Grab The Promo
Grab The Promo

KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal



KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal

Baru-baru ini KFC Malaysia telah meganjurkan sebuah peraduan di Instagram bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bertemakan #sehatisejiwa. Dimana peraduan itu telah berlangsung bermula dari 1 Ogos sehingga 3 September 2015. Peraduan ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan.
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal


Tanggal 10 september 2015 , bertempat di The View, Roof Top, G Tower Hotel, KL,  KFC  telah mengadakan satu majlis untuk meraikan para pemenang peraduan tersebut. Cik iena turut sama di jemput untuk memeriahkan majlis tersebut yang diberi nama KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal.

View, Roof Top, G Tower Hotel, KL
cik iena di View, Roof Top, G Tower Hotel, KL



Melalui peraduan tersebut , peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan beserta pesanan makanan yang di beli melalui KFC Delivery hotline atau laman web mengikut kreativiti memasing . Gambar yang dimuat naik perlu membawa pengertian “ Sehati Sejiwa “ bersempena dengan tema kemerdekaan tahun ini .
Pemenang kontes KFC Delivery #sehatisejiwa
Pemenang kontes KFC Delivery #sehatisejiwa


Gambar para peserta yang bertanding dalam peraduan ini telah dinilai melalui gambar kretif berkaitan dengan KFC Delivery dan slogan yang  terbaik. Seramai tiga pemenang utama telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1500 ( Johan ), RM 1300 ( Naib Johan ) dan RM 1000 ( Tempat Ketiga ) . Manakala 7 lagi telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM 200 setiap seorang . 
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Cik iena bersama Scha Alyahya



KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
cik iena bersama Awal Ashaari





Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk cabutan bertuah, face painting, dan juga pelbagai permainan yang menghiburkan . Sesi ramah mesra dengan selebriti jemputan iaitu pasangan suami isteri popular Scha dan Awal adalah acara yang paling meriah. Telatah Awal dan Scha sangat mencuit hati para hadirin yang hadir. Sifat ramah mereka menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.


KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Permainan bersama artis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal



Gambar bersama rakan blogger yang turut hadir di majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Gambar bersama rakan blogger yang turut hadir di majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal




KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal

Terima kasih di ucapkan kepada KFC kerana sudi menjemput cik iena dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis ini. Mohan jangan segan silu jemput lagi  (^_~)
 Website : www.kfcdelivery.com.my
Hotline  : 1300-222-888

Gambar Kredit Kepada  : www.feeqsays.com


Live Update


















iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


#TravellingBeruang campaign


#TravellingBeruang Adalah kempen untuk mengumpul dana dan sokongan untuk kanak-kanak Malaysia yang disahkan menghidap penyakit kanser. #TravellingBeruang comel telah melawat pelbagai negara setakat ini untuk menjadi mata dan telinga  kanak-kanak berpenyakit kanser yang tidak mampu untuk melakukan perjalanan, dan kini  #TravellingBeruang boleh didapati  di penerbangan AirAsia! . Ianya dijual dengan Harga RM65

Semua hasil daripada #TravellingBeruang akan disalurkan terus kepada MAKNA untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang mana keluarga mereka  tidak mampu membayar rawatan kanser yang mahal.

Hanya ikut langkah-langkah mudah di bawah: -

1) Muat turun  gambar #TravellingBeruang kempen karya seni diatas dan muat naik ke dalam akaun Instagram anda

2) Kongsi bagaimana anda boleh meningkatkan kesedaran tentang kanak-kanak yang dijangkiti  kanser melalui #TravellingBeruang comel ini dalam kapsyen anda

3) Sertakan hashtags #TravellingBeruang #AABCTravellingBeruang dan hantar!


Nota Blog : Insya Allah 14 oktober 2015 cik iena akan travel ke luar negara dengan menggunakan Air Asia. Cik iena akan support kempen ini dengan membeli #TravellingBeruang dalam flight nanti :)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming di Amel Fawz Beauty & Spa




Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming di Amel Fawz Beauty & Spa


Mesotherapy Vshape Lifting & Firming adalah rawatan untuk membantu membuang lemak di sekitar wajah, dagu dan leher.Ia akan memberi kesan kulit yang tegang dan anjal serta merta selepas rawatan.Disamping itu ia nya membantu mengurangkan kedutan pada wajah dan membentuk wajah agar kelihatan runcing.




Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming di Amel Fawz Beauty & Spa
yeahhh ini lah Amel Fawz Beauty & Spa

Rawatan ini sering di lakukan oleh Artis-artis Malaysia untuk mendapatkan dagu yang runcing tanpa suntikan dimana rawatan ini menggunakan teknik urutan khas, dan mesin urutan khas bagi membantu membentuk dagu agar kelihatan runcing. Namun untuk mendapatkan hasil dagu yang runcing anda memerlukan rawatan yang berterusan.


Amel Fawz Beauty & Spa
Amel Fawz Beauty & Spa


Pada anda yang baru mengamalkan rawatan ini, adalah di cadangkan untuk melakukan rawatan ini tiga kali berturut-turut dimana ianya dilakukan seminggu sekali. Bermaksud dalam masa tiga minggu. Anda perlu melakukan sekali seminggu rawatan ini secara berturut. Kemudian di ikuti dengan rawatan dua minggu sekali selama sebulan, bermaksud dalam sebulan itu anda melakukan rawatan ini dua kali secara berturut. dan seterusnya anda hanya perlu melakukan rawatan ini sebulan sekali bagi mengekalkan keruncingan dagu anda.


Amel Fawz Beauty & Spa
keadaan bilik rawatan



Menarik bukan, tanpa perlu suntikan kolagen dan botok anda boleh mendapatkan dagu yang runcing hanya menggunakan teknik urutan khas beserta mesin urutan khas untuk membentuk dagu anda agar kelihatan runcing. Kebanyakan wanita mengamalkan rawatan ini di Amel Fawz Beauty & Spa . Rawatan ini jarang ditawarkan di Spa Lain . Artis juga turut melakukan rawatan ini di sini. Nak tau artis mana, jom lah pergi Amel Fawz Beauty & Spa . Servis yang ditawarkan memang terbaik. Layanan yang cukup baik daripada pekerja dan juga pemilik Amel Fawz Beauty & Spa .


Amel Fawz Beauty & Spa
selepas sesi rawatan, cik iena bersama pemilik Amel Fawz Beauty & Spa  dan miza (rakan blogger)





Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pemilik Amel Fawz Beauty & Spa  kerana sudi melayan cik iena, mengurut sendiri wajah cik iena. Wah cik iena terharu sangan, pemilik Amel Fawz Beauty & Spa , Puan Azliana Yusof  yang membuat rawatan itu sendiri. Memandangkan ramai pelanggan yang hadir ketika itu dan ada salah seorang pekerja tidak sihat maka Puan Azliana Yusof    sendiri turun padang untuk memberi khidmat buat pelanggan. Sangat bagus bukan. Boss yang baik okay.



Amel Fawz Beauty & Spa
bersiap sedia untuk baring di sini yeahh



Okay jom baca sedikit prosuder ketika cik iena melakukakn rawatan ini.




Procedure:


1. Cleansing Milk
2. Facial Cleanser
3. Face massage with face massage cream by hand (10mnt)
4. Face massage with lifting & firming serum by Mesotherapy machine (15mnt)
5. Firming & Lifting Mask
6. Ultrasonic with Lifting & Firming Serum
7. Skin Activator Spray for Lifting & Firming
8. Moisturiser

RM200 per treatment


Langkah yang buat cik iena rasa nak tidur bila Puan Azliana Yusof urut wajah cik iena dengan tangan. Rasa seronok pulak orang belai muka kita kan. Kemudian langkah paling penting urutan menggunakan Mesotheraphy machine, hehe cik iena penggeli.

Mula-mula terkejut.Ada rasa macam kebas-kebas enjit semut gitu. Kalau tak rasa macam tu maknanya mesin tu tak bertindak balas la kan.
Selepas Puan Azliana Yusof melakukan urutan tersebut pada bahagian kanan wajah cik iena. Cik iena lihat sendiri hasilnya. MEmang jauh perbezaan pipi kanan dan kiri cik iena. Pipi kanan yang telah di urut semakin kurus dan runcing ke dagu.

Wahhh suka nya cik iena. Tapi cik iena tak boleh nak selfie  sebab semasa rawatan , pelanggan berkemban je. Pelanggan di berikan baju kemban khas. Aahahahha seksi tau. Makanya cik iena tak boleh lah nak ambil gambar. Seksi banget :D
Selepas tu cik iena di pakaikan mask. Okay cik iena tidur terus. Best, sejuk je.



Firming & Lifting Mask
Firming & Lifting Mask, ahaha cik iena tidur waktu ni, gambar diambil oleh pihak spa
Selepas bukak mask ni, memang rasa sangat segar tau, kulit pun rasa lembab, tegang. Lepas tu wajah cik iena di  semburkan dengan Skin Activator Spray for Lifting & Firming dan kemudian krim pelembab. Adoi memang toing-toing kulit lembut macam iklan baby. Itu antara kesan terawal yang cik iena dapat sejurus selepas rawatan. Kulit rasa tegang , anjal dan lembut. Blackheads cik iena hilang serta merta okay. Bersih hidung cik iena.Dah takde rasa keras-keras blackheads kat bahagian hidung. Memang licin dan lembut je bahagian hidung cik iena yang keras ade blackheads tu. Eh tapi dalam gambar memang tak nampak pasal cik iena make up kan (^_~)

Okay selain daripada Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming  . Terdapat pelbagai lagi rawatan yang di tawarkan di Amel Fawz Beauty & Spa. Okay boleh rujuk gambar di bawah ya

Amel Fawz Beauty & Spa
okay ni senarai rawatan yang ada, haha cik iena saja selfie nak tunjuk ini lah wajah tanpa make up cik iena selepas rawatan tersebut. Gambar awal-awal tu ada make up simple2. Ouh rawatan ini tak boleh hilangkan eyebags harap maklum. itu kesilapan cik iena sendiri kurang tidur hehe




Okay pada anda yang ingin mendapatkan rawatan ini anda boleh hubungi 0196098400 & 0196688400 untuk tempahan dan pertanyaan .  Amel Fawz Beauty & Spa  terletak di Bukit Jelutung Shah Alam.


Official Page : Amel Fawz Official
Instagram : @amelfawzbeaute 
whatsapp : 0196098400 & 0196688400








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Katalog Avon Kempen 18 2015


Katalog Avon Kempen 18 2015


Hai korang, dah tengok ke belum katalog avon kempen 18 ? Maaf cik iena hampir lupa update katalog terbaru Avon . Okay jom kita tengok promosi-promosi menarik dari avon



Tarikh

15- 29 September 2015

PERCUMA!
Dapatkan 
Risalah Kemuncak 
+ 
Risalah Shop & Earn 
Kempen 19, 2015 Di
BUTIK KECANTIKAN AVON
Senarai Alamat 

berhampiran anda.




Katalog Avon Kempen 18 2015

Katalog Avon Kempen 18 2015


Okay jom tengok lebih lanjut lagi

 
 Katalog AVON kempen 18 2015




 Katalog Sebelum

 Katalog AVON kempen 17 2015

Katalog Semasa Sila Klik
KATALOG ONLINE AVON






Untuk membuat Pesanan secara online
Sila hubungi adik manis

Shila

Atau boleh datang ke mana-mana butik Avon berhampiran anda mahupun dealer-dealer avon berhampiran anda
(^_~)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Hijab


 hijab style and fashion


Sebagai wanita islam, kita wajib menutup aurat . Tahukah anda apa erti Hijab? 

Al-Hijab berasal dari kata hajaban yang membawa maksud menutupi, dengan kata lain Al-Hijab adalah benda yang menutupi sesuatu. Menurut Al-Jarjani dalam kitabnya At-Ta’rifat mendefinisikan bahawa Al-Hijab adalah setiap sesuatu yang terhalang dari pencarian kita, dalam erti bahasa berarti  man’u yaitu mencegah, contohnya: Mencegah diri kita dari penglihatan orang lain.


hijab style and fashion




Jika di perhatikan dengan teliti trend fesyen Muslimah terkini di Malaysia, ramai diantara wanita Muslim atau hijabista yang mengenakan selendang atau dikenali dengan Shawl untuk menggantikan tudung biasa. Ini adalah kerana fenomena hijab style and fashion terbaru yang cukup digilai ramai. Shawl adalah ibarat tudung moden namun ianya tetap untuk kegunaan yang sama iaitu menutup aurat

Terdapat beberapa jenis seleksi rekaan hijab style online yang boleh didapati seperti glitter shawl, chiffon shawl, lace shawl, cotton shawl, satin shawl, plain shawl, beaded shawl dan pelbagai jenis yang lain. Ianya digunakan untuk menutupi Aurat kaum hawa iaitu menutup bahu,menutup dada,menutup  bahagian atas badan ,menutup rambut dan kepala. Fungsinya adalah sama seperti hijab biasa – untuk menutup aurat bagi wanita Muslim.


hijab style and fashion




Shawls sangat terkenal dalam kalangan wanita beragama Islam di Malaysia terutamanya. Apa yang istimewa tentangnya ialah iamya hadir dengan pelbagai jenis pattern dan warna. Malah atas faktor rekaan yang lebih moden dan segar, ia telah diterimapakai untuk kegunaan ke pejabat. Ini juga adalah hasil usaha para pereka fesyen yang bersungguh-sungguh menyuntik elemen tersebut agar ianya kelihatan lebih trendy ketika dipakai. 
 


hijab style and fashion




Fesyen hijab style online juga telah mengalami perubahan yang cukup ketara sejak akhir-akhir ini hasil usaha pereka fesyen yang bersungguh-sungguh memberikan sentuhan kreatif mereka ke atas hijab atau tudung agar kelihatan lebih trendy. Ini memberikan impak yang cukup positif buat pasaran Hijab di Malaysia dan memperlihatkan permintaan yang cukup tinggi. Penggunaan Hijab juga memberikan lebih ‘wow’ factor buat anda andai digayakan dengan betul. Terdapat pelbagai stail hijab yang boleh digayakan dan anda boleh buat experiment sendiri agar menepati cita rasa dan personaliti sendiri.










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


 Karnival Sepaktakraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan 2015 di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam pada 17 hingga 20 September 2015  mencipta rekod penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak tahun 2007. Jumlah Hadiah terkumpul yang ditawarkan adalah sebanyak RM15,650 .



Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Kesemua peserta yang terlibat di Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015



Universiti Putra Malaysia (UPM)  telah membuktikan keunggulan sebagai jaguh kategori Institusi pengajian tinggi (IPT) apabila membolot gelaran juara di  Karnival Sepak takraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan dan dikuti oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM)  di tempat yang kedua.


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena hadir untuk memberi sokongan kepada adik



Cik iena berkesempatan menghadirkan diri di Karnival Sepak takraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan 2015. Kehadiran cik iena adalah untuk memberi semangat kepada Adik cik iena yang mara ke peringkat akhir dalam katagori Wanita.




Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Naib Johan Kategori Wanita Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Tahniah cik iena ucapkan kepada adik cik iena (Cik Yatie Jamil) dan rakan-rakan yang mewakili UiTM B ke Peringkat Akhir dan berjaya menempatkan diri di tempat ketiga dan kedua. Walaupun adik cik iena agak sedikit kecewa dengan kekalahan tipis pada set yang kedua. Sedih juga cik iena lihat adik cik iena menangis tapi cik iena tetap berbangga kerana adik cik iena telah mendapat tempat yang kedua. Sekurang-kurangnya dapat melayakkan diri ke peringkat Akhir. Johan berjaya di rangkul oleh Sukma Perak C.

 

 

 

 Video LiveUpdate di Instagram















 
 
 
 
 
 
Gambar cik iena di Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena dan adik, cik yatie jamil
Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
cik iena dan adik juga, deqnor :)

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
wefie bersama adik-adik UiTM

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena dan adik-adik


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
sementara menunggu sesi  penyampaian hadiah , layan perlawanan akhir kategori IPT (UiTM VS UPM)


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
eh cik iena pun nak menyibuk ambil gambar dengan pemenang

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
ehh sebenarnya cik yatie jamil bukan adik kandung tapi awek kepada adik kandung tu yang berbaju putih tapi kami sekeluarga dah anggap cik yatie jamil macam ahli keluarga sendiri :)


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
sambil2 tengok game kita wefie :)



Wokay sekian update untuk cerita semalam :)
Untungkan awek-awek adik lelaki cik iena hehe . Semuanya rapat dengan keluarga cik iena. Keluarga kami memang mesra alam gituh. Tak sombong tak diva .. tak cerewet. tak pilih bulu. tak suka musuh sana musuh sini.  ahahah ape lagi ehh, kene tanya awek-awek adik la kot. Cik iena ada 3 orang adik lelaki yang mana berusia 27 tahun , 22 tahun dan 4 tahun . Yang masih takde awek rasmi yang bongsu lah berusia 4 tahun. 




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Produk penjagaan dan kecantikkan diri keluaran Oceanlife Marketing  kini melebarkan sayapnya dengan melancarkan tiga lagi produk terbaru iaitu sabun kecantikan untuk muka dan badan(Ephyra Skin Bar), jus premium wanita (Inteemor) dan minuman tenaga buat kaum lelaki ( M2Flex).

Ephyra Skin Bar RM39


Ephyra Skin Bar , sabun yang diformulasi 100% dari bahan asli semulajadi dan dirumuskan untuk kegunaan muka dan badan. Dapat memberikan kebaikan untuk merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat serta jeragat. Dengan penggunaan Ephyra Skin Bar, kulit bukan sekadar lebih lembut malahan lebih anjal dan tegang serta bebas kotoran dan minyak.

Inteemor RM49


Inteemor pula adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan dalaman dan luaran, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti.

M2Flex RM180


M2Flex adalah minuman kesihatan tambahan yang dirumuskan khas untuk lelaki. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gim. Selain dapat menambahkan prestasi tenaga dan mental, minuman M2Flex dapat membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk badan yang diidamkan setiap lelaki.

Ketiga-tiga produk terbaru ini telah diformulasikan dengan teknologi terkini dan diperakui keberkesanannya setelah melalui proses penyelidikan secara intensif.



Gambar Di Sekitar Ephyra Gala Dinner



Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ephyra  telah memPerkenalkan 3 Produk Baru ini  pada majlis gala dinner yang berlansung pada 14 Ogos yang lalu di Dewan Tun Dr Ismail PWTC. Sehingga hari ini cik iena telah mencuba Ephyra Skin Bar dan cik iena sangat suka akan hasilnya.


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ianya dapat memudarkan parut jerawat dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat datang bulan cik iena. Satu produk lagi cik iena masih belum cuba iaitu Inteemor- minuman jus premium wanita . Selepas cik iena habiskan Produk review untuk produk supplement yang sedang cik iena amalkan ni cik iena akan cuba yang ni. Cik iena kene cuba satu-satu untuk mendapatkan keberkesanannya.



Manakala produk M2Flex untuk abam-abam sado tu cik iena beri pada orang lain. Kalau cik iena makan nanti sado pulak badan cik iena kan. Habis korang semua tak kenal cik iena nanti. Maka nya cik iena beri pada encik boyfriend sebab cik boyfriend memang aktif bersukan badminton dan sukan basikal. Encik Bf pun rajin jogging. Cik iena je yang kurang rajin. Rajin pergi event je (^_~)





Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru

Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru






Terima kasih kepada pihak Epyhra kerana sudi menjemput cik iena dan bersama dua orang blogger lagi ke Malam Gala Dinner Ephyra. Acara gilang gemilang untuk meraikan dan menghargai rakan niaga, pengedar, media cetak, elektronik, media sosial serta pengguna setia Ephyra yang sentiasa menyokong perjalanan Ephyra selama ini.

Bagi anda yang berminat nak dapatkan produk Ephyra boleh buat pembelian online di website Oceanlife2u, facebook Oceanlife2u. Instagram : @ephyra2u





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Dirty Benefits Coffee Scrub


Dirty Benefits - Coffee Scrub


Ramai wanita mahupun lelaki mengidamkan kulit yang lembut,halus mulus.Berurusan dengan kulit wajah yang kasar tentulah kurang menyenangkan. Tambahan lagi kulit yang kasar dapat membuat anda kelihatan lebih tua dari usia yang sebenarnya dan juga dengan kulit yang kasar sangat sukar untuk mendapatkan hasil yang sempurna ketika menggunakan make-up.


Dirty Benefits - Coffee Scrub

Untuk melembutkan atau menghaluskan kulit wajah dan juga badan kita selain daripada membersih dan menggunakan pencuci dan juga pelembab kita perlu melakukan skrub pada wajah dan juga badan bagi membuangkan sel-sel mati pada kulit kita.


Mencuci wajah dengan pembersih yang mengandung butiran scrub adalah salah satu pilihan. Namun penting untuk diingat agar hanya memilih produk scrub dengan butiran yang halus. Bagi anda yang memiliki kulit kering, anda cukup melakukannya 1 kali seminggu. Manakala bagi anda yang memiliki kulit normal dan berminyak, anda dapat membersihkan muka dengan butiran scrub 2 sampai 3 kali seminggu.


Dirty Benefits - Coffee Scrub
Dirty Benefits - Coffee Scrub RM 69 Per Pack ( 2 - 3 moth usage)


Disini cik iena ingin mencadangkan satu produk skrub yang cik iena sendiri telah mencubanya dan cik iena sangat suka dengan hasilnya . Coffee Scrub Daripada Dirty Benefits memang sangat bermanfaat . Ianya melembutkan kulit kita, dapat membuang sel-sel kulit mati. Selain daripada itu ianya juga dapat memudarkan parut jerawat atau parut-parut lain mahupun selulit dan Stretch Marks .Ia juga boleh menghilangkan Blackheads dan whiteheads . Sekiranya ingin kesan yang cepat dalam menghilangkan parut. Rajin-rajinkanlah skrub badan :) 

Yang pasti ianya adalah daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia. Jadi ianya adalah selamat untuk di gunakan.





Dirty Benefits - Coffee Scrub
Dirty Benefits  Coffee Scrub Memang Best !!!!!!!

 Untuk kesan yang lebih mujarab adalah digalakkan untuk bermula dengan membasuh kulit wajah atau badan dengan air  suam, kemudian, kita gosokkan scrub secara lembut dengan gerakan melingkar di seluruh kulit wajah dan badan. Setelah selesai anda skrub secara lembut kemudian anda membilas kembali dengan air suam dan selesai.




Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau

Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau

Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau


Selepas berskrub anda juga boleh membilas dengan sabun mandian anda yang lain jika anda tidak meninginkan bau kopi melekat di wajah atau badan anda. Selepas mengeringkan badan anda juga boleh menyapu losyen pada badan anda seperti biasa. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan lembab daripada yang sebelumnya. Haaa lebih kurang kulit bayi la. Lembut je bila pegang okay.





Untuk mendapatkan produk skrub ini anda boleh layari laman web dan juga laman sosial Dirty Benefits. Istimewa buat pembaca blog cik iena anda boleh mendapatkan diskaun RM10 dengan menggunakan Kod Voucher ini 
DBienaeliena 



 

Harga: RM 69 (Untuk 2 - 3 Bulan Penggunaan)
Dapatkan Diskaun RM10 Dengan Voucher Code DBienaeliena = RM59 selepas diskaun
website :  www.dirtybenefits.com
Instagram : @DirtyBenefits 
Facebook : www.facebook.com/DirtyBenefits

Whatapps : 017-6429069





Instagram Updated










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve