Memiliki penyaman udara sudah menjadi satu kemestian untuk
setiap rumah di Malaysia bagi yang mampu. Ada yang pilih untuk pasang penyaman
udara di ruang umum seperti ruang tamu, ruang makan atau ruang keluarga agar
semua isi rumah dapat menikmati keselesaan bersama. Ada juga yang pilih untuk
pasang penyaman udara di bilik tidur dan hanya digunakan pada waktu tidur.
Tak kisah di mana penyaman udara tersebut dipasang, yang
lebih penting ialah memastikan setiap unit penyaman udara itu diservis secara
berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terdapat banyak kesan buruk jika
penyaman udara itu tidak dijaga dengan baik. Antaranya ialah:
1. Udara di dalam rumah akan tercemar
Setiap kali penyaman udara anda diservis, penapis udara
adalah perkara pertama yang akan dicuci oleh pakar penyaman udara. Jika tidak
dicuci, habuk akan terkumpul pada penapis di dalam unit penyaman udara. Lama
kelamaan kulat juga akan mulai tumbuh di dalam dan sekitar unit penyaman udara
tersebut. Seterusnya udara yang dihembus oleh penyaman udara tadi menjadi tidak
berkualiti dan tercemar.
2. Kerosakan pada penyaman udara akan menjadi lebih serius
Jika penyaman udara anda selalu diperiksa oleh pakar
penyaman udara, sebarang kerosakan kecil atau wear-and-tear dapat dikesan dan dibaiki dengan segara. Tetapi jika
pemeriksaan menyeluruh hanya dilakukan beberapa tahun sekali, kerosakan yang
pada mulanya adalah kecil mungkin sudah menjadi lebih serius.
3. Tiada lagi udara sejuk keluar dari penyaman udara
Kekurangan gas penyejuk dan penapis udara yang terlalu kotor
adalah antara punca utama yang menyebabkan penyaman udara tidak dapat
mengeluarkan udara yang sejuk. Semasa servis berkala dilakukan, pakar penyaman
udara boleh selesaikan masalah ini dengan segera.
4. Penggunaan elektrik akan jadi lebih tinggi
Apabila berlaku kerosakan, kecil atau besar, unit penyaman
udara anda perlu bekerja lebih keras. Tahap penggunaan elektrik oleh unit
penyaman udara tadi tidak lagi efisien seperti sedia kala. Jadi, dapatkan khidmat pakar penyaman udara untuk periksa
kondisi penyaman udara anda.
5. Penyaman udara anda akan mengeluarkan bunyi bising
Seperti kereta, jika anda terdengar sebarang bunyi pelik
anda pasti akan syak terdapat sebarang kerosakan pada kereta itu. Begitu juga
dengan penyaman udara. Kadangkala bunyi kipas akan menjadi terlalu kuat jika
berlaku kerosakan. Selain itu, perhatikan juga lampu kecil yang menyala pada
unit penyaman udara anda. Sesetangah model penyaman udara akan memberikan signal kerosakan melalui lampu tersebut.
6. Air akan menitis keluar dari penyaman udara
Ini akan berlaku jika julat suhu didalam dan luar bilik
terlalu tinggi, dan jika penapis pada unit penyaman udara atau paip yang
mengeluarkan air ke unit luar telah tersumbat. Setiap kali pemeriksaan berkala dilakukan,
pakar penyaman udara akan pastikan bahagian-bahagian ini dicuci dengan rapi.
(Baca: 5 Reasons ForAircon Leaking)
7. Jangka hayat penyaman udara akan lebih singkat
Seperti barangan lain, jika tidak dijaga dengan baik, jangka
hayatnya pasti akan menjadi lebih singkat. Memandangkan anda telah mengeluarkan
sejumlah wang yang agak banyak untuk membeli dan memasang unit penyaman udara
tersebut, adalah wajar untuk anda menjaga pelaburan anda itu dengan baik.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Saya
harap anda kini lebih faham yang penyaman udara haruslah diservis secara
berkala. Jadilah pengguna bijak, dimana jua anda berada!
Layari Recommend.my untuk berhubung dengan pakar
penyaman udara (servis ac) dari seluruh Lembah Klang. Selain servis penyaman
udara, Recommend mempunyai 7000+
penyedia khidmat profesional sedia untuk bantu anda menjadikan kediaman anda
lebih nyaman dan selasa.
Nukilan,
|