Grab The Promo
Grab The Promo

Chatuchak Weekend Market @ Bangkok (Jatucak weekend market)

Antara tempat-tempat yang cik iena lawati di Bangkok, Chatuchak (atau Jatujak) Weekend Market merupakan salah satu daripada beberapa tempat yang seronok untuk membeli belah, begitu banyak gerai-geraiyang terdapat di situ dan kita tidak akan teragak-agak untuk kembali lagi. Ia mempunyai beribu-ribu gerai yang menjual pelbagai produk termasuk makanan tempatan murah dan lazat. Suasana dan persediaan adalah hampir sama dengan pasar malam tetapi ia  lebih besar,sepuluh hingga dua puluh kali saiz pasar malam biasa. Tetapi untuk pengetahuan anda, anda perlu tahu bahawa Chatuchak Weekend Market hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad 09:00-6:00 . Jadi jika anda ke Bangkok dan ingin ke Chatucak  weekend market, anda perlu merancang perjalanan anda dengan sewajarnya .

Pada hari kedua berada di bangkok. Cik iena berkesempatan singgah di chatucak weekend market.
Selepas penat bergambar di Art In Paradise 3d Museum, cik iena dan rakan-rakan pergi ke chatucak dengan menaiki LRT.

okay jom tengok gambar dan video yang cik iena rakamkan (^_~)





































Okies setakat ini dulu, cik iena nak keluar pergi putrajaya (^_~)
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Wedding Abg Sapirol SMK Syed Mashor


Cerita dua minggu yang sudah , cik iena menghadiri majlis perkahwinan abg senior smk syed mashor. Abg Sapirol. Dia ni kawan kepada kakak cik iena. Tapi cik iena kan mesra alam, kawan kakak, kawan adik, semua cik iena kawan (^_~)

Okay biar lah gambar berbicara. Cerita lama macam dah lupa nak story apa :)


 sebelum pergi wedding abg sapirol singgah beli hadiah, mama budak-budak ni pergi beli hadiah. Cik iena and anak-anak dia tunggu dalam kereta je.
Tak larat aih bawak budak-budak ni pergi beli hadiah, confirm semua nak membeli. Pokai lah mama nye nanti.




Ambil gambar dengan abang sapirol and wife pulak



























Sebelum balik kita wefie dulu (^_~)








okay last sekali jemput tonton video kite
Lagu latar dia cik iena suka sangat dari zaman belajar dulu
Wahh rindu giler time belajar untuk subject web buat website untuk
Online Boutique Booking
Lagu ni ada guna dalam website tu
Rindu sangat. EH nanti kalau cik iena kawen harus pasang lagu "Kompang Di Palu"

 
 

Ni pulak video anak buah cik iena yang sibuk nak maen gopro cik iena
aihhh degil

Nasib makbam dia, adik cik iena garang siket.



Okay sekian untuk entry ini..

SELAMAT PENGANTIN BARU ABG SAPIROL





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Cara Mudah Membuat Luka Palsu

 
 
Cik iena tertarik dengan cara mudah buat luka ni , macam menarik je. Selalu buat photoshoot nak nampak cantik-cantik je kan. Cik iena suka photoshoot yang pelik-pelik and mencabar ni. Takkan nak orang tengok kita cantik je kan.Macam menarik je ni buat conceptual photoshoot luka-luka kat badan.

Sebelum nie ada pernah jadi pocong. ehehe tapi yang make up kan cik iena guna tepung kalau tak silap.
Tapi ok lah jugak

comel kan pocong mengintai blkg tu haha
 
Jom tengok macam mana orang cina buat luka palsu, tapi korang jangan lah salah guna kan dekat malaysia ni yer,
kalau di china dorang buat luka palsu ni untuk minta sedekah (^_~)


Okay jom tengok

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara menghasilkannya:-
- Gam
- Pewarna merah
- Span pencuci pinggan
- Pencungkil gigi
- Cotton buds (pengorek telinga)
 

1. Sapukan gam pada kulit dan dibiar sehingga kering.


2. Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.


3. Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam.

4. Gam yang sudah kering dicungkil pada bahagian tepinya dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kesan terkopek pada kulit. 

5. Sapukan pewarna merah dengan cotton buds di bahagian yang menampakkan luka dalam dan biarkannya sehingga kering. 

Dan inilah hasilnya~Jeng..Jeng..Jeng...


 
Nampak real kan, Dua pic yang dkat atas tu pic lama cik iena tahun 2011 (^_~)
 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve