KETAKUTAN BUKAN FAKTOR. Wah menarik tajuk kan, Baru-baru ini gambar cik iena beraktiviti lasak ada di siarkan di dalam malajah NUR keluaran Ogos 2015 dalam ruangan santai .
Cik iena ni bukan lah jenis duduk diam, cik iena tak suka melepak menghabiskan masa benda tak bermanfaat . Kebiasaannya aktiviti lasak macam ni ramai rakan cik iena kurang berminat untuk sertai. Cik iena ni jenis suka mencuba walaupun ada rasa sedikit takot haha .
Eh majalah ni boleh pulak display umur cik iena
Pada yang nak tau umur cik iena jom tengok gambar haha..
Okay sebelum tu pada yang nak mencuba aktiviti skytrex ni jom tengok
email : skytrex@skytrex-adventure.com Phone : +6 013 276 98 41 Address: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Opss nampak tak umur cik iena tu hahaha
okay terbongkar rahsia. Sebenarnya umur cik iena 30 tahun
Pada yang cik iena terpanggil kakak atau abang tu tp muda dr cik iena tu mintak maaf la yer
Kebanyakan kawan-kawan yang baru kenal tak percaya bila cik iena bagi tau umur cik iena 30
aummm i dah 3 series you
bahagian yang paling cik iena geruni macam buaian, cik iena sorang je yang melepasi bahagian ni, lin tak berani hehe, huwaaa nak nangis. Nasib baik la ade coach yang hensem bagi semangat hahahah okbai
Maaf masa ni cik iena tak bawa phone ke atas sebab nanti akan mengganggu kerja-kerja photographer. Cik iena selfie je dah setengah jam kan. Jadi untuk menjaga reputasi ceh ceh..tinggalkan hp. Biarkan encik photog buat kerja dengan tenang (^_~).
Behind the scene photoshoot wanita berkerjaya & extreme activity Majalah Nur Karangkraf di Skytrex Shah Alam bersama rakan model, make up artist dan juga blogger Dalin LienDa Winda
Kerjaya cik iena sebagai seorang programmer , model, make up artist dan juga blogger
Kerjaya cik lien sebagai setiausaha, model, make up artist dan juga blogger.
Okay berikut pula gambar dari hp cik iena . Tapi cik iena tak bawa h masa naek skytrex sebab photographer tak bagi bawa nanti melambatkan masa . Photog nam ambil gambar , kami nak ambil gambar jadi lambat habis nanti . So yang tu kalau nak tengok kene tunggu majalah NUR keluaran Ogos 2015
Pada 9 Mei 2015 yang lepas, lebih 20 orang ibu bersama keluarga diraikan di Enerz Inndoor Extreme Park Subang Jaya.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan untuk mereka menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga.
Menurut Alvin Tey – Managing Director, EnerZ Extreme Park,
"Agak normal hari ini melihat ahli keluarga duduk di restoran tanpa berinterasi antara satu sama lain. Tepi lebih utamakan phone dan juga table.
Di EnerZ, kami ingin mewujudkan kesedaran betapa pentingnya meluangkan masa berkualiti dan eratkan ikatan kekeluargaan dengan melakukan aktivti yang menyeronokan bersama-sama. Inilah matlamat sebenar untuk event ini.
"
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan dan taklimat ringkas keselamatan , Kemudian para ibu bapa didedahkan dengan Kids Edutainment Programme.
Selepas itu jurulatih EnerZ menunjukkan pergerakan asas untuk Trampolin dan para
peserta dikehendaki untuk turut sama melakukan pergerakan asas tersebut.
Setelah sesi pembelajaran cara-cara lompatan di atas trampoline . Para blogger dan keluarga di beri peluang untuk mencuba pelbagai permainan yang berada di sana termasuklah Sky Ropes dan Guts Builder.
Pada kali ini cik iena memilih untuk mencuba Sky Ropes . Sebelum ini cik iena pernah mencuba Guts Builder . Kali ni nak lebih mencabar.
bergambar sebelum naik keatas untuk mencuba sky ropes
Selepas aktiviti bebas, blogger dan keluarga menikmati makanan tengah hari. Pada waktu makan tengah hari cik iena dan 4 lagi rakan masih dalam misi sky ropes. Jadi kami terlewat untuk makan . Tapi makan tetap makan . Tugasan task 4 untuk amek gamba sedang makan harus di buat :)
Selepas selesai makan bermula lah aktiviti berkeluarga , terdapat 3 game yang perlu setiap keluarga sertai . Setiap keluarga dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Cik iena merupakan kumpulan pertama yang diberi nama Super Hero oleh adik Naqib .
Setiap kumpulan perlu bertanding sesama kumpulan untuk menentukan pemenang . Untuk permainan ini . Kumpulan cik iena telah menjuarai permainan ini . Permainan yang cukup membakar lemak cik iena. Penat berlari menyelamatkan diri. Dan akhirnya apabila hanya tinggal cik iena seorang dalam ahli kumpulan yang masih hidup untuk teruskan permainan. Cik iena terpaksa melancarkan serangan. Sehinggalah akhirnya tinggal satu di pihak cik iena dan satu di pihak lawan . Disaat cik iena membuat balingan putus asa, akhirnya balingan tersebut mengenai kaki pihak lawan dan kemenangan jatuh pada pihak kami . Yeayyyyyyy Alhamdulillah cik iena berjaya menumbangkan hero kumpulan lawan .
Pemenang keseluruhan kumpulan jatuh kepada kumpulan super hero iaitu kumpulan cik iena. Dan pemenang bertuah untuk memiliki ipad adalah mommy lin. Tahniah dear
Cik iena berkesempatan berborak dengan jimmy , salah seoarang coach di sini, menurut jimmy ibu bapa yang hadir di sini boleh meminta staff Enerz untuk menjaga anak-anak mereka. Jadi para ibu bapa boleh lah menikmati segala permainan disini dengan tenang kerana disini anak-anak mereka akan dijaga oleh ahli keluarga Enerz seperti keluarga sendiri.
Cik iena sendiri menyaksikan keakraban staff & coach enerz bersama beberapa kanak-kanak yang berada disitu.
Kebanyakan ibu bapa yang hadir disitu memohon bantuan staff dan coach enerz untuk memerhatikan gerak geri anak mereka sementara mereka melakukan aktiviti-aktiviti lain di situ.
Ada juga diantara ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di Enerz selepas waktu sekolah dan menjemput kembali anak mereka selepas waktu bekerja .
Disni terdapat pelbagai kemudahan termasuk cafe untuk anak2 mereka makan .
Jadi mungkin mereka boleh menjimatkan kos membayar upah orang untuk menjaga anak dengan hanya duduk di rumah. ditukarkan dengan aktiviti yang lebih sihat di Enerz.
Dua minggu yang lepas cik iena berkesempatan ke Enerz buat kali kedua. Aktiviti trampoline yang cukup sihat dan seronok buat cik iena rasa ingin ke sana lagi. Dah dua minggu baru nak tulis. Memandangkan esok cik iena ada jemputan event di Enerz. Maka cerita ini perlu publish dulu sebelum cerita mengenai aktiviti terbaru di Enerz.
Asalnya rakan blogger +Bro Framestone nak buat mini gathering untuk blogger. Memandangkan bro ajak last minit sangat ramai yang tak dapat hadir. Cuma tiga blogger sahaja yang hadir .
A photo posted by Bro Framestone (@broframestone) on
Pertama kali cik iena jumpa kak saidila yang cukup peramah dan baik hati .
Masa ni cik iena cuma ambil dua jam sahaja untuk lompatan. Waktu untuk main trampoline adalah setiap jam tepat sebagai contoh 10 pagi hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 12 tgh hari. Kalau kita masuk lewat rugilah. Baik kita tunggu dulu .Contoh sampai pukul 10.15 atap 10.30 . Adalah lebih berbaloi kita tunggu pukul 11. Boleh lepak-lepak ambil mood dulu. Boleh makan-makan. Ada Cafe disediakan :)
Untuk setiap satu jam anda akan dei berikan tiket berlainan warna bagi membezakan waktu lompatan
Nak tau apa yang best tentang Enerz lagi boleh baca entry cik iena yang lepas
Selepas sesi lompatan . Kak saidila bawa kami makan di tempat berhampiran.Kak Saidila memang tinggal di Subang . Maka tau lah tempat makan best . Terima kasih kak belanja makan. Yeayy esok jumpa akak lagi di Enerz .
Haaaaa ade cerita lawak tau, punya lah lama kami lepak, masa nak balik baru cik iena perasan cik iena lupa nak tanggalkan stokin Enerz. Dah la pakai selipar je . Memang macam orang baru lepas bersalin . Patutlas semua pandang pelik . Ingat kan apalah yang tak kena kan
PEace, nampak tak kaki tu . Melangkah penuh gaya tapi kaki berstokin dan selipar. Mesti orang pelik kenapa perempuan ni baru lepas bersalin keluar rumah . Tapi selim melim pulak badan nya haha
Tu dia stokin enerz , jalan penuh comel okay
Sekian cerita di Enerz . Esok cik iena akan kesana lagi . Terima Kasih banyak2 diatas jemputan . Cik Bloggr memang sukakannya hehe..
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
EnerZ Extreme Park ,Taman Ekstrem dan Arena Sukan Tertutup pertama di Asia telah melancarkan Cabaran EnerZ G.S.T. Majlis pelancaran ini turut disertai oleh selebriti /model
/pelakon Malaysia yang sememangnya terkenal dengan gaya hidup sihat,
cantik dan bergaya iaitu Amber Chia dan juga anak lelaki beliau iaitu
Aaron .
Di dalam dunia modelling ,Cik iena memang minat Amber Chia , kalau tengok fashion show dia tak boleh nak ambil gambar macam ni
(^_~)
Wah tinggi betul Amber Chia , kurus lagi.
Ketinggian cik iena 165 cm sahaja
Cabaran EnerZ GST
Cabaran EnerZ G.S.T. (Gut Builder – Sky Ropes – Trampolines) memerlukan anda melakukan salah satu aktiviti yang ada disini :-
Gut Builder
Sky Ropes
Trampolines
Kemudian rakam atau ambil gambar sewaktu anda beraksi dan muat naik ke lama sosial – facebook atau instagram dengan hashtag #EnerHereICome #EnerzGSTChallenge dan #EnerzWhoDaresMe.
Jangan lupa tag rakan-rakan yang anda ingin mereka sahut cabaran dari anda.
EnerZ Indoor Extreme Park Subang Jaya
EnerZ Extreme Park, merupakan kompleks sukan "indoor" yang menawarkan
pelbagai aktiviti sukan ekstrem dan ianya terbuka untuk semua peringkar
umur Untuk kanak-kanak, had ketinggian ditetapkan iaitu mestilah
melebihi 90cm. Ini bagi memastikan keadaan fizikal kanak-kanak adalah
bersesuaian dengan aktiviti yang bakal mereka sertai di sini.
EnerZ telah memperkenalkan konsep "Gaya Hidup Energetik" yang mana
menggalakkan orang ramai untuk hidup dengan gaya aktif dan sihat. Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, EnerZ Extreme Park bukan sahaja
menyediakan pelbagai ruang aktiviti buat mereka yang sudah dewasa
bahkan, terdapat juga peralatan dan permainan yang sememangnya dikhaskan
buat kank-kanak.
Untuk
pengetahuan anda, Ketika berada di sini , adalah wajib untuk memakai
sarung kaki khas, yang boleh didapati dari EnerZ Extreme Park.
Disepanjang anda berada di situ anda hanya perlu memakai stokin khas
sahaja . Tidak perlu memakai kasut . Jadi tak perlulah hadir lengkap
berkasut sukan (^_~)
Selain daripada gelanggang badminton, kelas "fitness", macam-macam lagi. Kemudahan seperti helmet keselamatan, Locker untuk menyimpan barang, Terdapat juga banyak tempat duduk untuk bersantai. Kafe' yang menjual pelbagai makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan..
Rak kasut juga ada disediakan...
Berikut merupakan Senarai harga yang ditawarkan,
EnerZ juga memperkenalkan EnerZ Edutainment Program yang direka khas
untuk kanak-kanak adaptasi daripada "Australian Eduitainement
Programme".
Program ini direkabentuk sesuai dengan budaya dan proses
pembelajaran kanak-kanak di Malaysia yang membolehkan mereka
mengeksplorasi keseronokan aktiviti fizikal. Di samping membentuk
kualiti "leadership" dalam diri dan juga skil bermain dalam kumpulan.
Cik iena dan Cabaran EnerZ G.S.T.
Cabaran Pertama iaitu Gut Builder , cabaran ni sangat mencabar bagi cik iena kerana ia merupakan kali pertama untuk cik iena menyertai aktiviti seperti ini. Buat pertama kali cik iena panjat wall ni
"Wall Climbing"
Pada awalnya semangat berkobar-kobar . Cik iena ni tak lah berani sangat tapi cik iena suka mencuba .
Gambar sebelum pendakian (^_~)
muka ceria
kak hassri , rakan model
peace , saya takut haha
okay cik iena ini extreme activity, hawat pose mcm model
baca doa sebelum panjat
dup dap dup dap
cik iena tak sa pai atas pun , kaki ketaq2 bila pandang bawah . Lagi sikit je nak sampai.
Sebenarnya cik iena gayat tempat tinggi . Bila dah pandang bawah tu. hahaha
Cabaran yang kedua cik iena cuba Trampolines. Yang ni memang yang paling best lah . Penat tapi seronok lompat-lombat. Memang sesuai untuk anda-anda yang ingin membakar lemak dengan pantas.
bersama top blogger +Bro Framestone dan trampoline coach - jimmy
Satu lagi cabaran yang cik iena tak sempat buat adalah sky ropes sebab dah nak balik , member ada hal . Last sekali sebelum balik kami main Basket Ball
Kepada anda di luar sana yang berminat dengan aktiviti extreme boleh lah datang di EnerZ. Beriadah bersama Keluarga sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan dan bermanfaat.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com