Baru-baru ini,
Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan
Helen Lam sebagai
Presiden Shaklee Malaysia. Beliau menyertai syarikat tersebut sejak Januari 2016
Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.
“Bukan
mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang
dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam
membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.
Tambah beliau lagi, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee
dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai
kehidupan yang lebih baik. Kami amat teruja untuk melihat perubahan
besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.
Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif
dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para
pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang,
di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau,
Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk
pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.
Tahniah Helen Lam, semoga Shaklee lebih berjaya :)
Untuk Maklumat Lanjut
Website : www.shaklee.com.my
Facebook : www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia
Instagram : www.instagram.com/shakleeproductsmalaysia/
Untuk Pembelian Online juga kini anda boleh dapatkakn produk Shaklee di Lazada http://bit.ly/buyOnlineShaklee
Nukilan,