Grab The Promo
Grab The Promo

Kek Marble Kukus


Kek marble kukus merupakan  kek yang mudah  untuk disediakan.  Kek ini digemari golongan veteren.  Enak dihidang bersama minuman bersusu.



kek marble kukus
 

Bahan bahan

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya (kalau tak ada boleh tambah 1/4 susu pekat lagi)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, hijau, coklat dan kuning
Cara Cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur
satu persatu dan pukul sebati.
2. Masukkan susu pekat serikaya dan esen vanilla. Kacau rata
dan masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3. Bila sebati bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna
pada setiap adunan.
4. Sendukkan selang seli kedalam loyang yang telah dilengser
dengan margarin.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam
atau sehingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong



Sumber : www.facebook.com

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RESEPI KEK KEJU LEMON


Kek keju atau Cheese Cake semakin menjadi pilihan untuk santapan harian mahupun sebagai kek sambutan hari jadi atau hari-hari istimewa lain. Kek keju Lemon adalah kek keju yang patut anda cuba.
 
 
RESEPI KEK KEJU LEMON
 


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur
250 gm cream cheese
1 1/4 tin susu pekat
2 biji buah lemon – ambil jusnya
Buah lemon untuk hiasan
.
Cara Membuat:
.
1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian,masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.
.
2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.
.
3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan sementara.
.
4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.
.
5. Akhir sekali,masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.
.
6. Hiaskan dengan susunan buah lemon/parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.
.
7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.
.










Sumber : https://www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


KEK LAPIS CRAKER BERKRIM


Gabungan Nestum dan milo beserta cream cheese dan sos karamel membuat kek lapis creaker berkrim ini enak  dan lazat penuh berkrim pasti menjadikannya ia di sukai ramai.
 
 
KEK LAPIS CRAKER BERKRIM
 
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Nestum
Sedikit serbuk koko @ Milo
Susu Pekat @ Sos Karamel
250gm Cream Cheese
75gm Butter
Setengah cawan gula
1 Pek Cream Cracker – 40 keping
2 cawan susu – rendaman biskut
.
Cara Membuat:

.
1. Masukkan cream cheese, butter serta gula di dalam bekas dan pukul hingga sebati. Rendam biskut jangan terlalu lembik dan susun di dalam loyang.
.
2. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata keatasnya. Jangan terlalu tebal. Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel. Dilayangkannya agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
.
3. Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duannya. Ulang langkah tadi hingga habis. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Hidang semasa ia sejuk.
.
P/S: Kek ini amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel dan ditabur dengan serbuk nestum disetiap lapisannya. Sesuai juga disajikan untuk menu minum petang anda bersama keluarga. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya


Sumber : https://www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


LEMON BLUEBERRY CHEESE BARS


Rasa Cheese yang di gandingkan dengan blueberry pasti membuat anda teruja .



LEMON BLUEBERRY CHEESE BARS
 
 
Bahan-Bahan:
.
Base –
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits
100g oreo di hancurkan, optional
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar
.
Filling –
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling
.
Cara Membuat:
.
Buat Base –
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9′. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.
.
Buat Filling –
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.
2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.
5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.
6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.
7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman
.
 
 
 
Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Resepi Tat Limau Nipis


Tat merupakan sejenis kuih yang paling mendapat sambutan pada hari perayaan mahupun untuk santapan harian. Kebiasaan nya tat yang biasa kita makan adalah tat nenas . Selain itu Tat Limau nipis ini juga sangat enak dan unik . Boleh di cuba utuk santapan anda .
 
 
Resepi Tat Limau Nipis
 

.

BAHAN-BAHAN:


BAHAN UNTUK PASTRI COKLAT (ASAS KULIT TAT COKLAT):

BAHAN A:


125gm mentega
80gm gula aising


BAHAN B:

1 biji telur
½ sudu teh esen vanila


BAHAN C:

230gm tepung gandum
50gm serbuk coklat


BAHAN INTI:

3 biji telur
90gm gula kastor
90ml susu segar
70ml jus limau nipis
70ml krim putar UHT
Pewarna hijau secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat pastri coklat, campurkan bahan A dan gaul sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan bahan B dan bahan C. Gaul adunan sehingga membentuk doh.

3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 30 minit dan bentuk di dalam acuan tat. Bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 170°C. Asingkan.

4. Untuk bahan inti pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.

5. Akhir sekali, paipkan adunan ke dalam kulit tat yang telah siap dibakar dan bakar sekali lagi pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit.



Sekiranya tidak mahu rasa masam yang keterlaluan, bolehlah dikurangkan jus limau nipis di dalam adunan..


Sumber : www.facebook.com
 
Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


KEK BROWNIE BUTTER


Kek Brownie Butter  kek yang meyelerakan lagi sedap , tekstur yang  lembut basah lagi menaikkan selera.



KEK BROWNIE BUTTER

 

Bahan-Bahan:

.
Bahan Brownie –
1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula perang
140 gm coklat masakan
1 biji telur gred A – dipukul
1/4 cawan tepung serbaguna
.
Bahan Kek Butter –
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
2 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
50 ml susu segar
.
Cara Membuat:
.
1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.
.
2. Cara buat brownie. Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.
.
3. Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.
.
4. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
.
5. Cara buat kek butter. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.
.
6. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi.
.
7. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.
.
 
 
 
Sumber : www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)
 






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RESEPI CHEESE MUFFIN


Cheese muffin adalah muffin yang lazat dan enak di makan. Sesuai di buat santapan minum pagi atau petang bersama keluarga mahupun di buat juadah untuk majlis-majlis lain.

 
RESEPI CHEESE MUFFIN
 

Bahan-Bahan:

.
Bahan Kering –
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
.
Bahan Basah –
1 biji telur gred A
1 cwn susu segar/susu cair
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn cheddar cheese ~ diparut
.
Cara Membuat:
.
1. Ayak bahan kering, baking powder, gula kastor dan garam.
.
2. Dalam mangkuk yang lain campur bahan basah telur, susu, dan minyak. Pukul sekejap sahaja sekadar untuk bercampur adunan.
.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke dalam campuran tepung dan gaul rata. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga rata.
.
4. Sudukan adunan muffin ke bekas acuan yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletakkan dalam papercup, isi 3/4 penuh, tabur sedikit parutan cheedar cheese diatasnya.
.
5. Panaskan oven dengan suhu 180’C ~ 200’C dan bakar selama 20 ~ 25minit.
.
Nota: Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras, membuat muffin telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan tangan sahaja. Suhu oven sebaiknya tinggi 180~200’C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit, bila dah panas masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven, insyalah muffin akan naik dengan cantiknya.



Sumber :www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lazada Returns, Refunds and Replacements


Sekiranya anda membuat pembelian dan barangan yang di hantar adalah salah atau rosak anda berhak untuk meminta ianya di gantikan atau meminta pulangan wang.


Lazada Returns, Refunds and Replacements
Baru-baru ini cik iena ada beli sesuatu di Lazada dan, vendor menghantar salah barang di mana vendor telah membuat kesilapan memasukkan barang kepunyaan pelanggan lain di dalam sampul cik iena. Mungkin terlalu banyak barangan di jual pada sales baru-baru ini membuatkan mereka kelam kabut dalam membungkus barangan.
Lazada Returns, Refunds and Replacements
invoice and barang orang lain yang cik iena dapat
Okay kalau anda alami situasi ini mula-mula anda perlu call lazada customer service






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Elegance bergaya eksklusif di Poh Kong



Wanita sering dikaitkan dengan Emas.Wanita dan emas tidak boleh dipisahkan, begitu jugak dengan lelaki. Lelaki dan motor ibarat lagu dan irama. "Andai dipisah lagu dan irama,  lemah tiada berjiwa hampa".


Elegance bergaya eksklusif di Poh Kong


Dalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang, Emas sangat membantu untuk membuat pelaburan yang sangat menguntungkan di masa hadapan. Lebihan wang yang di gunakan untuk membeli Emas adalah sangat bagus kerana kebiasaannya nilai emas akan meningkat dari masa ke semasa berbanding dengan nilai mata wang yang ada turun dan naik sehingga boleh jatuh nilai dengan mendadak.
Setiap wanita pasti sukakan emas dan ingikkan emas, terutama bagi wanita-wanita yang ingin melansungkan majlis pertunangan, pernikahan mahupun perkahwinan. Selain itu emas juga di beli untuk koleksi peribadi dan juga pelaburan. Emas juga sesuai di buat hadiah buat ibunda tercinta yang telah melahirkan kita . Haa cik iena pun belikan hadiah cincin emas buat puan ibunda tau. Ceria tak terkata bila puan ibunda dapat.

Untuk itu cik iena ingin memberitahu anda semua tentang koleksi terbaru daripada Poh Kong dan juga Poh Kong Year End Festive Collection . Kita sedia maklum bahawa Poh Kong merupakan jenama Emas yang terkenal di Malaysia dengan koleksi-koleksi nya yang Eksklusif dan Elegan.
Sempena penutup tahun 2015 ini Poh Kong mengadakan Poh Kong Year End Festive Collection istimewa khas buat anda semua.  Terdapat pelbagai koleksi menarik untuk anda miliki.

Untuk pengetahuan anda, Poh Kong juga merupakan penaja utama Clothes Buffet Malaysia Season 3 2016 yang bakal berlansung pada 26 & 27 March 2016 bertempat di Lot 10,  Bukit Bintang Jam 9.50 AM Hingga 9.00 PM . Poh Kong juga merupakan penaja bagi The Secret Affair Party yang cik iena sertai baru-baru ini. Melihat koleksi Poh Kong yang sangat menarik tertarik , ekslusif serta elegance pada hari tersebut membuat kan cik iena tersangat berkenan dan ingin memiliki koleksi tersebut. Untuk itu, cik iena pun mengorak langkah untuk mengunjungi Poh Kong untuk mengetahui lebih lanjut .


Elegance bergaya eksklusif di Poh Kong



Cik iena ke Poh Kong Mid Valley, malangnya koleksi tersebut telah pun habis. ia nya di keluarkan sedikit-sedikit terlebih dahulu menurut promoter yang melayan cik iena. Kalau nak tempah dulu pun boleh. Seminggu siap katanya. Tapi cik iena nak cuba dulu kat jari. Promoter tersebut cadang kan untuk ke Poh Kong Pavillion kerana kebiasaannya Design baru atau promosi baru akan sampai sana terlebih dahulu. Malangnya cik iena sangat lah sibuk untuk ke sana.


Elegance bergaya eksklusif di Poh Kong


Okay cik iena tunjuk juga sedikit gambar di Poh Kong Mid Valley. Actually tak boleh ambil gambar terutamanya tang Harga tapi cik iena nak kongsi harga-harga yang cik iena tau untuk cincin yang cik iena berkenan :)


Elegance bergaya eksklusif di Poh Kong
cuba cincin lain la sb cincin dalam katalog yang cik iena nak tu takde lagi



poh kong
cuba cincin lain la sb cincin dalam katalog yang cik iena nak tu takde lagi




Walaupun tak dapat nak tengok,try,test ,cuba beli hehe cincin kesukaan cik iena tu tapi puas hati sebab Layanan yang baik dari Poh Kong.Untuk itu cik iena cerita serba sedikit mengenai Koleksi terbaru Poh Kong  yang cik iena berminat dan yang pasti  anda peminat Emas juga akan berminat.



Elegance bergaya eksklusif di Poh Kong


Multiple Joy Ring


Poh Kong memperkenalkan Multiple Joy Ring di mana ia di lengkapi daripada koleksi pelbagai iaitu  emas, emas putih, dan rose gold rings with diamonds . Anda akan terasa muda , cantik bergaya dan meriah untuk  mengenakan cincin eksklusif ini. Ia adalah cincin yang paling melengkapi gaya anda dari Poh Kong. Cik iena sangat menyukai cincin ini kerana design nya yang sangat Eksklusif dan unik sesuai untuk wanita berkerjaya dan selalu ke majlis-majlis pelancaran dan sebagainya  seperti cik iena . Cincin ini agak trendy dan sangat sesuai untuk golongan muda.





Multiple Joy Ring
Multiple Joy Ring


 Untuk design Multiple Joy Ring diatas yang cik iena berminat, harga semasa semasa cik iena ke Poh Kong Mid Valley baru-baru ini adalah RM 1699 . Terdapat 3 design lain lagi yang menarik yang boleh anda miliki seperti di bawah.


Multiple Joy Ring
Cincin pertama atas kiri berharga RM 1599, cincin bersebelahan berharga RM 1699, manakala cincin di bawah kiri berharga RM 1699 dan cincin bersebelahan berharga RM 1699



Tranz oleh Poh Kong



Tranz oleh Poh Kong mempunyai koleksi terbaru barang kemas yang di ilhamkan oleh keindahan dan nikmat alam semulajadi. Ianya direka dalam emas 22K.


Tranz Charm Bangle
Tranz Charm Bangle

 Untuk koleksi Tranz oleh Poh Kong ini cik iena tertarik dengan Tranz Charm Bangle. Ianya mempunyai daya tarikan yang sangat menarik dimana ianya di hiasi dengan unsur-unsur yang berbeza lagi aneh tetapi nampak sangat menarik. Gabungan dragonfly, petite spider,honey bee sangat menarik perhatian .

Tranz oleh Poh Kong boleh di dapati dalam koleksi loket, cincin dan anting-anting.


Tranz
 




ANGEL™ Diamond Oleh Poh Kong


ANGEL™ Diamond Oleh Poh Kong  adalah ikon yang unik dan memikat , mencerminkan cahaya yang sempurna dan kecemerlangan tulen dan berlian persegi yang paling sempurna manis di dunia. Ianya diperbuat oleh tukang berlian terbaik dengan yang paling maju teknologi pemotongan berlian, reka bentuk yang rumit ANGEL™ Diamond pasti membuat an da terpesona dengan keanggunan beserta reka bentuk yang memikat .


Angel Diamond Ring
Angel Diamond Ring

Untuk koleksi  ANGEL™ Diamond, cik iena tertarik dengan keunikan dan kemewahan Angel Diamond Ring yang sangat cantik ini. Sangat sesuai untuk di buat cincin pertunangan mahupun perkahwinan. Koleksi yang cukup unik, cantik lagi menarik serta mewah.



 ANGEL™ Diamond boleh di dapati dalam koleksi loket, cincin dan anting-anting.


ANGEL™ Diamond
ANGEL™ Diamond






Poh Kong Year End Festive Collection


Untuk pengetahuan anda Poh Kong membuat Jualan Hujung Tahun yang Istimewa buat anda semua. Jangan Lupa Kunjungi Poh Kong Berhampiran anda. Terdapat pelbagai lagi koleksi menarik yang tidak sempat cik iena kongsikan. Jadi jangan lupa ke Poh Kong Ya,  Lagi-lagi buat bakal pengantin atau yang bakal bertunang . Sempena hari Natal ini juga anda boleh hadiahkan pada yang tersayang salah satu daripada Koleksi Poh Kong. Pasti Yang Tersayang akan lebih gembira dan terasa sangat di hargai.






Untuk maklumat lanjut menegenai Poh Kong’s new year’s festive collection, sila layari:

Poh Kong Official Website: www.pohkong.com.my     
Facebook: pohkongjewellers
Instagram: pohkongmy








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Red Velvet Garden dari Cake Sense


Red Velvet Garden Cake Sense

Merupakan salah satu kek keluaran istimewa sempena sambutan Hari Natal atau Krismas. Dekorasi yang simple tetapi mampu menarik perhatian dengan buah-buahan, daun beserta cream cheese.




Red Velvet Garden Cake Sense
Rasa cream cheese yang cukup cheezy dan red velvet cake yang lembut  beserta dekorasi buah-buahan yang simple tetapi menarik.

Pada awalnya cik iena bawa sahabat karib ke Cake Sense KLCC, kerana beliau mengidam nak makan Portuguese Egg Tart . Setelah mak buyung ternampak kek yang comel ni mak buyung teringin nak makan. Haa kalau dah mengidam kene lah beli, nanti air liur baby meleleh-leleh. Ouh itu tidak comel.



Red Velvet Garden Cake Sense
Selesai pilih-pilih jom bayar

Kehadiran kami di layan baik oleh pekerja yang cukup ramah menerangkan menu-menu baru seperti roti Eurosoft yang mana ianya menggunakan Yis buatan mereka sendiri. Menarik juga. Next time cik iena cuba . Dan kami di beritahu lagi  Red Velvet Garden ni merupakan salah satu daripada kek istimewa yang di keluarkan hanya pada musim perayaan Hari Natal


Red Velvet Garden Cake Sense
Haa ini kek promosi sempena hari natal, nak balik baru perasan. Ramai sangat customer lalu lalang (^_~)


.

Walaubagaimanapun semua orang boleh membeli kek tersebut. Bukan terhad kepada mereka yang menyambut hari Natal . Cuma ianya di buat khas sempena hari Natal. Ahaa cik iena tak sabar pula nak tengok kek istimewa keluaran hari raya,  tahun baru cina dan deepavali. Mesti menarik juga kan. Ini lah kelainan yang terdapat di Cake Sense :)



Red Velvet Garden Cake Sense
cik iena with bff, riana. Pregy mom yang mengidam :)

CAKE SENSE PRIVATE SALE PUBLIC BANK 17,18 dan 30 Disember 2015


Red Velvet Garden Cake Sense
CAKE SENSE PRIVATE SALE PUBLIC BANK 17,18 dan 30 Disember 2015

 Okay nah belanja gambar kek ni dari pandangan atas.
Cream cheese  yang banyak dan sedap nyummyyy



Red Velvet Garden Cake Sense



Selain daripada  Portuguese Egg Tart , Red Velvet Garden , Ginger Cookies ni pun menarik perhatian kami. Ouchh comel kan. Ramai juga beli yang ni tau :)


CAke Sense Ginger Cookies
CAke Sense Ginger Cookies

Cookies ni memang menjadi kegemaran kanak-kanak dengan dekorasi nye yang menarik perhatian kanak-kanak ditambah dengan gabungan warna yang menceriakan.


Di sebabkan rancangan awal kami nak lepak depan KLCC dan beli Egg tart je, di sebabkan dah terpengaruh dengan Red Velvet Garden Cake yang comel ni, kami perlu cari lokasi untuk lepak makan. Ahaaa jom makan. Layan kan gambar yer. Macam biasa kalau dengan cik iena kamera makan dulu (^_~)



Red Velvet Garden Cake Sense
Deqnor

Red Velvet Garden Cake Sense
with my bff, hehe tu yang asal nye nak makan egg tart :)



Red Velvet Garden Cake Sense
Yeahh cik iena meraikan baby yang bakal lahir nanti. Hope bff dapat baby girl mesti comel



Red Velvet Garden Cake Sense
ish geram pulak cik iena dengan kek comel ni



Red Velvet Garden Cake Sense
Tahniah diatas pregnancy syg.. sory kite x komen kat status fb awak bukan sb kite tak care tp kite bz. Nah special kite celebrate sama sempena your pregnancy (^_~).. Nak tunggu iena tak tau bile..kawen pun belom lagi haha



 Wokiess, Lapa pulak tulis pasal Kek ni, Jangan lupa cuba tau. Kek ni istimewa di bulan Disember sahaja . Kepada sahabat dan pembaca blog yang bakal meraikan Hari Natal. Selamat Hari Natal di ucapkan . Dan Kepada saudara Islam, Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 24 Disember 2015.
Wah cuti bersambung-sambung. Bestnya (^_~)


Untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari

Facebook : Cake Sense
Instagram : @my_cakesense
Tel : 03-6272 1851
Fax : 03-6272 1831
Email : info@cakesense.com


Cawangan-cawangan Cake Sense


Petaling Jaya
No 19. Jalan SS 24/8 , Taman Megah
47301 Petaling Jaya
Tel/Fax : 03-7805 

Taman Tun Dr Ismail
No.26 Jalan tun mohd fuad, Taman tun dr ismail 
60000 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-7727 0176

Tropicana City Mall
Lot LG-45 , Tropicana City Mall, jalan SS20/27 
47400 Petaling Jaya
Tel/fax : 03-7731 1908

Setia City Mall
Pot UG-K02, Setia City Mall , Persiaran setia dagang, Bandar setia alam, SEK U13
40170 Shah Alam

Suria KLCC
C03-C05, Suria KLCC Shopping centre, jalan ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel/fax : 03-2163 5951


Paradigm Mall
Lot LG-30 , paradigm mall jalan SS7/26a , 
47301 Kelana jaya
tel : 03-7887 0189

Empire Shopping Gallery
Lot FK03A, First floor, Empire Subang, jalan SS16/1 
SS16, 47500 Subang ajaya
tel/fax : 03-5613 0189





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve