Grab The Promo

7 PUNCA GEMUK

Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam BMI (Body Mess Index), ukuran BMI berdasarkan ketinggian.

Semua orang berisiko menjadi gemuk, namun mereka yang mempunyai sejarah keluarga, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat serta terdedah kepada persekitaran yang boleh menggalakkan seseorang itu boleh menjadi lebih gemuk adalah lebih berisiko.

Menurut Dr. Che Romzey Che Din, penyelidik obesiti yang juga pakar perbidanan dan sakit puan, lambat atau cepat faktor-faktor diatas kalau tidak dicegah, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. Walaupun kegemukan itu bukan satu penyakit tetapi jika dibiarkan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:

• Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.


• Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh, sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.

• Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.

• Hormon Tidak Seimbang - Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.

• Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres.
Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.

• Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.

• Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat
obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.
Cik iena : cik iena badan naik sb tak control makan
hahahah opsssss
bile ade job photoshoot product & catwalk baru nak diet (^_~)
ikat perot kaw2 punyer..huhuhuhu




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Day 6: With 1Charity Volunteer & homeless (4 Mei 2012)


Pada hari ini 4 mei 2012 untuk aktiviti pengagihan makanan kepada homeless di masjid jamek lebih meriah daripada biasa dengan kehadiran pelajar daripada IPTA dan IPTS.Ditambah lagi dengan bantuan pakaian yang dikumpulkan oleh pihak 1Charity diberi kepada homeless pada hari tersebut.Makanan yang dihidang kan pada malam tersebut adalah  Mee Soup.
Oleh kerana terlalu ramai volunteer pada hari tersebut jadi cik iena tak ikut midnite run utk mengagihkan makanan kepada homeless dan di jalanan.

Program pengagihan makanan untuk homeless ini diadakan pada setiap hari khamis dan jumaat bertempat di Masjid Jamek Kuala Lumpur.Program akan bermula pada pukul 9 mlm.Volunteer akan mula memasak dan menyediakan makanan pada pukul 9 mlm.1 jam diperuntukkan untuk menyediakan makanan.
Sekitar pukul 10 mlm keatas makanan akan mula di agihkan kepada homeless yg hadir di masjid jamek.
Sementara menunggu makanan siap,aktiviti untuk homeless juga disediakan seperti wayang pacak,kelas belajar al-quran dan sebagainya.

Pada yang berminat untuk menjadi volunteer blh lah hadir pada hari tersebut(^_~)

Entry Berkaitan :
http://www.ienaeliena.com/2012/05/day-5-with-1charity-volunteer-homeless.html






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

2,500 penduduk Batang Kali terjejas banjir awal pagi 7 mei 2012





Kira-kira 2,500 penduduk membabitkan 15 kawasan sekitar daerah ini terjejas akibat banjir selepas hujan selama 2 jam dari pukul 2.30 pagi hingga 4.30 pagi.
Menurut jurucakap bomba, paras banjir setinggi kira-kira satu meter di beberapa kawasan itu turut mengakibatkan kesesakan jalan raya dari Rawang menghala Kuala Kubu Bharu.
Antara kawasan terjejas adalah

1)KG ULU KALONG,ULU YAM

2)KG GENTING MALEK,BATANG KALI

3)KG MASJID, BATANG KALI

4)LORONG HJ NORDIN,ULU YAM

5)KG BATU 30,ULU YAM LAMA

6)KG TENGAH

7)KG SG MASIN, BATANG KALI

8)KG SEKOLAH, BATANG KALI

9)KG SERI CAHAYA, BATANG KALI

10)KG ULU YAM BARU, BATANG KALI

11)JALAN KG KUANTAN, KG GENTING

12)NO 1566, JALAN BATANG KALI

13)KUARTERS PUSAT HAIWAN

14)KG SENTOSA, BATANG KALI



Gambar diambil dr fb kawan cik iena


Cik iena : Batang kali ni rumah family cik iena.Syukur alhamdulillah rumah mak tak banjir.Semalam mak ade call bg tau banjir kat btg kali.dan cik iena pun ade tgk update dari facebook kawan2 sekolah cik iena.Today pulak cik iena terbaca post dkt wall fb 1Charity tentang Mangsa banjir memerlukan bantuan pakaian.

Teruk juga banjir kali nie.Sebelum nie family cik iena tinggal dkt kampung sungai masin dimana kg nie turut terjejas banjir.Tapi da pindah da.Kalau masih duduk sana lagi mesti sekarang cik iena balik kampung & tlg mak  membersihkan rumah.Mase tinggal kt kg sg masin kerap juga banjir tapi tidak seteruk ini.Mungkin sb terlalu banyak pembanggunan dkt btg kali dan sistem perparitan yg kurang bagus  menyebabkan jd mcm nie.


okies jom tgk video yg cik iena jmp utk banjir d btg kali nie











Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS MINYAK WANGI



• Pakai pewangi sebelum memakai pakaian. Semburkan pada kulit bukan pada pakaian.

• Untuk haruman berpanjangan, pakai pelambap kulit terlebih dahulu ini adalah kerana 
pelembap mampu "memegang" wangian agar tahan lama.

• Wangian mudah meresap hilang terutama ketika cuaca panas atau diletakkan berhampiran
dengan haba. Oleh itu tempatkan wangian yang jarang digunakan dikawasan redup atau sejuk 
seperti peti sejuk agar ia mampu bertahan lama.

• Anda tidak mungkin dapat menghidu diri sendiri sepertimana orang lain dapat menghidu anda.
Maka,dapatkan pandangan orang lain tentang haruman dan bau badan anda untuk maklumat
yang lebih tepat agar tidak tersalah memilih wangian.

• Pilih satu wangian setiap hari. Jangan mencampurkan dua atau tiga wangian pada satu masa
kerana ia akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.


Sumber:sesaljubayu




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MASALAH BADAN BERBAU


Kegagalan menguruskan diri dengan baik dikaitkan dengan punca badan berbau. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan memberus bahagian badan tumpuan peluh seperti ketiak amat membantu.

Pemakanan juga antara dikaitkan dengan bau badan. Makanan seperti asparagus dan bawang putih mempunyai potensi meninggalkan bau untuk tempoh 24 jam selepas memakannya. Makanan juga dikaitkan dengan penyumbang kepada perubahan hormon dan penghasilan bau badan yang tidak menyenangkan. Makanan yang berbau agak kuat seperti bawang dan jenis makanan berempah akan mengeluarkan bau busuk daripada liang roma terutama di celahan ketiak dan belakang badan.

Masalah kesihatan dalaman juga dikenal pasti penyumbang kepada bau badan. Pengambilan ubat-ubatan perangsang hormon juga boleh menjadi punca badan berbau, dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami masalah bau badan yang tidak dapat dikesan puncanya.
Petua Mengatasi masalah Bau Badan
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve