Merlion park adalah tempat yang wajib dikunjungi apabila anda ke Singapura. Taman yang terletak di Marina Bay ini, mempunyai patung kepala singa yang menjadi maskot bagi negara Singapura.
Merlion Park merupakan tempat tarikan utama bagi pelancong di ingapura . Ada yang mengatakan jika tidak bergambar di sini, anda masih belum sampai Singapura . Begitu juga yang cik iena dengari dari Tour Guide kami di Singapura semasaSingapore Day Trip tempohari.
The Merlion
Menurut mitos singapura, Merlion adalah makluk misterius yang berkepala singa dan berbadan ikan. Dari segi bahasanya, Mer berarti laut, dan lion berarti singa.
Badan ikan melambangkan bahawa zaman dulu Singapura terkenal sebagai tempat yang mempunyai ramai Nelayan. Kepala singa melambangkan nama Singapura sebagai kota singa.
Ada beberapa patung merlion yang diakui sebagai ikon oleh pemerintah Singapura. Yang mudah anda temui adalah patung merlion di Merlion Park – Marina Bay, dan patung merlion di Pulau Sentosa.
Waktu urusan
Merlion Park ini di buka 24 jam, jadi tak perlu takut tempat ini tutup. Walaupun malam tempat ini masih ramai orang bergambar atau sekadar duduk-duduk di tepi pantai.
Anda juga tidak memerlukan tiket, untuk masuk ke taman ini.
Cara ke Merlion Park
Merlion Park adalah tempat yang terkenal, jadi sangat mudah untuk ke tempat ini.
Bila anda menggunakan MRT, anda perlu turun di stasion Rafles Place dan keluar melalui Exit B. Berjalanlah ke arah banggunan-banggunan pejabat, di belakangbanggunan tersebut anda akan nampak sungai Singapore River.
Berdekatan sungai tersebut terdapat Hotel Fullerton, jalan kearah belakang hotel tersebut, dan anda akan jumpa jalan simpang tiga. Sila menyeberang jalan yang paling besar.
Turun dari jalan tersebut ke arah bawah anda akan melihat pinggiran laut. Okay kemudian anda berjalan lah di sekeliling dan anda akan nampak Merlion Park. Jangan Lupa Bergambar di Merlion Park Okay :)
Itu cara bagi anda yang travel bersendiri atau bersama kawan .
Cik iena travel bersama Percutian Jimat Saya dimana prngangkutan untuk ke Merlion Park disediakan oleh mereka . Haaa harga pakej Singapore Day Trip Yang cik iena sertai Cuma RM 135 sahaja tau . Boleh Baca Itinerary Perjalanan kami di sini.
Pada 14 – 15 April 2016 akan berlansung Global Real Estate Developers and Agents Conference (GREDAC) yang bakal diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre.
Ini merupakan kali pertama, Malaysia menjadi tuan rumah bagi persidangan yang amat dinanti-nantikan oleh pakar hartanah dari seluruh dunia.
Acara ini dianjurkan oleh Wonderlist Property yang mana ianya akan menghimpunkan pakar-pakar dan ejen hartanah dari seluruh dunia.
Di sini, mereka akan dapat meluangkan masa pelajari melalui perkongsian dari pemaju-pemaju hartanah yang berjaya, begitu juga dari ejen hartanah yang berpengaruh.
Mereka akan berkongsikan beberapa matlamat yang perlu dikecapi melalui hubungan yang bakal dijalinkan bersama.
Selain daripada itu, terdapat perkongsian tentang prospek sasaran berdasarkan keadaan ekonomi semasa serta mengetahui beberapa projek bertaraf dunia yang bakal dijalankan bagi membantu merevolusikan pasaran hartanah.
Sekiranya anda berminat untuk menyertainya,
Yuran penyertaan pada harga RM680 dan bagi deligasi luar pula pada USD250.
untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03-9368 0019 / 03-9368 0020 atau melalui email enp@wonderlist.property
Dalam membuat perbelanjaan harian kita seharusnya bijak untuk mendapatkan peluang-peluang yang memberi kebaikan buat kita sebagai contoh portal yang menawarkan pulangan balik bagi pembelian yang telah kita lakukan seperti Getex.my
Dewasa kini ramai di kalangan rakyat Malaysia membuat pembelian secara online termasuklah pembelian barangan elektrik, barangan peribadi mahupun barangan basah juga turut di beli secara online sekarang.
Tidak kurang juga cik iena. Cik iena lebih gemar membeli secara online disebabkan faktor kekangan masa. Kekangan masa membuatkan cik iena tidak sempat untuk membeli belah di kedai mahupun Mall. Cik iena banyak membeli secara online tambahan ianya sangat mudah dan tidak memerlukan tenaga untuk kita berjalan dan berjalan untuk memilih barang. Ditambah lagi dengan keadaan trafik yang sesak untuk ke kedai mahupun mall.
Apa itu Getex?
Getex merupakan portal online yang menawarkan pulangan balik dalam bentuk wang ringgit hasil daripada pembelian anda di mana-mana online shop terpilih . Terdapat pelbagai online shop yang menyertai program ini bersama getex. Diantaranya adalah Lazada, Zalora,Groupon, Agoda, airasiago,ensogo dan banyak lagi.
Pasti anda sudah biasa mendengar kesemua online shop tersebut. Kepada anda yang gemar online shopping. Getex adalah platform yang bagus untuk anda mendapatkan kembali hasil belian anda. Bukanlah bermakna anda mendapat kembali 100% hasil duit yang anda telah guna tetapi anda boleh mendapat pulangan sehingga 12% daripada hasil belian anda.
Selain dari mendapat pulangan sehingga 12%, terdapat juga kupon-kupon voucher code yang di tawarkan oleh getex . Anda boleh menikmati harga diskaun daripada kupon tersebut dan juga menikmati pulangan balik mengikut peratusan yang telah ditetapkan bagi setiap online shop terpilih.
Ops kalau tengok account overview pembelian cik iena hari ini masih belum di rekod sebab cik iena update blog ni sejurus selepas membuat pembelian. Insya Allah esok akan di rekodkan. Rekod yang ada daripada pembelian sebelumnya :)
Menarik kan . Selain daripada shopping kita juga dapat pulangan balik dari hasil belian kita :)
Jadi kepada anda yang suka membeli secara online tu jangan lupa daftar di getex dan buat pembelian melalui getex.
Selari
dengan fashion dan kehendak islam mengenai fashion berpakaian wanita, terdapat
pelbagai fashion tudung labuh di pasaran sekarang. Aspek pemakaian mengikut
islam semakin menjadi pilihan oleh muslimah sekarang. Terdapat pelbagai Trend
fesyen terkini Muslimah yang sedang popular memperlihatkan kemunculan banyak
koleksi fesyen tudung labuh online terkini yang lebih moden contohnya
seperti tudung terkini.
Tudung
terbaru yang ada di pasaran adalah lebih moden daripada segi rekaan berbanding
dengan yang dahulu. Pastinya ini adalah hasil usaha para pereka fesyen Malaysia
kita yang cukup berbakatdan sentiasa
bersungguh-sungguh mahu memastikan koleksi fesyen tudung terkini wanita
diterima ramai hijabista di luar sana.
Ada
apa dengan tudung dan fesyen?
Kedua-dua
ini adalah berkait rapat antara satu sama lain ibarat irama dan muzik, seperti
aur dan tebing. Tanpa adanya fesyen, sudah pasti tidak akan wujudnya gaya
tudung terbaru. Malah tanpa adanya tudung, pasti akan suram pentas peragaan
fesyen.
Begitulah
pentingnya untuk dua perkara ini yang setiap satunya menyokong antara satu sama
lain. Koleksi tudung labuh terkini dengan gaya fesyen yang lebih segar menjadi
pilihan ramai wanita di Malaysia.
Antara
tudung labuh terkini wanita yang sangat popular buat masa ini ialah selendang
ataupun lebih dikenali sebagai shawl. Ia menjadi antara jenis tudung yang
menjadi pilihan ramai anak muda seperti remaja. Ianya boleh di suai padankan
dengan hampir apa sahaja pakaian untuk menghasilkan persalinan yang bergaya dan
sopan lagi menarik dan trendy.
Dress
Muslimah moden juga adalah antara pakaian Muslimah moden yang sesuai untuk
dipadankan bersama koleksi tudung terkini. Ianya memberikan gaya yang lebih
trendy untuk seseorang yang lebih mengutamakan untuk tampil dengan imej yang
lebih menyerlah. Anda pasti akan menjadi tumpuan ramai yang kagum akan cita
rasa fesyen anda dan cara anda bergaya
Selain
daripada tudung dan juga pakaian muslimah, aksesori juga tidak di lupakan untuk
menyerlahkan lagi penampilan sepaya lebih trendy , elegan dan bergaya namun
masih perlu beserdahana dalam pemilihan
aksesori yang sesuai agar tidak kelihatan terlalu menjolok mata. Apa yang
penting ialah anda harus tahu menyesuaipadankan aksesori yang tepat dengan
tudung pilihan anda.
Trendi Travel Mate adalah platform digital yang ditetapkan untuk merevolusikan perjalanan pada skala global. Ditubuhkan pada bulan Oktober 2015 di bawah Zuger International, Trendi memahami dan menjangka keperluan pelancong.
Trendi Traveltelah berkolaborasi dengan Dorsett Kuala Lumpur selaku rakan hotel rasmi dalam memberi keunikan ekosistem dalam dunia pelancongan di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.
Trendi Travel Mate merupakan teknologi travel elektronik bersepadu terkini yang diterapkan dalam dunia pelacongan dan hospitaliti, ianya dibangunkan di malaysia untuk pasaran dunia.
Ia juga merupakan platform pelancongan dibawah kelolaan Zuger International, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman melancong paling berharga bagi pelancong di Malaysia dan juga bagi pelancong Asia Pasifik.
Secara tidak langsung menjadikan ianya teknologi pilihan pertama yang mempu memberikan pelancong yang datang ke Malaysia mampu berhubung dengan seluruh dunia melalui teknologi IPPBX.
Teknologi IPPBX menjadikanTrendi Travel Mate sebagai aplikasi pelancongan yang terbaik, targeted mobile advertising dan juga penggunaan telefon pintar secara percuma.
Menurut Mr. ALvin Koh selaku Group CEO Trendi Travel, Zugar International,
Beliau yakin bahawa Trendi mampu memberikan pengalaman terbaik buat pelancong sewaktu melancong ke negara baru yakni yang belum pernah mereka kunjungi.
Secara tidak langsung ianya menjadi penanda aras yang mampu memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelancong, pihak hotel dan peruncit di Malaysia mahupun di negara-negara jiran.
Trendi Travel Mate
Trendi Travel Mate merupakan perkhidmatan telefon bimbit yang disediakan di hotel terpilih yang mana ianya ditawarkan secara percuma kepada pengguna.
Ianya ditawarkan bersama sambungan internet 3G tanpa had, dalam masa yang sama membolehkan pengguna membuat panggilan tempatan mahupun menghantar SMS.
Tujuan utama Trendi adalah menjadi penyelesaian bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelancong dimana telefon pintar mahupun tablet menjadi gadget penting bagi pelancong untuk mencari keperbagaian maklumat.
Ianya mampu memberi penyelesaian mudah dan senang tanpa perlu risau kepada kos penggunaan data roaming yang membebankan sehingga mampu menghilangan keseronokan kepada si pelancong tadi.
Dorsett Kuala Lumpur
Sebagai hotel peneraju teknologi hospitaliti, Dorsett Kuala Lumpur berminat menjadi rakan kongsi bersama Trendi dalam memberikan pengalaman terbaik kepada tetamu mereka dari luar negara.
Ianya merupakan perkongsian revolusi strategik yang ditubuhkan untuk memberi impak kepada industri hospitaliti.
Ia merupakan platform pelancongan dibawah kelolaan Zuger International, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman melancong paling berharga bagi pelancong di Malaysia dan Asia Pasifik.
Secara tidak langsung menjadikan ianya teknologi pilihan pertama yang mempu memberikan pelancong yang datang ke Malaysia dapat berhubung dengan seluruh dunia melalui teknologi IPPBX.
Teknologi IPPBX menjadikan Trendi Travel sebagai aplikasi pelancongan yang terbaik, targeted mobile advertising dan penggunaan telefon pintar secara percuma.
Menurut Christina Toh, Area General Manager di Dorsett Kuala Lumpur,
Kolaborasi bersama Trendi ini mempu memberikan sambungan dan capaian internet kepada tetamu sepanjang penginapan mereka, secara tidak langsung mampu menjalinkan hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pihak hotel.
Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan jenama hotelnya di Asia dengan menjadikan Dorsett Kuala Lumpur sebagai “Hotel Telefon Pintar Pertama di Malaysia” dan hotel pertama di Malaysia yang melaksanakan teknologi ini.
Trendi ingin mengembangkan perkhidmatannya di lebih 44 buah negara seluruh dunia merangkumi 66 juta ahli Trendi.
Bagi tahun 2016 ini, Trendi Travel menetapkan matlamat untuk mempunyai 18,000 telefon pintar digunakan di Asia Pasifik terutamanya di Filipina, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.
Wahh menarik kan. Kebiasaannya bila kita melancong perkara pertama kita nak cari wifi . Kalau kat airport ada wifi Alhamdulillah .Dapat lah nak google apa-apa yang patut. Kemudian perlu beli simcard untuk dapatkan access internet. Kepada yang mempunyai budget lebih boleh lah beli kan. Pada yang agak-agak budgetable biasanya akan guna wifi percuma je untuk google apa-apa yang patut atau sebelum sampai destinasi dah google siap-siap :)
Tapi kadang-kadang ada benda yang tidak di jangka yang perlu kita cari maklumat kan.
Maka dengan adanya Trendi Travel Mate ini akan memudahkan lagi percutian kita terutamanya jika berada di negara asing lagi lagi negara yang tidak pernah kita kunjungi.
Buat pertama kalinya, Peaceyall.fm radio online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ AC Mizal akan mengadakan karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia.
Pada
17 Febuari 2016 yang lepas telah berlansung Majlis sidang akhbar Dato
Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan
Skoolastik daripada Kartunis Ubi yang diadakan di Pullman Putrajaya
Lakeside.
Majlis sidang akhbar ini diadakan untuk 3 projek di bawah kelolaan Dato Ac Mizal sendiri iaitu:
1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall"
Sidang akhbar ini adalah bagi mewarwarkan kepada umum mengenai Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini.
Karnival tersebut akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.
Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi.
Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti
Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM
Permainan kanak-kanak
Persembahan menarik dari VJ dan selebriti
Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal
Lucky Draw lebih daripada RM10,000!
Konsert Kemuncak
Untuk pengetahuan anda juga, karnival 2 hari ini merupakan karnival pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi
Untuk pengetahuan anda, apa yang istimewa di Peaceyall.FM adalah dalam pemilihan lagu yang di keudarakan dimana ianya mengikut permintaan pendengar Peaceyall.FM . Bermakna lagu lagu yang di keudarakan adalah lagu-lagu kesukaan pendengar Peaceyall.FM dan bukanlah lagu pilihan Peaceyall.FM.
2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal
“DAC Peaceyall” merupakan satu aplikasi permainan baru yang diilhamkan oleh Dato Ac Mizal untuk berhubung dengan peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong karier beliau dari dahulu sehingga sekarang.
Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru yang dicipta bagi menarik minat pemain “game” tegar di mana ianya mempunyai latar belakang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri. Disamping itu, melalui aplikasi permainan ini, anda berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC Mizal disamping menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa.
“DAC Peaceyall” Bukan setakat "game" sahaja, aplikasi permainan ini juga membolehkan anda mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato AC Mizal yang sedang hangat di pasaran sekarang. Jadi anda tidak perlu risau atau rasa was-was untuk mendapatkan produk beliau ini. Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini.
Selain untuk bermain game, aplikasi ini juga membolehkan anda mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini. “DAC Peaceyall” ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.
3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi
Bagi peminat komik terutamanya komik “Ujang”, pasti akan kenal dengan kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar yang popular dengan siri kartun “Budak Hostel”, “Aku, Dia & Volkswagen” suatu ketika dahulu kini kembali dengan hasil karya komik terbaru berjudul “Skoolastik”.
Dengan corak penghasilan idea yang lebih menarik dan berbeza, komik “Skoolastic” ini diilhamkan untuk menarik minat semula peminat-peminat komik dan sebagai satu “come-back” kepada kartunis Ubi sendiri.
“Skoolastik” ini menceritakan tentang kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini. Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun ini untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.
Menurut kartunis Ubi sendiri, penghasilan komik ini adalah bertujuan untuk menaikkan semula “trending” membaca komik ini terutamanya kalangan remaja masa kini yang lebih cenderung ke arah gadjet dan teknologi sehingga komik kartun tempatan telah dilupakan.
Beliau berharap dengan terhasilnya komik “Skoolastik” ini akan membawa lebih sifat membaca di kalangan belia dan dapat mengimbas kembali nostalgia lama aktiviti-aktiviti pada masa dahulu.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang memberi sokongan kepada beliau untuk menghasilkan komik menarik ini terutamanya kepada Peaceyall.FM yang dipengerusikan oleh Dato AC Mizal sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik ini.
Komik “Skoolastik” ini yang hanya berharga RM 19.90 senaskah boleh dibeli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Untuk info lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook atau Instagram : @kartunisubi.
Okay kepada anda di luar sana jom meriahkan lagi Karnival Peaceyall.fm dan kepada peniaga peniaga terutamanya jom sertai Karnival Peaceyall.fm sebagai salah seorang peniaga :)
Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka
Hai korang jom pergi Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka . Merupakan Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini. Karnival ini akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur. Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM Permainan kanak-kanak Persembahan menarik dari VJ dan selebriti Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal Lucky Draw lebih daripada RM10,000! Konsert KemuncakUntuk pengetahuan anda juga, karnival 2 hari ini merupakan karnival pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi Telefon : +6011 2626 1656 (Daz) / +6019-279 6275 (Lieza) Email : karnivalpeaceyal@gmail.com Website : http://www.peaceyallfm.com/ Facebook : OMG FEST
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 24, 2016
Sumber dan gambar Kredit Kepada : http://www.pinkymomma.com
Cik iena tidak dapat hadir pada sidang akbar ini atas urusan kerja :)
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com