Grab The Promo
Grab The Promo

7 PUNCA GEMUK

Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam BMI (Body Mess Index), ukuran BMI berdasarkan ketinggian.

Semua orang berisiko menjadi gemuk, namun mereka yang mempunyai sejarah keluarga, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat serta terdedah kepada persekitaran yang boleh menggalakkan seseorang itu boleh menjadi lebih gemuk adalah lebih berisiko.

Menurut Dr. Che Romzey Che Din, penyelidik obesiti yang juga pakar perbidanan dan sakit puan, lambat atau cepat faktor-faktor diatas kalau tidak dicegah, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. Walaupun kegemukan itu bukan satu penyakit tetapi jika dibiarkan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:

• Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.


• Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh, sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.

• Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.

• Hormon Tidak Seimbang - Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.

• Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres.
Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.

• Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.

• Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat
obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.
Cik iena : cik iena badan naik sb tak control makan
hahahah opsssss
bile ade job photoshoot product & catwalk baru nak diet (^_~)
ikat perot kaw2 punyer..huhuhuhu




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Day 6: With 1Charity Volunteer & homeless (4 Mei 2012)


Pada hari ini 4 mei 2012 untuk aktiviti pengagihan makanan kepada homeless di masjid jamek lebih meriah daripada biasa dengan kehadiran pelajar daripada IPTA dan IPTS.Ditambah lagi dengan bantuan pakaian yang dikumpulkan oleh pihak 1Charity diberi kepada homeless pada hari tersebut.Makanan yang dihidang kan pada malam tersebut adalah  Mee Soup.
Oleh kerana terlalu ramai volunteer pada hari tersebut jadi cik iena tak ikut midnite run utk mengagihkan makanan kepada homeless dan di jalanan.

Program pengagihan makanan untuk homeless ini diadakan pada setiap hari khamis dan jumaat bertempat di Masjid Jamek Kuala Lumpur.Program akan bermula pada pukul 9 mlm.Volunteer akan mula memasak dan menyediakan makanan pada pukul 9 mlm.1 jam diperuntukkan untuk menyediakan makanan.
Sekitar pukul 10 mlm keatas makanan akan mula di agihkan kepada homeless yg hadir di masjid jamek.
Sementara menunggu makanan siap,aktiviti untuk homeless juga disediakan seperti wayang pacak,kelas belajar al-quran dan sebagainya.

Pada yang berminat untuk menjadi volunteer blh lah hadir pada hari tersebut(^_~)

Entry Berkaitan :
http://www.ienaeliena.com/2012/05/day-5-with-1charity-volunteer-homeless.html






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve