Browser atau pelayar web adalah medium yang di gunakan untuk melayari internet. Terdapat banyak jenis browser diantara yang sering di gunakan adalah Google Chrome dan Mozilla Firefox . Pelayar internet ini sangat penting untuk kita melayari internet tetapi seperti yang kita sedia maklum terdapat pelbagai jenis iklan yang akan muncul di pelayar web kita dan kadang kala ianya melanggar syariah islam.
Salam Browser Pelayar Web Berunsur Islamik
Selaras dengan teknologi terkini yang mengikut syariat islam satu pelayar web berunsurkan syariah telah di cipta khas buat anda yang beragama Islam khususnya . Pelayar web ini dinamakan Salam Browser. Ianya berfungsi seperti pelayar web lain tetapi ditambah baik dari segi tapisan iklan-iklan yang muncul di pelayar web ketika kita melayari internet .
Pelayar web ini akan menapis iklan-iklan berunsur lucah dan juga iklan iklan yang bertentangan dengan Agama Islam. Sedikit sebanyak ianya dapat menghindari kita umat islam dari melihat iklan-iklan yang tidak sepatutnya.
Ianya sangat sesuai di gunakan untuk anda yang beragama islam terutama buat anda yang berkeluarga sebagai langkah berhati-hati dan berwaspada daripada anak-anak terlihat iklan-iklan yang tidak sepatutnya yang sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan pemikiran mereka.
Selain daripada itu untuk anda yang suka download cerita cerita korea mahupun drama melayu, terdapat iklan-iklan yang tidak senonoh untuk di lihat. Dengan menggunakan pelayar web Salam Browser, iklan-iklan sedemikian akan di tapis.
Menarikkan, cik iena sendiri pun baru tau dan baru cuba . Bagus ada pelayar web macam ni. Takdelah kita terdedah dengan benda-benda yang tidak elok lagi-lagi buat remaja yang semakin meningkat dewasa. Pemikiran mereka cepat terpengaruh . Jadi kita sebagai Kakak, abang mahupun ibu dan ayah perlu lebih prihatin akan mereka supaya mereka tidak terpengaruh atau terjebak dengan benda yang tidak sepatutnya .
Baru-baru ini telah berlansung satu majlis memorandum bagi perlantikan hafidz roshdi sebagai duta produk Maria Miracle. Produk ini merupakan produk makanan tambahan untuk kecantikan kulit. Ianya bukan sahaja boleh diambil oleh wanita yang mementingkan kecantikan kulit malahan lelaki juga amat sesuai mengamalkannya.
Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi
Cik iena turut sama hadir semasa majlis pelantikan duta makanan tambahan kecantikan, Maria Miracle di The Garage KL. Majlis ini diadakan sekitar jam 2 petang dan turut dihadiri oleh media, blogger-blogger terkenal dan jugak rakan artis.
Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi
Pasti anda menegenali nama yang semakin meningkat naik Hafidz Roshdi yang mana pernah menjadi hero dalam drama tundukkan playboy itu. Baru baru ini juga nama beliau melonjak naik dengan gosip perkahwinan nya yang mana ramai diantara peminat nya yang kecewa dan ada yang mengambil kesempatan mengutuk isteri beliau.
Sidang akhbar semasa majlis memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi
Bagi cik iena hafidz merupakan seorang lelaki yang baik kerana tidak memilih paras rupa walaupun beliau merupakan artis yang terkenal dan berpewatakan menarik.
Setelah berjumpa dengan hafiz sendiri cik iena mula minat dengan karektar nya. Sebelum ni cik iena pun tak tonton cerita tu sebab sangat sibuk kerja. Dan memang cik iena oranya jarang menonton tv. Selepas berjumpa dengan beliau baru lah timbul rasa minat kerana karektor beliau. Beliau sangat peramah dab bersabar melayan karenah peminat yang palinh penting biarpun di kutuk di media sosial tentang isterinya beliau masih bersabar dan tidak melawan.
Bertuah tau isteri beliau. Cik iena sangat setuju beliau di lantik sebagai duta maria miracle kerana beliau peribadi yang baik pada diri beliau di samping kulit beliau yang juga sangat cantik . Apa yang uniknya tentang kombinasi produk ini dan Hafidz? jika anda perasan, kebanyakkan produk kecantikkan pasti menampilkan duta wanita , berbeza dengan Maria Miracle. Bukan wanita sahaja yang perlu menjaga keterampilan malah lelaki pada mas akini juga mementingkan aspek kecantikan diri. Bukan sekadar cantik malah sihat dari dalam.
cik iena bersama Pengasas Maria Miracle Puan Maria Hasmin Marzuki
Pengasas Maria Miracle sendiri, Puan Maria Hasmin Marzuki berkata, inilah keunikkan yang ingin ditampilkan oleh produk ini selain dari berpendapat Hafidz merupakan role model terbaik buat anak muda masa kini. Ini kerana mengenali Hafidz, beliau merupakan seorang yang menjaga tanggungjawabnya pada agama, amanah dan ini sekaligus membuatkan beliau ikon yang mampu memikul tanggungjawab sebagai duta produk ini.
Selain itu, sebelum beliau bersetuju untuk mejadi duta, beliau juga ada mencuba selama beberapa minggu tentang keberkesanan produk ini. Lepas dah cuba dan nampak hasil, barulah beliau setuju untuk menjadi duta. Jadi inilah dia rahsia kulit Hafidz ni halus mulus. Cik iena sendiri telah berjumpa dengan beliau dan sememangnya beliau mempunyai kulit yang cantik.
Cik iena sendiri telah cuba serbuk kolagen ini. Cara nak makan mudah sahaja , Buka sachet tu dan kemam 1 sachet ni dalam mulut anda. Ada orang kata jika kemam di bawah lidah kesannya lebih cepat :). Jika di amalkan pengambilan Maria Miracle secara konsisten dapat melembut, menegang dan menganjalkan struktur kulit. Pasti tiada lagi masalah kulit kusam, membantu mengecilkan liang roma dan membekalkan tenaga serta mengatasi masalah jerawat yang tegar.
Pihak Maria Miracle menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM3juta ringgit menerusi pelantikan Hafidz selaku duta dan beberapa roadshow yang akan diadakan di beberapa negeri di seluruh Malaysia. Sejak beroperasi selama 8 bulan, Maria Miracle sudah mempunyai lebih daripada 20 stokis dan mereka mengalu-alukan anda semua untuk menjadi ejen. Jika anda ingin menjana pendapatan lebih, bolehlah sertai program ejen Maria Miracle. Yang penting produk ini ada kelulusan KKM dan ianya telah di sahkan HALAL.
Kemeriahan di majlis tidak berakhir dengan memorandum sahaja, tetapi turut diisi dengan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik khususnya buat Fan Club Hafidz Roshdi. Jom kita layan gambar-gambar yang sempat cik iena ambil semasa di The Garage KL :
Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan Maria Miracle, anda semua boleh hubungi talian tertera di bawah
Teater Jalud merupakan teater horor komedi oleh Tronoh Theatre Shop yang di lakonkan oleh pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dimana ianya mengisahkan tentang Amir, seorang “ventriloquist” yang telah kehilangan kerjanya. Bermulalah kisah hidup Amir yang penuh rintangan. Untuk sinopsis lanjut sila baca hingga habis ya :)
Malam tadi, cik iena dan adik beserta dua rakan blogger berkesempatan untuk menyaksikan persembahan teater yang bertajuk “Jalud” yang dipersembahkan oleh Tronoh Theatre Shop di Auditorium Komples JKKN Wilayah Persekutuan.Kebanyakan daripada tenaga produksi terdiri dari pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan tahun kedua, cik iena hadir memberi sokongan kepada mereka dimana tahun sebelum ini cik iena pernah menghadiri pementasan Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong . Di mana, mereka telah menjayakan 2 teater dalam satu malam.
Bukan mudah untuk mereka hadir ke Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan ini. Kebiasaan nya mereka akan mengadakan pementasan teater di UTP sahaja,Walaubagaimanapun bagi memuaskan hati peminat teater di Kuala Lumpur setiap tahun pada bulan Mei mereka akan hadir ke Kuala Lumpur untuk mementaskan teater istimewa buat peminat teater di Kuala Lumpur.
Khas buat peminat teater di luar sana malam ini merupakan malam terakhir mereka mengadakan persembahan di Kuala Lumpur . Jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton teater ini tau . Kalau tak sempat nampaknya anda perlu tunggu setahun lagi la sehingga Mei tahun depan .Apa yang cik iena dapat katakan anda pesti terhibur dengan pelakon-pelakon yang cukup berbakat ini . Cik iena sendiri teruja dengan hasil lakonon mereka .
Menurut Dr. Shark (nama sebenarnya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty)
selaku tenaga pengajar, untuk mengajar dan mengasah bakat terpendam di
dalam diri pelajar-pelajar kejuruteraan adalah merupakan suatu perkara
yang sangat mencabar.Bukan calang calang pelajar yang melakonkan watak-watak dalam teater ini tau. Boleh menang Award Pelakon terbaik ni . Jika mereka di beri peluang dalam industri lakonan di Malaysia ini cik iena yakin mereka dapat jadi pelakon yang hebat lagi berpendidikan tinggi :)
Hanizam sebagai Amir dengan patungnya Jalud yang di lakonkan oleh Aizuddin dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Watak sang Arnab yang di bawa oleh Aizuddin terkesan sampai sekarang tau . Cik iena cam suara Arnab tu . Kalau tahun lepas Aizuddin jadi arnab tahun ni Aizuddin jadi Patung Jalud pula. Agak-agaknya tahun depan jadi apa ya? dengar cerita mereka bakal menamatkan pembelajaran mereka. Mana lah tau tahun depan ada salah seorang antara pelakon-pelakon ni jadi pelakon dalam industri perfileman Malaysia ke kan. Amin.. mudah-mudahan ada producer yang nampak bakat yang ada dalam pelajar-pelajar UTP ni . Kurlas tau kalau jadi pelakon yang berpendidikan tinggi :)
Sinopsis Teater Jalud
Teater horor komedi yang mengisahkan Amir, seorang “ventriloquist” yang telah kehilangan kerjanya. Patungnya, Jalud yang selama ini menjadi sumber pendapatannya di dapati mula menghantui jiwa Amir.
Bibik, orang gaji Amir juga telah terbunuh.Perhubungan Amir dengan isterinya mula renggang dengan kehadiran Zaid, kawan karibnya yang di syaki mempunyai hubungan sulit dengan Farah, isteri Amir.
Saksikan kesudahan cerita yang berunsurkan komedi thriller ini.
Gambar Pementasan Teater Jalud
Aizuddin sebagai Jalud dan Hanizam sebagai Amir dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Aizuddin sebagai Jalud, Hanizam sebagai Amir dan Afiqah sebagai Bibik dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Aizuddin sebagai Jalud dan Hanizam sebagai Amir dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Haziq sebagai Zaid dan Leya Bahri sebagai Farah dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Pelakon-pelakon dan krew pementasan Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
Untuk pengetahuan semua alam ini merupakan malam terakhir persembahan mereka di Kuala Lumpur. Jadi, jangan lepaskan peluang ini, dan beri sokongan kepada adik-adik ini.
Teater Jalud
Teater Jalud
20 – 21 Mei @ Auditorium Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
Masa : 8.30 Malam
Tiket : RM15 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak)
Boleh walk-in atau untuk tempahan, boleh hubungi Saudara Hazziq 014-588 9036
Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark dan juga Ash Si Mimer dan rakan blogger Dilla
Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark dan juga Ash Si Mimer dan rakan blogger Dilla . Dr Shark punya persembahan memang tak dapat di nafikan memang seronok dan menjadi lakonannya tambahan lagi dengan Ash Si Mimer ni memang menarik persembahan dia tau . Nanti iena kongsikan tentang Ash Si Mimer ni tau
Gambar Bersama pelakon-pelakon dan Krew pementasan Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
bersama dua pelakon utama Aizuddin sebagai Jalud dan Hanizam sebagai Amir dalam Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop
bersama Afiqah yang melakonkan watak sebagai Bibik, sangat berbakat tau
pika ni. Iena suka sangat tengok pika berlakon, memang menjadi.
Bersama Lina kadir sebagai Zainab
bersama rakan blogger Dilla
bersama Aizuddin sebagai Jalud dan rakan blogger dilla
Ash Si Mimer yang sangat awesome persembahannya okay
Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark dan Rakan blogger Dilla
ouh jalud tolong jangan bunuh iena, nanti iena buatkan milo ais tabur tak masi ya :)
Ash Si Mimer yang sangat awesome persembahannya okay
bersama Afiqah yang melakonkan watak sebagai Bibik, sangat berbakat tau pika ni. Iena suka sangat tengok pika berlakon, memang menjadi.
A video posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Maaf, Tak boleh tunjuk banyak-banyak tau. Nak tau kenelah tonton malam ni.
Anda semua jangan lupa datang tau malam ni 21 Mei 2016 merupakan malam terakhir mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur. Anda pasti terhibur dengan lakonan pelajar-pelajar yang cukup berbakat besar ni.
Seperti kita sedia maklum foundation atau bedak asas hanya bertujuan untuk kecantikan bukan untuk perawatan kulit tidak seperti BB cream yang mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu kecantikan dan perawatan kulit. Berbeza dengan Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION , foundation ini bukan sekadar untuk kecantikan, ianya juga mempunyai fungsi perawatan kulit dimana ianya mempunyai pelindung matahari SPF35 dan selain itu ianya juga merawat dan mencerahkan kulit kita.
10 Sebab Kenapa Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION patut ada dalam handbag
Ianya mudah di bawa kemana-mana
Merupakan bedak asas litupan penuh
Mempunyai pelindung matahari SPF35
Mencerahkan kulit
Merawat jerawat yang membengkak disamping Megeluarkan whitehead dan blackhead
Wajah kekal cantik lebih dari 12 jam tanpa menjadi gelap
Mengatasi masalah pigmentasi
Membaiki tekstur kulit seterusnya mengurangkan kedutan halus
Mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat
Menganjalkan kulit
Okay untuk itu cik iena nak terangkan lebih lengkap tentang Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION yang sangat ajaib ini . Selain dari Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION ini terdapat juga RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM yang juga bertujuan untuk merawat kulit . Untuk pengetahuan semua penggunaan serum adalah lebih pantas hasilnya berbanding penggunaan krim. Untuk itu jom baca tentang dua produk yang menarik dari Dr Irma ini.
WHITENING BB SERUM FOUNDATION
Ia adalah gabungan serum dan bedak asas yang berasaskan air dengan pelindung matahari spf35++, ia dirumus untuk semua jenis kulit dan menaikkan seri semua warna kulit. Ia mudah di sapu dan serum pemutihan dan perawatan cepat meresap ke dalam kulit. Ia kekal cantik pada wajah lebih dari 12 jam tanpa menjadi gelap (tiada proses oksidasi yang akan berlaku).
WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98
Ia adalah produk ajaib SEMUA DALAM SATU di amana anda hanya perlu mencuci muka dengan pencuci wajah yang lembut dan terus sapukan WHITENING BB SERUM FOUNDATION pada wajah anda. Semudah itu sahaja . Ianya Boleh di sapu dengan sapuan tangan. Titikkan pada dahi, pipi, hidung dan dagu dan ratakan mengarah keluar. Ataupun untuk sapuan lebih rata dan “airbrushed” boleh gunakan buffing brush untuk meratakannya.
WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98
Dr. Irma memformulasi SERUM PEMUTIHAN DAN PERAWATAN KULIT dan menggabungkan BEDAK ASAS LITUPAN PENUH supaya ia berfungsi sebagai penjagaan kulit dan mekap di dalam satu langkah sempurna dan is didatangkan dalam warna yang sesuai dan memberi seri pada semua warna kulit “DR. IRMA SIGNATURE SHADE” .
Ia mengandungi likoris, vitamin C dan pati buah terkonsentrasi yang terbukti mencerahkan kulit dan pigmentasi seawal 3 hari, ia merawat jerawat yang membengkak dan jerawat pasir seawal 24jam dengan megeluarkan whitehead dan blackhead secara aktif.
Kandungan kolagen dan stem sel epal yang di impot dari France akan membaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit. Prorduk ini juga mengurangkan kulit berminyak dengan mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat. Untuk kulit kering, ia akan memberikan hidrasi yang optimum untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan kekal setelah serum foundation ini dicuci.
WHITENING BB SERUM FOUNDATION DI JUAL PADA HARGA RM98 UNTUK 20ML DAN TAHAN SEHINGGA 2BULAN BERGANTUNG PADA PENGGUNAAN
RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM
Ia adalah serum vitamin C dan diperkaya dengan aloe vera yang menenangkan bertujuan untuk pemutihan kulit, menyembuhkan kulit berjerawat, megurangkan pigmentasi dan parut, mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan, menghidrasi kulit, menghilangkan kedutan halus dang menganjalkan menegangkan kulit seawal 3hari.
DR. IRMA menggabungkan pati bunga dan tumbuhan dari alps, himalaya dan mediterranian yang mempunyai kuasa antioksidan yang poten, menggalakkan pembentukan kolagen, mempercepatkan penggantian sel kulit mati dan merawat serta mencantikkan kulit. Di tambah dengan gabungan “essential oil” yang unik untuk perawatan kulit maksima.
Serum ini mempunyai haruman sejambak bunga yang eksotik dan boleh digunakan sebagai serum siang dan malam. Bila diguna bersama WHITENING BB SERUM FOUNDATION, anda akan lihat hasil yang menakjubkan.
RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM DIJUAL PADA HARGA RM89
Cara pemakaian, tekan penutup botol serum dan corong serum akan di isi dengan serum yang cukup untuk sekali aplikasi. Titiskan terus pada dahi, hidung, pipi dan dagu dan usaplah perlahan lahan secara membulat hingga serum diserap masuk.
RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM DIJUAL PADA HARGA RM89 UNTUK 15ML DAN BOLEH BERTAHAN SEHINGGA 2 BULAN BERGANTUNG KEPADA CARA PENGGUNAAN..
Okay macam mana? menarik tak dua produk dari Dr Irma ni ? . Cik iena sendiri telah mencuba kedua-dua produk ini di mana ianya memang sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit kita .
Okay cik iena nak kongsikan gambar cik iena menggunakan Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION secara nipis dan juga tebal .
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Haa dua atas ni cik iena pakai nipis je tau . Korang juga boleh lihat video cik iena pakai foundation ni , boleh nampak perbezaan pada kulit yang asalnya kusam jadi bermaya selepas menggunakan foundation ni walaupun hanya pakai nipis sahaja . Kalau korang tengok cik iena dari blog nampak macam cik iena ni suka make up kan. Ya memang suka tapi cik iena tidak make up setiap hari . Weekday pergi kerja cik iena tidak akan mengenakan sebarang make up sebabnya makan masa nak make up nak pergi kerja kemudian selepas solat zuhur and asar nak make up lagi. kan dah membazir masa bekerja. Tak boleh lah salah gunakan waktu bekerja untuk make up kan. Jadi dengan ada nya foundation ni sangat mudah untuk pakai dan cuci. Untuk wajah muka yang tidak kusam cik iena pakai foundation ni sahaja kemudian pakai lip balm dah selesai boleh pergi kerja. Kalau ada event barulah cik iena akan make up lebih sikit :)
Ini pula gambar cik iena mengenakan foundation ni lebih tebal dari sebelum ni . Tapi jika ingin memakai foundation tebal korang perlu menggunakan berus tau supaya sapuan tu lebih cantik gituw. Meletopss la muka korang flawless (^_~)
My Stupid Boss merupakan filem yang di adaptasi dari sebuah buku yang
popular dan terlaris di Indonesia yang berjudul My Stupid Boss (MSB).
Ia merupakan Karya anak tempatan Chaos@work yang digarap dari empat
jilid penerbitannya yang mula diterbitkan pada 2009 menjadi satu cerita
yang sarat dengan elemen komedi.
Antara babak yang menarik di mana Diana membalas kembali perbuatan Bossman keatas dirinya, Nak tau kenelah tonton di pawagam :)
Filem terbitan syarikat
perfileman Falcon Pictures ini menjalani penggambaran 100 peratus di
Kuala Lumpur. Ia memakan masa selama 25 hari untuk menjadikannya sebuah
Filem yang bakal menjadi bualan ramai.
Selain daripada
pelakon Indonesia, ia juga di lakonkan oleh pelakon-pelakon Malaysia
yang tidak asing lagi antaranya Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew
Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.
Pekerja-pekerja
Bossman yang kelihatan gembira akan perubahan Bossman, namun adakah
perubahan itu berterusan ? Pastikan anda tonton di pawagam okay :)
Filem ini merupakan filem ke-15
terbitan Falcon Pictures dan ini merupakan kali pertama mereka
berkolaborasi bersama pelakon Malaysia diketuai oleh pelakon berkaliber
dari negara serumpun iaitu Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian dan Alex
Abbad.
Penerbitnya Frederica, berkata
kesukaran menggabungkan empat novel kepada sebuah penceritaan menjadi
hikmah buat mereka apabila usaha itu secara tidak langsung dapat menyatu
persahabatan dua negara serumpun.
Bossman yang sangat pelik dan mempunyai pendirian dan sistem kerja yang pelik dan tidak moden
Falcon
Pictures pernah menerbitkan beberapa filem pecah panggung seperti Comic
8, Comic 8; Casino King, Haji Backpacker, Coboy Junior The Movie,
Sejadah Ka'bah dan banyak lagi.
Filem ini juga akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula 19 Mei ini.
Sinopsis My Stupid Boss
Bunga Cintra Lestari yang melakonkan Watak Diana
MENGISAHKAN tentang Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di Malaysia, Diana
terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja
di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara. Konflik
berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang agak pelik namun begitu Bossman mempunyai karakter yang melucukankan.
Bossman yang sentiasa menganggap dirinya benar dalam segala perkara walaupun sebenarnya apa yang dilakukan itu salah
Bossman memiliki
prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya,
tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat
membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu 'Bossman Always Right'.
Setiap keinginannya harus dituruti oleh semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.
Bossman dan Diana atau lebih dikenali dengan nama kakak Kerani
Terbitan: Falcon Pictures. (Indonesia)
Kerjasama: Madness Films Sdn Bhd (Malaysia)
Edaran: Skop Productions Sdn Bhd (Malaysia)
Penerbit: HB Naveen & Frederica
Pengarah: Upi
Genre: Komedi/ Drama
Durasi: 107 minit
Pelakon Malaysia: Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.
Pelakon Indonesia: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari dan Alex Abbad
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2016
Lima sebab Kenapa Perlu Tonton My Stupid Boss
Merupakan Cerita Komedi pertama yang di lakonkan Bunga Citra Lestari
Reza Rahadian yang handsome dan kurus menjadi gemuk, buncit dan rambut separa botak.
Menggabungkan pelakon-pelakon hebat Indonesia dan Malaysia
Mengisahkan tentang Boss yang pelik dan mempunyai sistem kerja yang tidak boleh di terima pakai
Sebagai persediaan untuk anda menghadapi STUPID BOSS like this :)
Majlis Tayangan Perdana My Stupid Boss
Barisan pelakon
Baru-baru ini cik iena berpeluang menghadiri majlis tayangan perdana filem My Stupid Boss terbitan
Falcon Pictures dengan kerjasama Madness Films Sdn Bhd dan edaran Skop Productions Sdn Bhd.
Sambutan hangat dari peminat-peminat pelakon-pelakon yang terlibat di dalam filem ini jelas ketara.
Cik iena bersama adik dan rakan blogger Iskandar
Kehadiran tetamu yang cukup
ramai yang terdiri dari peminat , media cetak, media elektronik, blogger
dan artis-artis tempatan serta yang pastinya pelakon utama dari
Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian .
Cik iena bersama rakan blogger Kak Qasehsu & Ayu Idris
Setelah sama-sama menonton
filem ini cik iena dapat rasakan filem ini bakal mendapat tempat di hati
rakyat Malaysia dengan lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon hebat
dari dua negara. Ianya merupakan Filem komedi yang sangat menghiburkan.
Bersama rakan blogger Iskandar
Untuk pengetahuan
anda semua ini merupakan kali pertama Bunga Citra Lestari melakonkan
cerita komedi dan beliau berjaya melakonkannya dengan bagus . Menurut
beliau ini merupakan filem yang mencabar bagi beliau kerana ini
merupakan kali pertama belia melakonkan cerita berunsur komedi. Menurut
beliau lagi ternyata bukan mudah untuk melakonkan watak komedi namun
dengan ada nya rakan-rakan artis lain yang turut sama membantu dalam
menghayati watak tersebut beliau berjaya melakonkan dengan begitu baik
sekali.
Cik iena bersama rakan blogger Ally dan Erin
Apa yang cik iena dapat
kongsikan filem ini seronok dan lawak sehingga tahap anda tidak akan menyedari
bahawa anda sudah sampai ke penamat dan bagi cik iena agak sedikit
tergantung. Mungkin kerana cik iena rasa filem ini sangat menghiburkan
sehingga cik iena tidak menyedari hampir 100 minit sudah berlalu dan
cerita sudah menghampiri penghujung nya.
Unsur-unsur lawak yang diterapkan membawa mesej-mesej tertentu yang bermakna. Selain daripada itu terdapat juga banyak mesej dang pengajaran serta pedoman yang boleh di lihat di dalam filem ini walaupun ianya berunsurkan komedi.
Okay mohon lanjutkan ke My Stupid Boss 2. Nak tau sama ada Bossman berubah atau tidak :)
Gambar Bersama Pelakon My Stupid Boss dan Artis yang turut beri sokongan
bersama pelakon utama Reza Rahadian yang kacak lagi kurus berbeza dengan watak bossman yang gempal dan separa botak
bersama Bront Palarae
Bersama Zizan, haa zizan pun ada tau dalam cerita ni, nak tau sebagai apa jangan lupa tonton :)
bersama Mr Chew Kinwah
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie
bersama si cantik jelita Atikah Suhaimie
bersama Iskandar Tajuddin dan Iskandar Zulkarnain :)
Bersama Kak Yasmin Hani
Bersama shery alhadad
Okay
semua jangan lupa tonton tau Filem ini akan ditayangkan serentak di
empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula 19
Mei ini. 2016
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com