Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Polis Evo Filem Malaysia Penuh Aksi Hebat


POLIS EVO  adalah sebuah filem aksi yang memaparkan dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

 Polis Evo

Diatas merupakan sedikit sinopsis mengenai Filem Polis Evo yang bakal ditayangkan di pawagam pada 17 September 2015. Pada 2 Septemper 2015 yang lepas cik iena bagi pihak www.hyebro.com  telah menghadiri Malam Pra Tonton Filem Polis Evo yang bertempat di GSC Pavillion Kuala Lumpur.

Apa yang dapat cik iena gambarkan setelah menonton filem ini adalah Filem ini merupakan filem aksi Malaysia yang menarik dan mempunyai kelainan dari sudut pergerakan Kamera yang aktif serta aspek teknikal baru seperti penggunaan Kamera berdefinisi Tinggi.

Selama ini, memang tidak dinafikan dalam pemikiran cik iena  dan juga mungkin anda-anda diluar sana, filem aksi dari luar negara lebih menarik malah ianya sentiasa diagung-agungkan dan mendapat hebahan meluas daripada penonton-penonton.  Setelah menonton Polis Evo ini cik iena mendapati   Filem aksi Malaysia Polis Evo ini tidak kurang hebatnya juga . Tambah menarik bila ianya diselitkan dengan sedikit unsur komedi supaya anda tidak berasa bosan dan serius. Filem ini juga mengangkat martabat anggota polis dalam kegiatan membasmi jenayah. Diharap pada tahun ini Filem  Polis Evo hasil sentuhan hebat oleh pengarah Ghaz Abu Bakar ini  bakal 'meletup!' .

Filem Polis Evo  turut mengangkat lagu berjudul 'Evo' yang berentak 'Up Beat' nyanyian duet Hip Hop Popular tanah Air, Joe Flizzow dan SonaOne sebagai lagu Tema Filem Polis Evo.


Okay kepada anda-anda di luar sana, jangan lupa saksikan Filem Polis Evo yang bakal ditayangkan  mulai 17 September 2015 .


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari

POLIS EVO





Tajuk            :    Polis Evo
Genre Filem        :    Aksi
Penerbit        :    Astro Shaw Sdn. Bhd.
Produksi        :    Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Pengarah        :     Ghaz Abu Bakar
Bahasa        :    Bahasa Melayu
Tarikh Tayangan        :     17 September 2015
Format        :    High Definition
Durasi        :    120 minit
Tema Filem        :    Aksi 

 

 

 

 

BARISAN PELAKON


Shaheizy Sam            sebagai    Inspektor Khai
Zizan Razak            sebagai    Inspektor Sani
Nora Danish            sebagai    Anis
Mimi Ernida            sebagai    Maya Adli
Arwah Harun Salim Bachik    sebagai    Mokhtar
Wan Hanafi Su            sebagai    Adli Hashim
Ayie Hushairi            sebagai    Izrail
Pablo Amirul            sebagai    Jimbo
Yuzz Murai            sebagai    Jemang
Amerul Affendi            sebagai    Mat Yam
Eyka Farhana            sebagai    Yati

TUNGGAK UTAMA


Dipersembahkan oleh    :    Astro Shaw Sdn. Bhd.
Produksi        :     Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif        :     Najwa Abu Bakar
Penerbit         :    Joel Soh
Penerbit Bersama        :    Gayatri Su-Lin Pillai
Pengarah        :    Ghaz Abu Bakar
Penolong Pengarah        :    Reen Emrans
Cerita Asal        :     Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf
Skrip        :    Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini
Pengurus Produksi        :     Arie Zaharie
Pengarah Fotografi        :    Haris Hue Abdullah
Penyunting Filem        :    Nazim Shah
Penata Seni        :    Nazrul Asraff
Pereka Grafik        :     Parez Oldskool
Penata Busana        :    Nasirah Ramlan
Penata Tatarias        :    Mimi Farhami
Penata Muzik        :    Lucas Kuncevic

 

SINOPSIS PENDEK POLIS EVO

 

POLIS EVO  adalah sebuah filem aksi yang memaparkan dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?



SINOPSIS PANJANG POLIS EVO

 

Semuanya bermula apabila Adli Aizuddin, seorang guru Kimia ditemui meningal dunia di Terengganu. Tubuh kakunya terselit dengan bungkusan Syabu Naga yang sedang dijejaki oleh Inspektor Khai di Kuala Lumpur. Khai yang merupakan seorang Inspektor polis cemerlang dari Unit Narkotik Kuala Lumpur terus dihantar ke Kuala Terengganu untuk menyiasat kes tersebut. Setibanya di sana, Khai ditugaskan untuk bekerja dengan Inspektor Sani kerana kearifannya tentang selok-belok negeri Terengganu.

Khai dan Sani mempunyai personaliti yang berbeza dan itu menyukarkan mereka untuk bekerjasama. Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas manakala Sani seorang yang lebih mengikut prosedur dan mementingkan diplomasi . Namun, mereka tiada pilihan lain melainkan terpaksa bekerjasama bagi menyelesaikan kes dadah tersebut.

Sementara itu, penyiasatan mereka mula mendapat petunjuk baru di mana ketua operasi, pembekal dan pengekspot utama Syabu Naga adalah Izrail. Bagi membanteras kegiatan jenayah itu, Khai dan Sani telah menyerang hendap kubu Izrail bersama konco-konconya. Namun misi mereka menjadi semakin rumit kerana Izrail telah mengheret ahli keluarga Sani ke dalam kes ini. Kini, Khai dan Sani  sedar bahawa mereka perlu  bekerjsama untuk menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?


Trailer Filem Polis Evo

 

 

 


Gambar Filem Polis Evo


Polis Evo
Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani sambil2 menjeling Anis(Nora Danish) adik kepada Inspektor Sani

Polis Evo
Senyuman Manis Dari Anis untuk INspektor Khai hihihi

Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani
Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani

Polis Evo
Inspektor Khai menyelamatkan Inspektor Sani yang telah di tawan oleh Jimbo dan kawan-kawan

Polis Evo
Inspektor Khai Dalam misi menangkap geng penyeludupan dadah

Polis Evo
Inspektor Khai dan Inspektor Sani Dalam misi menganggap geng penyeludupan dadah

Polis Evo
Anis Dijadikan tebusan

Polis Evo
Misi menyelamatkan Maya daripada Jimbo

 

Malam Pra Tonton Filem Polis Evo

 


Cik iena bersama  Ghaz Abu Bakar , pengarah Filem Polis Evo
Cik iena bersama  Ghaz Abu Bakar , pengarah Filem Polis Evo

Cik iena bersama rakan blogger, Helena dan juga Pelakon utama Shaheizy Sam   yanbg memegang watak Inspektor Khai
Cik iena bersama rakan blogger, Helena dan juga Pelakon utama Shaheizy Sam   yang memegang watak Inspektor Khai

cik iena bersama pelakon utama Zizan Razak yang membawa watak Inspektor Sani
cik iena bersama pelakon utama Zizan Razak yang membawa watak Inspektor Sani

cik iena bersama Hefny Sahad, selaku pengacara Majlis
cik iena bersama Hefny Sahad, selaku pengacara Majlis

 

Live Update Malam Pra Tonton Filem Polis Evo @ienaeliena  

 

 














iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Filem Hong Kong – To The Fore

Filem Hong Kong – To The Fore



To The Fore merupakan sebuah filem  sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan, keberanian, cabaran , drama dan keperitan yang diharungi oleh pesaing-pesaing berbasikal profesional.


Filem ini memaparkan aksi-aksi lasak sukan berbasikal yang sungguh mendebarkan  dan terdapat pelbagai konflik di dalam sukan berbasikal yang kita sendiri tidak tahu . Filem ini pasti akan diminati oleh para penonton , tidak kiralah sama ada anda peminat sukan berbasikal atau pun tidak mahupun buat para peminat filem.

To The Fore adalah sebuah filem yang memaparkan tugasan keberanian, kelajuan dan cabaran getir, yang pasti akan memperkenalkan anda kepada dunia sukan perlumbaan basikal dengan lebih dekat!




Sinopsis Filem To The Fore

Pelumba handalan dari korea Zheng Zhiyuan (Choi Siwon) adalah orang yang paling penting di dalam pasukan Xuangguang dengan posisinya selaku “sprinter”.

Dua orang pelumba baru, Chou Ming (Eddie Peng) dan Qiu Tian (Shawn Dou) amat kagum dan tertarik dengan kekuatan dan skil Yuan.

Mereka merasa bangga boleh menjadi ‘pacesetter’ kepada Zheng demi mencipta peluang kemenangan untuknya. Kerjasama sempurna tiga pelumba ini telah mendatangkan banyak kemenangan kepada pasukan mereka.

Namun begitu percanggahan mula muncul apabila Zheng sentiasa berdiri di pentas penyampaian anugerah sebagai pemenang tunggal.

Chou Ming dan Qiu Tian terpaksa menerima hakikat bahawa gelaran juara hanya untuk seorang sahaja dan mereka tetap “pace setter” yang tidak mendapat tumpuan.

Sejak itu, tiga rakan seperjuangan ini dipengaruhi oleh ambisi sendiri, persefahaman dan semangat berpasukan mula hilang lalu menyebabkan keputusan pertandingan yang buruk.

Akhirnya mereka bertiga berpisah dengan tarik diri dari pasukan dan meneruskan kerjaya masing-masing.

Walaubagaimana pun, tiga pelumba ini ditakdirkan untuk bertembung lagi apabila masanya sudah tiba dan kali ini mereka perlu menentukan siapa yang layak digelar terbaik.





To The Fore diterbitkan bersama oleh Emperor Motion Pictures, Evergrande, iQiyi, Sunning &Huace Media. Filem ini diarahkan oleh Dante Lam dan menampilkan pelakon hebat seperti Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou, Wang Luodan, Carlos Chan, Nana Au-Yang dan Andrew Lin.

To The Fore diedarkan oleh RAM Entertainment akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 6 Ogos 2015.




GAMBAR CIK IENA SEMASA BERADA DI MALAM GALA FILEM TO THE FORE DI GSC PAVILION PADA 4 OGOS 2015



Filem Hong Kong – To The Fore

Filem Hong Kong – To The Fore

Filem Hong Kong – To The Fore



LIVE UPDATE ON INSTAGRAM




A photo posted by Malaysian Blogger (@ienaeliena) on

A photo posted by MoKA [nuar] (@penaberkala) on


Setelah cik iena menonton cerita ini cik iena bagi lima bintang. Cik iena sangat sukakan filem ni. Pelbagai emosi ada semasa cik iena menonton . Gembira, sedih , takut, macam-macam perasaan . Apa yang menakutkan tu bila cik iena melihat cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh pelumba-pelumba basikal. Ada masa cik iena pun menjerit sebab terlampau menghayati seolah-olah cik iena yang mengayuh basikal . haha itu lawak. Cik iena pun mengalirkan air mata juga bila part sedih . Huwaaa hati ni mudah tersentuh. tengok kiri tengok kanan fokus je dorang tengok. Cik iena terlampau menjiwai sampai menangis kot ahaha.. Kalau bawak tenok cerita sedih mohon sediakal tisu atau baldi :D
Keseluruhan nya cik iena nak cakap korang mesti tengok sebab cerita ni best dan tidak membosankan okay . Cik iena suka kan nya yeayy


Sinopsis Kredit to www.hyebro.com


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


IF WE BURN,YOU BURN WITH US - THE HUNGER GAMES : MOCKINGJAY - PART 1




Cerita jumaat malam sabtu yang lepas.Dah lama cik iena tak tengok wayang.Ini aktiviti office.
"Ionnex Movie Day Out". Ehh tapi cik iena kerja dekat Globaltium. Kenapa cik iena sesat. Cik iena and Enchik Ahmad Farhan Hamsani Wakil dari Globaltium Sdn Bhd, Kami ni anak syarikat kepada Ionnex. Lebih kurang macam tu lah. Ionnex ni kira HQ. Tengok Movie free siapa taknak kan (^_~)

Ramai budak office cik iena taknak pergi sebab dorang kata tak best cerita ni. Cik iena ni semua cerita cik iena layan . Cik iena okay2 saje tapi tolong jangan bawak tengok cerita SERAM haha.
Memang nahas siapa duduk sebelah . Free2 je kene peluk nanti haha

Lepas tengok cerita ni. Cik iena rasa okay je. Enjoy. Walaupun cik iena banyak tak kenal staff2 Ionnex tapi ok la , cik iena boleh bawak diri. Dari company cik iena dua orang je pergi. Nasib baik si paan ni tak tidur, selalu tengok movie dengan officemate dia suka tidur haha..

Owkay taknak cerita banyak, ade hal nak keluar hari ni. Jom tengok gambar yang sempat diambil.
Nak ambil gambar ramai2 cik iena tak biasa dengan staff Ionnex. Cik eina bergambar dengan yang kenal je la (^_~)


yeayy two from Ionnex, two from globaltium

Ionnex Staff

Ionnex Staff

popcorn ini saya yang punyaaaa


cik iena,ratu selfie haha opss kite tak mekap g keje

dua tiket sesat utk staff globaltium

cik iena with abg wesley (Ionnex staff)

yeayy two from Ionnex, two from globaltium

Nota Belog : Lepas ni nak tunggu THE HUNGER GAMES : MOCKINGJAY - PART 2 dan seterys2 nya pulak (^_~)






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Saksikan Filem JIN pada 21 Ogos 2014 Lakonan Zul Ariffin Rindu Awak 200%


Kepada Peminat2 Zul Ariffin atau Zill Faezrul Iqbal Dan Peminat2 Filem Seram,
Esok dan seterusnya jangan lupa saksikan FIlem Jin 
Arahan
Peirre Andre 
TerbitanRam Entertainment
 
 
 
Filem ini memaparkan kisah tentang makhluk yang dicipta oleh Allah SWT bergelar jin yang sentiasa membuat kacau serta mengganggu kehidupan manusia. Filem "Jin" ini bakal melihatkan sisi baru arahan mantap pengarah hebat Pierre Andre dalam menghasilkan filem berunsur seram yang bakal menampilkan lakonan hebat daripada pelakon tanah air seperti Zul Ariffin dan Mon Ryanti.

Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pengarah: Pierre Andre
Pelakon: Zul Ariffin, Mon Ryanti, Harun Salim Bachik


 
 
Psttttt : cik iena penakot tengok cerita seram





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Pra-tonton : Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa


Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan sebuah filem bergenre komedi seram arahan Hashim Rejab yang diterbitkan oleh Mangkin Prestij .

Filem ini dibintangi oleh pelawak-pelawak tempatan terdiri daripada Kumpulan Bocey, Yassin SYJ, Epy Kodiang dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia pada 14 Ogos ini.
Esok la 
(^_~)
jom pakat ramai2 pergi tengok cerita nie
Confirm Puas Hati

Yang pasti memang korang akan gelak terbahak2 la
memang lawak giler tau

cik iena pun tergelak sampai kedepan macam nak terkam org depan je kan

Okay jom baca serba sedikit tentang filem ini


Sinopsis Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

(SINOPSIS & GAMBAR KREDIT TO BLOG BROFRAMESTONE- hehe maap iena amek dr blog bro)

Ianya mengisahkan tentang kehidupan 3 orang sahabat baik – Rudy, Akhiruddin dan Remy mengharungi zaman bujang hidup bersama di rumah sewa.



Rudy (Achey) berkerja sebagai pelakon tambahan dan sering membawa watak sebagai hantu dalam setiap filem yang beliau ceburi.
Akibat nak jimatkan duit, beliau jarang mencuci make-up untuk mamastikan gaji beliau tidak dipotong untuk kos make-up oleh produksi filem. Part ini memang lawak.
Ok nak flashback kejap
bercakap pasal hantu nie
haaaaa  
nak share pic photoshoot cik iena jadi hantu jugak
hahahha pic ni tahun 2011
lame dah tp nak tunjuk gak




haha okay2 cik iena
stop2 
kite sambung balik eyhhh
(^_~)

Akhiruddin (Abam), seorang yang pekerja di stesen minyak.
Seorang yang kuat makan tetapi dalam ramai-ramai. Dia sorang sahaja yang nampak macam berduit. Asik kena pow memanjang.



Akhir sekali Remy (Fad), seorang pengilap kasut profesional di kaki lima kota raya Kuala Lumpur.
Kehidupan bujang mereka lebih kurang sama macam kebanyakan orang bujang yang hidup menyewa. Awal bulan masyuk, hujung bulan memasing ikat perut.
Bila ada duit, mula tak ingat dunia. Bila tiada duit, serdak biskus pun jadi la. Akibat cara hidup mereka bertiga begitu menyebabkan sewa bulanan mereka tertunggak 3 bulan.





Ini menyebabkan tuan rumah, Pakcik Osman (Yassin SYJ) ingin mereka menyewa dengan anak saudaranya yang merupakan mat rempit, Saipol (Epy Kodiang) bagi mencover kos beliau untuk menunaikan haji tidak lama lagi.
Sehinggakan pada satu malam.
Saipol memenangi lumba haram dan membawa sejumlah wang yang banyak hasil kemenangan beliau balik.


Malangnya Saipol terkejut lalu mati bila ternampak pocong sewaktu pulang ke rumah. Sedangkan ianya adalah Ruby yang baru pulang dari shooting filem.
Ini menyebabkan ketiga-tiga mereka panik.
1st sebab kematian mengejut si Saipol, 2nd sebab melihat sejumlah wang yang banyak. Rambang mata sat.
Akibat panik, pelbagai perkara telah berlaku untuk memastikan Saipol masih hidup dalam masa yang sama nak merahsiakan kematian Saipol dari pengetahuan Pakcik Osman.
Keadaan diluar kawalan bila mereka dapati Saipol hidup semula.





Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Saipol hidup semula untuk menuntut wangnya kembali?
Segala-galanya akan terjawab dalam filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa dipawagam bermula 14 Ogos 2014


Trailer Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

 





Okiess Jom tengok sekitar majlis pra-tonton filem ini
nie gambar dari henset cik iena je la
(^_~)

Tunjuk Pic Bersama pelakon2 filem ni dlu eyh













Selain dari pelakon2 filem ini
rakan artis yang lain juga turut sama menyokong majlis protonton filem ini

jom tgk pic yg sempat cik iena ambil
actually cik iena sampai lambat
lagi beberapa minit nk pkl 9 bru sampai
T____T
maap bro n kwn2
cik iena balik kerja mmg lewat
terus rushing pergi event nie
hehe baju pon x sempat tukar
pakai selipar je
tak sempat nak mekap chantek2
hehehe

okiess jomm layan












Eyhhh Tak lupa juga gambar rakan blogger yg sempat cik iena snap


Thanks bro for the invitation




with ayue
hehe baju kite same kale la 
(^_~)



Wokiesss
last skali pic dgn rakan2 yg laen
time nie cik iena baru je sampai
bro ajak bergambar
kalau bro tak bawak kesitu mmg xde la bergambar ramai2
lewat sgt cik iena sampai
(^_~)

tengah bergambar tibe2
baru perasan nami namia kat sebelah


haha sempat lagi ber hye hye
pic ramai2 ni kredit kat ayue


dah habis balik ler kan kan

eyh sblm balik gegedik selfie jap ngan member

Eyhh Nak bg tau
nie bukan BF
Kang GF de nampak mati iena kang
mention awal2

nie member photog
hehe dia photographer

photographer & model mmg sentiasa bersahabat 
(^_~)


Terasa pendek pulak cik iena
haha

Wokiesss
dah habis
korang2 semua ESOK dan seterusnya
JAngan Lupa Saksikan Filem

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa  

14 OGOS 2014






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve