Grab The Promo
Grab The Promo

Kungfu Bake Rice Aeon Big subang Jaya


 


Kungfu Bake Rice  Aeon Big subang Jaya
 

Kungfu Bake Rice merupakan salah satu restoran di bawah Paradise F&B Malaysia Berhad. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di KLCC,  Kungfu Bake Rice telah membuka cawangan yang ke dua di AEON Big Subang Jaya yang terletak di  Lot G-04 & G-13.



Kungfu Bake Rice memberi anda kebebasan untuk customize hidangan pilihan anda terutama hidangan istimewa mereka iaitu Cheese Bake Rice



The Duo Master (Fish Fillet & Chicken Chop) - RM 16.90
The Duo Master (Fish Fillet & Chicken Chop) - RM 16.90
Cik iena suka sos krim dan sos tomato untuk hidangan ini. Rase dia memang sedap, sos kari jepun pun sedap tapi cik iena lebih suka gabungan sos krim dan sos tomato.

Terdapat Pelbagai Pilihan Menu untuk Cheese Bake Rice iaitu


  • The Duo Master (Fish Fillet & Chicken Chop) - RM 16.90
  • Chicken Chop Bake Rice - RM 13.90
  • Chicken Cutlet Bake Rice - RM 14.90
  • Mushroom Bake Rice - RM 12.90
  • Sausage Bake Rice - RM 13.90
  • Beef Patty Bake Rice - RM 15.90
  • Fish Fillet Bake Rice - RM 15.90



*Cheese Bake Rice diatas di hidangkan bersama keju mozzarella diatasnya dan dua sos pilihan dimana anda boleh membuat pilihan diantara 3 sos yang disediakakan iaitu sos krim, sos tomato dan sos kari Jepun


Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice - RM 15.90
Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice - RM 15.90


Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice - RM 15.90
Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice - RM 15.90

Japanese Black Pepper Curry memang sedap . Kari nya tidak berlemak sangat. Ada santap tapi tak terlalu pekat yang boleh menyebabkan kita cepat muak . Kari jepun  ni rasa dia agak manis sedikit  ditambah dengan Black pepper memang gabungan yang Umpphhhh
NAH JEMPUT MAKAN, SEDAP TAU

Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice - RM 15.90
Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice - RM 15.90


Tom Yam Soup With Rice/Mee Hoon - RM 15.90
Tom Yam Soup With Rice/Mee Hoon - RM 15.90

Tom Yam Soup Highly Recomended By cik iena
Diantara menu paling cik iena gemari di Kungfu Bake Rice
Tom yam ini pada asalnya memang pedas, walaubagaimanapun kita boleh request untuk tone down kan tahap kepedasan tu.
Cik iena cadangkan yang kurang makan pedas macam cik iena kene minta yang kurang pedas la tau.
Cik iena memang penggemar Tom Yam. Sebelum ni cik iena suka makan tomyam dekat Secret Recipe . Tapi Sekarang dah jumpa yang lebih sedap dari Secret Recipe.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan bahan-bahan yang terdapat didalam tom yam ni.
Ada sotong, udang, cendawan, isi ikan, ayam
Orang kata lauk nya banyak lah
memang berbaloi baloi tambahan lagi saiz nya sangat besar

Ni cik iena tunjuk betapa besarnya tom yam ni
(^_~)
Perut cik iena boleh makan 1/3 je

Tom Yam Soup With Rice/Mee Hoon - RM 15.90
Tom Yam Soup With Rice/Mee Hoon - RM 15.90

Tom Yam Soup With Rice/Mee Hoon - RM 15.90
Tom Yam Soup With Rice/Mee Hoon - RM 15.90

Besar kan tom yam
The Best Tom Yam Nyummyyyyyy
alamak Cik iena pun nampak besar jugak,
cardigan ini yang bersalah, cardigan tu menampakkan cik iena gemok haha 



Rice And Noodles


  • Pan- Fried Omelette Rice - RM 12.90
  • Kung Pao Chicken Rice - RM 13.90
  • Yang Zhou Fried Rice - RM 13.90
  • Chicken Cutlet Nippon Curry Rice - RM14.90
  • Tom Yam Soup With Rice/Mee Hoon - RM 15.90
  • Japanese Black Pepper Curry Chicken Rice - RM 15.90
  • Tom Yam Seafood Fried Rice - RM 15.90

Kungfu Burger - RM7.90
Kungfu Burger - RM7.90 + add on Egg Rm1.60

Jom Kita lihat isi dalam Kungfu burger
Peha ayam yang dipanggang dan disaluti Pao Sauce

Kungfu Burger - RM7.90
Kungfu Burger - RM7.90 + add on Egg Rm1.60
Kungfu Burger - RM7.90
Kungfu Burger - RM7.90

Signature Burger (Add on RM 4 For Drink + Fries)


  • Kungfu Burger - RM7.90
  • Beef Patty Burger - RM 7.90
  • Fish Fillet Burger - RM 8.90
*Pilihan minuman - Cincau / Chrysanthenum / Green Tea / Coke / Sprite
*Tambah Cheese atau Telur pada RM 1.60


Kungfu French Toast (with peanut butter and honey)- RM 5.90
Kungfu French Toast (with peanut butter and honey)- RM 5.90


Kungfu French Toast sangat sedap, cik iena cadang kan anda di luar sana mencubanya
Pasti menjilat jari . Jom tegok isi dalam Kungfu French Toast
Kita bedah Kungfu French Toast

Kungfu French Toast (with peanut butter and honey)- RM 5.90
Kungfu French Toast (with peanut butter and honey)- RM 5.90



Kungfu French Toast Memang Best
Umpppphhhhhhh

Kungfu French Toast (with peanut butter and honey)- RM 5.90
Kungfu French Toast (with peanut butter and honey)- RM 5.90

Toast

  • Original French Toast - RM 4.90
  • Kungfu French Toast (with peanut butter and honey)- RM 5.90

NOODLES


  • Nissin Noodles With Chicken Sausage - RM 8.90
  • Nissin Noodles With Chicken Luncheon Meat - RM 9.90
  • Nissin Noodles With Chicken Chop - RM 9.90
  • Shin Noodles With Chicken Sausage - RM 10.90
  • Shin Noodles With Chicken Luncheon Meat - RM 10.90
  • Shin Noodles With Chicken Chop - RM 12.90

* Nissin tidak pedas (Original flavour)
* Shin pedas (Spicy Soup)


Mashed Potato - RM 3.60
Mashed Potato - RM 3.60
Mashed Potato dari Kungfu Bake Rice rasa dia lebih sedap dari mashed potato KFC okay
Anda di luar sana mesti cuba.

ADD-ONS

  • Sunny Side Egg - RM 1.60
  • Mashed Potato - RM 3.60
  • French Fries - RM 5.90

 DRINKS


DRINKS
DRINKS

Air yang patut anda cuba adalah Stylo Coffee
Coffee yang tidak berapa manis dan pahit.
Just Nice
Must Try !!
Stylo Coffee (Hot) - RM 5.90
Stylo Coffee (Hot) - RM 5.90


Stylo Coffee (Iced) - RM 6.90
Stylo Coffee (Iced) - RM 6.90

Kungfu Bake Rice  Aeon Big subang Jaya

 
Kungfu Bake Rice  Aeon Big subang Jaya
Kungfu Bake Rice  Aeon Big subang Jaya

 

Lot G-04 & G-13 , Aeon Big Subang Jaya
Waktu Perniagaan - 10 AM Hingga 10 PM
Website www.paradisefnb.com.my
Facebook Paradise Group Malaysia


Nota Blog : Senang je nak cari Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Jaya, berdekatan dengan KFC dan Secret Recipe . Pada anda yang berada di kuala lumpur boleh lah datang ke KLCC. Signature foodcourt KLCC, Stall 7B (Naik escalator, pergi ke bahagian kanan - hujung). Berita baik juga Kungfu Bake Rice akan membuka cawangan ketiga namun tempat baru masih belum tau lagi. Berkemungkinan di sekitar kuala lumpur lembah klang.









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Maker's Cafe Jalan Yap Kwan Seng


Sambungan dari Voucher Maker's Cafe . Semalam semasa makan tengah hari di sini, menu yang menjadi pilihan cik iena adalah Makers Chicken Rice dan Apple Juice . Nasi ayam nya lain daripada yang lain. Kebiasaan nya nasi ayam dihidangkan dengan kuah kicap dan cili. Kelainan disini adalah Nasi Ayam dihidangkan bersama  Black Pepper Sauce dan Cream Sauce  beserta Chili Sauce , sup dan salad. Untuk makluman anda juga Maker's Cafe menggunakan rempah dan perencah daripada produk Maker's sendiri dimana ia merupakan produk halal keluaran bumiputera muslim malaysia.
Jemput Baca -> Maker's Produk Halal Keluaran Bumiputera Muslim

tuan empunya blog yang pemalas nak make up pergi kerja. week day =  free make up day

Jemput lihat menu-menu disini
Pada yang nak voucher tu, boleh refer menu-menu ni ya

Restoran ini baru di buka, so menu dia biasa je. 
Belum siap menu yang canggih-canggih.
Yang pasti bila dapat makanan, cara hiasan makanan tu memang cantik.
Orang kata biasanya tengok menu tu gambarnya cantik, bila dapat macam ape tah.
Tapi yang ni tengok menu kosong tiada gambar.
Bila dapat makanan senyum lebar.
Food presentation yang menarik

Tengok makanan-makanan orang sebelah pun menarik je.
Cik iena dan sharul ain order benda yang sama cuma ir je berbeza so de la gambar menu lain.



apple juice yang cukup  pekat rasa buahnya

orrange juice

Ni, gambar nasi ayam yang menjadi pilihan cik iena


Makers Chicken Rice RM10.90
Makers Chicken Rice RM10.90

Makers Chicken Rice RM10.90
Makers Chicken Rice RM10.90
Makers Chicken Rice RM10.90
Makers Chicken Rice RM10.90






Nampak tak tu Black Pepper Sauce dan Cream Sauce , memang sedap nasi ayam yang ni. Lain daripada yang Lain. Nasi Ayam ala-ala barat gitu.




Okay ini gambar di dalam restoran yang sempat diambil.



 
Maker's Cafe Jalan Yap Kwan Seng
Waktu Urusniaga
Isnin Hingga Jumaat
7 AM hingga 7 PM
Facebook :  facebook.com/pages/MAKERS-CAFE/
Alamat : B-0-2 Megan Avenue2, 12 Jalan Yap Kwan Seng
Kuala Lumpur, Malaysia
Nota Blog : Hari ini hari jumaat . Nak makan mana yer. Cik iena rindu nak makan Tom yam & Mushroom baked rice dari Kungfu Baked Rice . Ehemm bila nak bagi voucher FREE lagi ni Kungfu Baked Rice . Hehe Insya Allah kalau tak banyak kerja nak makan dekat Kungfu Baked Rice KLCC.


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Voucher Maker's Cafe


Kepada rakan yang bekerja berhampiran Jalan Yap Kwan Seng cik iena nak bagi Voucher ni pada yang berminat . Pastikan anda betul-betul berminat dan baca lah dulu terma dan syarat ye. Seperti biasa kesemua Voucher pasti ada syarat . Jangan jadi macam cik iena selalu tak baca syarat pada voucher. Nak dijadikan cerita cik iena dapat voucher yang banyak ni adalah disebabkan kesilapan cik iena tidak membaca terma dan syarat voucher tersebut.


Voucher Maker's Cafe
Cik iena ada dapat satu daripada rakan pejabat. Jadi semalam cik iena ajak sharul ain makan dekat Maker's Cafe . Dengan yakin nye nak bertanya pasal voucher macam tak faham sikit . 
Sekali Encik tu cakap voucher ni boleh diguna minggu depan. Ouh cik iena tak perasan tarikh nya ada pembetulan pakai PEN. 1-15 March 2015.

Haaaaaa malu nye cik iena okay, takpe maintain comel haha jangan gelak macam puntianak okay tempat eksklusif tu . Lepas tu Encik tu bagi lagi 30 Voucher kat kami . Wah banyak nyaaa
Nak harap cik iena makan hari-hari kat situ tak janji lah sebab cik iena tak suka makan berat-berat.
Kuantiti cik iena makan pun sangat sikit . Tengah hari cik iena makan nasi ciput je . 1/3 . Kadang-kadang tak makan nasi. Makan sayur sahaja . Haa semalam baru hari pertama dalam minggu ini cik iena menjamah nasi. Hah jaga body betul tu hari sabtu Insya Allah kalau tiada halangan, ade photoshoot. Badan haruslah selim melim
(^_~)


Voucher Maker's Cafe

Voucher Maker's Cafe

 
Haaa dah bacakan terma dan syarat. Makanya kepada sahabat yang berminat . Message cik iena kat facebook yer. Nanti cik iena bagi. Senang citer korang datang time lunch. Kita Lunch sama, cik iena bagi voucher tapi selebihnya bayar sendirian berhad la yer hihi.

Untuk pengetahuan restoran ni hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sabtu dan ahad tutup. Almaklumlah kawasan pejabat je kan. Buka sabtu ahad takde income la. rugi bayar bila letrik je nanti kan. Waktu urusniaga pulak 7 AM - 7 PM.

Eh lupa nak bagi tau, rasa nya Encik yang ambil order tu and yang bagi voucher banyak2 tu tuan empunya Restoran. Semoga murah rezeki dan semoga perniagaan Encik bertambah maju dan maju.


Nota Blog : cik iena ni memang suka tak baca terma dan syarat betul2. Semenjak aktif berblogging ni asyik makan free, makan separuh harga. Makan ade voucher. Alhamdulillah . Dan makanya disebabkan itu jugalah cik iena perlu jaga makan pada hari biasa. Makan sayur je ahahahaa.

Ehhh senarai harga makanan dan gambar cik iena makan di Maker's Cafe cik iena akan schedule kan pukul 1 tengah hari nanti okay. 


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Maker's Produk Halal Keluaran Bumiputera Muslim


Maker’s adalah jenama Produk Masakan yang terdiri daripada Perencah dan Rempah. Maker’s adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat Maker Recipe Sdn Bhd  yang mana ianya dimiliki oleh orang Islam.Terdapat pelbagai jenis perencah dan rempah yang di pasarkan.Untuk maklumat lanjut, sila layari Maker’s

Maker's Produk Halal Keluaran Bumiputera Muslim

Maker's Produk Halal Keluaran Bumiputera Muslim

Maker's Produk Halal Keluaran Bumiputera Muslim

Maker's Produk Halal Keluaran Bumiputera Muslim
 
Produk ini telah mula dikeluarkan di pasaran di tesco-tesco yang terpilih.
Anda juga boleh mendapatkannya secara online di  http://www.maker.com.my/

Nota : Sumber kredit kepada Doktor Google . Cik iena tulis pasal rempah ni sebab tadi semasa makan di Maker's Cafe cik iena perasan ada beberapa tempat produk-produk ini di pamerkan untuk dijual. Rupanya MAker's Cafe ni menggunakan rempah mereka sendiri untuk memasak (^_~)
Okies hari pun dah lewat. Esok cik iena akan update mengenai Maker's Cafe dan Voucher Maker's Cafe yang cik iena nak bagi pada kawan-kawan.

Selamat Malam, cik programmer nak mimpi indah-indah .
 
 

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

The Best Design & Printing Services - www.myprintworkz.com


Alhamdulillah servis sangat memuaskan dan sangat pantas. Sebelum ni cik iena ada email syarikat lain untuk simple design and print name card untuk blogger tapi dah dua minggu masih tidak mendapat balasan. Terdapat dua syarikat yang dihubungi yang mana ianya syarikat Melayu. Isnin lalu 23 hb Feb 2015 cik iena email www.myprintworkz.com, memang pantas mereka reply email. Cik iena buat pesanan hari isnin, pukul 10.30 pagi khamis dah sampai pejabat. Harga pun berpatutan.
model iena eliena name card, blogger iena eliena name card

Macam ni lah servis yang diharapkan. Cukup menghampakan dua tempat yang cik iena email yang tidak menjawab email cik iena. Okay mana-mana kawan blogger atau mana-mana kawan-kawan lain yang memerlukan perkhidmatan design and print boleh lah terjah www.myprintworkz.com 
Tak perlu ke kedai, dunia di hujung jari je sekarang. Klik klik bayar and terima barang. Mudah kan. Jimat masa dan tenaga (^_~)

model iena eliena name card, blogger iena eliena name card

Selain name card, banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan.

Ni nak bagi tau, dorang charge RM10 je untuk custome design yang simple macam ni, tak mahal pun.
Kalau ikut template yang sedia ada tiada kene bayaran untuk design. Hanya bayar harga kad dan Postage sahaja .


 

model iena eliena name card, blogger iena eliena name card

model iena eliena name card, blogger iena eliena name card
 
Okies , cik iena tunjukkan order cik iena yer
Mudah sangat nak beli dekat sini . Cik iena sangat berpuas hati.
 
model iena eliena name card, blogger iena eliena name card


model iena eliena name card, blogger iena eliena name card

model iena eliena name card, blogger iena eliena name card

Okay lepas ni pergi event takde la segan-segan silu lagi sebab takde name card.
Selalu pergi event , blogger-blogger akan bagi name card. Cik iena segan cik iena takde pun.
Saya blogger newbie hehe takde name card . Diatas nasihat top blogger kiter  +Bro Framestone  ,
cik iena pun buat lah name card .

okay lepas ni dengan muke comel nye iena akan bagi name card iena 
 
(^_~)

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah



iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah


Majlis berlansung pada 22 Feb 2015. Maaf diatas keterlewatan cik iena . Hampir terlupa sebenarnya.Lewat-lewat pun cik iena datang juga sebab nak tengok baby ct yang mana masa ct pregy kan akif siti mengidam nak makan manggis and cik iena panjatkan pokok manggis untuk siti.

http://www.ienaeliena.com/2014/07/panjat-pokok-manggis-untuk-mak-buyong.html 

Okay jom tengok gambar yang sempat diambil.

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah
yang diraikan, baby akif

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Pelamin dari eddy

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah
cik iena with siti and akif
Bergambar dengan tuan empunya pelamin, ha tengok tu cik iena datang pelamin pun tengah buka
nampak sangat lewat sampai hehe

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

yeayy    aunty iena with akif

iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

Okay ini aksi ratu selfie,
selfie sambil dukung baby sebelah tangan
(^_~)

iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah

iena eliena Majlis Cukur Jambul Abdul Akif Shah









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve