Grab The Promo
Grab The Promo

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998


Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998

OPPO Malaysia telah melancarkan dua model telefon siri R7 mereka ke Malaysia, iaitu model R7 Lite dan R7 Plus. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan spesifikasi yang ditawarkan iaitu RM1,298 bagi Oppo R7 Lite manakala RM1,998 bagi Oppo RZ Plus .



Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
Dari kiri, Oppo R7 Plus RM1,998 dan kanan Oppo R7 Lite RM 1,298

Kedua-dua model ini akan berada di pasaran pada bulan ogos 2015 . Pada yang ingin membuat 'Pre-Order'  (pra-pesanan) anda boleh menempah di kedai Oppo terpilih 
atau 
secara online di
Tempahan bermula 11 Julai 2015 1000 pra-pesanan terawal akan dapat menikmati hadiah percuma yang eksklusif termasuk Pengecas Kereta VOOC (Sementara stok masih ada). Dan untuk semua pra-pesanan akan mendapat 50% OPPO Care Service Discount Voucher.


VIDEO MAJLIS PELANCARAN OPPO R SERIES



OPPO R7 PLUS

 

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
Oppo R7 Plus RM1,998

 

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
cik iena memegang Oppo R7 Plus berharga RM1,998

Oppo R7 Plus hadir dengan ciri-ciri tambahan, termasuk bateri berkapasiti 4100mAh dan dilengkapi sokongan pengecasan pantas VOOC. Hadir dengan ruangan sebesar 32GB, selain boleh dipertingkatan sehingga 128GB menggunakan mikro-SD. Ianya turut disertakan sekali pengimbas cap jari pada bahagian belakang serta skrin bersaiz 6-inci dengan paparan HD penuh.
Oppo R7 Plus dijual pada harga RM1,998 di Malaysia

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
Oppo R7 Plus RM1,998





OPPO R7 LITE

 

 

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
cik iena memegang Oppo R7 Lite berharga RM1,298

OPPO R7 Lite hadir dengan skrin paparan HD bersaiz 5-inci, memori 2GB RAM, serta ruangan simpanan sebesar 16GB. Merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah dalam sirinya dan mempunyai bateri berkapasiti 2320mAh. Ianya dijual pada harga RM1,298 di Malaysia


Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
Oppo R7 Lite RM1,298




Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM. Dimana Oppo R7 Plus, kedua-duanya adalah kad-SIM bersaiz nano. Manakala untuk Oppo R7 Lite pula, ia menggunakan gabungan kad-SIM mikro dan juga nano. Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel.

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
Spesifikasi Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite






Terima Kasih diatas undangan ke Majlis pelancaran Oppo R7 Plus & Oppo R7 Lite

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998



Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
cik iena bersama maskot Oppo dan juga Model

Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998
sebelum majlis bermula



Pelancaran Oppo R7 Plus Dan R7 Lite Dengan Harga RM1,298 Dan RM1,998





Untuk maklumat lanjut,  sila layari
http://www.oppo.com/my/

Senarai 100 Pengedar Oppo Terpilih untuk tempahan


NumberRegionDealersAddress
1
Ipoh
V V COM-IPFE30,GROUND FLOOR,KOMPLEKS YIK FOONG,JALAN LAXAMANA,30300 IPOH,PERAK
2KG DOT COM-IPLOT 5260+5261,JLN LUMUT 32040 SRI MANJUNG,PERAK
3METRO COMM MARKETING ENTERPRISE-IPBOX129,LOT S11,SECOND FLOOR IPOH PARADE,105,JALAN SULTAN ABDUL JALIL,30450 IPON,PERAK
4ICARE MOBILE ENT-IP36,1ST FLOOR COUNTER K,JALAN ISTANA LARUT,TAIPING SENTRAL,34000 TAIPING,PERAK
5NICE PHONE ENTERPRISE-IPFE07B&C,GROUND FLOOR,YIK FOONG COMPLEX,JALAN LAXAMANA,30250 IPOH,PERAK
6FLY MOBILE CARE ENTERPRISEF01 9 TESCO MANJUNG JLN LUMUT 30020 SITIAWAN PERAK
7MS MOBILE ENT.(SITIAWAN)20,TAMAN SETIA,JALAN RAJA OMAR,32000 SITIAWAN,PERAK
9HS DOT COM-IPA13,GIANT HYPERMARKET SERI MANJUNG,PT 10858,PUSAT PERNIAGAAN MANJUNG POINT 1, 32040 SRI MANJUNG,PERAK
10YEE SEN ENTERPRISE-IPNO.1,LALUAN NAGA KANTHAN 1,DESA NAGA KANTHAN,31200 CHEMOR,PERAK
11
Johor
DELVAX ENTERPRISE (HQ)S18,KIPMART MASAI,JALAN PERSIARAN 2,TAMAN BUKIT DAHLIA,81700 PASIR GUDANG JOHOR.
12MOBILE CITY GROUP (HQ)NO 11-02.11-08 JALAN NUSANA 11/1,TAMAN NUSANTARA 81550 GELANG PATAH JOHOR.
13TENGGARA TELECENTRE(HQ)14, JALAN NIAGA 2,81900 KOTA TINGGI
14TRIPLE SIX LIVE ENTERPRISEG11,BATU PAHAT MALL,JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT JOHOR
15ONE MAX COMM.(HQ)KIOSK NO :FK02-A,FIRST FLOOR,1 SEGAMAT 85000 SEGAMAT JOHOR
16SHINING TELECOMM. S/B (HQ)G-63,IOI MALL,LEBUH PUTRA UTAMA,BANDAR PUTRA,81000 KULAI,JOHOR.
17ONE TWO ONE MOBILE SDN BHD(HQ)LOT 135 17 1/2 JALAN HITAM SALENG 81400 SENAI JOHOR
18IG MOBILE CENTRE(HQ)LOT GK-05, GROUND FLOOR,KLUANG MALL JALAN RAMBUTAN 86000 KLUANG
19SUNSHINE TELESHOP (HQ)15-5 TKT BAWAH JALAN BAKRI JAYA 1 TAMAN BAKRI JAYA
20MYWAYNO 3G,JALAN DELIMA 2,PUSAT PERDAGANGAN PONTIAN,82000,PONTIAN JOHOR
21SHIN VISION TELELCOMM.345 A&B,JALAN ALSAGOFF 82000 PONTIAN
22FUTURE MOBILE S/B (HQ)1ST FLOOR,TC 1-13&13A,PLAZA LOW YAT,JALAN BUKIT BINTANG,55100 KUALA LUMPUR.
23
Selangor
AMG WORLD SDN.BHD.NO 12, JALAN MURNI 25/61, 40480 TAMAN SRI MUDA, SELANGOR
24Q-EAST MOBILEPG 55-G KOMPLEKS SUNGAI BULOH NO 2, BANDAR SUNGAI BULOH.
25MAXCO TELECOMMUNICATIONG17, JALAN MELAYU, OFF JALAN RAJA HASSAN,41400 KLANG, SELANGOR 
26ST SPEEDY CONNECTION MOBILEOL-G03 TESCO SETIA ALAM JALAN SETIA PRIMA S U13/S SETIA ALAM, 40170 SHAH ALAM, SEL.
27MAXLINK COMMUNICATIONLOT A18,PERSIARAN BATU NILAM BUKIT TINGGI,41200 KLANG,SELANGOR (GIANT BUKIT TINGGI)
28MY MOBILE & IT SPECIALISTG9,WISMA ETONIC 7,PERSIARAN BANDAR RAWANG ,PUSAT BANDAR BARU RAWANG,48000 RAWANG
29
KL South
OVO SMART STORELOT LG 30B,LOWER GROUND FLOOR,PLAZA METRO KAJANG,43000 KAJANG
30MOBILE SELECTION SDN BHD2ND FLOOR, LOT 2-01A, JLN MEDAN BANGI OFF PERSIARAN KEMAJUAN SEKSYEN 6, 43650 BANDAR BARU BANGI.
31T Z MOBILE SDN BHDBOX 111. LOT 10, LOWER GRD FLR, DIGITAL ONE @ SUBANG PARADE, NO. 5, JLN SS 16/1, 47500 SUBANG JAYA
32APPLE TWO MOBILEK 38-L4 4TH FLOOR, THE MINES SHOPPING FAIR, JLN DULANG, MINES RESORT CITY, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
33GX ALLIANCE SDN BHDLOT GK06,GROUND FLOOR IOI MALL,BATU 9,JALAN PUCHONG ,BANDAR PUCHONG JAYA,47170 PUCHONG.
34FUTURE MOBILE SALES & SERVICEFIRST FLOOR , TC 1-13 & 13A, PLAZA LOWYAT JALAN BUKIT BINTANG 55100 KUALA LUMPUR.
35UNIQUE PHONE COMMUNICATION SDN BHDL4-40 DIGITAMART LEVEL 4,JALAN PULANG,MINES SHOPPING FAIR,43300 SERI KEMBANGAN
36
KL North
MY MOBILE COMMUNICATION-KLLOT 19, GROUND FLOOR PANDAN CAPITAL, PANDAN INDAH 55100 SELANGOR.
37OPPO MOBILE SDN BHDLOT UG-28,UPPER GROUND FLOOR,NO 7,JALAN BINTANG,55100 KUALA LUMPUR.
38ADM COMMUNICATIONFK08 WANGSA WALK MALL,WANGSA AVE ,JALAN PERDANAI WANGSA MAJU,53300 KUALA LUMPUR.
39EXTROVEST COMMUNICATIONS SDN BHD NO.64,JALAN SS15/4B SUBANG JAYA,47500 SELANGOR.
40GOLDEN VNK ENTERPRISENO S31, 2ND FLOOR, FESTIVAL CITY, TAMAN DANAU KOTA, SETAPAK 53000 KUALA LUMPUR.
41MOBILEHAUS RETAILING SDN BHDGB9 & GB10, GROUND FLOOR, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KL
42THUNDER MATCH TECHNOLOGY SDN BHDNO.1, JALAN 8/91, TAMAN SHAMELIN PERKASA, 56000 CHERAS, KL
43THE FIRST PHONE SHOPLOT G30, G35, G70, GROUND FLOOR ,PERTAMA COMPLEX, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, 50100 KL.
44MOBILE ARENAMOBILE ARENA (M) SDN BHD-1-TC47,47A,53 1ST FLOOR PLAZA LOW YAT,7,JALAN 1/77 OFF JALAN BUKIT BINTANG 55100 KUALA LUMPUR
45DIGITAL ZONELOT NO 1-13, FIRST FLOOR, DIGITAL MALL, SEKSYEN 14, 461000 PETALING JAYA, SELANGOR
46VLIFE COMMUNICATIONSFK12, WANGSA WALK MALL, WANGSA AVENUE,JALAN WANGSA PERDANA 1, WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
47
Kelantan
TRISTAR DISTRIBUTION SOLUTION-HQ (KB)LOT 147,JALAN PINTU PONG,15000 KOTA BHARU,KELANTAN.
48GAN"S LOCK SAFE SERVICES & TRADING-HQPT 155 JALAN PINTU PONG 15000 KB KEL
49EXPERT PHONE-HQG20,TINGKAT BAWAH HYPERMARKET GIANT,21000 KUALA TERENGGANU.
50SUCCESS MOBILE CARENO 2, LOT 4125-4136, JLN ZAINAL ABIDIN, 22000 JERTEH,TERENGGANU DARUL IMAN
51DR MOBILE TELECOMMUNICATION-HQ184A JALAN PASAR LAMA 16800 PASIR PUTIH KELANTAN.
52ONE STATION MOBILE- HQNO.126-131,JALAN CHIN HUA,KUALA KRAI,18000 KUALA KRAI,KELANTAN.
53SIMS MOBILE & EQUIPMENT-HQGROUND FLOOR,KOTA SRI MUTIARA,JLN SULTAN YAHYA PETRA
54MESRA MOBILEG13&G14,KEMAMAN CENTRE POINT,JALAN DA"OMAR,24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
55INFOTECH TRADING3241,JALAN ISMAIL PETRA,17500 TANAH MERAH,KELANTAN.
56SRI MEGAH TRADING - HQPT 308 SEKSYEN 1, BANDAR PASIR MAS,17000 PASIR MAS,KELANTAN.
57
Pahang
FUTURE MOBILE WORLDGC-16 GRD FLR,KUANTAN PARADE,JLN HAJI ABDUL RAHMAN,25000 KUANTAN PAHANG.
58LJK MOBILE TRADINGNO 83, TINGKAT 1, KUANTAN PARADE, HAJI ABDUL RAHMAN, 25000 KUANTAN PAHANG
59COMSAT PHONECARENO.35 TINGKAT 1,JLN DAGANG 1,DYNATON BUKIT ANGIN,28000 TEMERLOH PAHANG.
60TOP MOBILE PHONE SALES&SERVICEF-66,TINGKAT 1,KUANTAN PARADE,JLN.HAJI ABDUL RAHMAN,KUANTAN 25000 KUANTAN ,PAHANG.
61MULTICOM"S COMMUNICATION CENTREMC 3, GROUND FLOOR, KUANTAN PARADE, JALAN HAJI ABD RAHMAN, 25000 KUANTAN PAHANG.
62SINCERE NETWORKLOT 01-05, LEVEL 1, BENTONG VEGA MALL, JALAN KETARI 28700 BENTONG, PAHANG.
63SEA TECHNOLOGYNO 50, JALAN AHMAD SHAH 1, 28000 TEMERLOH, PAHANG
64FOUR G MOBILE SERVICE CENTRENO.80,JALAN PASAR,26800 KUALA ROMPIN PAHANG.
65
Melaka
NINETY NINE MOBILE ( N.S )NO.35 JALAN MAHLIGAI, 72100 BAHAU NEGERI SEMBILAN.
66H LINK MOBILE (MLK)G48 PLAZA HANG TUAH,JALAN TUN MAMAT,75300 MELAKA,MELAKA.
67CATURA MASA SDN BHD (N.S)LOT A-19 GIANT HYPERMARKET SENAWANG LOT 1571 JALAN SENAWANG 70450 SEREMBAN.
68
Penang
Hyper Mobile Sdn BhdNO.15,JALAN TODAK 6 KOMPLEKS SUNWAY PERDANA 13700,SEBERANG JAYA,PENANG.
69Mobile Star Communication Sdn Bhd3A-01-10,BUKIT JAMBUL COMPLEX JALAN RUMBIA, 11900 BAYAN LEPAS PENANG.
70XEM Tune EnterpriseLOT A20 & A21, ATRIUM A PROMOTION COUNTER, PRANGIN MALL G.FLOOR, 10100 PENANG.
71Tocomo Enterprise1ST FLOOR, COMPLEKX CENTRAL SQUARE, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH .
72RIX MOBILE1-58,2828 JALAN BARU BANDAR PERAI JAYA,13600 PERAI PULAU PINANG.
73LS Heng MobileNO: 1, JALAN KLC 1 , 09000 KULIM KEDAH.
74First Power Communication Sales & Services3A-1-16, JALAN RUMIA, KOMPLEKS, BUKIT JAMBUL, PENANG.
75
Kedah
Nakano Northern TradingG-11, JALAN TUNKU IBRAHIM, CITY PLAZA, 05000 ALOR SETAR, KEDAH.
76Three Com Digital S/B1-24,FIRST FLOOR,PLAZA PUTRA,JALAN PUTRA,05100 ALOR SETAR,KEDAH.
77Chin Chun CommunicationNO:19, MK19, JALAN POKOK SENA, 06400 POKOK SENA, KEDAH .
78X-Tion EnterpriseNO: 35, PEKAN PENDANG, 06700 PENDANG , KEDAH DARUL AMAN.
79FOC Digital Center Sdn BhdNO.90,KELANA MAS TRIMULA,KUAH,07000 LANGKAWI,KEDAH.
80YS Digital CentreTINGKAT 1,44,JALAN 3,KOMPLEKS TOK ARAU,02600 ARAU,PERLIS.
81
Sabah
HT CELLULAR-HQNO.10,LOT 67,CITY PARADE,CENTRE POINT,SABAH.
82MIRACLENO LOT4,FIRST FLOOR,MEGALONG COMMERCIAL COMPLEX,DONGGONGON TOWNSHIP,PENAMPANG,KOTA KINABALU,SABAH.
83SKYTREK MARKETING SDN BHDS-113, 2ND FLOOR,1BORNEO HYPERMALL,KOTA KINABALU.
84I68 PREMIER STOREG63-G64, GROUND FLOOR,CENTRE POINT,88000 KOTA KINABALU,SABAH.
85SH INSPIRE TECHNOLOGY SDN BHDNO22,LOT 67,GROUND FLOOR, CITY PARADE, CENTRE POINT, 88000 KOTA KINABALU
86LABUAN DIGITAL HOUSELOT U0522,LT B008,GROUND FLOOR,FINANCIAL PARK,JALAN MERDEKA,87000 W.P.LABUAN.
87HOCK LENG OFFICE SUPPLIES SDN BHDLOT 5,MDLD 6571,GROUND 1ST FLOOR, AIRPORT PLAZA,91000 LAHAD DATU,SABAH.
88INFINITY MOBILEFRONT PONTION OF LOT117,GROUND FLOOR,DARVEL BAY PLAZA,91100 LAHAD DATU,SABAH.
89CITY ENTERPRISEBLOK E,SHOP 4,TINGKAT BAWAH BANDAR SIBUGA JAYA BATU 8,JALAN LABUK SANDAKAN.
90HELLO CALLTB69, JALAN CHESTER, TAWAU,SABAH.
91LINKWAY SHOPTB14449,LOT F11,1ST FLOOR, STOREY SHOPPING COMPLEX EASTERN PLAZA,MILE 1 1/2,JALAN KUHARA,TAWAU.
92
Sarawak/Brunei
MARS ENTERPRISELOT 02-34, 1ST FLR, PARKCITY MALL, JLN TUN AHMAD ZAIDI, 97000 BINTULU, SARAWAK.
93AARON CONNECTION ENTERPRISELOT NO.C-G-23(B),PLOT 15,AC-103,BATU KAWAH NEW TOWNSHIP,JALAN BATU KAWA,93250 KUCHING.
94HI TECH TRADING CONO.1 (G/F), RAMINWAY 96000 SIBU, SARAWAK
95ARROW MARKETINGLOT2.30,2ND FLR,WISMA SABERKAS,JALAN TUN HAJI OPENG,93000 KUCHING
96CITYMOBILE BRU WORLDNO.42,GROUND FLOOR,BLOCK A,KOMPLEKS DELIMA JAYA,SPG 62,JALAN MUARA,KG DELIMA SATU,BRUNEI DARUSSALAM
97FARLEY SHOE CENTRELOT 7181, BLOCK 31, KEMENA LAND DISTRICT, P.O.BOX 2764, 97012 BINTULU, SARAWAK
98PC IMAGE SDN.BHDLOT 01-38 & 01-39, LEVEL 1, PARKCITY MALL, 97008 BINTULU, SARAWAK
99DIGITAL CELLULAR SALES & SERVICESNO 18, GROUND FLR, LOT 2723, LI HUA PLAZA, MAIN BAZAAR, 97000 BINTULU, SARAWAK.
100RICHIE COMMUNICATIONNO.78,JALAN KEPPEL,97000 BINTULU,SARAWAK






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



Homemade Biskut Ferrero Rocher adalah antara hidangan yang cukup lazat untuk hari raya mahupun  di hari biasa atau sebagai buah tangan  di majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis harijadi, majlis perasmian dan sebagainya. Semalam ada yang bertanya kepada cik iena mengenai resepi biskut ni selepas cik iena memuat naik gambar di facebook dan instagram .  Okay cik iena kongsikan resepi penuh dekat blog . Jom baca .Sempat lagi nak buat utk raya tahun nie :)





Bahan-bahan Biskut Ferrero Rocher:

  1. 250gm butter
  2. 80gm gula icing
  3. 20gm qroquant/cornfleks hancur
  4. 360gm tpg gandum
  5. 100gm almond powder
  6. 40gm tpg jagung
  7. 1/2 sdt esen vanilla
  8. almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
  9. 3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
  10. coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara membuat Biskut Ferrero Rocher

  1. Putar butter & gula sehingga sebati kemudian masukkan qroquant atau cornfleks hancur
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum,almond powder & tepung jagung.Kemudian uli sehingga sebati.
  4. Panaskan oven suhu 150c.
  5. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan di dalam dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
  6. Bakar pada suhu 150c selama 20-25 minit.
  7. Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam putih telur .kemudian golekkan di atas almond nibs.


    RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



  8. Bakar balik biskut lebih kurang 5 ke 10 minit.
  9. Cairkan coklat masakan & celupkan biskut di dalam coklat tersebut & masukkan ke dalam paper cup.biarkan sejuk sendiri atau letak dalam peti ais selama 15 minit . Cik iena tak guna coklat masakan , cik iena guna Beryl's  Chocolate.
RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER




RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER

Okay kawan-kawan Selamat mencuba (^_~)

Nota Blog : harap maaf pada yang request video cik iena tak dapat video kan cara-cara buat . Sebab tak terfikir nak update di blog so memang takde record video. Sekadar ambil gambar dua tiga keping sahaja . Bila ada yang bertanya ,  malas nak tulis banyak kali cik iena tulis dekat blog . 


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Istimewa buat penduduk Batang Kali, kini anda boleh menikmati hidangan Nasi Arab di Batang Kali . Ini merupakan Restoran Nasi Arab pertama di Batang Kali  . Set 6 Orang makan serendah  RM 95.
Terletak di Taman perniagaan Kelah , Batang Kali.
Tel : 03 60571526
 
 
Minggu lepas cik iena bersamakeluarga dan rakan-rakan seperjuangan ayah berkesempatan berbuka puasa di Syam Nasi Arab. Okay jom layan kan gambar. Terima kasih buat pemilik Nasi Arab yang layan kami dengan baik nya.
Pemilik Nasi Arab ni kawan kepada ayah cik iena . Okay maaf cik iena lupa nama pula. Kalau tak silap Pakcik Sobri . Pernah memiliki Restoran Air Buah Gelas Besar di Batang Kali . Gambar dibawah owner restoran yang sebelah kiri gambar
 
Syam Nasi Arab Batang Kali
 
 Jom tengok gambar lagi
Maaf cik iena lupa ambil gambar makanan sebab sampai lewat.

Syam Nasi Arab Batang Kali
hehe lupa nk ambik sebelum hilang isi2 nya



Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali
mak and ayah cik iena yang berbaju biru

Okay selepas berbuka, kawan abah . Pakcik Herman belanja Durian
Tu yang belakang ikut selfie tu ayah cik iena

Syam Nasi Arab Batang Kali
Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali
Syam Nasi Arab Batang Kali
adik lelaki and aten..ehemmm bakal bini kot, abah da suruh kawen haha

Syam Nasi Arab Batang Kali
adik lelaki n aweks , cik senah :)

Syam Nasi Arab Batang Kali

 Amboi kemain adik-adik bawak pasangan masing-masing.
Kakaknya Biarlah rahsia
lalalallalaaaaaaaa
susah nak cari calon suami yang memenuhi kesemua kriteria yang di tetapkan dalam Islam
(^_~)


Okay jom tengok harga

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali

Syam Nasi Arab Batang Kali









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone



Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone



Terima kasih Boat Noodle diatas penghargaan anda. Kepada anda yang ingin memiliki sampul raya ni boleh lah berbuka puasa di Boat Noodle. Boat noodle memperuntukkan 200,000 bowl percuma untuk pelanggan-pelanggan boat noodle yang dihargai. Cepat tau sebelum kehabisan .
 
 Sebenarnya selepas food review tempoh hari cik iena da banyak kali ke boat noodle time square cuma tak berkesempatan nak update cerita je sebab terlalu sibuk . 
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone

 
Terima kasih banyak-banyak Boat Noodle, cik iena sangat menghargainya walaupun hanya sampul kosong tapi yang penting belakang sampul tu ade free voucher 2 bowl  bagi setiap sampul .
Cik iena dapat 5 bungkus dimana 1 bungkus ada 5 sampul bersamaan 50 bowl
memang rezeki sangat-sangat
Cik iena memang suka makan boat noodle
hahaha tak boleh guna as sampul raya la ni
untuk kegunaan sendiri
lalalalallaaaaa



Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone


 
Banyak tu . Voucher yang Boat Noodle bagi sebelum ni pun cik iena masih tak habis guna .
Terima kasih sangat-sangat kerana menghargai hasil tulisan kami.
 
Voucher valid 17 July 2015 sehingga 30 september 2015
 
 
 
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone

Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone
 
Kepada +Bro Framestone  terima kasih tidak terhingga diatas peluang-peluang yang diberikan.
sangat senang bekerjasama dengan bro.
 
jemput baca entry tentang boat noodle
 
 www.ienaeliena.com/2015/04/boat-noodle.html
 
Okay jom berbuka puasa di Boat Noodle dan dapatkan sampul comel ini

  Okay caranya macam ni
jangan cakap cik iena tak habak naaaa
beruntung pulak jadi cik blogger dpt free
(^_~)
Alhamdulillah rezeki
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone
 
Boat Noodle mempunyai sembilan cawangan di Malaysia, yang secara strategik terletak di

  1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
  2. The School @ Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage
  3. Ikon Cheras, G Floor
  4. Publika Block C5, Level G3, Lot 30a
  5. Sutera Mall, Johor Bahru L2-550C
  6. Gamuda Walk, Setia Alam
  7. Klang Parade, 5th Floor

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Boat Noodle di Facebook

Boat Noodle
Anda juga boleh Like di Boat Noodle facebook  untuk mendapatkan maklumat terkini dan maklumat. 
 
 








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Photo By Muhd Asyraf | Yapahseng


 
Photo By Muhd Asyraf | Yapahseng
 
Assalammualaikum &  selamat pagi.
Kepada anda yang masih mencari khidmat photographer untuk majlis-majlis anda tak kira samada majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya boleh lah hubungi Acap.
Acap merupakan Fulltime photographer.

Muhd Asyraf

+60 14-735 9351
(Call/sms/whatsapp)

Nak tengok gambar lain di fanpage beliau

ShootersCam Picture's



Mimpi moon cik iena update gambar photoshoot dah lama, encik photog baru upload semalam , kebetulan lepas sahur tak tidur dan enty ni tak banyak kene fikir ayat nak taip macam entry untuk produk review, event review, food review. maka boleh lah update terus. Sebelum ni banyak gambar photoshoot pending tak update kat blog sb nak tunggu update ikut turutan konon. Sampai bile tak update kan.. Banyak sangat yang menanti di update
(^_~)

Nota Blog : kawan2 photog lain mohon jangan sentap kalau cik iena tak update gambar korang. Cik iena sibuk . Bila ada masa baru update . Yang lepas2 punye gambar banyak tak update T___T










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


10 malam terakhir Ramadan | Mencari malam Lailatul Qadar


10 malam terakhir Ramadan | Mencari malam Lailatul Qadar


Assalammualaikum, hari ini 20 Ramadhan 1436, tiba masanya kita mencari malam Lailatul Qadar.10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya


 
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal
 
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
 
SUMBER:





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Aidilfitri ini kecapi tubuh lebih terbentuk dengan GORGEOUS BURNING MIST


GORGEOUS HERE ,GORGEOUS THERE, GORGEOUS DI HARI RAYA YEAY !!
Ingin kan tubuh yang lansing tanpa memakan pil  dan menyapu krim yang berbau dan hangat . 
Anda boleh mencuba GORGEOUS BURNING MIST.
Ia merupakan sejenis SERUM daripada Eropah yang berteknologi tinggi .





GORGEOUS BURNING MIST


MENGENAI GORGEOUS BURNING MIST


Merupakan SLIMMING SERUM EROPAH BERTEKNOLOGI TINGGI
Penyerapan cepat dan jauh ke dalam kulit untuk membakar lemak lebih jauh berkesan daripada produk lain disamping merawat kulit yang rosak.
TIADA
- Rasa Gatal
- Kesan Merah pada kulit
- Rasa Pening/ pitam
- Rasa Dahaga
- Senaman Ketat

 

GORGEOUS BURNING MIST

FAEDAH-FAEDAH:

 

1. Membakar lemak (sekali sapuan, membakar selama 12 jam) tanpa rasa panas
2. Mengempiskan perut dengan cepat
3. Menghilangkan dagu berlapis
4. Meningkatkan kadar metabolisma
5. Menyembuhkan penyakit isomnia/ sukar tidur malam
6. Anti-Aging / Awet muda Melembabkan dan melembutkan kulit kembali remaja
7. Mempercepatkan proses pencernaan
8. Merawat Kulit yang rosak dan terlalu kering dan menggerutu
9. Mempercepatkan proses pencernaan
10. Memberi kesegaran dan menghilangkan lenguh
11. Anti-Stress
12. Anti-Selulit
13. Merawat stretchmark/ renggangan kulit
14. Memudarkan tanda-tanda hitam
15. Badan sentiasa bertenaga
16. Merawat masalah senggugut dan keputihan
17. Menghilangkan parut
18. Mengekalkan bentuk badan untuk sentiasa tampak menarik
19. Melancarkan peredaran darah
20. Membuang Angin

 


GORGEOUS BURNING MIST
Founder GORGEOUS BURNING MIST, Puan Gee

Cara-Cara penggunaan/ panduan:

 

1. Hanya Spray beberapa titik dan ratakan keseluruh bahagian badan yang berlemak.
2. Gunakan 2 - 3 kali sehari selepas mandi untuk kesan yang lebih cepat.
3. Pemakaian korset & girdle amat disyorkan untuk kesan yang lebih pantas.
4. Sekiranya anda seorang yang suka makan makanan yang berkarbohidrat, bolehlah menyapu GBM terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.
5. Elakkan penggunaan di kawasan yang tidak mempunyai tandas.
7. Selamat digunakan & mendapat kelulusan KKM.

Kesan Terawal:

1. Anda akan berasa hendak membuang air besar
2. Sentiasa berpeluh
3. Mengeluarkan angin
kandungan: 60ml
harga: rm90 ( termasuk pos)
2 botol rm160 (termasuk pos)
4 botol ke atas sebotol rm70 + postage (promosi hari ibu)



 Testimoni yang menarik perhatian cik iena adalah yang ni , pengurangan lemak di bawah dagu . yeayy No More double chin !!



GORGEOUS BURNING MIST

 

 

Produk Keluaran:

G Adore Beauty (SA0334029-P)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI



GORGEOUS BURNING MIST
cik iena bersama Founder GORGEOUS BURNING MIST, Puan Gee




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve