat mudah dicuci dan tiada rasa melekit yang biasanya akan mendatangkan ketidakselesaan pada si pemakai. Biasanya cik iena akan menggunakan cleanser ini 2 kali sehari iaitu  pada sebelah  pagi dan malam.

Untuk pengetahuan semua cleanser ini juga boleh di jadikan sebagai masker . Selepas mencuci muka bersama cleanser ini. Keringkan wajah anda dan aplikasikan cleanser ini pada keadaan kulit lembap dan biarkan selama dua puluh minit dan bilas. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan tegang seperti kulit bayi.


Keistimewaan:

  •     Membersih dengan lembut walau di sekitar mata.
  •     Tidak menyebabkan kulit kering atau pedih selepas mencuci.
  •     Bagi lelaki, boleh digunakan sebagai shaving foam semasa bercukur.

Langkah 2: Toner Merolz Skin Care


Toner Merolz SkinCare
Toner Merolz SkinCare

Selepas menggunakan cleanser, langkah kedua pula adalah menggunakan  Walaubagaimanapun untuk  untuk peringkat awal Toner Merolz Skin Care ini tidak perlu digunakan setiap hari. Anda cuma perlu  guna dua kali dalam seminggu (sinag dan malam).


Apa yang menariknya toner ini tidak memerlukan kapas kerana rekabentuknya yang sangat memudahkan pengguna iaitu dalam bentuk spray.Anda hanya perlu spray dan  dab dab pada  wajah anda.  Menariknya toner ini anda akan berasa segar berangin selepas spray di wajah anda kerana kandungan peppermint yang ada dalam toner ni. Rasa kesegaran ini akan membuat anda rasa lebih tenang dan segar.

Toner Merolz Skin Care ni sangat bagus untuk mengecutkan liang-liang kulit dan mencegah kulit muka kendur serta kesan penuaan. Kesan penggunaan gaharu dalam toner ni boleh merapatkan tisu kulit supaya kulit wajah kita nampak lebih lembut dan muda.

Cik iena sangat suka toner ini rasa sangat perbezaan apabila menggunakan toner dan tidak. Pada cik iena cik iena suka amalkan setiap hari walaupun dicadangkan 2 kali seminggu kerana apabila memakai toner ini kulit cik iena menjadi lebih flawless, lembut dan terasa sangat segar.



KeistImewaan:

  •     Kesan gaharu membantu dalam mengecutkan
  •     liang-liang kulit serta mencegah kendur dan penuaan kulit. Ianya merapatkan tisu kulit untuk memberikan penampilan yang lembut dan muda kepada kulit wajah.


Langkah 3: Moisturizer Merolz Skin Care

Moisturizer Merolz SkinCare

Langkah terakhir iaitu langkah tiga,  calitkan sedikit Moisturizer Merolz Skin Care pada wajah dan ratakan. Tekstur warna krim moisturizer ini berwarna putih dan baunya pula harum lembut yang menenagkan jiwa. Tekstur krim pula sangat cepat meresap dan tak melekit. Moisturizer ini dipakai 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Ianya sangat jimat dan memudahkan kerana anda tidak perlu membeli dua krim berasingan iaitu krim siang dan krim mala.

Moisturizer Merolz Skin Care ini sangat bagus untuk kesan anti penuaan dan juga untuk menghaluskan wajah. Sangat sesuai untuk cik iena yang berusia 32 tahun kerana ianya akan melambat kan proses penuaan kulit.


Selain berfungsi untuk kecantikan Ianya juga di jadikan sebagai 'sunblock' untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV, debu dan kekotoran. Pada yang mengalami masalah  kulit muka yang cepat kering  anda sangat sesuaiuntuk menggunakan moisturizer ini kerana  ianya akan mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari.


KeistImewaan:

  •     Anti penuaan.
  •     Melindungi kulit wajah dari sinar UV.
  •     Mencegah kulit wajah menjadi kering.
  •     Mengekalkan kelembapan kulit wajah.
  •     Melindungi kulit wajah dari debu dan kotoran.
  •     Menghaluskan kulit wajah.

Review Merolz Beauty Skincare



Review Merolz Beauty Skincare
Secara keseluruhannya cik iena berpuas hati menggunakan set penjagaan wajah Merolz Skincare ini kerana ianya membuatkan kulit cik iena bertambah licin dan flawless. Difahamkan juga skincare ini mampu mencerahkan wajah. Agak menarik tetapi kulit cik iena sememangnya sangat susah untuk kesan pencerahan. 


Walaubagaimanapun terdapat testimoni-testimoni lain yang mendapat kulit yang cerah selepas menggunakan Merolz Skincare. Untuk melihat testimoni lain sila klik  http://www.merolzbeauty.com/testimonial.html .
Pada anda  diluar sana yang masih tercari-cari set penjagaan wajah untuk mencantik, melicin, menganjal dan mencerahkan anda boleh mencuba Merolz skincare. Kesan pada setiap orang mungkin berbeza.

Jadi cik iena cadangkan anda mencuba produk kecantikan Merolz Skincare ini terlebih dahulu terutama buat mereka yang mengalami masalah jerawat dan jeragat kerana kandungan kayu cendana ini mampu mengatasi masalah tersebut.





Video Review Merolz Beauty Skincare






Untuk maklumat lanjut sila layari

Website : http://www.merolzbeauty.com
Facebook : Merolz Beauty
Instagram : @merolzbeauty
Email : info@merolzbeauty.com | merolzresources@gmail.com
No. Telefon :+60193397036
Alamat Butik : 13-1-2 BLOCK 13, 71800 Nilai RPM Taman Semarak Nilai Negeri Sembilan 71800
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Cantik Sihat Bersama GGM Dan JUS D’RIA Keluaran MEDIHERBA SOLUTIONS


Cantik Sihat Dengan GGM Dan JUS D’RIA Keluaran MEDIHERBA


Mempunyai kulit yang cantik, halus, mulus, licin dan cerah adalah dambaan semua wanita . Namun kecantikan adalah tidak memadai sekiranya tubuh badan tidak sihat .Wajah yang cantik serta tubuh yang sihat mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Wajah yang kusam serta tubuh yang kurang sihat boleh membuatkan kita hilang keyakinan.

Seiring dengan kemahuan pengguna yang semakin bijak untuk kelihatan cantik dan sihat  MEDIHERBA SOLUTIONS telah mengeluarkan dua produk yang sangat bermanfaat buat tubuh kita untuk kecantikan dan kesihatan  iaitu produk makanan tambahan berupa tablet yang diberi nama GGM dan JUS D’RIA di pasaran sejak 9 bulan yang lepas.


Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS
Cik iena bergambar bersama dua produk yang bermanfaat dari Mediherba Solutions semasa  Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS


Baru-baru ini cik iena telah berkesempatan menghadirkan diri ke majlis ramah mesra  MEDIHERBA SOLUTIONS bersama Blogger yang bertempat di Ole Ole Bali, Sunway Pyramid . Majlis ini berjalan dengan lancar dengan di hadiri blogger-blogger Malaysia bagi memeriahkan majlis.



Pengarah Urusan MEDIHERBA SOLUTIONS, Puan Rohasniza Rosli
Pengarah Urusan MEDIHERBA SOLUTIONS, Puan Rohasniza Rosli

Semasa majlis tersebut, menurut Pengarah Urusan MEDIHERBA SOLUTIONS, Puan Rohasniza Rosli, Kedua- dua produk yang di keluarkan oleh mediherba merupakan produk pertama di Asia Tenggara menggunakan bahan seperti buah-buahan,tumbuhan- tumbahan bunga dan pokok yang di gabungkan bersama pati herba. Kedua-dua produk ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Produk ini telah mendapat testimoni yang sangat luar biasa dari pihak pengguna.



Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS





Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS
Cik eina semasa Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS



Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS
Cik iena bergambar bersama Pengarah Urusan MEDIHERBA SOLUTIONS, Puan Rohasniza Rosli semasa Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS




Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS
Cik iena bergambar bersama dua produk yang bermanfaat dari Mediherba Solutions semasa Majlis Makan Malam Bersama MEDIHERBA SOLUTIONS





JUS D’RIA   “IBU SEGALA KHASIAT”


JUS D’RIA


JUS D’RIA  dikatakan “IBU SEGALA KHASIAT”  dimana ia merupakan makanan tambahan yang berasaskan Aloe vera, delima, halia,madu, echinachea, oregano, bawang putih, dong quai(herba cina), akar manis, acai beri, camu-camu , vitamin C, Epal stemsel, Argan stemsel dan stevia.



JUS D’RIA “IBU SEGALA KHASIAT”
Kandungan bahan-bahan ini dapat membantu melegakan ruang penafasan untuk anda yang mempunyai penyakit Lelah ataupun asma,  membantu mengurakan lendir-lendir yang berlebihan di bahagian kerongkong, membantu mengurangkan masalah gatal-gatal di bahagian hidung, telinga dan mata (Resdung) , dan juga ianya dapat mengurangkan masalah gatal-gatal dan merah-merah di bahagian kulit yang di kenali sebagai ekzema.

Aloe vera yang digunakan  di import khas dari AFRICA dimana ianya berkualiti tinggi.  Seperti yang kita sedia maklum Kebaikan aloe vera dapat  menyembuh luka-luka kecil, melembabkan kulit
serta dapat membantu mengurangkan maslah ekezema.

Gabungan bawang putih dan madu yang terdapat didalam jus ini baik untuk sistem penafasan dan  ianya dapat membantu mengurangkan masalah resdung. Selain itu, gabungan pati herba di dalam JUS D’RIA ini menjadikan produk ini terbukti berkesan.

JUS D’RIA sesuai di makan bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak, remaja, dewasa. Pengambilan JUS D’RIA adalah seawal bayi berumur 6 bulan keatas dan juga peringkat umur yang lebih berusia.

JUS D’RIA mempunyai rasan yang kurang manis dan manisannya adalah dari manisan madu dan delima (TANPA GULA) 

Cara pengambilan JUS D’RIA


JUS D’RIA diambil 2 kali sehari
  • 10ml di waktu pagi 
  • 10ml di waktu malam.
  • Bagi kanak-kanak memadai dengan hanya 3ml ke 5ml sahaja 2 kali sehari sahaja.

Bahan bahan yang terdapat pada JUS D’RIA adalah dari sumber yang amat diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan cantik sepanjang masa. Ianya telah mendapat tempat di hati pengguna bukan sahaja dalam Malaysia malahan juga di Singapura dan Brunei.

 JUS D’RIA
 JUS D’RIA

Khasiat JUS D'RIA


  1. Merawat masalah lelah/asma
  2. Merawat masalah resdung
  3. Merawat masalah Pesakit ekzema
  4. Merawat masalah selesema dan batuk
  5. Menghilangkan kahak
  6. Merawat masalah gatal-gatal kulit/ alergi
  7. Merendahkan paras kolestrol
  8. Menguatkan ketahanan badan
  9. Merawat masalah migraine dan sakit kepala
  10. Membaiki sistem pencernaan menjadi labih baik dan lancar
  11. Membaik pulih luka dengan cepat
  12. Menjadikan kulit lebih cantik dan sihat
  13. Menghilangkan parut luka lama seperti kesan jerawat dan luka-luka kecil
  14. Mengurangkan tekanan darah
  15. Melindungi jantung
  16. Menguatkan daya ingatan
  17. Membantu menurunkan paras gula dalam darah


JUS D’RIA  dijual dengan harga 

RM88.00 (Semenanjung Malaysia)
RM98.00 (Sabah dan Sarawak)


GGM Tablet Kunyah Botani Campuran Susu Kambing

GGM (GULA-GULA MAGIC)


GGM adalah makanan tambahan yang berasaskan coklat, epal dan susu kambing (premium), Habatusauda sebagai bahan utama bersama campuran makanan sunah seperti Kurma, Appricot, bluberri, green tea , Madu dan buah delima sebagai perisa tambahan bagi memberi khasiat yang lebih berkesan pada pengguna.


GGM Tablet Kunyah Botani Campuran Susu Kambing
GGM juga merupakan satu-satunya produk kecantikan dan kesihatan dalam wanita (TANPA KOLAGEN) ianya mampu mengurangkan risiko masalah kesihatan di samping itu ianya juga mampu membantu kulit and menjadi  lebih cerah, anjal dan bermaya sepanjang masa. Dalam erti kata ian “JELITA TANPA DERITA”

Campuran buahan-buahan,habatusauda bersama susu kambing yang di import dari NEW ZEALAND yang berkualiti tinggi mampu memberi kesan yang baik untuk tubuh badan yang mana ianya dapat berfungsi untuk menurunkan tekanan darah, membantu menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak teratur dan juga ianya mampu membantu masalah segugut yang kuat.


Selain itu ianya juga membantu dalam menurunkan kadar  kolestrol dalam badan serta membantu melancarkan sistem percenaan di samping dapat mengurangkan risiko kanser dan ianya juga mampu menghaluskan kulit dan menganjalkan kulit dari dalam.

Seperti yang kita sedia maklum, Susu Kambing amat kaya dengan Vitamin A,B, B2, C, D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi dan juga protein. Susu kambing juga amat baik untuk tubuh badan dan ianya dapat menjaga kesihatan jantung, melancarkan sistem percernaan, menurunkan berat badan dan menguatkan tulang.

Terdapat 2 perisa dalam setiap botol dan setiap botol dimana ianya mengandungi 30 biji, iaitu epal dan coklat. GGM sesuai di makan oleh lelaki mahupun perempuan dari peringkat awal remaja, dewasa sehingga kepada peringkat yang telah berusia.

Cara Pengambilan GGM Gula-Gula Magic


Cara pengambilannya Amat mudah, hanya dengan mengambil satu biji pagi sebelum sarapan dan satu biji lagi sebelum tidur.


 GGM Gula-Gula Magic
 GGM Gula-Gula Magic

Khasiat GGM Gula-Gula Magic


  1. Mencerahkan, melicinkan dan menganjalkan kulit
  2. Merawat kulit kusam dan bintik-bintik hitam
  3. Melawaskan pencernaan dan detox
  4. Mengempiskan perut dan membuang lemak degil
  5. Menghilangkan jerawat dengan cepat
  6. Memudarkan parut-parut luka
  7. Anti-oxida
  8. Anti-Stress
  9. Anti-Kanser dan menghalang pertumbuhan tumor
  10. Anti-penuaan
  11. Menyuburkan dalaman wanita dan lelaki
  12. Menyuburkan rahim
  13. Merawat dalaman badan seperti jantung dan hati
  14. Melancarkan kitaran haid
  15. Meningkatkan metabolisma badan
  16. Menyuburkan pertumbuhan rambut
  17. Menjaga kesihatan mata
  18. Mengurangkan tekanan darah
  19. Menguatkan daya ingatan
  20. Merawat penyakit asma dan diabetis
  21. Menguatkan tulang
  22. MErawat penyakit resdung
  23. MEnghilangkan senggugut ketika haid


Bahan-Bahan GGM Gula-Gula Magic 


Bahan bahan yang terdapat pada GGM adalah merupakan sumber yang amat diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan cantik sepanjang masa.  Makanan tambahan yang mengikut sunnah ini telah mendapat tempat di hati pengguna bukan sahaja dalam Malaysia malahan juga ianya telah menambat hati pengguna di Singapura dan juga Brunei.

GGM Di jual dengan Harga 


RM69.00 (Semenanjung Malaysia)
RM79.00 (Sabah Sarawak)


Untuk Maklumat Lanjut dan untuk dapatkan kedua-dua produk yang mampu membuatkan anda kelihatan cantik dan sihat ini sila rujuk maklumat di bawah.


Mediherba Solutions

46-2, Jalan Taman Damai 2, Taman Damai Utama, 47180 Puchong Selangor
Hotline : 018-6610104
Puan Yaya : 012-6460210 | Encik Syahrul : 012-9484420
Email : info@mediherba.my
Boleh layari Instagram @jusderiahq | @gulagulamagic | @mediherbahq dan Facebook GGM Marvelles








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve