Grab The Promo
Grab The Promo

Hati Seorang Wanita


Hati wanita terlalu lembut. Zahirnya wanita nampak berbeza. Tapi batinnya, wanita mempunyai HATI yang sama.

Wanita adalah insan yang paling kuat
Dia masih mampu berkata, "saya ok" walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu menolak egonya demi orang yang mereka sayang

Allah telah mencipta hati wanita diselaputi dengan sifat yang lembut
Di sebalik degil kita, Allah salutkan dengan kesabaran,
Di sebalik ego kita, Allah salutkan dengan ketabahan,
Di sebalik rasa sedih dan luka, Allah salutkan dengan kekuatan dan bila disakiti
Di sebalik 'nakal' kita, Allah salutkan dengan sifat setia dan taat
Itulah keindahan kejadian wanita

Kadang2 kita terlupa yang fitrahnya Allah mencipta hati kita yang cukup kuat
Bila emosi kita lebih menguasai hati, kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita di sebalik kekuatan hati masih terselit sifat kelembutan
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita jika kita bijak mengawal segalanya rasa fitrah kita dan bijaksana

Jika kita sedar yang Allah ciptakan betapa kuatnya hati kita
Jadi tak perlulah kita jatuh jika ditimpa ujian2 yang menyakitkan
Memang tak dinafikan, emosi kita terkadang melebihi rasa ingin jatuh, rapuh bila ditimpa ujian

setiap ujian yang Allah bagi itu bersebab
Allah beri ujian atas kemampuan kita atas ketabahan kita
Yakinlah, di sebalik ujian itu ada rahmat yang cukup besar

Bangun, kuat dan tabah menghadapi apa saja jenis ujian
Sentiasalah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang Allah turunkan
Seindahan hiasan adalah wanita solehah

Ujian itu datang dari Allah, kebahagian juga datang dari Allah. Indahnya wanita Allah ciptakan sekeping hati yang kuat. Sentiasalah REDHA dan IKHLAS menghadapi  segala jenis ujian.


Nota Blog : La Tahzan cik iena. luahan diatas nak motivasikan hati yang hmmmmm, Okay nite all, esk cik iena nak pergi kursus kawen . Ops tapi cik iena bukan nak kawen lagi. just teman member. Walaupun adik cik iena gelak bile cik iena cakap nak pergi kursus kawen tapi takpe hehe teringat kata2 member yang cik iena nak teman esok ni, mana tau lepas ni Allah pertemukan jodoh iena, Allah nak bagi "THE BEST MAN" (^_~)
Aminnn......





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Haji Ibrahim Hajah Ipah Family Gathering

Selepas majlis perkahwinan cik ida, pada sebelah malam keluarga sebelah ayah cik iena berkumpul.
Rasa macam hari raya pulak, selalu berkumpul time raya je. Thanks pada semua saudara yang hadir dirumah makngah. Walaupun ada yang tak hadir tapi tetap meriah.
Semoga apa yang kita rancang berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tunggu solat jemaah and tahlil tahun depan . Hope semua dapat hadir dan beri kerjasama.
Jom Layan gambar .





























































 
 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Wedding Cik ida 6 Dec 2014 : make up by cik iena


 
 
"Thanks for make her look so beautiful"
kata-kata suami cik ida .Okay kembang kejap pakcik baru puji (^_~)

Tanggal 5 Disember 2014 Cik ida selamat di ijabkabulkan. Majlis berlansung pada keesokan hari 6 Disember 2014. Majlis yang cukup sederhana tetapi meriah. Makcik cik iena tak bersanding pun. Just buat pelamin sendiri yang simple untuk bergambar. 
Pada hari tersebut cik iena mekap kan makcik, sebab makcik memang tak ambil mak andam. Nikah pun make up sendiri . Belajar dekat you tube. Alaaa acik ida ni, iena ingatkan dah ade mak andam. Sebab sebelum ni ada panggil iena untuk make up tapi iena kerja hari jumaat.
Cik Iena ok je ambil cuti untuk cik ida. Lepastu mak cakap tak jadi. mak ingat cik ida amek pakej dengan pelamin. Tersalah info rupenye. Cik ida tak nak susah kan cik iena ambil cuti. 
Sebab cik ida nikah hari jumaat.
Okay2 takpe, utk sambut tetamu tu cik iena mekapkan cik ida. Tapi barang make up tak complete lah sebab cik iena tak bawak make up yang banyak-banyak tu. Eye shadow pun tak bawa. Nasib lah cik ida ade beli make up untuk dia make up masa majlis tu.

Walaupun tak bersanding. mestilah nak cantik-cantik jugak kan.
Okay jom tengok gambar makcik kepada cik iena yang cik iena make up kan


 
Opss cik iena terlupa ambil gambar sebelum make up
 
Ni gambar malam 5 Dec 2014
 

 










anak buah lagi beso dari makcik hehe



makcik2 kite, sepupu ayah





mak long, paklong and cik ida

pakcik baru yg ceria (^_~)









semua lauk sedap2





















with adik bongsu










mak and abah with cik ida & suami




anak2 arwah pak uteh



Makcik cik iena ni bernikah di usia 35 tahun. So sekarang cik iena dah patut mula risau tak kawin lagi ni.
Sebab nya kedua-dua belah keluarga mak dan ayah , cik iena yang perempuan paling tua yang masih belum kawin. Sebelum ni sebelah ayah , cik ida yang tak kawen lagi. Sebelah mak pulak kak farah, tapi dah kawen bulan 9 yang lepas. Hai lah encik Jodoh. Dimanakah kamu (^_~)
SELAMAT PENGANTIN BARU CIK IDA AND SUAMI







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve