Grab The Promo
Grab The Promo

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA


 
Sayur pucuk geti atau pucuk turi merupakan sejenis sayur tradisional orang Nusantara.
Pokoknya mudah tumbuh, dan senang didapati. Sayur ini juga dikatakan dapat mengurangkan inflamasi atau gatal hidung. Selain itu ia juga air rebusan akar digunakan untuk mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.
 

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA
 
 
Sayur ini amat versatile, dimasak lemak berencahkan bawang dan ikan bilis atau udang kering dan ditambahkan keledek atau dimasak asam pedas yang rebus cuma berencahkan cebisan ikan bilis dan bawang merah.BOleh juga dimasak lemak  bersama belimbing buluh berencahkan ikan bilis seperti menu cik iena di bawah.

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA
 

Pucuk atau daun turi yang dicelurjuga boleh dimakan bersama sambal air asam jawa yang dibancuh pekat dan dicampur dengan cili  ditambah gula dan garam secukup rasa atau dimakan dengan sambal belacan yang ditumbuk diperahkan air asam jawa yang pekat.

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA


Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, vitamin C. Setiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 77.2 g, protein 8.4 g, lemak 1.1 g, karbohidrat 9.7 g, serat1.8 g, kalsium 181 miligram (mg), fosforus 29 mg, besi 0.3 mg, natrium 23 mg, kalium 356 mg, karotena 5022 ug vitamin A 837 ug, vitamin B1 0.06 mg, B2 0.71, niasin 2.4 mg, vitamin C 114 mg.
 
 
PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA
wahh sedap tau masak lemak pucuk geti dengan belimbing berencahkan ikan bilis  buluh dan ikan goreng serta sambal belacan. Terangkat sedapnye.

POKOK TURI (SESBANIA GRANDIFLORA)
(Petikan:  Agromedia Bil. 6, 1999)

 
Pokok turi, nama saintifiknya Sesbania grandiflora sememangnya tumbuhan semula jadi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India.  Ia tahan keadaan kemarau, tanah tidak subur atau bermasalah dan kawasan air bertakung.  Lazimnya ia ditanam sebagai sayuran atau sebagai tanaman hiasan.  Ada dua jenis pokok turi yang dapat dibezakan melalui warna bunganya.  Satu jenis bunganya berwarna putih, yang satu lagi bunganya samar kemerah-merahan.  Pokok ini hidup subur di kawasan persekitaran kampung, di tepi-tepi jalan dan di batas padi.
Sejak dulu lagi (entah berapa lama) pokok turi ini diberikan status sebagai tanaman makanan untuk orang miskin. Orang kampung tak berkira sangat, nak beli sayuran mahal kurang mampu.  Jadi apa yang ada di persekitaran asalkan halal dan boleh dimakan tanpa mendatangkan apa-apa kemudaratan, makan sahaja. 
Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan.  Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan.  Ia digolongkan dalam keluarga kekacang.  Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.
Pokok turi boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m.  Batang utamanya tumbuh menegak berbentuk selinder.  Keratan rentas batang ini boleh mencapai sehingga 25 cm. 

Batangnya dari jenis kayu putih yang lembut.  Ia boleh digunakan sebagai bahan akar atau diproses untuk dijadikan kertas.  Kulit batang berwarna kelabu cerah beralur-alur dan tidak begitu elok.  Daunnya dari jenis pinat 15-30 cm panjang, dengan 16-30 pasang anak duan.  Tangkai bunga sepanjang 2.5 cm dengan 2-4 kuntum bunga.  Bentuk bunganya seperti kupu-kupu.  Ia merupakan bunga terbesar dalam keluarga tumbuhan kekacang. Kelopaknya sepanjang 7-9 cm.
Di Indonesia, pokok turi ini ditanam bagi menghasilkan bahan bakar.  Ia ditanam semula pada selang 5 tahun.  Penanaman seluas 1 hektar dapat menghasilkan  3m3 bahan bakar untuk tempoh 2 tahun penebangan.  Selain itu, batang turi juga digunakan oleh petani sebagai tiang sokongan atau para-para bagi tanaman seperti sirih, lada hitam dan vanila.  Pucuk turi, bunga dan lengai yang muda boleh dijadikan sayuran yang enak.  Kandungan protin kasar daun turi amat tinggi kira-kira 30%, begitu juga dengan mineral dan vitamin.  Pokok turi berbunga sepanjang tahun.  Bunga ini jika dicelur, rasanya seperti cendawan, tetapi bahagian tengah bunga perlu dibuang dahulu supaya hilang rasa pahitnya.  Lenggai turi yang muda dan lembut boleh dimasak dan dimakan seperti kacang panjang.  Biasanya panjang lenggai mencapai 50-60 cm dengan lebih kurang 50 biji benih.  Kandungan protinnya tinggi iaitu 40%.
Pucuk turi pula boleh dipelbagaikan masakannya.  Namun, perlu diiingat daun turi ini agak pahit.  Apa juga juadah yang dihidangkan, perlu dimasak supaya hilang rasa pahitnya.  Masak lemak dengan keledek atau lobak merah ataupun dibuat urap/keluban sungguh enak sekali.  Pucuk turi dimakan oleh manusia, forajnya pula sungguh baik jika diberi makan kepada ternakan, terutamanya ternakan ruminan.  Di Pulau Jawa pokok turi ini memang ditanam.  Forajnya dijadikan makanan lembu.  Pokok ini dicantas dalam tempoh tertentu, sama aras dengan ketinggian yang dapat dicapai oleh ternakan.  Selepas dicantas, pokok ini cepat bertunas semula.  Ia tidak mempunyai kesan keracunan terhadap makanan.  Dalam kajian yang telah dijalankan di Jawa, sebanyak 1.8 kg turi segar diberi makan kepada lembu setiap hari sebagai foraj tambahan kepada diet jerami padi.  Didapati pertambahan berat badan yang diperolehi setanding dengan lembu yang diberi makan diet terumus.  Mengikut satu lagi kajian yang telah dijalankan di Australia, apabila pokok ini ditanam pada jarak 90 cm, ia menghasilkan 4.5 - 9.1 kg daun setahun.  Apabila 12000 pokok ditanam sehektar, 50 - 100 tan daun setahun dapat dihasilkan.  Dengan kandungan air 75%, bahan kering yang dihasilkan ialah sebanyak 12-25 tan setahun. 
Kegunaannya sebagai foder sampingan kepada ternakan lembu amat menggalakkan.  Kegunaan pokok turi bukanlah setakat batang dan daunnya sahaja, ia boleh ditanam di tepi jalan sebagai tanaman hiasan atau sebagai penanda kawasan atau pagar hidup.  Dengan kanopinya yang terbuka dan melebar, ia memberikan teduhan yang nyaman.  Ia juga boleh digunakan sebagai pokok pelindung kepada tanaman yang memerlukan lindungan.  Daunnya yang gugur menjadi bahan sungkupan serta baja kepada tanaman lain yang berdekatan.  Namun, pokok ini tidak sesuai ditanam di kawasan tiupan angin yang kuat kerana dahannya yang lembut mudah patah.  Apabila pokok ini ditebang atau kulitnya dikikis, kulit pokok mengeluarkan sejenis gam yang merah jernih.  Gam ini menjadi hampir hitam selepas terdedah di udara.  Ia boleh digunakan sebagai pengganti gam arab dalam pelbagai jenis pelekat.  Juga, ia boleh disapu pada tangsi joran supaya tangsi tersebut tahan lebih lama.
Dari segi kesihatan, akar, kulit, daun dan bunga turi boleh digunakan sebagai penawar pelbagai jenis keuzuran.  Tepung akar turi dari jenis pokok berbunga merah boleh digunakan sebagai penuam atau sapuan pada bengkak sendi, lebam-lebam atau sakit akibat terseliuh bagi mengurangkan rasa sakit.  Daun juga boleh digunakan dalam kaedah yang serupa.  Jus bunga turi boleh digunakan untuk merawat pening kelapa dan hidup tersumbat.  Di Ambon, jus bunga digunakan bagi mengubati mata yang rabun dengan cara memerah jus terus ke dalam mata.  Serbuk kulit turi juga boleh digunakan bagi mengubati kudis, jangkitan kulat pada kulit dan ulser mulut serta usus.  Di Jawa, tepung kulit pokok turi dijadikan bahan asas persolekan.  Ekstrak kulit ini juga boleh digunakan sebagai racun lipas. Cirinya yang paling istimewa ialah kadar pertumbuhan yang amat cepat dan mudah dibiak sama ada secara tampang atau menggunakan biji benih.  Boleh hidup sendiri dengan sedikit penjagaan.


SUMBER : pertanianmjg.perak.gov.my

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

KUIH TRADISIONAL TAT BENGKULU (TAT SUNGAI CHOH)


Kuih tradisional tart Bangkahulu berasal Dari Bangkahulu Sumatra Indonesia, Ia merupakan makanan Tradisi Bangkahulu. Kuih tart Bangkahulu ini sangat popular di Sungai Choh, Rawang. Kuih tart Bangkahulu ini berintikan isi kelapa gula merah. Di masak menggunakan dapur kayu api. Kuih ini boleh bertahan selama sebulan .


KUIH TRADISIONAL TAT BENGKULU (TAT SUNGAI CHOH)
boleh jadi model TAT BENGKULU haha

Okies kepada yang berminat boleh hubungi nombor dalam gambar ni. Cik iena beli semasa makan malam bersama riana di Rawang minggu yang lepas. Rasa tat ni memang sedap daripada yang pernah cik iena makan sebelum ini. Lembut je tau. Sebelum ni mak tempah dekat kawan dia. Kurang lembut  lah. Yang ni memang lembut. Cik iena suka kan nya yeayyyyy

KUIH TRADISIONAL TAT BENGKULU (TAT SUNGAI CHOH)

KUIH TRADISIONAL TAT BENGKULU (TAT SUNGAI CHOH)

KUIH TRADISIONAL TAT BENGKULU (TAT SUNGAI CHOH)
nyumm sedap sangat !

FACEBOOK TAT BENGKULU : https://www.facebook.com/tatbengkulu/timeline

Nota Blog : cik iena baru tahu nama nya tat bengkulu . Sebelum ni cik iena tau tat sungai choh je .

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Nasi Ayam Maker's Cafe


 
Jumaat 13 March 2015 cik iena malas nak ke KLCC makan dengan rakan pejabat lelaki yang ke Masjid untuk solat, cik iena makan di  Maker's Cafe. Kebiasaan nya hari jumaat hari makan bersama rakan pejabat yang lain sebab hari lain cik iena tak ikut mereka makan tengah hari. Cik iena suka bungkus dan makan di Pejabat.

 
nasi ayam
nasi ayam menjadi pilihan cik iena
Cik iena memang suka nasi ayam disini. Unik, lain daripada nasi ayam yang lain. Ayam dia memang sedap. Terasa rempah-rempahnya ditambah dengan sos krim dan sos lada hitam. Ouhh Meletop.

Okies Cik iena agak moody semalam makanya kurang gambar diambil. Cukup lah dua keping yer

Maker's Cafe
cantikkan hiasan belakang cik iena tu
Selesai makan, semasa membuat pembayaran. Tuan empunya restoran tanya cik iena apa rasa nasi ayam. Apa komen cik blogger (^_~)
ouhh tiba-tiba cik blogger malu. Komen cik iena nasi ayam sedap. Cik iena memang suka nasi ayam kat sini. Ayam dia umphhhh rempahnya.bukan macam ayam goreng biasa. Rempah yang digunakan pula rempah keluaran sendiri kan.


JEmput baca lagi mengenai Maker's Cafe

http://www.ienaeliena.com/2015/02/makers-produk-halal-keluaran-bumiputera.html

http://www.ienaeliena.com/2015/02/makers-cafe-jalan-yap-kwan-seng.html

http://www.ienaeliena.com/2015/03/lunch-at-makers-cafe.html

http://www.ienaeliena.com/2015/02/voucher-makers-cafe.html



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

The Loaf : Kos Sarapan Sebelum GST 1 APRIL 2015


April menjelang tiba, ramai yang berkata soal GST . Pada mereka yang berpendapatan besar dan tidak mempunyai banyak tanggungan mungkin tidak terasa bahangnya seperti pak menteri pak menteri di Malaysia nie. Pada mereka yang hanya cukup-cukup makan gaji nya pasti akan merasa bahangnya. Cuba bayangkan pengiraan secara kasar, 
 
The Loaf : Kos Sarapan Sebelum GST 1 APRIL 2015
 
Sebagai contoh perbelanjaan bulanan yang biasa kita gunakan adalah RM 3000, apabila GST dilaksanakan kita perlu membayar GST sebanyak 6% iaitu RM180. Jadi untuk persediaan mengatasi GST ini kita perlu mengurangkan perbelanjaan kita.
kita hanya boleh berbelanja dalam anggaran RM 2830 atau cari jalan untunk kurangkan current commitment sebanyak  RM170 , supaya kita mampu untuk membayar GST nanti. Bagi golongan marhain yang memang commit simpan RM 170 sebulan, selepas GST mungkin sudah tidak boleh menyimpan. Bagi yang gaji cukup-cukup  makan, mungkin akan jadi tidak cukup makan.

Hurm renung-renungkanlah . Buat anda semua diluar sana untuk menghadapi GST nie kita perlu berjimat dalam berbelanja. Begitu juga cik iena. Nampaknya selepas GST cik iena perlu kurangkan hobi "SHOPPING" cik iena (^_~)

Ehh jauh menyimpang dari tajuk cik iena ni, sebenarnya nak tunjuk kan kos sarapan sebelum GST. Sebagai rujukan nanti bila GST di laksanakan nak tengok apakah perubahan nya. Adakah harga masih sama ditambah dengan GST atau harga makin bertambah dan ditambah dengan GST.
 
Resit tadi, ni bawah ni makanan nya

 
The Loaf : Kos Sarapan Sebelum GST 1 APRIL 2015
RM3.50

The Loaf : Kos Sarapan Sebelum GST 1 APRIL 2015
RM 2.30

Kos sarapan lebih kurang RM 6.15, air cik iena bancuh di pejabat sahaja (^_~)
 
 
Nota Blog : errrrrr boleh tahan makan nya cik kurus keding ni haha, taknak satu roti. Nak dua haha
Ni pun roti yang paling murah huhu . Macam ni lah kerja di kota metropolitan.
 

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Cari Ketenangan


 


Bila bersendiri , Selalu dibayangi cerita yang lalu , Pabila hatiku , Cari ketenangan 
Apa yang terjadi , Itu semua lumrah hidup di dunia , Kadang bergembira , Kadang terseksa 
 
 Mood cik iena hari ni, tak okay . Letak hanphone jauh-jauh. Cari ketenangan . Terima kasih Kak Atiera Ariatie  untuk buku ni. Insya Allah iena akan amalkan dan iena akan ingat nasihat akak, kita insan yang lemah, solat dan doa adalah senjata kita. Terima kasih akak selalu nasihat iena dan sudi dengar cerita sedih iena T____T
Almaklumlah duduk bujang tak de tempat nak cerita.

Ehh atas tu cik iena ambil lirik lagu arwah acik spin, macam best and ada kaitan liriknya. Sungguh bermakna.

Lirik Cari Ketenangan – Arwah Achik dan Nana 

 

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan

Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa

Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa
 
Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu

Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan

Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan

Al- Fatihah Buat Arwah Acik

 

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015


Alhamdulillah semalam 12 March 2015 cik iena sempat menghadirkan diri ke program kebajikan untuk golongan gelandangan. "FEED THE HOMELESS PROGRAMME" oleh NGO 1Charity .
Menu yang dihidangkan buat gelandangan semalam adalah bubur nasi

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015
Jemput layan gambar yang cik iena ambil semalam


FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

 

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015

FEED THE HOMELESS PROGRAMME 12 MARCH 2015
 
 
iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

KATALOG AVON KEMPEN 6 2015


 Katalog AVON kempen 6 2015
Tarikh
16 - 31 Mac 2015
"Memperkenalkan teknologi anti-penuaan terkini
45+ ANEW ULTIMATE,
Pudarkan 10 tanda penuaan .
Ketara dalam hanya 10 hari"

KATALOG AVON KEMPEN 6 2015


 Katalog Sebelum

 KATALOG AVON KEMPEN 5 2015

Katalog Semasa Sila Klik
KATALOG ONLINE AVON


Untuk membuat Pesanan secara online
Sila hubungi adik manis

Shila


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Pentingnya Keistimewaan Wanita




Sebagai wanita yang berilmu dan berpendidikan, mempunyai kerjaya dan bijak dalam urusan seharian, adakah anda tahu keistimewaan anda sendiri?

Sekiranya anda di minta untuk  menyenaraikan apakah kehebatan yang anda miliki, keistimewaan yang anda ada, bolehkah anda menulisnya? Adakah anda boleh menyenaraikannya, atau anda tak berapa yakin yang anda mungkin ada, mungkin tidak ada keistimewaan?

Hah menarik tak soalan tu , hari ni cik iena baca Razzi Rahman punya blog, tertarik dengan entry ni
Pentingnya Keistimewaan Wanita

Okay tetiba gedik nak sahut cabaran Razzi Rahman , eh korang Razzi Rahman ni iena kenal dia, iena pernah berlakon video klip Rembulan Kesiangan Razzi Rahman. Kalau ada masa cik iena terjah-terjah blog cinta dia. Cik iena pun kalau ada masalah ada juga tanya Razzi what to do . Tanya pendapat orang pakar hehe.


Okay cik iena nak senaraikan apa soalan yang Razzi tanya


  • Apakah keistimewaan-keistimewaan yang aku ada selama ini, MESTI ADA!
 Cik iena pandai memasak, pandai menjahit, pandai make up, pandai menjahit manik , suka buat aktiviti kebajikan, Pandai     menyesuaikan diri dengan orang. Peramah tapi peramah bertempat lah. (opss syok sendiri)
  • Apakah kecantikan aku, bahagian manakah yang paling lawa dan akan menarik perhatian orang, BE HONEST!
ops soalan killer ni, hidung kemek, pipi tembam, ada gigi taring lagi, hurmm apa yang cantik ye. Mungkin kurus tinggi kot. Yang laen kene tanya orang yang tengok la huhu
  • Apakah yang pernah aku lakukan untuk kebahagiaan orang lain, pertolongan dan kebaikan yang pernah dilakukan, TAKKAN TAK ADA?
Banyak, jadi banker kepada seseorang dua2 orang tiga2 orang huhu. Yang paling tak boleh lupa pernah bantu seseorang menguruskan perkahwinan nya secara percuma dengan memberi khidmat mekap dari pre wedding, nikah sampai ke wedding,jahit beading baju pengantin for free, gubahan hantaran bunga segar secara percuma,pakej photography ditaja cik iena ,menyumbang tenaga  ketika majlis, macam nak kawen kan anak sendiri lah dibuatnya. Tetapi tidak dihargai dan dibuang kita ketepi setelah beberapa bulan berkahwin. Ini buat peringatan cik iena jangan terlalu baek untuk tolong orang. Haha macam lari dari soalan je. Tapi nak cerita juga.
  • Apakah kelebihan-kelebihan yang aku miliki di dalam hidup aku, yang patut aku merasa yakin dan BANGGA?
Mempunyai bakat dalam bidang seni. Make up ,modelling & jahitan manik .Seorang programmer perempuan(^_~)
  • Apakah bakat-bakat yang aku ada? Memasak? Menulis? Mengait? Berpidato? Master Planner? …APA SAJA, KELUARKAN!
Macam dah sebut je. Ok tulis lagi . memasak, make up, jahit manik,ratu selfie, photogedik (^_~)
  • Apakah sifat-sifat aku yang terbaik dan boleh disukai orang ramai? PILIH YANG TERBAIK!
mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelililng dan orang disekeliling.
  • Apakah ciri-ciri keperibadian aku yang sering kawan, keluarga dan saudara mara kata-katakan dan sukakan?
Kelakar, peramah,mudah menangis.sangat melindungi keluarga. Jangan sesiapa cuba sakiti keluarga saya terutama MAK!


Razzi Rahman : Cubalah senaraikan kesemuanya, tanya kembali teman, sahabat handai, tanya-tanyakan pada ibu dan ayah, suruh kakak, abang atau adik beradik lain jujur dengan anda dan memberitahu yang sebenar tentang kesemua yang anda ingin tahu. Setelah anda dapat tahu keisitimewaan anda, kelebihan, kebaikan dan sebagainya, HARGAILAH IA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH! Dengan cara ini sajalah anda akan kembali yakin dengan hidup anda dan pastinya anda akan mulai menyayangi diri anda sendiri. Apabila ini berlaku, apabila anda sendiri jujur suka dengan diri anda sendiri, insyaAllah semua orang di sekeliling anda juga akan menyukai anda.


iena : okay nanti iena tanya (^_~)

Sekian nukilan cik iena hari ni. Sibuk2 kerja tetap nak update sebab terbaca razzi rahman punya artikel ni :)


Nota Blog : photo credit to my photographer En.Min

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve