Grab The Promo
Grab The Promo

Golf ala Bloggers - KBBA Blogger's Day Out



 Permainan pertama  adalah Golf ala blogger di Driving Range..Ini merupakan kali pertama cik iena bermain Golf . Pukulan pertama cik iena sudah pasti lah tak kene pada bola golf. Maafkan saya team rumah biru. Kalah menang tak penting yang penting kerjasama antara ahli kumpulan
(^_~)


Golf ala Bloggers - KBBA Blogger's Day Out




Golf ala Bloggers - KBBA Blogger's Day Out

Golf ala Bloggers - KBBA Blogger's Day Out
Geng Rumah Biru Yeayy

Golf ala Bloggers - KBBA Blogger's Day Out
Gaya WIN

Golf ala Bloggers - KBBA Blogger's Day Out
Model tersesat Majlis







Tajaan Utama

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Cyberview Cyberjaya

Cosmoderm 

Yeos Malaysia

Stamp N Print Enterprise

Natalia

Crazy Crunchy


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti


 

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti

Baru-baru ini, 10 artis grafiti berentap untuk mara ke pusingan akhir pertandingan Nando’s Art Initiative 2015 yang diadakan di Rooftop, Avenue K baru-baru ini.
Cik iena berpeluang menghadiri majlis yang cukup meriah ini . Terima Kasih di atas jemputan pihak Nando's .
Disini mereka mempamerkan aksi bertaraf A dengan menghasilkan karya dalam bentuk imej dan perkataan pada kanvas besar bagi mengambarkan tema ‘Your Art. Your Story.


Sebahagian daripada peserta ada yang semamangnya mengambil bidang seni dan ada juga yang baru berjinak-jinak dalam dunia grafiti.

Pada Tahun lepas, Nandos telah memperkenalkan kategori Graffiti Art dan berjaya menarik 36 penyertaan dari kalangan belia yang terdiri dari berbagai latar belakang pendidikan.
Tahun ini, penyertaan meningkat kepada 56.

Bagaimanapun hanya 10 peserta sahaja dipilih untuk berentap sini sebelum mara ke pusingan akhir.

10 peserta akhir terdiri daripada empat pelajar kolej / universiti dan enam artis muda yang menjadikan Graffiti sebagai jiwa dan kerjaya mereka.

Untuk merebut mahkota kemenangan pertandingan tahun ini, Nando mengadakan aktiviti Graffiti Jam untuk menilai kemahiran seni yang diperlukan untuk menghasilkan karya oleh setiap peserta.

Pada malam ini,

Hanya 4 peserta sahaja terpilih untuk kepusingan akhir sekali gus berebut gelaran juara Grafiti dimana mereka akan terlibat sama di Pusingan Akhir Nando’s Art Initiative 2015 pada 27 May di Publika!

4 Peserta terpilih ke Pusingan Akhir Nando’s Art Initiative 2015 


Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Amirul Shah

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Chong Hong Shi


Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Mohd Zulfadli

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
Nurul Shahirah


Pusing Akhir Nando’s Art Initiative 2015 bukan sekadar majlis penyampaian hadiah bagi kategori Fine Art, Digital Art dan Graffiti/Street Art sahaja.

Terdapat juga pameran yang akan berlangsung dari 27 Mei hingga 7 Jun bagi karya yang telah menyertai pertandingan pada tahun ini.

Pada majlis ini nanti, Nando’s akan menyampaikan hadiah yang bernilai sehingga RM85,000 kepada kategori-kategori dibawah.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Kategori fine art and digital art :
  • Hadiah Utama – Tajaan penuh untuk pameran solo, Wang tunai RM5,000 dan Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Naib Juara – Wang tunai RM3,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Tempat ke-3 – Wang tunai RM2,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Hadiah saguhati (x3) – Wang tunai RM1,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
Kategori graffiti / street art :
  • Hadiah Utama – Wang tunai RM5,000 dan Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Hadiah saguhati (x3) – Wang tunai RM2,000, Nando’s vouchers bernilai RM500

Gambar disekitar pertandingan berlansung


cik iena bersama peserta pilihan cik iena iaitu Nurul Shahirah
Beliau juga berjaya terpilih untuk ke peringkat seterusnya
Tahniah Nurul Shahirah

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti

Nando's Art Initiative 2015's Graffiti


Nando's Art Initiative 2015's Graffiti



Nando's Art Initiative 2015's Graffiti
bersama rakan blogger yang turut hadir




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST


Dari apa yang cik iena lihat harga makanan di Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang tiada kenaikan, sama sahaja cume seperti biasa GST akan dikenakan pada jumlah bayaran. Untuk tomyam harga berkurang daripada yang sebelum RM 15.90 selepas GST harga RM 14.90 
 
Berikut merupakan menu baru  yang terdapat di Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang
Opss bila nak invite buat food review nie haha
(^_~)

 

Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST

Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST


Yang best nya cik iena datang  Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang,
pekerja di sana masih mengenali cik iena.
Cik blogger yang buat food review tempoh hari ya
(^_~)
 
 

Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST

Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST

Kelainan pada tomyam adalah harga murah seringgit dan sotong yang comel haha
yang lain sama seperti biasa
sedapnye
umphhhhhhhhh
memang menjadi fav cik iena

Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST


Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST
chicken chop bake rice
 
 
Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST


Harga Kungfu Bake Rice Aeon Big Subang Selepas GST
peaceee selfie sikit, pergi weekend muke ade mekap hehe
 
 
 
 

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Harga Ah Cheng Laksa Selepas GST


Untuk makluman penggemar Ah Cheng Laksa, Selepas GST dilaksanakan harga set meal bagi Ah Cheng Laksa telah berubah dari RM 9.90 kepada RM 11.50 . Untuk makluman harga GST telah di masukkan sekali dalam jumlah tersebut tetapi setelah dikira jika ditambah 6% dari harga asal harganya cuma RM 10.50 tetapi harga setelah GST adalah lebih kadar 6 % GST . Bermakna harga naik dari yang asal dan di ditambah 6% GST  . Terasa GST ni membebankan rakyat . Kenaikan harga ditambah dengan GST . Tak tau lah Tang mana yang PM dan pak2 menteri cakap GST ni tidak membebankan rakyat dan mendapat sokongan rakyat .



Harga Ah Cheng Laksa Selepas GST
macam ustazah pulak haha



Harga Ah Cheng Laksa Selepas GST
harga sebelum GST

Harga Ah Cheng Laksa Selepas GST
harga selepas GST

Harga Ah Cheng Laksa Selepas GST
ehh cik iena tak mekap pun sebab baru balik kerja terus makan sini. if weekday..hari tanpa mekap

Harga Ah Cheng Laksa Selepas GST

Harga Ah Cheng Laksa Selepas GST




Nota Blog : cerita lama dah tapi baru nak update sebab hari ni officemate ajak makan dekat ah cheng laksa avenue k :)


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Bolehkah Menjawab Salam Daripada Orang Bukan Islam?




Sejak meninggalkan zaman belajar cik iena dah lupa . Hari ni terdengar rakan pejabat dari German jawab talifon dengan memberi Salam . "Assalammualaikum" . Terkejut cik iena dengar .

Okay hukumnya "Harus kita menjawab salam dari seorang yang bukan Islam"

 “Apabila kamu diberi salam oleh ahli kitab jawablah “wa’alaykum” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Okay jom baca penjelasan dari e-fatwa.gov.my

ISU:

Apabila orang bukan Islam mengucapkan salam kepada kita, adakah kita boleh menjawab salam tersebut dan apabila orang bukan Islam tersebut bersin bolehkah kita mengucapkan "bless you".
PENJELASAN:

Harus kita menjawab salam dari seorang yang bukan Islam. Ini berdasarkan ayat al-Qur’an yang menyebut :وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُ‌دُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا Maksudnya “Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.” (Surah al-Nisa’:86).
Ayat ini merupakan ayat yang umum. Frasa dalam ayat وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ, maksudnya “apabila kamu diberi penghormatan”, ia tidak menyatakan إذا حياكم المسلمون , maksudnya “apabila orang Islam memberi penghormatan kepada kamu”, mengkhususkan orang Islam sahaja memberi salam atau penghormatan. Jawapan yang dianjurkan ialah dengan lafaz وعليكم . ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebut “Apabila kamu diberi salam oleh ahli kitab jawablah “wa’alaykum” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Walaubagaimanapun, orang Islam tidak boleh dahulu memberi salam kepada bukan Islam. Ini berdasarkan sabda Nabi “Jangan memulakan salam kepada Yahudi dan Nasara jika kamu berjumpa salah seorang daripada mereka di jalan (Riwayat Muslim).
Namun seperti saranan Imam Nawawi, orang Islam boleh memberikan ucapan-ucapan yang lain kepada bukan Islam yang menandakan penghormatan seperti selamat pagi, hari yang baik, moga Tuhan berikan kamu kebahagiaan di hari ini dan lain-lain yang seumpamanya. (al-Nawawi, al-Azkar) Dan sekiranya lafaz salam yang diberikan oleh mereka tidak jelas dan bimbang ia merupakan lafaz yang tidak baik seperti “maut atas kamu” (السام عليكم), seperti dilakukan Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dahulu, maka jawablah sekadar “atas kamu juga” (وعليكم) .
Adapun lafaz ‘bless you’ kepada orang bukan Islam yang bersin, sekiranya dilafazkan dalam makna yang umum, adalah diharuskan.
Wallahu a’lam



Nota Blog : Korang jawab phone bagi salam tak ? hehe jangan lupa bagi salam tau . tengok orong German pun bagi salam . malu lah kalau kita sebagai Muslim jawab phone tak bagi salam kan (^_~)



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

KBBA BLOGGER'S DAY OUT ( KBDO)



Beberapa hari lagi KBBA BLOGGER'S DAY OUT akan berlansung. Ini merupakan aktiviti terbesar yang diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

image


Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ini.

Mungkin ada yang sudah mengetahuinya  dan ada yang masih tidak tahu langsung kewujudan taman riadah ini. Taman riadah ini  sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan.

Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC ,@kelabkomuniticyberjaya.

Ok , berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar . Cik iena pun tak sabar-sabar nak tunggu hari kejadian .


Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni.. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar  oleh KBBA dan masih belum dibuka untuk orang ramai untuk menyertai aktiviti . Walaubagaimanapun anda dijemput hadir untuk memeriahkan majlis .disamping dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. KBBA akan merancang untuk aktiviti yang lebih  besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni ..

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :




Anda  dijemput hadir untuk memeriahkan aktiviti yang julung julung kali diadakan..


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Cabaran Enerz GST di EnerZ Indoor Extreme Park Subang Jaya



 EnerZ Indoor Extreme Park



EnerZ Extreme Park ,Taman Ekstrem dan Arena Sukan Tertutup pertama di Asia telah melancarkan Cabaran EnerZ G.S.T.  Majlis pelancaran ini turut disertai oleh selebriti /model /pelakon Malaysia yang sememangnya terkenal dengan gaya hidup sihat, cantik dan bergaya iaitu Amber Chia dan juga anak lelaki beliau iaitu Aaron .


 EnerZ Indoor Extreme Park

Di dalam dunia modelling ,Cik iena memang minat Amber Chia , kalau tengok fashion show dia tak boleh nak ambil gambar macam ni
(^_~)


 EnerZ Indoor Extreme Park


 EnerZ Indoor Extreme Park

Wah tinggi betul Amber Chia , kurus lagi.
Ketinggian cik iena 165 cm sahaja


Cabaran EnerZ GST



 EnerZ Indoor Extreme Park


Cabaran EnerZ G.S.T. (Gut Builder – Sky Ropes – Trampolines) memerlukan anda melakukan salah satu aktiviti yang ada disini :-

  • Gut Builder
  • Sky Ropes
  • Trampolines
Kemudian rakam atau ambil gambar sewaktu anda beraksi dan muat naik ke lama sosial – facebook atau instagram dengan hashtag #EnerHereICome #EnerzGSTChallenge dan #EnerzWhoDaresMe.

Jangan lupa tag rakan-rakan yang anda ingin mereka sahut cabaran dari anda.



EnerZ Indoor Extreme Park Subang Jaya


EnerZ Extreme Park, merupakan kompleks sukan "indoor" yang menawarkan pelbagai aktiviti sukan ekstrem dan ianya terbuka untuk semua peringkar umur Untuk kanak-kanak, had ketinggian ditetapkan iaitu mestilah melebihi 90cm. Ini bagi memastikan keadaan fizikal kanak-kanak adalah bersesuaian dengan aktiviti yang bakal mereka sertai di sini.

EnerZ telah memperkenalkan konsep "Gaya Hidup Energetik" yang mana menggalakkan orang ramai untuk hidup dengan gaya aktif dan sihat. Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, EnerZ Extreme Park bukan sahaja menyediakan pelbagai ruang aktiviti buat mereka yang sudah dewasa bahkan, terdapat juga peralatan dan permainan yang sememangnya dikhaskan buat kank-kanak.



 EnerZ Indoor Extreme Park



Untuk pengetahuan anda, Ketika berada di sini , adalah wajib untuk memakai sarung kaki khas, yang boleh didapati dari EnerZ Extreme Park. Disepanjang anda berada di situ anda hanya perlu memakai stokin khas sahaja . Tidak perlu memakai kasut . Jadi tak perlulah hadir lengkap berkasut sukan (^_~)



 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park




Selain daripada gelanggang badminton, kelas "fitness", macam-macam lagi. Kemudahan seperti helmet keselamatan, Locker untuk menyimpan barang, Terdapat juga banyak tempat duduk untuk bersantai.  Kafe' yang menjual pelbagai makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan..
Rak kasut juga ada disediakan...

Berikut merupakan Senarai harga yang ditawarkan,



 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park


EnerZ juga memperkenalkan EnerZ Edutainment Program yang direka khas untuk kanak-kanak adaptasi daripada "Australian Eduitainement Programme".

 EnerZ Indoor Extreme Park

Program ini direkabentuk sesuai dengan budaya dan proses pembelajaran kanak-kanak di Malaysia yang membolehkan mereka mengeksplorasi keseronokan aktiviti fizikal. Di samping membentuk kualiti "leadership" dalam diri dan juga skil bermain dalam kumpulan.



Cik iena dan Cabaran EnerZ G.S.T.

Cabaran Pertama iaitu Gut Builder , cabaran ni sangat mencabar bagi cik iena kerana ia merupakan kali pertama untuk cik iena menyertai aktiviti seperti ini. Buat pertama kali cik iena panjat wall ni
"Wall Climbing"


 EnerZ Indoor Extreme Park

Pada awalnya semangat berkobar-kobar . Cik iena ni tak lah berani sangat tapi cik iena suka mencuba .
 


Gambar sebelum pendakian (^_~)
muka ceria


 EnerZ Indoor Extreme Park
kak hassri , rakan model

 EnerZ Indoor Extreme Park
peace , saya takut haha

 EnerZ Indoor Extreme Park
okay cik iena ini extreme activity, hawat pose mcm model

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park
baca doa sebelum panjat

 EnerZ Indoor Extreme Park
dup dap dup dap


cik iena tak sa pai atas pun , kaki ketaq2 bila pandang bawah . Lagi sikit je nak sampai.
Sebenarnya cik iena gayat tempat tinggi . Bila dah pandang bawah tu. hahaha


 EnerZ Indoor Extreme Park


Cabaran yang kedua cik iena cuba Trampolines. Yang ni memang yang paling best lah . Penat tapi seronok lompat-lombat. Memang sesuai untuk anda-anda yang ingin membakar lemak dengan pantas. 



 EnerZ Indoor Extreme Park

Trampoline

Trampoline

Trampoline
 
 







 EnerZ Indoor Extreme Park
bersama top blogger  +Bro Framestone dan trampoline coach - jimmy
     
    Satu lagi cabaran yang cik iena tak sempat buat adalah sky ropes sebab dah nak balik , member ada hal . Last sekali sebelum balik kami main  Basket Ball



 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park
     
     


Gambar-gambar  di EnerZ


 EnerZ Indoor Extreme Park
semasa sesi pendaftaran media

 EnerZ Indoor Extreme Park
thanks kak hassri sudi teman cik iena

 EnerZ Indoor Extreme Park
Amber Chia

 EnerZ Indoor Extreme Park
Amber Chia








 EnerZ Indoor Extreme Park
cik iena dan kak hassri




Adik kesayangan selaku Personal Assistant

 EnerZ Indoor Extreme Park


 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park
 
Bersama crew EnerZ yang peramah

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park
With top blogger abg +Ben Ashaari


Cik iena kehausan ni

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park

 EnerZ Indoor Extreme Park



 EnerZ Indoor Extreme Park  
 
 
 
 
Kepada anda di luar sana yang berminat dengan aktiviti extreme boleh lah datang di EnerZ. Beriadah bersama Keluarga sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan dan bermanfaat.

Keterangan lanjut boleh layari www://enerz.my ataupun www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark

EnerZ  : Lot 791, Persiaran Subang Indah, 47500 Subang Jaya, Selangor 

TERIMA KASIH DIATAS JEMPUTAN MEDIA :)
Insya Allah akan hadir lagi dan bawa kawan yang berminat . Tak Puas main (^_~)
 
iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve