Grab The Promo
Grab The Promo

Berita Harian : Impak Travelling Beruang


Berita Harian : Impak Travelling Beruang
wefie bersama fafau dan my bff riana dan tak lupa cik travelling beruang cik iena :)
 
Minggu lepas terselit lah muka cik iena di berita harian keluaran 8 November 2015 di mana hari berlakunya kejadian pick pocket keatas cik iena. Gambar wefie cik iena bersama fafau dan juga elizad tu diambil dengan hp yang di curi tempoh hari. Banyak jasa HTC ONE M9+ cik iena ni tau.  Baru-baru ini dapat berita gembira menang contest gambar hasil daripada kamera hp yang hilang tu. Hadiahnya tajaan setahun ahaaa. Nanti dah dapat surat rasmi baru bagi tau ye (^_~)
Memandangkan cik iena kelam kabut dengan kes pick pocket cik iena tak sempat beli surat khabar. Dua gambar daripada yaya cendana dan satu gambar diatas ni dari makcik cik iena iaitu cik shima. Cik Shima whatsapp gambar. Hehe beruntung ada makcik yang sentiasa alert kalau anak buah keluar paper. Tempoh hari keluar majalah NUR pun makcik ambil gambar and bagi ke cik iena :)
Berita Harian : Impak Travelling Beruang
Cik iena tak dapat baca cerita kat paper tu apa yang cik iena tau ianya mengenai kempen travelling beruang yang cik iena sertai bersama air asia blogger community. 
Baru-baru ini cik iena bercuti di chiang mai dan chiang rai thailand bersama cik travelling beruang .
Untuk pengetahuan, percutian tersebut dan travelling beruang yang cik iena bawa adalah hasil titik peluh cik iena. 
Bukan  free tau. Bercuti tu untuk reward diri sendiri setelah penat bekerja. Bukan Air Asia sponsor. Mohon jangan salah sangka. Saya suka bercerita, berkongsi cerita .  (^_~) Agak ramai juga yang salah sangka yang menyangka percutian cik iena bersama travelling beruang adalah di taja air asia. Cik iena cuma menyokong air asia dan makna untuk kempen tersebut.
 Maksudnya cik iena bukan sekadar share kempen tersebut malahan cik iena turut sama membeli travelling beruang tersebut bagi menyokong kempen tersebut.  Alhamdulillah selepas pulang dari Malaysia Air Asia ada beri cik iena hadiah travelling beruang dan jemputan ke tayangan amal travelling beruang. Haa tu gambar yang keluar paper berita harian tu lah :)
Berita Harian : Impak Travelling Beruang



Gambar-gambar ini  diambil semasa TAYANGAN AMAL TELEFILEM TRAVELLING BERUANG




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Letak tangan di dada dan baca AL-Fatihah Jika RIndu seseorang


Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah .


Letak tangan di dada dan baca AL-Fatihah Jika RIndu seseorang

Ya Allah , jika _____(nama dia) ialah jodohku , kau dekatkanlah hati kami . Tetapi jika dia bukan jodohku , kau hilangkanlah perasaan ini .

Begitulah kata-kata Ustaz don yang pernah cik iena dengari . Rindu itu kan anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani pasti akan rasa rindu itu kerana ia dah jadi fitrah manusia. Tidak salah kalau kita rindukan seseorang yang jauh nun disana. Kalau cik iena ni memang susah lah nak jumpa encik buah hati sebab dia sangat sibuk orangnya. 

Kadang-kadang terdetik di hati, betul ke dia sibuk. Hurmm okay cik iena jangan dengar suara-suara syaitan tu. Yakin lah pada orang yang kamu sayang. Kalau ada jodoh ada lah. Kalau takde, redha ketentuan Illahi. Mungkin dia bukan yang terbaik. haha itu ayat nak melegakan hati kan kan..
Tapi jauh di sudut hati cik iena harap awak setia okay.

Apa-apa pun Awakkkk . kite rindu awak T______________T

Saya minta maaf kalau saya ada buat awak sakit hati atau cemburu atau apa-apalah. Awak terlalu pendiam dan pemalu, susah saya nak tau apa yang awak pendam. Kalau tak tanya memang saya tak tau. Saya harap sangat awak faham kerjaya cik blogger yang perlu banyak bersosial but dont wory awak tetap nombor satu di hati (^_~)








Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 12 November 2015

Alhamdulillah setelah sebulan tidak berkecipung dalam aktiviti kerja amal ini, cik iena sempat juga hadir . Sesibuk mana pun kita berikhtiar lah untuk terus beramal. Macam-macam kerja amal yang kita boleh buat. Cik iena memang terlibat dengan 1charity sejak tahun 2012. Bila sibuk cik iena tak datang. Kalau dah lama tak datang tu Insya Allah akan cuba selit-selit masa untuk datang (^_~)


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
sukarelawan yang sedang mengeluarkan barang dan bersedia untuk mengagihkan makanan

Malam tadi, makanan sampai lewat so kami gunakan makanan yang di beri daripada jawi untuk di beri kepada tetamu kami. Kalau nak sediakan makanan yang kami masak mungkin akan lagi lewat. Kesian pada mereka-mereka yang menunggu. Mereka lapar tau. Kebiasaannya masa dorang  makan pukul 10.30 malam. So kami terpaksa beri makanan daripada jawi tetapi kami tambah lauk pauk yang kami masak.


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
nyummy

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬


Menarik kan menu dia. Auchh sedap sangat meriah banyak lauk tau . Malam tadi cik iena kene bahan je dengan atok sebab ulang perkataan yang sama dekat setiap orang yang cik iena beri makanan. Atok siap main2 macam tekan button radio. STOP... okay PLAY... bila ada orang datang amek makanan dia sebut  PLAY..


"JEMPUT MAKAN, ADA PISANG AND KUIH KAT BELAKANG" 


haha okay rasa macam lebih 300 orang semalam. Jenuh juga bersuara tapi cik iena tak kisah sebab rasa seronok sangat bile dorang cakap terima kasih. Bayangkan semua cakap terima kasih and ada yang doa semoga murah rezeki. Aminn.. Semua tu buat hati cik iena tenang dan gembira dengan aktiviti kerja amal kat sini . Walaupun penat baru balik kerja datang sini. tapi nikmat dia lain. Hanya Allah yang mengerti. Alhamdulillah cik iena dah berkecipung dari tahun 2012 sampai sekarang. Semoga Allah merahmati kawan-kawan sukarelawan dan gelandangan cik iena :)





Malam tadi ada kejadian yang tidak di duga berlaku .

JANGAN HALAU GELANDANGAN SEKIRANYA MEREKA ADA DUIT UNTUK BAYAR


Terdapat seorang gelandangan yang mengamuk kerana di halau keluar oleh kedai mamak. Beliau berkata beliau baru sahaja duduk nak makan kemudian di halau. Tak baik tau buat orang macam tu. Kalau dia ada duit apa salahnya benarkan dia makan di situ. Kesian cik iena tengok. jangan lah memilih pelanggan. Mentang-mentang baju dia comot. Sedih tau. Cik iena dah biasa dengan gelandangan ni. Dorang ada kisah masing-masing. Korang perlu ingat tak semua kita bernasib baik. Suatu hari nanti kita pasti akan di duga cuma kita tak tau macam mana kita di duga. Macam cik iena cik iena baru di duga dengan kes seluk saku yang mana kerugian hampir 3 ribu tapi cik iena masih bersyukur cik iena selamat. Cik iena tak lah di duga seteruk kawan-kawan gelandangan kat sini.
Tolong lah jangan perkecilkan golongan gelandangan. Setiap orang ada kisahnya. Nangis kita tau. tak mau buat kawan kita macam tu okay


GAMBAR CIK IENA DAN KAWAN-KAWAN




Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
selfie dengan adik sementara tunggu makanan sampai

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
selfie dengan rakan sukarelawan- atok namanya


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
sukarelawan yang sedang mengeluarkan barang dan bersedia untuk mengagihkan makanan



Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
sukarelawan yang sedang mengeluarkan barang dan bersedia untuk mengagihkan makanan

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
tengah siapkan makanan

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
ehhh sempat selfie sambil buat kerja haha

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
nyummy


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
rakan rakan sukarelawan

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬
lokasi dimana aktiviti ini di jalan kan, lorong bank muamalat jalan melaka... ehh uncle bawak makanan tu kita suka dia selalu tambah makan dua tiga kali.peramah tau





Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.

 
JOM TENGOK GAMBAR LAGI DI FB
KLIK SINI

Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.




HELP THE POOR :- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to them may be the reason Allah forgives you and enters you into Jannah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.

(Hadis Riwayat at Tirmizi)



Live Update IG







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


LEPAS GERAM DI BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE


Ahad yang lepas cik iena kempunan nak makan boat noodle sebab kene pick pocket . Terima kasih adik yang memahami cik iena. Melayan karenah kakaknya makan boat noodle kegemaran . 
BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE



Setelah selesai urusan di DIGI CENTRE , kami ke boat noodle . Seperti biasa kene tunggu queue la. Sementara tunggu queue jalan-jalan dulu . Tapi kali ni cik iena lebih berhati-hati. Takot kene pick pocket buat kali kedua. Kali ni semua orang cik iena pandang macam ehh ko nak curik ke.. hahaha okay teruk betul fobia dia. Kalau masuk ke kedai-kedai pun habis semua orang cik iena nak tengok handbag risau ada tangan-tangan tengah mencuri ke kan. taparan hebat betul kes pick pocket hari tu.



Selesai waktu menunggu giliran, kami kembali ke boat noodle dan menikmati hidangan kegemaran cik iena iaitu Ayutthaya Chicken Boat Noodle , Sangkaya , Coconut Shake & Tea


Okay biarlah gambar berbicara. Dah ngantok nak tidur sebenarnya haha

BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
khusyuk order

sangkaya BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
may fav sangkaya

BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
sangkaya sedap tahap colek-colek kaya sampai habis


BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
nyummyyyyyy

BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
roti dia lembut sangat tau

BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
terima kasih rajin layan karenah kakak nya si hantu boat noodle, aha siap tapau air teh okay

BOAT NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
okay sangkaya licin.. sedap sangat




Selesai makan, kami ke http://www.ienaeliena.com/2015/11/pastikan-cc-tv-berfungsi-elak-kecurian.html?m=0





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


SIMCARD BARU DI DIGI BERJAYA TIMES SQUARE


BErikutan kes cik iena di pick pocket tempohari, cik iena terpaksa membuat banyak urusan seperti membuat IC, LESEN, BANK CARD dan juga mengambil SIM CARD baru di DIGI BERJAYA TIMES SQUARE  

SIMCARD BARU DI DIGI BERJAYA TIMES SQUARE



Menurut encik polis sekiranya kehilangan simcard akibat kecurian, tiada bayaran di kenekan . Ahaaa tak betul tu tau kawan-kawan. Kene bayar meh. Dengan yakin nya cik iena ingat tak perlu bayar. Yelah Dah polis kata macam tu kan . Nasib baik lah bawa dut kan dan nasib baik lah RM10.60 sahaja (^_~) . Okay lepas ni cik iena perlu buat yang lain-lain pula. Memandangkan cuti tahunan cik iena dah habis. Huhu kene pandai-pandai lah cari masa untuk pergi buat kan :)





SIMCARD BARU DI DIGI BERJAYA TIMES SQUARE



Selesai ambil sim card DIGI, cik iena melepaskan geram di Boat Noodle. Hahah sebelum ni kene pick pocket sebab menunggu masa 20 minit nak makan boat noodle lah. Dah booking , then penuh kene tunggu 20 minit, sementara tunggu jalan-jalan lah cuci mata. Terbekenan baju kat kedai tu . Dan terjadilah kisah Pick Pocket yang sungguh menyedihkan cik iena. Sedih tau.. Susah kerja carik duit. Orang senang-senang je nak pick pocket. Kerugian hampir 3K . Boleh Baca  http://www.ienaeliena.com/2015/11/pick-pocket-di-my-new-fashion-times.html?m=0











iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve